Setiap kali berg4duh dengan adik ipar, suami suruh aku beralah sebab adik dia kecik lagi baru 23 tahun!

Aku dan suami pernah g4duh pasal adik perempuan dia, dia suruh aku pilih sama ada nak berbaik dengan adik perempuan dia atau bawa haluan masing – masing. Puncanya hanya sebab laptop. Sebabkan aku marah, aku terus menjawab dan suami aku terk3jut dengar jawapan aku..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum warganet. Baru – baru ni ada terbaca luahan suami yang terasa hati dengan sikap isteri dah berubah. Puncanya dari adik perempuan suami tu sendiri. Suami siap cakap, dia tetap akan pilih adik perempuan dia dari isteri walaupun dia tau adik dia tu pemalas.

Suami aku pun sama la. Kami pernah g4duh pasal adik perempuan dia, dia suruh aku pilih sama ada nak berbaik dengan adik perempuan dia atau bawa haluan masing – masing. Puncanya apa? Laptop adik perempuan dia rosak, nak pinjam aku punya. Aku tak bagi, husband aku tanya kenapa. Aku cakap la, adik ipar aku asyik mengutuk aku, mengapi – apikan mak mertua aku pasal aku.

Kemudian boleh suami aku suruh aku beralah sebab benda dah lepas. Adik perempuan pun muda lagi, baru 23 tahun. Budak – budak lagi suami aku kata. Aku patut beralah dengan yang dia, pasal aku dah tua. Setiap kali kalau aku berkeras pasal adik perempuan dia, mesti dia suruh aku yang beralah.

Aku dah geram, aku pun sound suami aku, “Kita yang tua asyik nak beralah dengan dia, sebab tu dia besar kepala. Dia tau kalau dia buat perangai, semua beralah dengan dia. Adik lelaki umur 18 tahun pun kena beralah dengan dia. Kenapa? Mak ayah suruh beralah. ”

Tu yang suami suruh aku pilih nak bawa haluan masing – masing ke nak berbaik dengan adik perempuan dia. Aku memang masa tu panas hati memang aku jawab terus, aku lagi sanggup hidup sendiri, dari berbaik dengan orang yang tak tahu malu macam adik perempuan dia. Terdiam laki aku.

Baru – baru ni berg4duh dua beradik ni. Mak ayah ada salah faham, adik perempuan masuk campur hal orang tua. Dimenangkan mak, dim4kinya ayah. Yes, dia m4ki ayah dia sendiri siap tunjuk jari tengah.

Yang suami aku ni jadi tukang dengar je. Ayah mak telefon, dia nasihatlah apa yang patut kat mak ayah dia. Dah adik perempuan tu tak puas hati dengan suami aku, cakap suami aku menangkan ayah, dibiarkan mak sorang – sorang tak dipujuk. Siap hantar mesej puk1mak kat suami aku.

Meng4muk suami aku sampai nak pergi pukuI adik perempuan dia. Masa tu aku nak je cakap kat laki aku, pasaipa tak nak beralah dengan adik, diakan budak – budak lagi. Tapi tak cakap la takut aku lak kena b4ntai. Ada juga la aku perIi dia.

Untuk suami yang bagitahu dia tetap akan pilih adik dari isteri tu, hang beringat sikit. Jangan nak buat pilihan atau bagi pilihan kat bini hang. Kami bini – bini ni memang tau, m4ti hidup balik hubungan hampa adik – beradik memang tak boleh dipisah. Tapi kalau hang dok sibuk nak pilih adik yang tak semenggah tu, jangan ingat bini hang tu diam sebab dia terima ja. Dah jadi macam laki aku, baru dia tau langit tinggi ke rendah.

Komen Warganet :

Rizal Rodzuan : Sepatutnya ko cakap je straight, eh beralah la kan dia muda lagi, belum mumayiz so tak ape kalau tunjuk jari tengah kat ayah sendiri, m4ki c4rut abang sendiri dan sebagainya. Baru laki ko ada akal skit. Bayangkan kalau dia pisah dengan ko pasal adik dia, lepas tu dic4rut adik yang dia sayang sangat tu, mesti mer0yan nak kembali kat ko.

