Setiap kali aku beli barang dapur, adik ipar curi bawak masuk bilik dia. Bila aku tegur, dia tuduh bini aku

Masa dalam pantang isteri aku jalan kaki pergi KK bawa anak sulung dan baby cek kuning. Ibu aku langsung tak nak tolong hantar naik kereta. Bila isteri aku balik dalam keadaan penat dan lapar, dia tengok lauk semua habis ibu dan adik ipar aku makan..

#Foto sekadar hiasan. Hai admin. Aku nak minta pendapat netizen semua. Aku dah berkahwin 6 tahun dengan seorang isteri yang sangat – sangat cantik (level – level model dan ratu cantik), dia rajin, penyayang dan sangat setia dengan aku yang tak ada rupa dan harta ni, dan kami mempunyai 3 org anak yang saaangat comel, mungkin menurun dari wajah isteri yang cantik.

Dulu masa mula – mula kenal dan kahwin dengan isteri, hidup aku senang sikit hasil dari bisnes aku supply barang – barang. Untung bersih setiap bulan ada la dalam 20k – 30k, aku pakai pun kereta besar dan selalu makan luar, jarang isteri aku masak dekat rumah.

Tapi sejak PKP yang lepas, bisnes tak jalan dan akhirnya kereta dan segala emas yang aku simpan selama ni terp4ksa dijual untuk kelangsungan hidup dan akhirnya aku kerja makan gaji dengan pendapatan hanya 2k sebulan.

Memang mula – mula terasa susah sangat nak urus perbelanjaan dengan pendapatan yang sangat sedikit tu. Mentua dan ipar – ipar aku sangat baik dan diorang sangat sayangkan aku tapi yang jadi masalahnya ialah ibu, adik lelaki dan ipar aku sendiri.

Ibu aku ni seorang bisneswomen, dari luaran nampak sempurna, wanita muslimah, ibu yang penyayang. Solat 5 waktu, solat tahajud, solat duha dan selalu baca Quran. Tujuan aku minta pandangan, bukan nak buka aib ibu (tak aib pun sebab natizen tak kenal pun aku dan ibu).

Yang jadi masalahnya, ibu aku ni sangat tak suka dengan isteri aku ni. Dulu aku duduk dekat rumah ibu sebab rumah besar dan ayah aku dah tak ada. Benda ni berpunca dari adik lelaki aku dengan isteri dia yang pemalas.

Tahap malas diorang ni, bangun pun dah tengahari. Bangun je tidur terus cari makan. Pinggan mangkuk lepas makan tak basuh, meja tak kemas, rumah tak sapu, kain suami isteri dan anak – anak diorang bertimbun sampai berminggu – minggu tak basuh.

Kalau diorang basuh baju, dari pagi sampai petang non stop baru habis basuh dan dah 2, 3 kali rosak mesin basuh tu sebab non stop cuci, pastu sumbat penuh – penuh sampai overload. Kain selalu sampai busuk dan berulat.

Isteri dia plak boleh katakan sebulan sekali je masak. Pastu per4ngai pelik isteri dia tu, kebanyakan benda yang aku beli, dia ambil dan sorokan dalam bilik dia. Termasuk bawang, ajinomoto, garam, sabun kain, syampoo, sirap, dan macam – macam lagi la.

Aku biar je dia buat macam tu, tapi isteri aku la yang selalu bising sebab isteri aku ni pembersih lepas tu rajin buat kerja. Bila dia nak masak, barang nak masak tak ada, dia bising kat aku. Masalahnya Ajin0m0t0 biasa aku beli sekilo tapi tak sampai seminggu habis sampaikan aku rasa pelik juga dengan per4ngai adik ipar aku tu, dia ambil barang – barang tu tapi dia tak masak.

Apalah dia buat dengan benda – benda tu. Pastu bila isteri selalu bebelkan aku, aku pun cakap dengan adik aku untuk tegur isteri dia, tapi belum lagi adik aku periksa betul – betul, dia dah melenting dan kata isteri dia tak buat macam tu.

Tapi dia sendiri tak rasa pelik ke, dari mana isteri dia dapat benda – benda tu, contohnya sabun kain untuk cuci kain, padahal adik aku bukan ada beli sabun pun. Disebabkan hal ni adik aku hasut ibu aku, dia kata isteri aku ni yang buat jahat dengan dia dan isteri dia.

Aku pun pelik dengan ibu aku ni, dia sayang sangat dengan adik aku dengan isteri dia. Sampaikan ibu aku selalu mengadu dengan adik – adik aku yg jauh, kata isteri aku ni tak bagus, malas dan jarang masak, padahal isteri aku yang masak dari pagi sampai malam tak pernah tinggal.

