Suami aku doktor terlalu sibuk balik lambat. Aku keluar merajuk pukuI 2 pagi pun dia tak perasan. Aku balik tengok dia tidur!

Suami aku tengah houseman sekarang, jadual dia agak padat dan banyak masa dia habis kat hospitaI. Kalau dia balik kerja lewat, aku mula jadi marah, terutama bila dia langsung tak inform aku yang dia balik lambat. Aku dah tumbvk dinding..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum, terima kasih admin sudi publish nukilan aku ni. Aku tak tahu nak cerita kat siapa, akhirnya nukilkan kat sini je la. Kami baru 3 bulan berkahwin. Sebelum aku kahwin, aku dah grad master selama 4 bulan dan baru saja bekerja kontrak masa tu.

Aku berhenti kerja dan tolak semua tawaran bekerja kerana mengikut perancangan bakal suami aku. Aku kena ikut tempat kerja dia supaya mudah untuk tinggal bersama selepas berkahwin. Bakal suami masa tu dah bekerja lebih kurang setahun dan dia dalam fasa housemanship.

Kami bertunang 3 bulan sahaja dan sebelum tu kami saling tak mengenali antara satu sama lain. Dalam tempoh bertunang tu pun contact hanya untuk bincang pasal majlis je. Okay, selepas berkahwin, macam biasa lah bermula episod mengenali karakter masing – masing dan proses memahami.

Kat sini aku rasa kekurangan banyaknya datang dari diri aku. Aku tak mampu memahami kerja suami aku. Suami aku tengah houseman sekarang, jadual dia agak padat dan banyak masa dia habis kat hospitaI. Hari yang sepatutnya dia cuti pun dia pergi kerja dan balik lewat.

Aku tertunggu – tunggu waktu dia balik kerja. Kalau dia balik kerja lewat lebih dari waktu dia sepatutnya balik, aku mula resah. Aku mula jadi marah, terutama bila dia langsung tak inform aku yang dia balik lambat. Aku langsung tak boleh tidur menunggu dia balik dari kerja.

Banyak kali juga dia sepatutnya balik pukuI 6 petang, tapi dia pergi balik pukuI 3 pagi tanpa dia bagitahu aku yang dia balik lewat. Dalam 4 bulan kahwin ni tipulah takde langsung moment sweet dan bahagia tu. Itu aku tak dapat nafikan.

Tapi aku tak dapat nafikan jugak yang aku sangat str3ss sebab kerja suami aku. Aku str3ss sampai waktu aku tunggu suami aku balik aku keluar sorang – sorang, aku tak sedar aku pergi mana. Aku keluar dari pukuI 10 malam sampai 2.30 pagi.

Sebab masa tu suami aku sepatutnya balik kerja pukuI 9 malam. Tup – tup aku tak sedar aku dah balik rumah tengok – tengok suami aku dah balik dan dia dah tidur. Langsung dia tak risau dan cari aku pergi mana. Masa tu pukuI 2.30 pagi langsung aku tak sedar aku pergi mana dan apa aku buat.

Pernah jugak masa aku tunggu suami aku balik kerja aku tumbvk dinding dan cuba ced3rakan diri sendiri. Tapi Allah masih bagi kew4rasan pada aku, aku hanya bengkokkan pis4u tu. Aku dah banyak kali merajuk dengan suami aku sebab dia selalu balik lewat dan dia cakap, semuanya salah aku sebab aku tak boleh memahami kerja dia.

Aku rasa sorang – sorang kat rumah dan memang aku bekerja pada waktu siang. Tapi aku masih rasa str3ss. Sampai aku cakap kat suami yang dia sepatutnya kahwin dengan doktor jugak supaya saling memahami kerjaya masing – masing. Bukan kahwin dengan isteri macam aku.

Ataupun, aku suruh dia cari orang lain yang betul – betul boleh faham dia, bukan aku yang banyak susahkan dia. Sekarang ni semua orang termasuk keluarga aku, keluarga mertua harapkan aku sepenuhnya boleh adapt our married life and his working life. Hakik4tnya aku sangat str3ss.

Ditambah pula bila aku nampak suami aku selalu baIas komen dan story di Instagram doktor dan nurse – nurse dan ada juga perempuan yang aku rasa tak perlu pun buat macamtu melainkan hal kerja. Aku pun tak tahu siapa mereka. Rasa sedih sangat.

Ya, aku tahu aku belum mampu memahami suami aku dan kerja dia. Aku selalu fikir alangkah baiknya kalau suami aku kahwin dengan doktor juga supaya saling memahami dan tiada isu dan masalah yang akan timbul. Aku rasa sangatlah tak layak menjadi isteri dia sebab bukan memudahkan dia tapi menyusahkan lagi adalah. Sampai aku putus asa dan nak berpisah saja dengan suami.

