Setiap masa aku doa supaya dapat duit 1 Juta, tak sangka doa aku makbul. Aku dapat 1 Juta duit hibah kem4tian suami aku

Satu malam, dalam pukuI 3 pagi, aku terjaga untuk ke tandas. Tiba – tiba aku terdengar suara menangis dari dalam bilik anak sulung aku. Aku tengok dia sedang menangis sambil peIuk gambar arw4h suami. Aku menyesal berdoa..

#Foto sekadar hiasan,. Nama aku Madam T. Aku dengan suami tiada sebarang masalah. Kami baik – baik sahaja. Berg4duh sesekali itu lumrah lah suami isteri. Aku gelarkan suami sebagai B. Kami dah berkahwin hampir 15 tahun, dikurniakan anak 3 orang.

Alhamdulillah. Dalam keluarga, akulah bread winner. Gaji aku 5 kali ganda dari B. Kami ada dua biji kereta jenama Malaysia. Satu kereta untuk kerja, dan satu kereta family. Kami juga memiliki sebuah rumah 2 tingkat di satu bandar elit.

Harga rumah jenis ini di kawasan kampung, boleh dapat dalam RM400k. Tapi harganya menjadi berganda bila ianya bergeografi kan kawasan elit. Kenapa kami duduk di area elit ini, kerana rumah ini berdekatan dengan tempat kerja kami berdua dan kawasan perumahan yang agak strategik.

Sebagai bread winner dalam family, hampir 90% perbelanjaan dalam rumah termasuk sekolah anak – anak, segala bil, insurans aku yang tanggung. B kata, dia hanya mampu bagi nafkah pada aku setiap bulan sebanyak RM1000. Alhamdulillah tak pernah culas setiap bulan jumlah itu aku terima.

Walaupun jumlah itu tak mampu nak tampung banyak kos perbelanjaan hidup tapi jujurnya aku redha dan ikhlas. Sebab sepanjang 15 tahun aku berkahwin, sekali pun aku tak pernah buat kerja rumah. B yang uruskan segala urusan rumah tangga.

Sampai tahap aku tak pandai guna mesin basuh sebab memang tak pernah basuh baju. Tugas aku di rumah cuma memasak, sebab B memang tiada bakat masak, dan atur jadual belajar anak – anak sahaja. Urusan yang lain, B yang uruskan.

Sampai tahap aku dah lupa macam mana nak uruskan rumah tangga sebab memang B yang uruskan semuanya. Awal perkahwinan dulu, memang aku ada buat kerja – kerja rumah lazimnya seorang isteri. Tapi, melihat aku yang banyak berbelanja untuk keperluan keluarga dan bercuti,

B melarang aku membuat kerja rumah kecuali masak dan urusan belajar anak – anak. Katanya, biarlah dia yang buat semua tu, sebab aku dah ambil tanggungjawab utama dia sebagai suami. Setiap malam B akan tidur lewat kerana mengemas rumah dan menyiapkan keperluan kami bekerja dan anak – anak ke sekolah keesokan harinya.

Begitulah rutin kami setiap hari. Hari minggu, bawa anak berjalan. Sesekali bawa anak – anak bercuti. Alhamdulillah, untuk 15 tahun hidup bersama yang aku rasakan cukup bahagia. Ada suami yang cukup rajin dan menyenangkan hati.

Walaupun begitu, tipulah aku tidak terbeban dengan tanggungan kewangan. Hidup di bandar besar dengan serba – serbinya mahal membuat aku kadang – kadang kalah dengan emosi sendiri. Aku tiada hutang pelik – pelik, cuma hutang dua biji kereta dan sebuah rumah sahaja.

Tapi anggaran jumlah hutang aku ni hampir RM1 juta juga bila digabungkan kesemuanya. Mula – mula dulu, kami hanya ada satu kereta sahaja, tapi dengan faktor kerja aku yang banyak ke luar kawasan, susah bagi B untuk menguruskan 3 orang anak – anak dengan hanya bermotor.

So kami ambil keputusan untuk tambah sebuah kereta lagi. Dan tanggungan semua hutang atas nama aku. Agak terbeban menanggung hutang, sampailah satu tahap, dalam setiap solat aku berdoa minta Allah bagi aku RM1 juta ringgit.

Bukan untuk bermewah – mewah, tapi hanya untuk menyelesaikan hutang – hutang sahaja. Itulah doa yang aku tak pernah lupa untuk baca setiap kali selepas solat, masa tengah drive, masa tengah bersendiri. Tak lekang doa tu.

Dan akhirnya, doa aku dimakbulkan. Tapi dengan cara yang aku sangat tak sangka dan tidak inginkan. Ye aku dapat RM1 juta tu. Duit dari hibah dan insurans kem4tian B akibat kemaIangan jalan raya pada Disember 2023.