Mah Madi : Saya pun pernah aIami macam tt ni jgk. Malah rasanya lagi teruk perangai ipar saya. Dulu suka hati mak bapak dia m4ki hamun, fitnah, macam – macam la dia buat tapi saya diam tak baIas. 5 tahun jugak bagi peluang kat dia, asyik dok m4ki. Sebab bila saya nak baIas suami selalu sebeIahkan adik dia. “Ala.. dia tu budak tak cerdik.. Kita ni jangan ikut tak cerdik sama.” Padahal umur dia masa tu dah 30 tahun lebih dah kot, la ni pun dekat 40 tahu dah.

Asyik kena m4ki sangat, mana tahan, akhirnya saya baIas balik. Apa nak jadi, jadilah, dengan laki sekali kena warning, kalau suruh saya beralah lagi dengan adik dia, saya lebih rela pisah dengan dia. Suami pun dah tak masuk beIah adik dia sebab memang adik dia sangat – sangat kurang ajar dengan semua orang, dengan semua adik beradik. Ramai yang menyokong saya.

Shery Azma : Banyak kisah macam ni, diaorg ni bukan budak – budak, dah memang perangai hod0h semula jadi camtu. Bawa mulut sana sini, jenis tak ada adab, tak hormat orang, adik beradik suka kutuk mengutuk ipar. Ini sebenarnya tak ada kena mengena dengan umur. Syukurlah siapa yang dapat ipar duai bagus tak mulut longkang dan tak reka – reka cerita.

Maz Mira : Macam saya jugak la sis, belakang aku, kutuk aku, burukkan aku. Ada sekali tu siap adik ipar cakap aku nie bom0hkan dia sampai s4kit terbaring. Padahal aku tak reti pon buat benda terkutuk tu. Dalam aku sabar, dia mengadu dekat mak dia yang aku ni p4ksa dia cari kerja, Allah, padahal aku tanya je tapi dia fikir lain, akhirnya mak mertua datang ser4ng saya, m4ki hamun saya. Itu pun masih lagi saya sabar sampai sekarang diam je kena m4ki. Dalam hati tak apa, suatu hari nanti, tuhan tu baIas apa yang dia buat pada saya. Pasti ada kifarah dia, tapi saya takut sabar saya yang 9 tahun ni akan buat jadi hilang hormat..

ShiLa Laverna : Selalu sangat kita terlepas pandang isu gini, hanya sebab, dia kan adik, mengalah la. Ini kesilapan mak – mak di luar sana selalu buat tanpa tahu akan kesan akibatnya pada masa depan. Tak kira adik ke abang ke kakak ke, masing – masing kena belajar hormat sesama sendiri, bercakap baik – baik. Kalau si abang salah, adik betul, tegur si abang, bukan suruh adik mengalah. Kalau si adik salah, si abang betul, tegur la si adik jangan bagi abang mengalah.

Mengalah biarlah pada tempatnya. Jangan sampai mer0sakkan balik budak tu. Kalau dari kecik dah ibu bapa biasakan untuk anak – anak mengalah dengan si adik, itu punca utama si adik akan rasa dia akan sentiasa menang walaupun dia salah. Dan dia nak benda tu semua wajib ikot dan tunduk pada dia. Dia tak heran org tu kecik hati ke ape ke. Ada sebahagian perangai macam ni, jadi beringat – ingatlah.

Tak ke mana kalau ko selalu berlaku biadap dengan orang lain dengan sikap kau tu.. Ko ani4ya orang sekeIiling ko hanya sebab ko nak permintaan ko dituruti. Hujung – hujung makan diri. Ibu bapa sekalian, tolong sangat – sangat, kita sama – sama didiklah anak – anak kita dengan betul dan jangan kita rosakkan anak – anak dengan salah kita sendiri.

Apa kata anda?