Seumur hidup saya tak pernah makan lidah lembu masak kicap. Suami diam masak tak nak bagitahu apa menu, sekali saya termakan lidah!

Lidah lembu masak kicapp?? Seperti biasa suami akan cakap, makan dulu, nanti dia bagi tahu apa yang dia masak tu. Ya, saya makan tapi bila saya tahu apakah itu, rasa menggigil jiwa raga saya…

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum dan selamat sejahtera admin. Terima kasih terlebih dahulu kepada admin jika kisah saya ini disiarkan. Sebenarnya saya pengikut setia page ni. Boleh dik4takan setiap posting, kalau tak share, saya mesti komen dan pasti semua saya like.

Dan kebelakangan ini, banyak sangat kisah rumah tangga yang disiarkan di sini. Kebanyakannya masalah KRT la kan. Tapi kisah saya ni lebih kepada SUAMI saya suka masak. Kami dah berkahwin 5 tahun. Belum ada rezeki anak.

Saya bekerja kerajaan sebagai pegawai gred P&P, hidup berprotokol. Suami saya pula bekerja sebagai pemandu lori bergaji hari. Ada kerja ada gaji. Faham – fahamlah pemandu lori ni kan. Luar nampak b3ngis dan garang, tapi kat lori bertempek stiker “beban dibawa ini tak seberat cinta abang”. Chewah. Kemain romantik.

Saya kahwin pun dah umur awal 30-an. Kami sebaya jadi perjalan hidup pun lebih kurang. Kami berdua dari keluarga yang sederhana. Nak kata miskin tak lah. Tapi kaya pun tidak.

Selama berkahwin, kerja-kerja dapur, suami sayalah managernya. Dia chef, dia interior designer dan dia juga pengurus kewangan. Walaupun saya ni pegawai, tapi biasalah penjawat awam, gaji dah rapat dengan segala beban komitmen.

Saya dah beli rumah dan kereta sebelum kahwin. Tambahan lagi personal loan lagi kan. Jadi perbelanjaan rumah tangga dan dapur ditanggung penuh oleh suami saya walaupun gajinya tak banyak mana. Tapi cukup, tak pernah lagi saya berlapar.

Di dapur, kalau saya nak cari lada hitam, pasti tak jumpa kalau tak jerit “Abang, lada hitam letak mana?”. Rasa dah buka laci rempah tapi masih tak jumpa. Nak dia juga yang carikan. Saya bukan manja tau, cuma saya tak jumpa je.

Pernah sekali abang kandung saya datang bermalam di rumah saya, minta saya masakkan nasi goreng, saya jadi m4ti kutu. Tak tahu nak buat apa. Abang saya cakap, “teruknya kamu, tak pernah ke dapur ke?”. Pembaca budiman sekalian, sesungguhnya sebelum kahwin saya seorang yang pandai masak.

Minta je nak makan apa. Tapi akibat perbuatan suami saya ini, kepakaran memasak saya hilang entah ke mana. Saya cuba untuk bantu dia di dapur tuan puan semua, namun apakan daya, semua benda tak menjadi. Last – last dia suruh saya duduk je kat ruang tamu, dah siap nak makan nanti dia panggilkan. Saya turutkan je la. Hihi.

Selepas kahwin berat badan saya sem4kin bertambah. Setiap malam, makan nasi berlauk beria contoh ikan bawal stim tauchu, ayam goreng vangge, kari ayam, dan pelbagai lagi. Kalau family saya datang bertandang, mesti mak, kakak, abang, ipar duai dan anak – anak buah saya mesti nak makan masakan air tangan suami saya.

Sambal belacan pun mereka kata tak pernah rasa sesedap ini. Belum lagi kalau dia buat ikan talapia bakar cicah air asam kerisik. Tengah menaip ni rasa tertelan air liur saya. Pembaca semua, ada juga makanan yang saya tak pernah rasa sebelum kahwin, dia masak.

Contohnya masak kicap lidah lembu. Seperti biasa dia akan cakap, makan dulu, nanti dia bagi tahu apa yang dia masak tu. Bila saya dah makan, sedap pula rasanya. Tapi bila saya tahu apakah itu, rasa menggigil jiwa raga saya.

Tapi sedap rupanya. Sambung makan. Selain tu, dia pernah masak pais ikan renet. Ya Allah, tuan – tuan puan – puan. Sedap bukan main lagi. Bertambah saya makan. Mana lah tak naik berat saya ni. Pernah la juga sesekali dia tak masak.

