Setiap kali kalau dekat rumah atau depan kakak aku, mesti suami elak untuk bermanja – manja

Sebelum kahwin lagi macam – macam ujian datang, ramai perempuan yang mengaku ada hubungan dengan suami siap bagi bukti dan ada anak luar nikah. Tapi aku anggap itu semua ujian bagi pasangan yang dah bertunang. Bila dah berkahwin, aku buat keputvsan untuk duduk sementara rumah keluarga aku. Apa yang aku pelik, suami aku selalu tidur ruang tamu..

#Foto sekadar hiasan. Aku dengan suami baru mendirikan rumahtangga. 23 haribulan ini genap sebulan kami mendirikan masjid. Aku dengan suami aku memang sudah bercinta sebelum ini.

Ujian kami terima ketika bercinta sehinggalah bertunang Allah SWT berikan sungguh berat. Ketika aku bercinta dengan suami setahun yang lalu, suami aku kant0i terIanjur dengan ex-girlfriendnya dan mempunyai anak satu.

Aku redha dan percaya itu bukan anak suami aku. Aku siap pergi temankan suami aku pergi jumpa perempuan itu untuk selesaikan masalah. Perjalanan menuju ke tempat perempuan itu mengambil masa 8 jam untuk sampai.

Aku sanggup ikut dengan dia dalam keadaan kami ketika itu susah sangat. Duit yang kami bawa di poket hanya cukup untuk isi minyak kereta. Sudah jumpa emak ayah perempuan itu sekali jumpa that baby.

Cerita cara elok – elok. Alhamdulilah masalah selesai. Aku terima kesilapan dia masa itu dengan hati terbuka. Tapi selang berapa bulan muncul lagi masalah, iaitu masalah yang sama dia di fitnah dan mempunyai anak perempuan (Bukan perempun yang sama).

Macam – macam perempuan itu bagi aku bukti mereka ‘bersama’. Aku h4ncur – seh4ncurnya. Aku redha dengan kesilapan yang dia lakukan dan terima segala pujuk rayunya. Selepas kejadian itu, per4ngai dia berubah 100%.

Sifat penyayang, caring, r0mantik segala – galanya muncul dari dirinya . Aku dapat rasakan keikhlasannya sehingga kami berhasrat untuk mendirikan rumah tangga pada pertengahan tahun lepas tapi sungguh aku terkilan dan sangat kecewa apabila ternampak dia dengan kawan aku sendiri dalam satu bilik. Ya Allah.

Wanita mana tidak h4ncur bila melihat orang yang disayangi bersama dengan kawan sendiri. Aku larikan diri. Seminggu aku larikan diri, tenangkan diri. Aku memang bod0h sebab masih mampu terima kesilapannya.

Untuk kali ini aku maafkan lagi kesilapan yang dia lakukan. Aku anggap ini adalah ujian untuk kami dalam perjalanan untuk mendirikan masjid. Sepanjang percintaan kami, kami lebih banyak menghadapi kesusahan dari kesenangan.

Aku redha dan bertahan demi sayang dan cinta aku terhadapnya. Pendekkan cerita, Alhamdulilah kami kemudian sah sebagai suami isteri. Aku lega dan bersyukur. Pada aku inilah hasil daripada kesabaran aku untuk tetap bertahan dengan dia.

Suami sudah mempunyai rumah sendiri di mana tempat kerja suami memang ada sediakan quartes untuk mereka yang datang dari jauh tapi walaupun mempunyai rumah sendiri kami berhasrat untuk tinggal di rumah emak ayah aku untuk sebulan.

Hampir setengah bulan duduk rumah ayah, aku perasaan suatu benda pelik. Naluri aku mengatakan ada sesuatu yang tidak betul sedang berlaku di rumah ayah. Per4ngai suami aku pelik dari yang biasa.

Aku tidak boleh hendak bermanja – manja dengan suami ketika ada kakak kandung aku, itu adalah paling ketara sekali. Paling buat aku luluh hati apabila suami tidur di ruang tamu dan kakak kandung aku pun tidur di ruang tamu.

Ya, mereka tidak tidur bersama tetapi mereka tidur di ruang yang sama. Aku hanya berfikiran positif dan anggap itu hanya perasaan aku semata – mata. Apabila aku ingin bermanja – manja dengan suami dengan pantasnya, suami aku tepis aku seolah – olah menjadi suatu kesalahan besar aku menyentuh dia.

Suami aku tidak bagi pegang telefon dia, aku musykil dengan sifat suami aku. Ada beberapa kali aku ternampak mereka berpegang tangan dan aku ternampak kakak kandung aku memegang pinggang laki aku.

