“Siapa boleh tolong translate apa Jebat cakap tu.”

Memang ramai yang suka tengok gelagat dan karenah kanak-kanak. Memang fitrah kanak-kanak ini telatah kanak-kanak mampu membuatkan kita ketawa.

Tambah lagi kalau anak kepada pasangan Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila, Jebat Jayden. Si comel yang berusia dua tahun ini sering mendapat perhatian netizen. Nabila memuat naik video anaknya yang sedang petah bercakap sambil tangan bergerak ingin menceritakan sesuatu.

Tetapi apa yang lucunya, sebutir perkataan pun tak faham apa yang dibebelkan oleh Jebat. Memang comel!

Kemain dia membebel siap tunjuk tunjuk lagi dengan jari comel dia tu..

eee geram tau budak ni.

Perkongsian video yang dimuat naik oleh ibunya di laman IG mendapat lebih 100 ribu view dan tanda suka. Rata-rata meninggaIkan komen geram dengan kepetahan Jebat bercakap walaupun hanya dia sahaja yang faham.

Ayat mula tu, dengar macam tapi kawan-kawan lepas tu bla bla bla (tak tau dia cerita apa sampai mengucap ya Allah.. ya Allah…) geramla tengok pipi pau dia tu, dgn mulut becoknya ajak orang bersembang siap kaki tangan naik sekali tu

Macam cakap philiphine pun ada. Comelnya la jebat ni!

Baby cakap ape tu, pipi kena gigit nyamuk ke sayang

Kalau aunty ni aunty panggil bahasa planet.. Nanti bila dah besar sikit mesti rindu nak dengar bahasa planet ni..

Kalau didengar betul2.. Ada dia sebut ya allah ya rabbi.

Dh cm bunyi kucing tngh bgadoh pulak.. Comel

Sharnaaz dan Nabila mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 dan menimang cahaya mata pertama pada 30 Ogos lalu. Sehingga kini kes pencer4ian antara mereka berdua masih lagi belum diselesaikan dan diperingkat mahkamah. Para peminat masih mendoakan agar pasangan ini dapat berbaik semula demi Jebat. Apa-apa pun terserah kepada mereka dan juga jodoh, kita hanya mampu memberi sokongan dan doakan yang terbaik untuk mereka berdua.


Artikel ini disediakan oleh Media Cite Heboh. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Media Cite Heboh tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..