Mak singgah mall beli byk baju baby tapi semua untuk anak kakak, anak aku sehelai pun tak dapat

Sampai kat kampung takde sape pon yang sambut kami. Aku baru pegang susu, tiba2 mak aku sergah suruh cepat, jangan lama2 sangat buat air orang sibuk nak buat kerja lain kat dapur ni. Aku terus cakap, ‘aku baru sampai dah kena marah2, aku tak balik jauh2 untuk kena marah.’

#Foto sekadar hiasan. Assalamualikum semua, selama ni aku silent reader, baru hari ni teringin berkongsi rasa sebab akhir – akhir ni aku tengok ramai jugak yang share pasal ibubapa yang tak adil dalam layan anak – anak.

Aku kenalkan diri serba sedikit, berumur akhir 20-an, sudah berkahwin, anak satu. Asal aku dari selatan tanah air, menetap di utara setelah aku berkahwin.

Aku anak bongsu dari perkahwinan yang gagal. Disebabkan penceraian ni jadikan aku sangat – sangat menyayangi mak aku dan tentunya lebih dari ayah aku. Tapi sekarang hubungan aku dan ayah aku baik – baik sahaja sebab bagi aku apa yang kurang tanggungjawab yang ayah aku laksanakan hanya Tuhan yang menilai.

Aku memang tak mampu mewahkan mak aku dengan apa – apa, tapi sejak dulu kalau aku kerja part time masa belajar, aku akan bagi mak aku sikit, bila aku dah kerja, duit bulanan mak aku tak pernah miss, kalau aku bonus, aku bagi mak aku lebih.

Kalau keluar mak aku pegang tudung ke baju memang aku akan terus belikan. Dan aku tak pernah susahkan mak aku untuk apa – apa pon bila aku dah besar. Sebab aku rasa kalau aku tak mampu nak mewahkan mak aku, sekurang – kurangnya aku tak susahkan hati dia dengan masalah.

Lepas aku dah kahwin, kami merantau di utara, aku dengan suami memang jalankan tanggungjawab dekat family mertua aku dan kami akan balik kampung aku secara konsisten. Kami nak jalankan tanggungjawab kami sama adil tak kisah family aku ke atau family suami.

Kami tak pergi berjalan ke mana pon sejak kahwin sebab bila ada cuti dan duit lebih kami memilih untuk balik ke kampung aku. Dulu aku pejam mata semua benda yang aku rasa tak adil dekat aku, tapi Tuhan bagi aku rezeki awal dapat anak, dan ketidakadilan layanan terhadap anak aku jadikan aku sangat – sangat sensitif.

Ketika aku mengandung, kakak aku pon mngandung anak ke 4, beza 5 bulan je dengan anak aku. Masa dia bersalin aku tengah mengandung 4 bulan, aku balik kampung nak ziarah, anak dia yang lain dia tinggalkan dekat mak aku untuk jaga time dia dalam wad.

Dia tinggalkan anak dia dengan pakaian yang serba serbi tak cukup. Kami adik beradik ramai – ramai pergi melawat kakak aku, masa balik kitaorang singgah shopping mall. Mak aku belikan kelengkapan untuk anak kakak aku yang besar tu.

Baju, seluar, seluar dalam, dan untuk baby mak aku beli lebih kurang sepuluh helai baju malam baju siang. Aku ingat ade la sehelai untuk anak aku. Tapi dekat rumah time kemas – kemas barang adik beradik yang lain tanya ‘banyak baju baby, untuk baby adik sama ke?’

Mak aku jawab, ‘tak, semua untuk baby kakak, baby adik lambat lagi, tak elok beli awal – awal.’ Aku okay je time ni sebab ingat nt aku pon akan dapat jugak. Tapi masa aku bersalin sehelai baju pon mak aku tak bagi, walaupun dah 3 tahun pun umur anak aku sekarang sehelai baju je mak aku pernah bagi kat anak aku masa dia pegi jalan – jalan.

Masa aku bersalin, p4ntang mak aku jaga. Kakak aku bercerai masa aku dalam p4ntang. Jadi hantar anak – anak dia dekat mak aku untuk jaga masa dia pergi setelkan masalah dia. Mak aku diam je waktu dia hantar anak tapi mak aku meng4muk bila dia dah keluar sebab hantar anak – anak macam tu je, kot nak bagi duit, kot nak bagi lauk.

