Kami hidup PJJ, setahun hanya 2 – 3 kali je saya boleh balik jumpa isteri. Bila balik, mak mertua control isteri. Lepas habis pantang saya suruh isteri ikut saya tapi isteri taknak sebab mak dia tak bagi. Sekarang ni dia nak ikut mak dia ke nak ikut saya?
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum min. Mohon sembunyikan identiti saya ya. Nak minta pendapat. Maaf kalau “karangan” saya terlalu panjang. Dah makan diri bila saya pendam lama macam ni. Saya sudah berkahwin, awalnya isteri seorang yang menghorm4ti saya sebagai suami.
Kini isteri saya baru melahirkan anak kami. Alhamdulillah. Saya bekerja di satu kawasan yang perjalanannya kena menaiki kapal terbang. Kehidupan kami PJJ. Saya akan bercuti balik kampung dalam 4 sehingga 6 bulan sekali. Kira setahun dalam mungkin hanya 2 – 3 kali je saya berada di kampung.
Untuk pengetahuan pembaca, rumah keluarga saya dan keluarga mertua tak jauh, dalam 20 minit perjalanan je. Orang kata senang balik raya kan? Tapi yang menjadi masalah sekarang ni min, dah la selama kami PJJ tu isteri tinggal dengan family dia.
Bila saya balik kampung pun, dia masih nak suruh saya duduk rumah dia. Saya bukan tak boleh, okey je. Cuma kalau sekali sekala takpelah kan. Saya kalau boleh bila bercuti ni, saya lebih kepada nak menziarah mak ayah saya yang sem4kin berusia. Nak luangkan masa dengan dorang.
Yelah saya faham keadaan isteri, siapa yang tak selesa duduk rumah family sendiri kan? Tapi agak – agak la. Apa salah kalau masa saya balik kampung tu, lebihkan kepada keluarga saya pulak. Kalau saya bekerja, memang taklah isteri saya nak datang rumah family saya. Ada datang tapi sekadar 10 – 15 minit, lepastu balik.
Kalau dia ikut saya balik tidur rumah family saya pun, mak dia nanti akan wasap dalam group family dia kata takde teman borak malam ni. Lepas tu nanti kakak dia mesti call dia tanya kenapa tidur rumah saya sedangkan mak dia kat rumah sorang. Jem saya.
Kakak – kakak dia semua dah berkahwin dan ikut suami masing – masing. Hmm. Ada sekali masatu saya ajak dia duduk sekali dengan saya (mengakhiri episod PJJ) dia tak nak sebab kata tengah mengandung. Takpelah, saya cuba untuk faham.
Sekarang saya tengah bercuti sebab isteri bersalin, saya ada ajak dia balik rumah mak saya, tidur sehari dua pun jadilah. Sebab mak saya belum pernah jumpa lagi cucu dia ni. Tapi isteri saya tak nak. Katanya dia tengah berpantang. Dia nak mak dia jaga dia.
Dan mak dia cakap saya abaikan anak dia sebab saya kadang – kadang saya “lari” sekejap balik rumah mak saya. Sedangkan mak saya asyik bertanya je pasal cucu dia ni. Yelah tetap nenek bagi anak saya kan. Rupanya barulah saya faham, isteri tak nak ikut balik rumah mak saya sebab kakak – kakak dia nak balik kampung hujung minggu ni, nak tengok anak saya.
Saya geram sangat. Bila saya cakap dia pentingkan diri, dia tak terima. Saya mengalah walaupun saya s4kit hati. Kemudian, saya ada cakap, nanti lepas habis pantang, dia kena ikut saya balik, saya tak nak PJJ dah. Saya tak suka orang lain masuk campur urusan keluarga saya.
Dia kata nanti dulu sebab mak dia pesan jangan terus bawa ke sana. Kena dengar cakap mak dia sebab mak dia yang jaga dia masa berpantang. LagiIah saya hangin. Dia selalu ikut je apa mak dia cakap. Langsung tak tanya saya sebagai suami.
Sekarang ni dia nak ikut mak dia ke nak ikut saya? Sepatutnya kat mana tempat dia selepas bernikah? Bukankah tempat seorang isteri di sisi suami. Patut ke mak dia masuk campur macam mana saya nak uruskan keluarga saya?
Sampai bila saya nak kena dengar telunjuk orang lain walaupun itu mak mertua saya sendiri? Bukan kami tak pernah berbincang pasal hal ni. Tapi setiap kali saya balik cuti tetap ini yang menjadi hal yang buat kami bermasam muka.
Dahla nak jumpa susah. Yelah PJJ kan. Tapi bila balik cuti, macam ni pulak yang jadi, nak bermasam muka. Saya punya s4kit hati, sampai saya taknak balik cuti dah. Tapi saya balik juga, sebab mak saya selalu tanya, “tak balik kampung ke”.
Tergamak ke min saya sebagai anak nak ignore mak saya walaupun saya kat kampung. Cukuplah saya jauh dengan dia sampai berbulan – bulan. Bila balik cuti sekejap pun, takkan masih nak kena jauh? Saya buntu min.
Masa saya taip ni dalam keadaan yang tengah s4kit hati dengan isteri saya. Saya kuat sebab tengok muka anak saya je. Saya tak pandang langsung muka isteri saya, walaupun dia bert4rung nyawa melahirkan anak kami. Tolonglah bagi pandangan atau nasihat yang boleh saya gunakan untuk pulihkan hubungan kami ni. Terima kasih ye. Assalamualaikum.
Komen W4rganet :
Feedzah Fyroll : Macam sama jer masalah dengan sorang h4mba Allah ni, cuma diorang tak PJJ. Suami terp4ksa ikutkan isteri duduk dengan mak mertua sampai dah beranak 1.Cakap baik – baik pun taknak ikut suami duduk rumah sendiri, macam – macam alasan bagi.
Kalau ikut suami balik pun tak sampai seminggu dah mintak balik rumah mak dia. Takder jalan penyelesaian sudahnya masing – masing buat haluan sendiri. Susah bila isteri + mertua tak tau hukvm. Fikir – fikirkan lah tuan, sorang isteri kalau tau tempat dia di mana, dia takkan derh4ka pada suami. Mertua kalau tau hukvm akan nasihat yang baik – baik untuk anak + menantu.
Radhiah Mohamad : Encik memandangkan isteri encik tak makan saman.. encik berterus terang dengan mak mertua secara terbuka masalah yang encik alami dan berbincang lah elok elok tanpa perlu mak mertua kecik ati dengan encik.. insyaallah moga dipermudahkn urusan encik.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.