Suami merajuk tak tidur sebilik, gambar kahwin dia pusingkan, gambar dekat fb dia padam

Dalam pantang anak ke-2, czer yang ke-2 dia tak sediakan makanan aku. Kalau aku ajak makan luar sebab tak larat masak pun, aku tolong bayar. Sedihnye ya Allah. PergiIah aku ke dapur buat sarapan sendiri. Mandikan anak sendiri sebab dia dah pergi kerja..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum, aku mintak admin tolong postkan confession ni sebab aku dah buntu sangat. Aku nak mintak pandangan. Aku tak boleh cakap dengan sapa – sapa sebab aku malu. Aku tak nak parents aku pun risau.

Aku Nina, berumur awal 30-an, dah kahwin, ada anak yang berumur 4 dan 2 tahun yang baik dan bijak. Aku ada kerja tetap sebagai frontliner kat hospitaI. Keje shift. Mak ayah duduk dekat je dalam 20 min dari rumah aku.

Dah beberapa hari suami aku tak endahkan aku buat macam orang yang dia benci. Kalau aku masuk bilik, dia keluar. Tidur asing bilik lain. Gambar kahwin dalam rumah dia pusingkan. Gambar aku dalam telefon dia delete.

Gambar kahwin kami di ig dia padam. Tak nak bercakap dengan aku. Bila nak ajak berbincang, baru aku cakap sikit je, baru nak mula. Dia kata suruh diam kalau tak dia nak tumbvk muka aku. Dan beginilah situasi bila tiap kali dia g4duh dengan aku.

Cuma kali ni memang nampak sangat dia macam dah benci aku tapi masih nak simpan aku. Jujurnya, aku perempuan yang ada masa lepas. Sebelum kahwin, dia dah tahu semua. Aku dip4ksa bagitau dia. Pernah jadi pvnching bag sampai tak boleh pergi kerja sebab katanya aku tipu dia.

Atas sebab ini bila g4duh je dia akan cakap ‘perempuan macam awak’. Aku sedih. tapi masalahnya, dia pun ambil kesempatan kat aku macam laki lain. Tapi kenapa lagak gaya macam orang tak pernah berd0sa? Aku nak kahwin jadi isteri yang baik.

Aku tak sangka lepas kahwin dia masih ungkit siapa aku. Hari tu aku tanya dia, aku bukan manusia jugak ke yang ada hati? Dia kata aku ‘b**gs*t. Depan anak – anak. Aku sedih. Perempuan macam aku tak layak ada perasaan ke?

Tak layak mengadu apatah lagi merajuk. Segalanya aku kena telan. Kerja rumah semua aku buat. Atas alasan, aku kan yang nak kerja. Kalau duduk rumah dia takde jugak bantu aku. (pernah ambil cuti 3 bulan jaga anak).

Alasan lain, ‘saya dah malas nak tolong awak sebab lepas tu mesti awak buat sepah balik.’ Ya Allah. Bukan aku. Anak – anak aku tengah membesar, kadang – kadang aku tak sempat catch up. Dorang ligat, aktif. Kadang – kadang barang beralih.

Dia kat rumah pun banyak dengan telefon. Bangun tido, depan tv, layan anak, dalam jamban. Tangan tu selalu scroll fb, ig, zalora. Aku kecik hati sebab kalau anak panggil pun 2 – 3 kali baru nak menyahut. Kadang – kadang aku yang tolong anak panggil dia sebab kesian tengok anak.

Itupun dia menyahut ’em’ je kalau anak tunjuk apa – apa dekat dia. Dalam pantang anak ke-2, czer yang ke-2 dia tak sediakan makanan aku. Bila aku mintak tolong dia kata, kenapa pulak. Awak tak pernah pun sediakan sarapan saya.

Ya Allah. Aku bukan tak sediakan, aku kerja pagi pukuI 6 dah keluar. Kalau pun aku tak siapkan sarapan tapi untuk lunch dan dinner kan aku masak. Kalau aku ajak makan luar sebab tak larat masak pun, aku tolong bayar. Sedihnye ya Allah.

PergiIah aku ke dapur buat sarapan sendiri. Mandikan anak sendiri sebab dia dah pergi kerja. Tapi takpe, Allah tolong aku. Aku rasa tenaga sangat. Lvka pun elok. Jadi, kali ni punca g4duh sebab raya hari tu. Dia nak balik kampung raya haji, tapi ni bukan giliran aku untuk cuti dekat tempat kerja sebab raya puasa aku dah cuti sebulan.

Sejak dari tu dia macam orang yang benci sangat. Aku wassap pun dia suruh aku stop, diam. Tak nak bincang sebab kata aku macam kartun. Aku cuma nak tanya kenapa. Apa salah aku kali ni. Berkali aku mintak dia lepaskan aku.

Lepas semua tanda yang dia tunjuk. H1na mak ayah aku, raya pun tak nak ikot balik rumah mak aku. Cakap perempuan macam aku ni tak sedar diri, tak sedar untung. Aku cuba sabar dari hari ke-2 kami kahwin dia dah kata dia tak redho dengan aku.