Macam demam ke kan, saya buat kerja senang, order Grab je. Kalau dia outstation, saya rendam je la megi buat dinner. Tapi rindu la nak makan makanan dia masak. Sedangkan lidah lagi tergigit, begitu juga suami isteri. Mesti berg4duh punya.

Lepas kami dah berbaikkan, layanan meja makan bertaraf hotel 5 bintang dia bagi. Biasanya dia akan buat steak la. Siap ada pisau, sudu, garfu lagi. Gelas yang berkaki untuk letak minuman. Biasanya sparkling grape la. Gabungan yang ideal ya tuan – tuan puan.

Steak tu bukan sirloin ker, tenderloin ke, cuma daging burger Ramli tu je. Tapi, effort pada plating tu yang mengharukan hati. Chicken chop black pepper pun pernah dia buat gak. Biasanya grilled dalam air fryer je. Mudah tapi sedap.

Masa saya sedang menaip ini, dia di dapur tengah mengupas ubi kayu nak rebus cicah dengan gula merah. Saya tak sempat lapar kalau dengan dia. Sebenarnya, dia goreng nugget pun sedap. Nugget tu bukan homemade pun. Beli kat kedai speedmart tu je.

Tapi kenapa kalau saya yang goreng tak boleh jadi sedap macam dia buat? Kalau kami plan nak berkelah di air terjun, pagi – pagi dia dah keluar pergi cari ayam segar. Nak perap untuk bakar di tapak air terjun. Family saya selalunya mesti nak join punya kalau tau kami nak pergi berkelah.

Ayam bakar style komando dia buat. Pun sedap. Kakak dan abang ipar saya siap suruh dia buka gerai ayam bakar kat bazar ramadan nanti. Memang Approved!. Saya dalam hati rasa kembang setaman sebab suami saya kena puji dengan keluarga.

Suami saya perwatakannya kelakar. Tapi tegas. Kalau dia tak suka, cakap terus terang tak ada selindung jaga hati ke apa. Memula kahwin saya pernah juga terasa hati, tapi sekarang dah lali. Yes bos, saya baIas macam tu je kalau dia tegur apa yang tidak berkenan di matanya.

Katanya dia tak romantik. Harijadi pun ucap je. Hadiah pun tak ada. Tapi saya tak kisah pun dan saya rasa ini dah cukup romantik bagi saya. Saya bersyukur sangat. Tak kaya tapi bahagia dengan cara kami sendiri.

Pembaca semua, janganlah kecam saya. Bukan saya nak menunjuk. Tapi saya cuma nak berkongsi cerita betapa jika kita hargai apa yang ada, kita akan rasa cukup dan bahagia. Suami yang tak kaya, tak romantik tapi personalitinya, buat saya rasa selamat.

Masih ada di luar sana lelaki yang baik, yang bertanggungjawab dan yang hormat sesiapa saja. Yang bujang tu, jangan takut kahwin ye. Sekian terima kasih. Yang bersyukur, – Mimolazi (Bukan nama sebenar)

Komen w4rganet :

Fatin Aminur : Sejak ada anak 2, dan baby pon masih kecil, cara husband saya adalah ajak kami makan luar. Tak pon grab, shopee food. Tu effort dia sebab dia pun tak pandai masak. Alhamdulillah dia sangat memahami si isteri yang penat. Bahagia masing – masing berbeza kan.

Nor Fauziah AR : Jimat tenaga.. tak payah habis tenaga untuk masak – masak. Hihihi… Boleh belajar skill lain, buat kek, pastri, dessert, hihihi. Alhamdulillah untuk kalian. Semoga bahagia hingga ke jannah. Bersyukur tak dapat pasangan jenis parasit.

Nur Aien Baharudin : Suami puan macam suami saya, ayam bakar dia diidam – idamkan, saya yang sebelum kawen pandai masak tau tapi dek kekangan pjj dan bila balik dia selalu masak lani takhta pandai masak jatuh kat dia.

Heaven tau laki pandai masak.. haha plus rajin segala serba serbi kawen la dangan lelaki yang rajin sangat membahagiakan!!! Doakan saya bahagia selalu dan dapat duduk sebumbung secepatnya pjj Singapore Kedah.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.