Aku asyik str3ss dengan benda yang sama je. Sampai aku sendiri rasa takut dan boleh expect bila aku akan str3ss dengan benda tu. Life kami dah macamni, macam mana kalau ada anak nanti, mesti aku lagi str3ss. Aku seronok tengok life kawan – kawan aku yang lain yang dah berkahwin takde pun nak str3ss macam aku rasa sekarang.

Ya, mungkin mereka ada ujian mereka sendiri. Cuma untuk kes aku ni serius aku tak boleh nak hadapi. Aku dah putus asa, aku rasa sorang – sorang dan ditinggalkan. Aku rasa takde fungsi pun aku kahwin. Selalu orang cakap pahala aku berganda – ganda sebab sabar kahwin dengan doktor.

Yelah mudahnya berkata, tapi yang hadapi ni tak tertanggung azabnya. Sebelum ni, tak pernah langsung aku terfikir nak kahwin dengan doktor. Aku dapat tahu dia doktor pun agak lewat dan masa tu aku dah tersuka dia. Jadi, orang yang menguruskan perkahwinan kami memberi keyakinan pada aku untuk berkahwin dengan suami aku ni.

Semuanya yang aku harapkan sebelum kahwin memang totally different. Everything changed 360 degrees. Emosi dan cara hidup aku berubah serta merta. You have to TOTALLY blend with his life. Dia bangun pergi kerja pukuI 5 pagi dan balik kerja pukuI 11 malam aku dah biasa ikut rutin tu.

Aku bangun pukuI 4 pagi hari – hari untuk sediakan bekal untuk dia. Makan malam kami pukuI 11.30 malam. Bayangkanlah tidur dalam keadaan perut penuh. Yelah takkan nak tunggu hadam makanan tu mata dah mengantuk sangat esok aku kerja.

Pernah juga aku masak dan suami balik kerja langsung dia tak makan dan terus tidur. Langsung dia tak cakap minta maaf ke apa. Lastly, esoknya semua makanan tu basi sebab aku makan pukuI 5 pagi sebelum pergi kerja. Allah je tahu perasaan aku masa tu.

Aku tak kisah tentang rutin ini sebab semuanya aku berbuat kerana Allah semata. Bila aku mengadu kat dia yang aku susah nak faham lifestyle dan kerja dia. Aku tak banyak membantu dia. Lepastu dia cakap aku dah bantu dia sediakan makanan, iron baju, laundry dan kerja rumah lain.

Tapi, entah kenapa aku rasa itu bukan semata – mata fungsi seorang isteri. Ya, mesti semua cakap kerja doktor memang macamtu, kena faham lah. Dah kahwin dengan doktor, kena lah rela hati terima semua tu. Ya aku tahu sebab aku dah rasa.

Tapi aku sangat str3ss sekarang ni, aku dah cuba banyak kali manage str3ss aku ni, tapi end up str3ss bertambah dan aku mula rasa nak ced3rakan diri. Dia str3ss kerja sampai ke rumah bawa balik. Aku serba salah sangat langsung tak dapat bantu dia hal kerja dia.

Tak dapat nak discuss dan share about medical stuff. Bila aku cuba bagi pendapat dan nasihat supaya dia kuat semangat sikit, suami aku mesti akan cakap, ‘awak tak faham’. Aku dah boleh tahu ayat tu akan keluar dari mulut dia.

Bertambah rasa down dan bersalahnya aku sebab tak dapat nak bantu suami aku. Sedih sangat tengok dia macamtu, tapi apakan daya aku tak mampu. Sekarang ni hari – hari tak putus aku titipkan doa dalam setiap solat aku untuk suami supaya dia diberi kekuatan oleh Allah.

Walaupun dalam keadaan aku dah putus asa dengan perkahwinan kami. Lagi satu yang buat aku str3ss, kalau balik ke rumah mertua. Aku selalu dibeza – bezakan oleh mak mertua dan suami aku sendiri. Kakak ipar aku pun doktor juga dan selalu dipuji kerja doktor tapi boleh je urus rumah buat kerja berat.

Tapi aku ni kerja office hour je pun tu pun kerja sementara, ada masa banyak untuk suami dan nak uruskan kerja rumah. Mereka berborak indirectly, tapi aku faham maksud mereka tu. Apapun, aku sepatutnya tutup telinga je.

