Puasa dan raya kali ini kali pertama saya tak dapat puasa dan beraya bersama anak – anak. Kenapa masa saya susah dulu, saya yang jaga anak, beli barang anak, tapi bila dah jadi macam ni suami kalut nak anak? Saya berharap anak – anak tak lupa saya di hari raya. Umi sayang anak – anak umi.
#Foto sekadar hiasan. Hi warga facebook. Selamat berpuasa buat semasa rakan muslim. Tahun ni pertama kali saya terp4ksa berpisah dengan anak – anak buat pertama kalinya. Tahun ke-6 perkahwinan, saya akhirnya mengalah.
Saya tidak mampu lagi bersabar dengan dugaan perkahwinan. Masalah saya dari awal perkahwinan adalah suami saya tak bagi nafkah, dia lebih banyak masa dengan kawan, suami tak boleh bawa berbincang dan kami asyik berg4duh.
Saya seorang yang berkerja tetap di sebuah jabatan kerajaan dan mempunyai bisnes sendiri. Untuk pengetahuan, saya memang suka berniaga dari sebelum berkahwin kerana diri saya yang suka berdikari dan tak mengharap orang lain.
Suami pula bekerja sendiri bersama ayahnya. Sebelum berkahwin saya pernah tanya suami kerjanya melibatkan ayahnya atau tidak, tapi suami saya menipu, dia cakap yang kerja ayahnya dan dia adalah berasingan tetapi lepas kahwin baru saya tau.
Dia bekerja dengan ayahnya. Di situ saya dah mula kecewa. Awal perkahwinan suami dapat banyak job dan memang banyak duit hampir 200k dalam akaun bank dan dia selalu cakap rezeki anak tapi percaya atau tak, suami tak bagi saya nafkah dari rezeki yang dia dapat?
Saya ada duit sendiri, tapi saya buka nak sangat duit, kita perempuan ni hanya nak lelaki jalankan tanggungjawab. Betul tak? Saya pernah cakap dia kena bagi nafkah dekat saya setiap bulan, tapi dia cakap saya dah kerja jadi tak perlu bagi.
Di situ, saya kecewa. Saya jenis kalau saya cakap sekali, tapi saya dikecewakan, saya tak akan ungkit kali ke dua. Bila baru kahwin, saya duduk dengan mertua. Sememang saya ni jenis berdikari memang agak kekok tinggal dengan orang.
Bayangkan dalam baru kahwin, suami balik joging dah 8.15 malam, mandi dan makan terus keluar lepak dengan kawan kampung. Saya? Bila saya tegur, dia cakap malu nanti orang cakap baru kahwin terperuk dekat rumah.
Di situ, saya kecewa lagi. Dan per4ngai tu berlalu sehingga 5 tahun perkahwinan. Suami masih keluar dengan kawan dan akan balik pukuI 1 – 3 pagi. Kalau nak cerita, panjang sangat kehidupan saya.
Saya balik kerja pukuI 6, ambil hantar anak dari nursery adalah rutin tetap saya, susu, pempers, baju anak semua guna duit saya, kadang – kadang ja suami bagi kalau ada duit, tapi kebanyakan adalah saya.
Bila balik rumah, rumah bersepah sebab suami lempar – lempar baju terkadang jamban tak fIush. Ya, dari situ saya mula bersuara. Eh sorry, saya duduk dgn mertua setahun je. Tahun kedua lepas dapat anak sulung, kami dah berpindah keluar.
Urus anak, beli barang, kerja penat cari duit, macam – macam lagi tapi balik rumah, rumah bersepah sebab suami. Bila saya tegur, dia kata saya isteri derh4ka, perg4duhan pernah berd4rah. Saya kecewa.
Semasa saya mengandung anak kedua, pernah berg4duh, dan saya balik bagitahu emak ayah saya saya nak berpisah, tapi mak ayah saya tak bagi sebab kesiankan anak. Mulai dari situ, saya balik dengan kekecewaan, tiada siapa dapat bantu saya.
Mula pada hari tu, saya memang tak kisah apa suami nak buat, tak bagi duit ke, nak sepahkan rumah ke, keluar rumah dengan kawan ke. Tapi sekali sekala memang akan meIetup jugak bila terlalu penat.
