Setiap kali mesej mesti pengasuh kata anak tengah tidur. Saya angkat anak dari buai, penuh kesan bedung sangat kuat

Awal – awal lagi pengasuh cakap cara dia jaga budak dengan bedung dan buai. Dia siap guna buai elektrik lagi, sedangkan saya dah suruh dia tutup suis. Satu hari, saya sendiri keluarkan anak dari buaian dan buka bedung. Ik4tan bedung sangat kuat hingga berbekas – bekas..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Saya terpanggil membuat luahan ini setelah membaca confession tentang hubungan baik pengasuh dengan anak asuhan dan juga ibubapa anak asuhan. Tujuan saya hanyalah untuk meluahkan perasaan dan memohon pandangan dan pendapat pembaca sekalian terutama yang sudah bergelar ibubapa.

Saya dan suami merupakan penjawat awam yang berlainan bidang dan kami bertugas di selatan tanah air. Oleh kerana kami berdua bekerja, maka terp4ksalah kami menghantar anak – anak kepada pengasuh. Saya mempunyai 2 orang anak, yang sulung berumur 4 tahun dan yang kedua berumur 6 bulan.

Saya mula menghantar anak sulung saya kepada pengasuh setelah dia berusia 3 bulan, selepas pantang. Saya namakan pengasuh saya Kak Yaya ye. Mulanya kak Yaya beritahu cara dia mengasuh ialah dengan bedung anak dan bagi tidur dalam buaian.

Saya sebenarnya kalau boleh mahu ajar anak tidur di bawah saja. Tapi oleh kerana ingin memudahkan kerja Kak Yaya, saya tak kisah dan anggap anak – anak hanya tidur buai di rumah pengasuh tapi di rumah sendiri, saya boleh latih anak tidur di atas bawah saja.

Alhamdulillah anak – anak ok saja tidur di dalam buai atau di bawah. Jadi pada saya tak ada masalah anak tidur di dalam buai bila berada di rumah kak yaya. Masalah bermula apabila kak Yaya sentiasa tidurkan anak – anak saya di dalam buai.

Dan anak kedua saya sering meragam di rumah. Mungkin puas tidur di rumah pengasuh. Sehingga adakala saya dan suami agak letih. Tapi jika waktu cuti yang panjang atau hujung minggu, anak tidak meragam di rumah.

Setiap kali saya call dan msg kak yaya, mesti anak – anak sedang tidur. Bila ditanya tak bangun dari pagi ke? Jawabnya, ‘ya’. Bayangkan anak saya tidur dari awal pagi hingga ke tengah hari. Bangun tengahari baru mandi dan makan. Tidak mandi pagi dan sarapan.

Tapi saya masih boleh positif. Saya dan suami ambil inisiatif bangun pagi, masak makanan anak – anak dan mandikan mereka sebelum dihantar ke rumah kak Yaya. Saya akan pastikan anak saya makan terlebih dahulu di rumah sebelum hantar ke rumah kak Yaya.

Lewat pun lewatlah ke tempat kerja. Asalkan anak tidak lapar. Memang sudah jadi kebiasaan sampai sahaja ke rumah kak Yaya anak saya akan sambung tidur hingga tengah hari. Untuk makluman, saya tidak pernah gagal untuk menukar pampers anak pagi – pagi sebelum di hantar ke rumah pengasuh.

Memang kecuali anak betul – betul ber4k semasa dalam perjalanan saja pampers kotor dan tidak pernah lagi saya hantar kepadanya dalam keadaan pampers penuh. Bekal juga diberikan kepada anak kerana memang kak Yaya berpesan supaya bawa makanan untuk anak saya.

Tetapi apa yang dikesalkan, tengah hari baru makanan itu disuapkan kepada anak. Ntah macam mana keadaan bekal anak saya, mesti dah sejuk. Lepas makan, ditidurkan semula dalam keadaan dibedung. Tidur hingga saya datang mengambilnya kerana kak yaya menggunakan buaian elektrik.

Saya pernah tanya kak yaya jika anak saya tidur, suis ini akan ditutup atau dibiarkan? Jawabnya dibiarkan sehingga anak terjaga semula. Pernah saya berpesan supaya anak tidak dibedung dan tutup suis jika anak tidur. Dia hanya diam.

Jika lewat petang, tidurlah mereka hingga ke petang. Mandi sekali sahaja jika sampai lewat petang sekalipun. Saya pernah tegur kak Yaya untuk mandikan anak saya pagi lebih kurang pukuI 8 atau 9. Tapi katanya budak – budak tidak elok mandi waktu pagi.

Ok saya cuba terima. Sebab tu saya dan suami ambil inisiatif mandikan anak sebelum hantar ke sana. Kerana tidak sanggup anak mandi tengah hari. Jika diri kita sendiri pasti tidak selesa. Tambahan pula dibedung di dalam buaian dengan peluhnya lagi.

Lagi sedih apabila saya datang mengambil anak. Anak baru bangun tidur dalam keadaan sangat tidak terurus. Mulut masih bersisa biskut yang mungkin di makan sebelum tidur. Rambut kusut masai. Sedih bila anak dihantar dalam keadaan bersih, diambil dalam keadaan comot.

Saya tak tahu mengapa saya masih boleh berfikiran positif lagi pada waktu itu. Masih berfikir tak mengapalah asal tidak menyusahkan kak Yaya. Biarlah anak saya tidur. Tapi sejak saya hantar anak saya yang berusia 6 bulan ini, saya mula rasa terkilan dengan layanan kak Yaya terhadap anak – anak saya.

Bayaran untuk kedua anak saya agak tinggi tapi tidak setimpal dengan apa yang dilakukannya. Anak – anak saya hanya mandi dan makan pada tengah hari, kemudian tidur hingga saya datang ambil. Tiada masa bermain.

Pernah juga semasa datang mengambil anak, saya sendiri keluarkan anak dari buaian dan membuka bedung. Ik4tan bedung sangat kuat hingga berbekas – bekas pada badan anak. Apa yang merisaukan, anak saya sedang membesar tetapi waktu siangnya hanya dipenuhi dengan tidur dalam keadaan di bedung.

Sekarang saya dan suami bercadang mencari pengasuh yang baru dan menyayangi anak – anak kami seperti anak mereka sendiri. Mohon doa sahabat – sahabat sekalian supaya kami dapat pengasuh yang baik. Sehingga kini saya masih berasa bersalah terhadap anak sulung yang sudah lama melalui hari – hari yang tidak selesa di rumah pengasuh.

Kepada ibu bapa semua, carilah pengasuh yang betul – betul menyayangi anak – anak bukan hanya mengasuh untuk mendapatkan duit semata – mata. Sekian, terima kasih. – Mama Runsing

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.