Yang dengar aku. Yang hadap aku. Sedikit sebanyak memang em0si aku terganggu. Bila mak aku letih jaga cucu – cucu masa siang, aku tak sampai hati nak k3jut mak aku masa malam bila anak aku nak menyusu ke apa.

Kadang – kadang aku sengaja buat sendiri bila mak aku tanya kenapa tak panggil, aku bagi alasan aku pon baru terjaga je. Seboleh – boleh aku tak nak susahkan mak aku. Baru – baru ni kakak aku kahwin lagi, ni lah permulaan calar – calar hati kecil yang aku tanggung berd4rah – d4rah.

Aku kerja kejar due date, time kenduri tu patut aku kena submit file tapi sebab aku nak cuti aku janji dengan boss aku boleh siapkan file tu sebelum aku cuti. Malam sebelum gerak balik kampung aku tak tidur langsung, siapkan kerja.

Pagi tu lepas subuh aku terus gerak. Tak rehat tak tidur. Sampai kat kampung takde sape pon yang sambut kami, mungkin la semua tengah sibuk. Nak tanya perjalanan kami pon tidak. Kot nak jemput kitorang minum pon takde.

Sampai la suami aku minta air, mak aku suruh aku buat, tapi buat banyak untuk semua bukan untuk suami aku je. Aku baru pegang susu, tiba – tiba mak aku sergah suruh cepat, jangan lama – lama sangat buat air orang sibuk nak buat kerja lain kat dapur ni.

Aku terus cakap, ‘aku baru sampai dah kena marah – marah, aku tak balik jauh – jauh untuk kena marah’. Tak habis kat situ, ape aku buat ape aku pegang semua jadi salah hari tu. Aku tanya kakak ipar aku kenapa dengan mak aku, kakak ipar aku pujuk aku kata mak aku penat sebab semua dia yang buat.

Tak habis dekat aku je, anak aku pon kena. Anak aku memang selalu meragam kalau balik kampung, mungkin sebab perjalanan jauh. Jadi memang selalu lah kena kata sebab meragam – ragam.

Malam kenduri tu anak aku tidur awal aku letak dia dekat sudut rumah, bila mak aku perasan, ‘tidur dah, patutlah sunyi kalau tak tu dia je yang memekak, menangis je.’ Anak aku tak besar depan mata mak aku, tak rindu langsung ke mak aku dengan anak aku.

Aku diam tak cakap apa – apa. Aku k0rbankan cuti aku, aku habiskan duit untuk toll minyak, aku tak tidur siapkan kerja aku sebab aku nak balik kampung, tapi yang aku dapat hanyalah kemarahan mak aku. Serba tak kena semua yang aku buat.

Alasan sebab penat, mak aku penat sebab nak memenuhi kenduri kakak aku, sedangkan ni perkahwinan kedua sepatutnya bersederhana tapi kakak aku nak jugak kenduri gah sebab konon dia kahwin dengan lelaki bujang.

Kalau nak buat untuk kakak aku, buat lah tapi tak perlu aku jadi m4ngsa lepaskan kemarahan kepenatan. Pagi kakak aku nikah, mak aku duduk sebeIah kakak aku, sedangkan masa aku nikah kawan – kawan yang teman aku sebab bila aku minta mak aku teman kan aku dekat pelamin, kakak dengan mak aku kata tak boleh.

Aku memang duduk luar rumah masa kakak aku nikah tu sebab aku rasa hati aku macam kena si4t – si4t. Apa yang jadi masa kenduri kakak aku buat aku buka mata. Satu per satu kenangan aku masa kecik terimbas dan semuanya tentang sayangnya mak pada kakak aku.

Pernah masa aku kecik abang aku belikan kain pasang untuk kami yang perempuan. Tapi mak aku ambil kain aku buat baju kakak aku sebab mak aku kata rugi kain pasang buat baju aku sebab aku kecik. Membazir.