Siap panggil ibu aku makan setiap kali siap masak. Tapi per4ngai pelik ibu aku tu, dia suka cakap bohong dan buat andaian sesuatu benda tu dengan hanya imgination dia sahaja walaupun belum terjadi dan dia anggap benda tu dah jadi dan benar, lepas tu dia sebarkan sana sini.

Pernah sekali masa isteri aku lahirkan anak ke-2, masa isteri tengah berpantang, aku akan bangun seawal jam 3 untuk masakan makanan sarapan dan makan tengahari isteri aku, makan malam nanti balik kerja baru aku masakkan.

Ceritanya hari tu macam biasa aku bangun jam 3 pagi masakkan untuk isteri, lepas dah siap, jam 5.30 aku gerak pergi kerja. Pagi tu isteri kena datang ke kIinik untuk cek kuning baby, dia tak sempat serapan sebab dah lambat, nak kena jalan kaki lagi pergi kIinik dengan dukung baby dan bawa anak aku yang sulung.

Ibu aku tak nak hantarkan walaupun ibu aku ada kereta. Habis je cek baby, isteri aku balik rumah dengan rasa penat dan lapar, dia fikir sampai rumah je nak makan terus sup ayam yang aku masakan. Sekali tu sampai je rumah, sup ayam dan nasi yang aku masakan untuk isteri aku dah habis ibu aku dan ipar aku makan.

Pas tu isteri aku nangis – nangis call aku bagi tahu, aku rasa sedih sangat. Isteri aku cuma makan roti je dan tnggu aku balik masakkan untuk dia. Aku fikir untuk keselesaan dan ketenangan anak dan isteri aku, aku kena pindah rumah.

Jadi aku pun simpanlah duit gaji 3 bulan dan cukup simpanan aku pun cari rumah sewa dan pindah. Nasib aku baik, setelah pindah, aku dapat kerja dengan gaji belas – belas ribu sebulan dan sekarang aku dah mampu duduk rumah besar dan guna kereta besar semula.

Aku ingat bila dah pindah, hidup aku jadi aman tapi tak, ibu aku masih lagi hasut adik beradik aku, makcik – makcik aku dan saud4ra mara aku yang lain untuk benci isteri aku. Lepas tu yang paling teruk, sekarang ibu aku upah beberapa b0m0h untuk pisahkan aku dan isteri aku.

Dan ibu aku juga upah b0m0h untuk s4kitkan aku sebab ibu aku kata, kalau aku s4kit mesti aku akan balik rumah dan bila aku balik, nanti ibu aku akan bagi aku makan benda buat aku benci isteri aku. Benda – benda ni semua aku tahu dari group whatsap ibu aku sebab handphone yang ibu aku guna, dulu ialah milik aku.

Dan aku ada set double apps handphone tu dan aku boleh baca semua whatsap yang keluar masuk dan call keluar masuk dari handphone lama aku tu. Aku hairan kenapa ibu aku tergamak buat benda kotor tu semata – mata benci dengan isteri aku, disebabkan hasutan dari adik aku je. Maaf cerita panjang sangat. Jadi aku nak pendapat dan nasihat dari netizen, apa aku kena buat? Aku kena jauhkan diri ke tapi dia ibu aku, syurga aku.

Komen Warganet :

Nurhayati Ahmad : Isteri tuan masih bertuah sebab tuan masih berpihak padanya dan tak dengar hasutan ibIis – ibIis sekeliling tu. Untuk yang main b0moh dan hasut orang sekeliling supaya benci kat isteri tuan ingatla di dunia dia lepas tapi tidak di sana.

Winny Winny : Sebaik – baiknya cuba beli rumah sendiri jangan menyewa lagi. Beli rumah yang jauh dari keluarga kamu sendiri. Kalau datang melawat mak kamu jangan bawa anak isteri kamu. Kalau dorang bagi makan hati – hati. Kalau boleh jangan makan dan minum di rumah mak kamu tu. Moga keluarga ko diberi hidayah.

Scha Rozali : Payah.. susah nak cakap. Hmm azan kat telinga mak ko tu. Tak pun bawak mak ko jumpe ustaz bagi tazkirah sikit. Ko dengan isteri pun kena jumpa perawat dan jangan lalai. Takut mak ko tak serik main b0mo.. Adik ko tu aku rase iri hati dengan korang, lagi – lagi bini dia.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?