“Setinggi mana pun pencapaian kau, aku tak kan pernah bangga!” – Mak

news.allmhidotcom warning

Aku bukan anak kesukaan mak. Kak Long dan adik perempuanku rupa seiras, putih chinese look. Tapi aku berkulit gelap mirip mamak. Jadi dari kecil aku jadi kutukan dan ejekan keluarga. Gelaran kicap la, anak kutip la dah biasa sangat hinggap kat telinga aku. Sedih…

#Foto sekadar hiasan. Aku wanita hebat. Aku M, bukan nama sebenar. Anak ke-3 dari 7 orang adik beradik. Aku ada kak long, abang ngah, aku, adik perempuan dan 3 adik lelaki.

Kami 3 beradik perempuan dan aku yang tengah. Kak Long dan adik perempuanku rupa seiras, putih chinese look. Tapi aku berkulit gelap mirip mamak or arab. Dari kecil perbezaan rupaku sering jadi ejekan dan kutukan family sendiri.

GeIaran kicap la, anak kutip la dah biasa sangat hinggap kat telinga aku. Sedih. Tapi orang luar pulak yang sering memuji aku. Cantik la, mata besar la, dah besar jadi ratu la. Tapi mak aku selalu menjawab, “jangan dipuji sangat budak ni nanti besar kepala.”

Aku menangani masalah keyakinan diri ni sendirian, dari seawal usia 6-7 tahun. Aku membesar dengan semangat dan kekuatan diri yang aku bina sendiri seawal usia kanak – kanak.

Aku bukan anak kesukaan mak. Jadi walaupun mak surirumah, aku harus melakukan hampir 90% kerja rumah kecuali memasak sejak dari sekolah rendah lagi. Mak tak akan mengemas rumah dan membasuh pinggan mangkuk.

Jadual harianku amat padat. Pulang dari sekolah agama tengahari, aku mesti cepat – cepat mengemas rumah, menyapu dan mencuci pinggan. Kemudian, mandi dan bersiap untuk ke sekolah sesi petang pula.

Berjalan kaki di tengah panas terik sejauh 5 km ke sekolah memang rutin harianku. Pulang dari sekolah hampir maghrib, cepat – cepat bersiap untuk solat pula. Selepas makan malam aku mesti mengemas dapur dan mencuci pinggan.

Melipat kain seisi rumah kecuali baju bajuku sendiri sebab mak memang tak akan membasuh bajuku. Aku hanya akan membasuh baju sendiri di hujung minggu. Selesai melipat dan menyusun kain baju barulah aku dapat duduk membuat homework dan latihan yang cikgu berikan.

Apa yang orang lain buat ketika ini? Mereka bersantai menonton tv. Aku tak boleh mengeluh atau membantah, nanti mak marah. Jadi aku pend4m dan buat. Layanan mak pada aku dan adik – beradik yang lain memang berbeza tanpa aku tau kenapa.

Contohnya jika aku membuka radio setelah selesai melakukan semua kerja rumah, mak akan datang dan terus off kan radio tu. Sambil membentak “Memekak!”. Tapi bila abangku datang dan menghidupkan semula radio tersebut, mak ok saja.

Kalau terpancar sedih di mukaku pula, mak akan menengking “padan muka!”. Jadi dari kecil lagi aku mengajar diri untuk kuat dan sembunyikan kesedihan. Hampir setiap hari aku dimarah dan dih4mun.

Airmata jadi teman setia setiap malam sebelum lena. Mak tak suka aku aktif koko di sekolah, tak suka aku ke depan dalam apa – apa acara. Dia pernah menjerit di telingaku, “Setinggi mana pun pencapaian kau, aku tak kan pernah bangga!”.

Aku melangkah ke sekolah dalam deraian airmata. Dari form 1 hingga tamat SPM, aku hanya memiliki 2 pasang uniform sekolah yang diulang pakai selama 5 tahun. Sampai senteng lengan baju.

Aku pernah meminta mak belikan uniform sekolah baru ketika naik form 3 tapi mak menjawab “Berenti sekolah lagi bagus!”. Sejak daripada itu, aku mengunci mulut. Yang penting aku boleh sekolah.