Masa tu aku macam berbunga cinta kat dia. Masih semangat nak jadi isteri solehah. Aku nak tanya, kalau macam ni, Allah pun tak redho ke dengan aku sebagai isteri sebab suami aku cakap macam tu? Aku beli rumah untuk mak ayah aku duduk. Dekat dengan aku.

Mak ayah aku ada rumah di Ipoh tapi tak selesa. Rumah kecik. Suami aku cakap dia jadi susah sebab aku terp4ksa kerja untuk bayar rumah tu. Bila aku kerja dia serabut kena jaga anak. Padahal aku ni banyak kerja pagi je, jadi bila pukuI 3 aku yang mbil anak kat sekolah dan pengasuh.

Bila aku kerja malam, mak aku jaga anak – anak aku sebab tak nak ganggu dia tidur. Dia tak mesra dengan keluarga aku. Tangan dia macam berjahit telefon. Mak ayah aku pun kekok nak borak dengan dia. Dia kata aku anak perempuan, dah kahwin, bukan tanggungjawab aku nak bela mak ayah aku.

‘Abah awak ada pencen, biarlah bapak awak sara. Bapak awak tu dari duduk rumah saja, dia taknak kerja ke untuk ekonomi family dia.’ Yelah orang dah pencen, letihla dia nak kerja lagi. Lagipun duit pencen cukup je nak bagi makan anak cucu, sara adik – adik kat U 2 orang. Pergi berjalan. Cuma nak bayar rumah je tak mampu.

Jadi aku tolong. Beli rumah pun deposit, lawyer fee, renovate semua duit bapak aku. Segala lampu, deko. Aku cuma bayar bulanan ke bank, tu pun mak aku bagi balik RM500 ke aku. Rumah tu nama aku. Aku nak tanya, memang aku tak boleh berbakti untuk mak ayah, keluarga aku ke bila dah kahwin?

Aku sedih sangat bila dia cakap, ‘kau pegiIa kerja, kau nak sangat kerja nak sara mak bapak kau kan?’ Aku pelik kenapa dia tak boleh faham aku macam tersepit nak pilih dia atau tolong mak ayah aku sama. Aku dah mintak dia lepaskan aku, tapi dia tak nak.

Aku tak tau dia nak apa lagi dari perempuan macam aku. Macam – macam dia dah h1na aku. Keluarga aku. Aku cuba jadi yang terbaik walau aku tau kadang – kadang tak sempurna. Ada hari aku letih kerja. Rumah sepah sikit. Tapi bila cuti aku akan buat jugak.

Kalau aku nak mintak cerai, susah tak? Anak dia boleh ambil ke?Aku dah tak tahan dengan mentaI t0rture ni. Dia tak solat. Alasan, buat apa saya nak solat dengan isteri macam ni. Buat baik pun tak semangat. Aku down sangat. Aku cuma nak move on.

Aku nak jadi isteri dan ibu yang baik. Aku doakan dia, murah rezeki, sihat selalu. Aku sayang dia tapi sekarang hati aku dah kosong. Tawar hati aku bukan orang yang macam ni. Aku happy go lucky. Pergi keje aku dapat lupa masalah kat rumah walau badan letih. – N (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Yasmin Yahaya : Laki sis ni t0ksik. Tu je. Orang macam ni biasa tak berubah dan rasa diri maksum. Sis nak stay or angkat kaki terpulang. Kalau betul – betul rasa tak sanggup bersama dan nak file cerai, please hire a lawyer. Let the lawyer do all the work.

Sebab bila laki taknak lepas, settle sendiri macam susah. Hire a lawyer will ease your work. But of course, lepas tu banyak lagi kos kalau nak filekan. Be prepare la. Tak nk hire lawyer pun okay tapi banyak keje sikit. File fasakh boleh, tapi kene ada solid reason which you have to prove betul – betul. Biasa cerai biasa lebih mudah dari fasakh. Kalau benda – benda macam ni, minta advise dari lawyer.

Harzrulfiqah Mohamed Zain : Apa susah kak, buat je dia tak wujud dalam rumah tu. Nak sangat kan. Jangan nampak yang kita nak dia sangat. Buat tak tahu je. Ignore jee. Kalau tak boleh pergi report mahkamah syariah. Isteri ada hak. Kau kerja elok kak. Honestly you don’t need him. Kau pun berhak bahagia kak.

Nurul Ashiqin : Orang macam dia tu suka play v1ctim, perkahwinan ni ibarat business transactian. Awak tak bagi dia, dia tak bagi awak. Tapi most of the time awak yang give all 100% sambil menanggung kerugian. Teruk sangat kalau sampai mengh1na merendahkan. Awak cepat – cepat cari lawyer yang boleh bantu, semoga dipermudahkan urusan seterusnya ya.. Nanti update perkembangan jika sudi.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?