Memang perg4duhan mesti masalah yang sama. Dan m4kin hari saya m4kin dend4m. Tahun lepas, ada perg4duhan yang melibatkan suami cakap dekat saya jika saya pilih keluarga saya, dia akan lepaskan saya.
Dan mulai saat tu saya buat keputvsan jumpa peguam dan fail mahkamah penceraian. Saat tu mungkin suami terhantuk, naik mahkamah dah 4 kali. Walaupun dia dah lafazkan masih tak nak mengaku di mahkamah dan saya masih dalam kekecewaan.
Saya m4kin benci, m4kin dend4m. Saya dah tak kisah apa orang nak kata bila saya pos status berkenaan suami, saya depr3ss. Terkadang saya menjerit. Terkadang nak melepaskan anak – anak. S4kit sangat.
Suami tak nak lepaskan sebab nak anak – anak saya. Kami dikurniakan 3 orang anak, dua orang lelaki dan seorang perempuan. Saya kecewa lagi. Kenapa masa saya susah dulu, saya yang jaga anak, beli barang anak, tapi bila dah jadi macam ni kalut nak anak?
Kenapa pentingkan diri sendiri? Kenapa kenapa? Saya kecewa. Saya berendam air mata. Kehidupan saya hanya penuh dengan tangisan. Tu saya tak cerita lagi dia h1na saya, dia kata sampah lebih baik dari saya.
Saya tak cerita lagi dia agung – agungkan bekas kekasih dia. Bukan jeles, tapi kenapa tak nak lepaskan saya kalau saya tak membahagiakan? Raya dan puasa kali ni, masih dalam kes mahkamah, dan lagi sekali saya, sentiasa beralah bagi anak untuk beraya dengan suami pada hari raya pertama.
Saya? Tak apa. Saya ok. Saya cuma nak tunjukkan yang saya masih bertolak ansur, masih memberi kerjasama, saya masih mempunyai hati yang sentiasa kesiankan orang dan utamakan orang lain berbanding hati saya.
Saya berharap anak – anak tak lupa saya di hari raya. Umi sayang anak – anak umi. Bukan umi tak mau pert4hankan hak umi dapatkan anak – anak, tapi umi adalah umi yang sentiasa inginkan kebahagiaan, tak suka sengketa, tak suka akan perg4duhan. Maaf kalau cerita tunggang terbalik. Sekadar ingin kongsi keIukaan hati.
Komen Warganet :
Geisa Rahmi Madin : Semua tak dapat, nafkah tak ada, banyak benda yang tak kena dalam perkahwinan tapi kenapa susah lagi nak dapat hak sis. Semoga Allah permudahkan segala urusan sis, sentiasa berdoa jangan putvs asa. Insyaallah bahagia menantu sis bila tiba masanya. Semoga terus sabar, aamiin.
Yaya Zmira : Sabar je sis. Semoga sis tabah dan harap sis kuat. Mesti penat makan hati kan. Tapi demi anak – anak terp4ksa mengalahkan. Walaupun saya tak pernah lalui tapi cukup saya tahu isi hati seorang ibu, seorang wanita..
Siti Aminah : Cerita Tt hampir sama dengan seseorang yang saya kenal. Kalau dia meluahkan mesti bertakung air mata dia. Saya hanya mampu jadi pendengar dia je. Semoga sis tabah dan kuat hadapi semua ni. Semoga Allah bagi jalan penyelesaian terbaik.
Naufal Umar : Gunakan masa waktu anak – anak dgn suami tu sebagai masa berehat sis.. Pergi ubat hati, cari ketenangan. Pergi bercuti dan berjalan tengok tempat orang lain. Kebahagiaan bukanlah hanya pada seorang lelaki tapi awak boleh dapat dengan pelbagai cara yang lain.
Riba Hayyamus : Lelaki zaman sekarang memang suka cari isteri yang bekerja. Selain dari dapat menumpang senang, diorg boleh lepas tanggungjawab dekat isteri tanpa risau. Isteri boleh tolong suami ape yang patut. Kena plak suami jenis kaki hutang. Memang tak berduit la nanti.