Itu hanya pendapat keluarga mertua dan aku perlu horm4ti. Sebab ini rumahtangga kami, kami yang hadapi sendiri. Jadi, sekarang ni aku mohon doakan aku, nasihat aku apa patut aku buat. Aku dah down sangat – sangat sampai rasa tak suka nak ambil tahu pasal suami aku lagi sebab suami aku pun tak ambil tahu pasal aku. Maaf kalau aku terlalu negative. Ya, ada ramai di luar sana yang kahwin dengan doktor. Tapi mungkin kisah kita berbeza. – Zar

Komen W4rganet :

Adila Zakaria : Hi.. saya pon surihati doktor jugak. Alhamdulillah baru 6 tahun bersama. Kami berkahwin dari beliau housemanship jugak. Sekarang sedang buat latihan kepakaran. Owh dulu saya arkitek tapi sekarang saya pun surirumah jugak sebab ikut suami ke UK.

Tapi life saya macam nomad sket. Well that’s not the point. Apa yang saya nak share kat sini apa yang mungkin puan boleh buat. Lagipun jauh lagi perjalanan perkahwinan kalian dan jauh lagi jugak perjalanan kerjaya encik doktor tu untuk stabil.

1. Luahkan je apa yang tak puas hati or kecil hati. Cakap apa yang awak nak dia buat untuk awak. Sebab baru 4 bulan kawen kan. So masih fasa perkenalan dan transition dari bujang ke berkeluarga. Tapi cakap la elok – elok ye. Kang g4do sakan pula. Bukan senang nak tegur suami. Lagi – lagi kalau jenis yang macam hati kering ni takde perasaan ni.

2. Penuhkan masa awak denga n aktiviti yang awak suka. Sama ada cari hobi atau pergi kelas – kelas yang best macam baking or bahasa. So awak kurang la rasa sunyi. Ada benda yang awak buat untuk diri awak. Tak la rasa macam ibarat pungguk rindukan bulan setiap hari.

3. Berkawanlah dengan kawan – kawan dia. Berkenalan dengan diorang. Bukan busybody tapi build relationship. Cari yang sekepala lagi best. Untung – untung dorang boleh jadi geng gosip awak nanti. Di samping boleh jadi spy awak kat hospitaI. Sesekali pergi lah hospitaI tempat dia kerja time lunch. Kalo busy drop by je hantar bekal. Kalo tak leh la pergi lunch sama.

4. Fahami kerjaya dia. Abaikn perasaan “asyik aku je kena faham ko”. Memang kerja doctor busy. Kalau dia nak exam lagi menangis awak nanti. Lagi rasa terabai. So time tu awak pergi la jumpe famili ke kawan ke. Yang penting bagitau dia. Sebab dia memang akan fokus study je. Dia dah tak hirau dunia sekeliling.

5. Belajar la sket – sket term medic yang simple n basic. So nanti sure dia banyak borak dengan awak. Nak ngadu pasal keje pon dia cari awak je. Memang tak dapat dinafikan doctors memang suka bercakap pasal medic sebab tu je life dorang. Kalau dia jumpe kawan pon memang tu je topik dorg. Serius tak tipu. Kalau husband awak minat bola. Awak study la sket pasal bola tu. Kenal – kenal player hensem – hensem je pon takpe. Ada jugak benda lain nak borak.

6. InsyaAllah nanti after habis housemanship dia akan lebih ada masa senggang sket. So bersabarlah sikit ye. Enjoy kemanisan perkahwinan kalian selagi belum ada anak ni (ada anak lagi manis jugak) InsyaAllah awak dapat jugak tempias pahala jih4d dia di hospitaI tu. Redha dengan ujian ni. Kemanisan menanti di setiap ujian. Follow the flow.

7. Pasal famili tu payah sket la nak cakap kan. Lagi – lagi bila surirumah kawen dengan doktor kan. Cuma jangan rasa useless je. Abaikan je all the bawangs tu. As long as husband awak tak rendah – rendahkan awak sudah. Ipar duai ke mertua ke sed4ra ke ape biaq pi la.

Tak yah datang selalu kalo s4kit hati. Yang penting hiburkan hati awak dulu. Ok rasanya cukupla tu dulu. Saya pon bukan lah perfect sangat nak bagi pendapat. Tapi sebab kita macam sekapal kan. Just share apa yang saya buat je la. Take care puan.. keep f1ghting

JueAeda Hassan : Aku rasa point utama confessor ni bukan sebab kerjaya suami dia. Tapi layanan tu sebenarnya. Act dia faham tugas seorang doctor memang sentiasa sibuk dan on call bagai. Tapi yang penting komunikasi tu tak ada.

Apa la guna zaman sekarang berteknologi tinggi setakat nak inform wife apa – hal hal just call atau wasap kejap je pun. Yang dia melayan komen kat ig doc n nurse tu boleh pulak. Nak komunikasi ngan wife sendiri tak boleh. Sebab tu la confessor ni rasa str3ss dan tak dihargai macam tak penting dalam hidup dia.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.