Setiap kali balik rumah mertua je mesti saya s4kit. Sehinggalah mertua masuk bilik bawa sesuatu

Saya seorang yang mudah s4kit. Silap sikit je, mulalah s4kit kepala. Silap sikit, tiba – tiba s4kit perut. Satu hari, suami konon nak buat k3jutan dekat mertua. Kami balik kampung secara meng3jut. Bila mak mertua tengok kami, dia terus tinggalkan kain yang sedang disidai dan masuk rumah..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Aduh, banyak pula lalu kisah mertua pengotor ye. Rasa migrain juga membacanya. Jadi mari la kita hiburkan sekejap minda dengan cerita yang saya nak kongsikan plak. Mungkin boleh redakan otak pembaca.

Ikutkan boleh juga saya confess tentang keluarga saya yang juga tak berapa pembersih, tapi jangan la pening – pening kepala. Saya cuma nak kongsi tentang keluarga mertua saya yang bukan macam keluarga mertua yang selalu dikongsikan di FB.

Saya kenal dengan suami hanya setahun sebelum kami putvskan untuk bernikah. Sebabkan jarak negeri kami yang jauh, kami terus dengan pernikahan saja tanpa ada majlis risik dan tunang. Keluarga suami juga bukan dari kalangan yang berkemampuan, jadi mereka setuju saja.

Untuk pengetahuan pembaca, saya tak pernah berjumpa dengan keluarga suami apatah lagi berhubung sebab menurut suami, keluarganya bukan jenis yang sporting. Debar jugak mendengarnya. Apalagi dim0mokkan dengan kata orang yang mengatakan kebiasaan mertua dari negeri suami tak sukakan orang luar. Bertambah debarnya.

Lepas kahwin, terus ikut suami balik ke kampung dengan kaum kerabatnya. Hati rasa berbunga sangat sebab dilayan sangat baik dari nenek, ibu saud4ra dan keluarga mertua sendiri. Sebabkan saya jarang berjalan jauh, jadi pertama kali tu macam – macam rasa ada.

Loya, tak sedap perut dan sebagainya. Di perhentian rehat, saya elakkan makan sebab tak sedap perut.  Tapi ibu saud4ra suami risau amat, dipesan teh suam dan dicedokkan kuah singgang untuk saya. Dip4ksa makan agar keadaan tak melarat bila masuk angin.

Dihari pertama nikah mak mertua saya dah sapukan minyak di belakang badan saya supaya rasa lebih baik. Tanpa rasa kekok, dilayan sama bak anak sendiri. Hari ini selepas 5 tahun perkahwinan, walau m4kin ramai pertambahan biras, mertua saya tetap layan saya sama, sama rata kesemuanya.

Layanan masih sangat istimewa setiap kali saya balik kampung. Makan saya dijaga sangat baik kerana pernah diser4ng gastrik teruk di rumah mertua. Masa tu, masyaAllah. Mertua sampai bekalkan biskut di dalam bilik untuk saya makan bila lapar.

Disediakan flask air dalam bilik, semata – mata untuk mudahkan saya makan minum dan menjaga kesihatan saya. Jujurnya, saya rasa sangat bersalah setiap kali di rumah mertua. Saya seorang yang mudah s4kit. Silap sikit je, mulalah s4kit kepala.

Silap sikit, tiba – tiba s4kit perut. Tapi mertua sangat – sangat memahami. Tak pernah sekali dirungut atau dikutuk belakang. Dia selalu pesan pada suami untuk beri saya rehat yang cukup. Berpesan pada suami untuk jarakkan kehamilan atas kesihatan saya yang kurang baik.

Dan saya lah yang paling bahagia bila suami ajak balik kampung rumah merua, hehehe. Paling seronok, mak mertua sudi berkongsi cerita dengan saya. Suami pun tak berapa tahu cerita muda mudi mertua. Tapi saya dah boleh w4riskan cerita cinta mertua saya pada anak – anak, hahaha gurau saja.

