Siapa lelaki misteri pilihan Elly Mazlein?

Hari ini merupakan hari yang paling bahagia buat penyanyi dan pengacara Elly Mazlein apabila telah dirisik oleh si buah hati.

Elly Mazlein, 39 tahun meluahkan rasa gembira dengan berkongsi status dilaman IG miliknya. Katanya untuk perkahwinan sebelum ini, beliau tidak melakukan adat merisik. Tapi apabila pihak ibubapa lelaki ingin membuat adat merisik, beliau merasa seperti dimanjakan.

Seronok la belum jadi mak mertua lagi dah dimanjakan. menurutnya lagi, untuk majlis merisik ini hanya dihadiri oleh keluarga dan kenalan terdekat sahaja.

Izinkan aku merasa detik ini

Dalam memenuhi Impian majlis merisik kami sekeluarga, dalam masa yang sama ada juge pihak yang sedang mencari rezeki & sedang mendaki untuk mencipta nama serta melebarkan sayap dalam bidang masing2

Dengan adanya majlis, Sudah pasti ada kaitan dgn para peniaga.. dgn erti kata lain, setiap majlis pasti ada juge rezeki org lain.

Menjadi tanda tanya ialah siapakah gerangan kekasih hati Kak Lina PomPom ni. Hanya dikenali dengan nama Azlan dan mereka mula berkenalan sejak Ogos tahun lalu. Takpe, kita tunggu je Majlis pernikahan yang akan berlangsung bila-bila masa saja nanti.

Sebelum ini, Elly pernah berkahwin dengan pengarah Azmi Hatta dan dikurniakan cahaya mata, Putri Sara Sefhia Azmi sebelum bergelar ibu tunggal selama tiga tahun.

Tahniah sekali lagi Kak Lina PomPom. Semoga perjalanan percintaan ni sampai ke jinjang pelamin. Peminat-peminat dan rakan artis turut sama mendoakan Kak Lina PomPom.

p/s Siapa tau siapa Azlan ni pm la mimin ;p


Artikel ini disediakan oleh Media Cite Heboh. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Media Cite Heboh tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..