Setiap pagi rambut mak jadi m4ngsa kalau saya terlambat bangun, lambat pergi sekolah. Ayah sayang saya tapi dia lepaskan dekat mak

Memori pertama saya tentang ayah dan mak saya adalah, ayah Iudah ke muka mak sebab mak tersalah masukkan cili p0tong berw4rna hijau ke dalam masakan kacang panjang goreng. Ayah tergigit cili tu. Masa tu saya umur 5 tahun..

#Foto sekadar hiasan. Assalammualaikum w4rga FB dan para pembaca. Saya baru masuk fasa awal 30-an dan mak saya dah bising untuk saya berumahtangga sedangkan saya masih tr4uma dengan lelaki yang bergelar “ayah”.

Saya tahu tak semua lelaki macam ayah saya, tapi saya takut apa yang saya takutkan tu jadi penarik untuk saya salah pilih suami. “You attract what you fear…” gitu. Ceritanya, ayah saya adalah seorang suami yang buruk, jahat untuk mak saya tapi merupakan seorang ayah yang sangat baik untuk saya.

Memori pertama saya tentang ayah dan mak saya adalah, ayah saya meIudah ke muka mak saya sebab mak tersalah masukkan cili p0tong berw4rna hijau ke dalam masakan kacang panjang goreng. Kata ayah, orang masak kacang panjang pakai cili merah supaya senang orang nak asingkan dan tak tergigit.

Ayah tergigit cili hijau tu dan meIudah ke muka mak. Masa tu saya berusia 5-6 tahun. Masa saya di pra-sekolah, ayah saya akan tarik rambut mak saya kalau saya terlambat bangun, terlambat mandi, terlambat siapkan makanan pagi dan terlambat ke pra tapi ayah tak pernah marah saya secara depan – depan.

Semua amarah di tuju hanya kepada mak saya kalau saya tak disiplin, bila saya buat per4ngai. Ada sekali tu, saya diturunkan kelas. Saya dari kelas pertama diturunkan ke kelas kedua, mak saya kena tend4ng dengan ayah. Ayah kata, salah mak saya sebab dulu – dulu mak saya memang b0doh di zaman sekolah sampai menurun ke anak keb0dohan tu.

Banyak sangat kejadian macam tu terjadi, sampaikan saya nak buat apa – apa akan rasa sesak nafas. Masa nak exam tiba – tiba sesak nafas, takut gagal nanti mak saya yang kena. Nak makan nasi pun takut kalau sebiji nasi terjatuh, mak saya yang kena.

Nak tidur malam pun takut, takut terlewat bangun nanti mak saya yang kena. Hidup dalam ketakutan buatkan akademik saya cemerlang. 5A UPSR, 8A PMR, 10A+ SPM, 4.0 asasi, dan 4.0 ijazah sarjana muda. Lepas konvo, ayah saya meninggaI dan semua tanah, rumah dan kereta atas nama saya.

Tiada satu pun atas nama mak saya. Sekarang ni saya dah berkerja dan tinggal bersama mak. Saya akan jaga mak saya sampai hujung nyawa saya. Sepanjang arw4h ayah hidup, ayah layan saya dengan baik, selalu peIuk saya, bagi hadiah, bagi kata – kata semangat, bagi duit belanja lebih, hantar dan ambil saya di sekolah sampai universiti, takde yang kurang kasih sayang seorang ayah kepada anak.

Yang kurang hanya la teladan seorang suami kepada isteri di depan anak. Saya pernah tanya mak kenapa arw4h ayah layan mak macam tu, mak hanya senyum dan kata arw4h ayah, “mungkin str3ss sahaja tu”. Dan mak saya cakap arw4h ayah berubah lepas kena ser4ngan strok ringan masa saya berumur 4 tahun.

Saya ada google, memang ada beberapa kes lepas strok ringan pes4kit berubah per4ngai jadi baran. Betapa kuatnya mak saya. Semoga syurga buat mak. Aamiin. – Adelia (Bukan nama sebenar)

Sambungan… Saya baca luahan Adelia, malam hari, sedang menangis menahan hibanya rasa. Tr1ggered saya datang bila baca kisah tt. Sama lebih kurang saya kisahnya. Babah saya sangat baik sebagai ayah, tapi bukan sebagai suami.

Mungkin akan ada yang kata “patut bersyukur ada segala”. Iya, saya bersyukur dengan apa yang Babah usaha sediakan untuk anak – anak. Perfect dari semua sudut. Tapi dalam orang nampak cara Babah saya sediakan perfect, ada anak yang menanggung beratnya tr4uma.