Bab pembersih tu lagi laa tak perlu dirisaukan. Setiap kali balik kampung, cadar masih berbau pelembut baju. Habuk sekelumit pun tak ada. Berkali – kali saya pesan, saya boleh buat sendiri, tak perlu susahkan diri kemas siapkan semuanya untuk kami.  Tapi tetap juga disediakan.

Pernah sekali ajak suami buat k3jutan balik kampung sebab tak nak susahkan mertua kemas bilik. Ehhh waktu sampai tu mertua terus tinggalkan kain yang sedang disidai untuk kemas bilik. Suami senyum simpul aje. Maaflah andai coretan ini menggur1s mana – mana pihak yang terasa hati dengan keluarga mertua.

Alhamdulillah rezeki saya dapat keluarga mertua yang sangat – sangat baik. Namun jangan ditanya tentang keluarga sendiri. Setiap kita mempunyai jalan cerita berbeza. Manis di sini, pahit di sana. Tak akan ada cerita sempurna.

Namun usaha lah untuk syukuri sekecil – kecil nikmat Tuhan yang terbentang luas. Letakkan sedikit rasa malu pada Allah sebelum merungut. Saya bukan bercakap besar kerana mertua saya baik. Saya diuji dengan keluarga sendiri, namun dari saya biarkan diri saya s4kit kerana sikap yang tak dapat saya ubah, saya putvskan untuk mensyukuri setiap kebaikan dan rezeki di sekeliling saya.

Dengan itu, segala resah kecil akan mudah untuk saya redhai. Diuji itu pasti, bagaimana keputvsan terakhir dalam ujian itu adalah atas penerimaan kita. Kita bukan nabi, kita manusia yang lemah dan ada sikap putvs asa sifat neutral manusia.

Tapi berbaliklah pada Dia walau hanya s4kit digigit semut. Moga setiap ujian meningkatkan ketaqwaan dan iman. InsyaaAllah… – Anonymous (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Baizura Mat : Mak mertua saya ketua matron di hospitaI sekarang dah pencen. Dia garang tegas teliti sampai semua nurse takut kat dia. Bila staff hospitaI tau saya menantunya (masa tu masih medical student kat situ) depa semua hairan macamana saya boleh sabar dengan mak mertua.  Well actually kat rumah dia sangat baik, caring, generous. Pak mertua pun sama… Alhamdulillah dah 16 tahun jadi menantu tapi rasa macam famili sendiri.

Hanun Hanisah : Alhamdulillah, saya pun diberi rezeki mak mertua yang baik. Sama macam tt bagitahu, setiap kali balik, kain cadar selimut tuala mak mertua akan gantikan baru, bila kita baring tu boleh bau sabun wangi.

Kalau nak makan air tangan mak mertua, memang dilayan. Kalau masak rendang, saya tak makan yang ada daun kunyit. Mak mertua akan tak letak daun kunyit time raya. Alhamdulillah. Memang tak semua sempurna. Pandanglah dan ambik yang positif. Dan juga banyakkan muhasabah diri kita sebagai menantu.

Wanie Talib : Perkahwinan bertujuan menyatukan 2 keturunan dan seterusnya. Bila banyak cerita buruk tentang mertua, maka ramailah 1st impressionnya mertua ni begitu begini. Ayah saya sangat pentingkan kita mengenali keluarga orang yang akan kita nikahi, terutamanya, dia minta tengok keluarga tu mengutamakan solat, yang lain – lain dia tak persoal.

Bab solat, kalau family tu menjaga solat, insyaallah menjaga kebersihan rumah sebab kenalah rumah bersih barulah boleh bersolat. Mertua pon manusia dengan pelbagai ragam, ada yang pendiam, ada yang mulut bising, pandai – pandailah kita tarik dan lepas, berlapang d4da sahaja.

Kita perlu belajar ‘bawa diri’ ikut rentak keluarganya. Positif sahaja, jangan terlalu menerima atau menolak. Doa yang baik – baik dan indah – indah. Mulakan semua dengan doa, insyaallah akan OK.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?