Sejak kenduri aku betul – betul bawak diri, aku takde plan pon nak balik kampung dan pertama kali family kecil aku dapat pergi berjalan, sebab bajet balik kampung kami dah tak guna untuk balik kampung jadi kami pergi berjalan anak beranak.

Ada yang nasihat aku untuk jalankan tanggungjawab aku macam biasa apa yang aku buat selama ni untuk mak aku, tapi aku betul – betul dah tak mampu. Hati aku betul – betul terIuka, aku utamakan mak aku dalam semua perkara sebelum ni tapi aku aku hanya dapat kemarahan. Sikit pon tak dihargai.

Terima kasih sudi baca kisah aku, aku just nak minta pandangan kalau apa yang aku buat ni betul atau tak. Mungkin aku terbawa – bawa perasaan. – Anak yang tak dirindukan (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Syazwani Ism : Buat je hal sendiri. Pernah dah nampak depan mata mak pilih kasih dengan anak. Sampai ke cucu – cucu memang dipilih kasihnya. Kita dah dewasa pandai menilai. Bukan budak kecik boleh dib0doh – b0dohkan. Fokus kat family, yang menghargai. Peng0rbanan yang tak dihargai memang meny4kitkan hati.

Fauzani Jamaluddin : Dik, kadang – kadang mak ni, tau kelebihan dan kekurangan anak – anak. Mungkin dia tau adik boleh bawa diri lebih baik dari kakak adik, mungkin adik lebih senang jauh lebih baik dari kakak adik.

Mungkin dia memang tau, selama ni memang adik je yang tolong dia di saat kenduri kend4ra, jadi bila adik balik lambat, dia terasa tiada siapa yang tolong dia. Janganlah ambil hati lama – lama dengan mak tu.

Untung adik ada suami dan mertua yg baik dan sayang kat adik, mengganti pilih kasih mak adik yang adik rasa tu. Janganlah dilayan sangat perasaan tu. Mak tetap mak, syurga anak – anak tetap pada mak. Jangan sampai mak adik dah takde, baru adik nampak kasih sayang mak.

Syafaa Arissara : Tumpang bersimpati. Semoga terus kuat. Cuma sedikit pesanan saja. Sesekali pujuk lah hati sendiri untuk bertanya khabar. Takut –  takut kalau bukan kita yang pergi dulu, mereka yang pergi dulu.

Dalam hidup, ibu bapa yang Allah bagi cuma satu. Dan hanya sekali seumur hidup. Semoga Allah sembuhkan Iuka di hati. Semoga pengakhirannya baik – baik saja.

Cheq Senah : I feel u.. mine also come from broken family. Beginilah, kecil hati ini tak membawa kita ke mana – mana pun. Beringatlah, selagi masih punya ibu bapa, buatlah bakti. Belajarlah pejam mata untuk perkara – perkara yang meny4kitkan.

Dik kerana mengikut rasa rajuk dan s4kit hati. Tidak rugi pun kita berbuat baik pada mereka, malah lebih berkat dan tenteram hidup kita. Seperti mana kita mengharap yang molek – molek daripada ibubapa, mereka juga berharap begitu drpd kita.

Mereka tak boleh kembali pada masa yang lepas untuk memperbetulkan kesalahan waktu muda. Begitulah kita, janganla mencipta kesalahan – kesalahan yang kelak kita juga tidak dapat lagi diperbetulkan. Sebab…..? Masa tu mereka sudah tiada. Lapangkan hati.

Marini Ibrahim : Memang terasa kalau dianaktirikan, tapi bersabar lah kerana mak tetap mak. Berdoa lah selalu agar mak buka hati kat kita. Dan kita pun berlapanglah d4da. Anggap kalau mak kita layan kita dan anak – anak, itu rezeki yang Allah beri.

Kalau tak, itu bukan rezeki kita. Rezeki Allah tu luas. Mungkin rezeki lain yang akan Dia beri kat kita. Andai kata kita buat baik kat mak kita. Niatkan kerana Allah semata. Kalau mak nampak dan appreciate kita.

Maka itu rezeki kita, kalau tak, Allah maha nampak Dan Maha mambaIas. Biar kita hidup berdasarkan agama dari kita hidup berdasarkan nafsu.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?