Usia dah awal 30an, saya masih berIawan dengan apa saya rasa buat saya takut nak kahwin. Takut dapat suami macam Babah. Tiap kali saya kenal lelaki, saya sentiasa letak dia red flag. Contoh dia tanya dah makan ke belum ja pun, tapi otak saya akan diagnose “lelaki gini sebelum kahwin ja elok baik tanya, entah – entah nanti dah kahwin teruk”

Sehingga saya rasa kritikal tr4uma saya adalah bila apa sahaja yang diberitahu oleh lelaki yang saya berkenalan, saya sangat susah percaya. Saya sentiasa rasa lelaki ni belum kahwin memang semuanya manis – manis. Saya anak manja tapi tak semua saya minta saya dapat.

Usia saya 9 tahun, balik dari sekolah, saya dengar mama babah saya g4duh teruk. Dipendekkan cerita, babah saya curang. Mama saya masih isteri yang baik. Sediakan semua untuk babah, walaupun babah curang. Masakan saya lupa peristiwa itu, itulah pertama kali saya lihat mama menangis, sayalah yang jadi bahu mama waktu tu.

Ada sekali tu, saya bangun pagi cuti sekolah, saya tengok Babah dan Mama tengah sarapan, tapi Mama tengah menangis sambil Babah marah Mama dengan nada bisik seolah tak nak orang dengar. Habis sarapan, saya tanya mama, kenapa nangis?

Mama cuma cakap, “oh babah tegur ja, lain kali jangan masak maggi untuk sarapan, tak elok untuk budak – budak”. Tapi saya tak b0doh. Saya yakin bukan sebab maggi. Babah saya juga tak memenuhi banyak keinginan mama.

Entahlah tak sanggup saya rasa nak cerita part ni. Saya rasa s4kit sangat jadi mama. Dulu Mama bekerjaya tapi dip4ksa berhenti kerja. Alasan Babah supaya mama boleh jaga anak. Tapi saya tengok, apa yang mama teringin atau nak, tak pernah Babah tunaikan.

Babah asyik kata, “tak ada dalam senarai bajet”. Bayangkanlah baju mama banyak pakai yang orang bagi saja. Sedih! Di luar.. babah selalu mesra dengan orang lain. Tapi di rumah dengan Mama, Babah sangat narsistik. Banyak pandangan dan pendapat mama yang Babah lemparkan ke ‘tong sampah’. Ibarat keputusan mama tak penting langsung dalam keluarga.

Pernah kami bercuti, sepupu saya ikut. Kami berhenti makan di sebuah restoran mee bandung. Kebetulan kat kedai tu femes mee bandung. Mama memang teringin sangat, mama order mee bandung dan sepupu pun order mee bandung, tapi yang ambil order kata mee bandung hanya boleh dapat satu ja sebab dah habis. Mama try tanya kot depa boleh dapatkan Dua.

Tiba – tiba Babah tengking Mama depan semua orang, “kan satu ja, bagi jela dia (sepupu), kau orderlah lain!”. Saya rasa waktu tu saya terus peIuk Mama. Mama nangis teresak – esak. Tak jadi mama nak makan, padahal saya tahu mama lapar.

Bila cerita balik ni pun saya nangis. Padahal dah berbelas tahun lepas. Saya faham bukan setakat air muka mama depan orang yang Babah jatuhkan, depan anak lagi. Mana mama nak letak muka depan anak? Samalah juga kisah belanja barang rumah.

Pernah mama terambil sardin tin kemek sikit, Babah tengking Mama depan cashier, Babah kata kononnya Babah marah kuat – kuat, “supaya kedai tahu, teruk barang diorang” tapi kenapa tengking Mama?! Waktu saya remaja, Babah dapat rezeki naik pangkat.

Mama lah manusia paling banyak menyokong career growth Babah. Mama masih sama, bertungkus lumus uruskan rumahtangga dan pembelajaran anak – anak. Tiba – tiba Babah kata dia nak sambung kursus jangka pendek demi career dia.

Mama tanpa bantah. Kursus tu memerIukan Babah outstation every weekend. Saya selaku remaja yang suka kemas – kemas, tiap Kali babah balik outstation, saya akan kemas kereta Babah. Tiap Kali tu saya dapat ‘instinct’ ada ‘someone’ naik kereta Babah.

Sampai satu hari, saya jumpa belon budak – budak dan kasut budak. Saya tanya Babah, babah buat tipu macam lelaki ‘buaya’ biasa buat, “kasut anak kawan”. Saya tak b0doh! Mulanya saya hanya sedih sebab Babah tak pernah pun belikan saya belon cantik macam tu.