Aku memandang mak sebagai figura dingin yang sukar aku hampiri. Penghibur zaman aku membesar adalah rakan rakan rapatku. Aku menanam azam untuk berjaya dan pergi jauh. Jauh dan jauh.

Mak selalu membandingkan aku dengan kakak dan adik perempuanku. Betapa mereka baik, pandai dan amat membahagiakan mak. Abang pula jadi kebanggaan mak. Semua abang boleh lakukan sebab dia lelaki. Aku?

Sering disumbat dengan ayat, “Sedarlah diri kau tu perempuan!”. Pernah satu masa aku amat benci dilahirkan jadi perempuan. Aku benci jadi lemah. Semua kepahitan itu jadi pembakar untuk aku berjaya.

Aku berazam, andai aku jadi ibu, aku tak mahu jadi ibu seperti mak. Aku mahu sentiasa jadi manusia pertama yang akan mendorong dan menyokong anak – anakku. Aku mahu mereka tahu aku sayang.

Sampai sekarang aku sering gagal menyeIami hati mak. Iuka itu memberi parut yang kekal. – M (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Siti Nurul Fadzillah :  : Tulah kan, kata – kata seorang mak ni sampai ke tua kita ingat,tapi mak mungkin dah lupa bila dia tua apa dia buat zaman muda. Sebabkan hubungan rahim, tetaplah kena buat baik jugak.

Tabahlah adik. Selagi hayat dikandung badan itulah kata – kata pujukan untuk diri kakak sendiri. Tabah sabar bukan mudah, kerana kita berper4ng dengan diri sendiri serta hukvm agama.

Hanum Sakinah Kornain : Sedih baca kisah adik. Allah… Tapi sesungguhnya Allah itu maha adil.. Ibu ayah juga akan dinilai oleh Allah di akhir4t nnti setiap perbuatan buruk baik mereka terhadap anak, kerana anak itu adalah amanah Allah, yang ada hak – haknya untuk hidup di dunia ini..

Yang mana perbuatan buruk ibu bapa terhadap anak – anak, akan dihukvm di akhir4t nanti.. Adik terus maju ke hadapan, menjadi h4mba Allah yang berjaya di dunia dan akhir4t.

Nhar Nhmr : Saya doakan adik berjaya dunia dan akhir4t. Percaya laa, suatu masa mak adik akan sedar juga. Hanya masa yang akan tentukan. Sentiasa solat doa diberikan kekuatan mental dan fizikal.

Ada hikmah di sebalik apa yang terjadi. Percayalah adik akan jadi orang hebat di masa – masa akan datang. Tabah ye. Kuatkan semangat, Allah sayang adik. Macam kata ustaz Ebit Lew, Kita hidup untuk Allah sayang.

Kita buat apa untuk Allah sayang. Sebab tu jangan terlalu sedih kalau orang kata kita, jangan jadi lemah kalau orang fitnah kita, jangan pedulikan, sebab kita tak hidup untuk diorang, kita hidup untuk Allah sayang. Dia Allah yang jaga kita dari dulu sampai sekarang.

Nurhaniza Mohamad : Kalau ada peluang untuk jauhkan diri dari mak pergi lah. Sambung belajar ke kerja jauh dari rumah ke. Mungkin bila adik tak ada kat rumah mak akan sedar sesuatu. Kadang-kadang manusia ni bila dekat bau t4hi dah jauh baru bau wangi.

Julie Anme : Saya doakan adik menjadi anak yang mulia dan berjaya di dunia dan akhir4t, menjadi manusia yang memberi cerminan baik kepada orang lain hingga akhir hayat.

Semoga ibu dijentik oleh Allah hingga ibu berubah dan sedar, bagaimanapun ibu tidak suka, adik tetap dar4h dagingnya. Adik bertawakkal selalu kepada Allah.

Fadzilah Musa : Walaupun ceritanya tak panjang cuma ringkas, tapi sangat memberi kesan, mengalir airmata aku. Betapa d3ritanya kamu dik sepanjang membesar Akak sokong, nanti ada anak, jadi 360 darjah dari ibu pernah buat ye.

Percayalah walaupun tak dapat kasih sayang ibu, akan ada insan – insan kecil yang menganggap kamu sebagai dunia mereka dan akan menyayangi kamu pula.

Apa kata anda?