Aku fikir positif ketika itu. Namun hati aku h4ncur seh4ncurnya. Salah aku bila biarkan kakak aku terlalu rapat dengan suami aku. Salahkan aku tidak ingatkan mereka batas. Salah aku biarkan mereka terlalu mesra.

Aku ingin tegur tetapi aku tidak tahu macam mana hendak tegur perbuatan mereka. Aku diamkan diri, aku siasat secara terperinci perbuatan mereka. Dalam masa yang sama juga aku selalu berdoa minta Allah tunjukkan aku jalan dan Allah itu sememangnya maha pendengar.

Pada subuh di mana Suami aku macam biasa di tidur di ruang tamu. Hati aku terdetik untuk check telephone suami aku. Apabila aku check betapa h4ncur, berlubang hati aku bila nampak mesej – mesej mereka.

Terbukti mereka mempunyai hubungan di belakang aku . Naluri aku selama ini betul. Ya Allah! Paling buat aku h4ncur apabila melihat gambar – gambar mereka. Saling curi – curi ambil gambar antara satu sama lain.

Wajarlah suami aku hanya jadi penyayang romantik ketika kami berdua – duan. Namun bila depan orang, di rumah terutama depan kakak aku sendiri dia jadi sangat tidak aku kenali.

Aku diamkan diri dan berlagak kuat depan semua orang sedangkan aku selalu makan hati dengan sifat suami. Aku selalu menangis dengan sifat suami. Tolong bagi aku pendapat . Patutkah aku teruskan atau aku mengalah dengan ujian yang Allah SWT berikan ni ?

Komen Warganet :

JueAeda Hassan : Sebelum kahwin dah berkali – kali ada petunjuk. Tu bukan dugaan bertunang dik oiiii.. Tu laki musib4ttt.. Hadoiii sampaikan kakak ipar sendiri pun dia seb4t… Memang dasar kaki pompuan. Ikut la dik kalo hang rela diperbod0hkan sampai akhir hayat nak hidup dengan laki macam tu

Zara Iman Syazwani : Jangan jadi bod0h, berhenti s4kitkan hati sendiri. Kenapa masih nak hidup dengan lelaki macam tu. Kalau dah sekali atau dua kali bagi peluang tu cukup lah. Sampai bila awak nak tahan suami curang. Tolonglah sis jangan lembik sangat. Bina kebahagiaan sis sendiri. Sampai bila sis nak tengok kecurangan suami tu.. Tolonglah sis, bangun. Bukak minda tu sikit.

Mayang Sari : Ko dah ada buktikan? Jangan lupa send dalam group wassap family. Jemput semua kakak mak ayah mertua skali.. hahahahaha! ok tu tips jahat lah.

Siapa pernah baca kes sorang suami tangkap bini dia curang dan rakam? Burn dalam cd kemudian bawak balik bini kat rumah mertuanya. Buka cd tu sebagai bukti kecurangan Bini. Kemudian dia kembalikan Bini dia. Ntah la ko cukup berani tak nak buat gitu.

Dan aku tak tahu la nak cakap ko jenis macam mana. Kalau orang laki kita gelar dayus bila merelakan kesalahan isteri. Ko jenis ape eh kak? Dah banyak kali bagi peluang tapi still kaki betina. Dengan kakak sendiri plak tu.

Ko bagi la free laki ko tu kat kakak ko. Barang reject jangan disanjung – sanjung. Kecurangan dah nyata, kepercayaan dikhian4ti. Jangan kata nak bagi peluang lagi. Cari pakaian baru kak. Yang lusuh tu biarlah jadi baju buruk untuk pengemis cinta har4m cam kakak ko Tu. Move on please.

Noor Azah Rinah : Teruskan la kalau kau mau hidup kau sengs4ra. Terang – terang dari sebelum kawin bermasalah sampai la dah kawin. Masih mau teruskan, itu bukan ujian namanya tapi menempah masalah.

Bod0h! Sudah besar panjang tapi tak boleh fikir mana baik mana buruk. Baik minta cerai sebelum kau ada anak nanti.

Fida Ahmad Turki : Sebelum kahwin kalau lelaki kerap kant0i betina nasihat aku jauhkan la. Sebab kaki betina ni susah nak buang per4ngai dia. Dah kahwin makan hati je la.. Ini dah tahap dengan akak ko sendiri lagi diam diri. Baik berpisah je, risang nanti dgn akak ko pun dia terIanjur.

Apa kata anda?