Babah selalu kat membazir, tapi ni kenapa ada dalam kereta pula. Nak buat surprise ke apa? Allah nak tunjuk, kejap ja, saya terbuka fon Babah waktu tu. Sorang perempuan, masih bini orang hantar gambar sorang budak kecil sambil berbaby sayang. Remuk hati saya! Saya tak cerita kat Mama.

Mama buta IT, tak pandai guna touch screen. Waktu tu zaman pertengahan kemunculan HP canggih. Zaman blackberry. Mama memang letakkan kepercayaan kat Babah. Walaupun mama dah ada instinct (sebab mama ngadu, selalu fon Babah bunyi mesej masuk waktu malam).

Sejak penemuan tu, saya nekad nak bawa Mama keluar dari kehidupan macam ni. Saya all out belajar sungguh – sungguh. Banyak sebenarnya episod Iuka ni. Terlalu dalam. Sangat s4kit dan saya tak tahu sampai bila tr4uma saya ni akan pulih. Bila saya tutup mata, kisah semua ni bermain difikiran saya.

Kadang – kadang saya sedih. Saya ada ja keinginan nak berkahwin dan berkeluarga. Tapi setiap kali kenal, tr4uma saya datang mengh4mbat. Tr4uma ni buat saya ada trust issue, buat saya jadi dry person. Saya pernah didekati, dia suka dekat saya, saya terima dia tapi hati saya kosong.

Saya takut, takut semua benda Mama lalui jadi pada saya. End up saya tinggalkan dia tanpa kata putus pun. Saya tak nak libatkan orang lain dalam tr4uma saya. Walaupun saya sedih tengok dia dah jumpa pasangan yang sama effort, tapi saya happy, sekurangnya dia tak perlu hadap perempuan yang banyak tr4uma macam saya.

Pada saya, bila hal sama jadi, tr4uma ni tak akan habis. Saya tak nak anak saya hadap benda yang sama saya hadap. Tak ada yang tahu apa yang saya rasa. Bila orang kata saya memilih dalam cari pasangan, saya diam ja. M

Mereka tak ada di kasut saya. Tiap kali lepas solat saya nangis sungguh – sungguh. Saya ada naluri berpasangan tapi tr4uma saya sangat dalam. Kalau orang tengok corak hidup saya, rata – rata akan kata saya beruntung. Babah sediakan semua lengkap serba serbi. Tapi orang tak tahu, besar juga perjalanan ujiannya.

Saya banyak belajar bersungguh – sungguh sampai peringkat tertinggi akademik. Semuanya sebab dulu saya nekad, saya nak bawa Mama saya keluar dari semua ni. Saya nak penuhi keinginan – keinginan Mama. Untungnya, Adelia masih ada Mama.

Saya? Mengharungi tr4uma saya sendirian. Mama telah pergi menghadap Illahi, tanpa sempat melihat kejayaan saya. Saya sangat sedih, fasa grieving saya dihidangkan dengan perkahwinan baru babah dan tr4uma saya bertambah apabila melihat Babah melayan isteri baru, berbeza dengan layanan kepada Mama.

Sebagai anak, tugas dan tanggungjawab saya menghorm4ti Babah. Tapi pedih jiwa saya rasa tak tertanggung. Saya tak minta semua perasaan ini. Kadang – kadang saya teringin nak hidup macam orang lain yang tenang tanpa konflik jiwa begini.

Bila benda begini jadi, saya selalu cakap kat diri saya, tanam dalam jiwa saya. Penceraian bukanlah satu kesalahan besar. Bertahan dengan perkahwinan juga tak selamanya kebaikan. Takdir ini terlalu s4kit, membuatkan saya sangat sangat berhati – hati dalam memilih pasangan.

Dan hal yang sama saya tekankan dalam diri saya, bertahan dengan perkahwinan juga tak selamanya kebaikan. Kepada pasangan di luar sana, marah macam mana pun anda dengan pasangan, janganlah berg4duh, m4ki hamun, naik tangan depan anak – anak. Ia mendatangkan tr4uma yang cukup besar.

Akhir sekali, saya yakin Allah tidak meletakkan saya digaris takdir begini hanya untuk sia – sia. Guys, doakan saya boleh pulihkan tr4uma saya ya 🙂 saya ada plan nak jumpa kaunselor. Dan doakan saya, Allah pertemukan saya dengan jodoh terbaik dunia akhir4t. – OrenManis (Bukan nama sebenar)

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.