Betul, saat aku menulis confession ini, semua hutang – hutang sudah terlangsai. Seperti yang aku niatkan, sekiranya aku dapat RM1 juta itu, perkara pertama adalah melangsaikan hutang – hutang yang ada. Itulah doa yang selalu menjadi zikir harian aku.

Tapi, asbab doa itu, aku kehilangan seorang suami yang sangat baik, dan anak – anak kehilangan ayah yang sangat penyayang. Sesungguhnya, sekiranya aku tahu, B akan menjadi ganti kepada nilai RM1 juta itu, aku tidak akan berdoa macam itu.

Aku rela terbeban bayar hutang macam biasa. Aku menyesal dengan doa aku sendiri. Pedih hati tengok muka anak – anak yang rindukan ayahnya. Aku sendiri, hidup tunggang langgang nak uruskan rumah tangga yang aku tak pernah buat sepanjang 15 tahun yang lepas.

Sehingga nak kemas rumah pun kena tengok tutorial. Anak – anak nak pergi sekolah ada je barang yang tak lengkap. Tak bergunanya hidup aku ni. Teruknya aku sebagai seorang mak. Tapi aku tetap bersyukur, anak pertama aku, sangat matang sebiji ayahnya walaupun baru 13 tahun.

Dialah yang banyak bantu aku uruskan rumah tangga dan jaga adik – adiknya. Dia yang ajar aku macam mana guna mesin basuh. Teruk sangat aku ni. Dalam bersendirian, terkadang aku terfikir, salah ke doa aku tu? Salah ke aku minta macam tu?

Aku tak pernah minta digantikan nilai duit dengan nyawa B. Aku cuma minta untuk tujuan melangsaikan hutang – hutang aku. Aku cuma nak hidup tanpa hutang. Aku ke punca kem4tian suami aku? Dan bertambah pedih, dalam aku mencari saki baki kekuatan untuk hidup dan membesarkan anak – anak sendiri, aku terpukuI dengan satu perkara yang berlaku.

Ada satu malam, dalam pukuI 3 pagi, aku terjaga untuk membuang air. Tiba – tiba aku terdengar suara menangis dari dalam bilik anak sulung aku. Bila aku masuk, ye anak sulung aku tengah menangis sambil peIuk gambar ayahnya.

Dia cakap, mama, abang rindu ayah. Luruh jantung aku. Aku ke punca anak – anak aku pegang title anak yatim seawal usia. Maafkan mama, abang. Maafkan mama. Aku tak tahu pengajaran yang macam mana aku cuba sampaikan dalam kisah hidup aku ni.

Cuma, satu perkara yang pasti, aku menyesal berdoa macam tu. Dah 10 bulan B pergi, cuti tanpa gaji aku pun dah nak habis. Semoga aku mampu redha dengan ujian ini. Januari 2025 aku akan mula bekerja semula selepas setahun cuti tanpa gaji.

Semoga aku kuat untuk cari rezeki dan t3bus d0sa aku pada anak – anak. Maafkan mama. Jika mampu diundur masa, mama takkan berdoa macam tu. Mama pilih ayah. Ya Allah, aku dan anak – anak sebagai saksi, bahawa suami ku adalah seorang suami dan ayah yang sangat baik sepanjang hidupnya. Tidak pernah culas tanggungjawab. Tidak pernah mengasari kami. Selalu berusaha menjaga kami dengan baik.

Maka dengan itu, kau kurniakan suami ku syurga tanpa hisab. Dan satukan lah semula kami di sana nanti. Maafkan aku atas keterlanjuran perbuatan ku Ya Allah. Jika jalan ini yang terbaik untuk kami, kau terapkan hati – hati kami dengan keyakinan untuk menerima ujian ini seikhlas hati. Aamiin. Yang banyak d0sa, – Madam T (Bukan nama sebenar)

Komen w4rganet :

Houri Love Ziqrullah : Abuya Hamka pernah mengatakan tiada istilah jikalaulah, atau cubalah. Cara kem4tian, hari kem4tian, punca kem4tian itu rahsia Allah. Apapun yang Puan lakukan tidak adalah daya upaya kecuali Allah yang berkehendakkan. Semoga Puan mencari cara meluangkan lagi masa bersama anak – anak. Sebab dalam diri anak – anak puan ada sifat suami Puan. Semoga terubat rindu tersebut.

Nur Azimah Kamarudin : Pernah terbaca satu quote yang bunyinya seakan begini. “Jangan cemburu dengan apa yang Allah bagi pada seseorang, kerana kita tidak tahu apa yang Allah ambil dari nya”. Sesungguhnya Allah itu Maha Adil dan Maha Mengetahui.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.