Suami terlampau sempurna, tugas aku hanya susukan anak. Memasak, basuh baju, kemas rumah mak aku buat. Jaga anak suami dan adik aku yang tolong. Lepas bersalin, 2 tahun aku tak nak ‘bersama’ suami, dia tak merungut. Sehinggalah aku tahu perkara penting yang dia sorok dari tahun 2021..
#Foto sekadar hiasan. Hai semua. Aku berumur awal 30 an tahun ni, manakala suami pula muda setahun dari aku, ada anak seorang umur 3 tahun. Bulan 12 ni genap 6 tahun kami berkahwin. Kami suami isteri yang bekerja.
Aku ada kisah yang mungkin membuka mata semua wanita yang dah berkahwin. Sebelum ni dari awal – awal kahwin sampai la tahun ke 5 kami suami isteri tinggal sekali dengan ibu aku dan adik perempuan ku seorang. Ayah dah lama meninggaI dunia.
Suami aku sejenis suami yang sangat sangat romantik dan lemah lembut terhadap aku. Boleh dik4takan suami aku adalah suami yang terpaling sempurna di dunia ni. Jika di rumah memang akan suami and adik aku yang akan jaga anak aku 99%, manakala tugas aku hanyalah menyusukan anak walaupun tidak sepenuhnya.
Memandangkan kami tinggal bersama – sama ibu dan adik aku, ibu aku yang akan memasak makanan kami sekaluarga, menguruskan hal – hal rumah seperti mengemas rumah, melipat pakaian. Ibu jugak menjaga anak aku ketika kami suami isteri bekerja.
Kadang – kadang jika kami suami isteri mahu me-time berdua ketika hujung minggu ibu aku dan adik aku akan menjaga anak aku. Suami aku seorang yang sangat memanjakan aku, tidak pernah sekalipun dia akan menyusahkan aku dengan melaIukan kerja – kerja rumah,
Selama ke mana – mana memang dia akan hantarkan aku walaupun aku mempunyai lesen kereta, jika aku dapat pulang awal suami akan usaha juga untuk curi – curi pulang awal dari tempat kerja kerana aku tidak suka menunggu.
Bahkan ketika setiap kali anak aku demam dia yang akan bangun setiap jam untuk menjaga dan mengelap badan anak aku dengan tuala basah supaya suhu badan anak tidak naik mend4dak. Tidak pernah sekalipun sepanjang lebih 3 tahun ni suami aku meng3jutkan aku untuk menjaga anak yang s4kit.
Di media sosiaI juga, suami aku adalah suami yang terpaling romantik dan sweet di mana kesemua story-post aku akan di like dan di comment oleh suami aku seperti “I love you. I love you both etc”. Di page – page lain juga suami aku akan sentiasa comment dan tag aku mungkin tidak seperti suami – suami yang lain.
Suami aku jugak selalu datang ke pejabat aku menghantar surprisse – suprise makanan / minuman ke office aku. Jika sesiapa yang melihat post – post daripada instagram suami aku yang selalu meng’expose’ isteri dan anaknya pasti akan merasa suami aku adalah suami yang paling sempurna.
Suami aku juga seorang yang sangat menghargai penat lelah isteri, bahkan ketika anak aku berusia 1 tahun suami aku menghadiahkan iphone 12 pro sebagai penghargaan untuk aku yang melahirkan dan menyusukan anaknya.
Suami juga seorang yang suka bercerita dan berkongsi apa – apa sahaja dengan aku. Jika ketika aku work from home dia akan menelefon aku ketika dalam perjalanan pulang dan akan bercerita apa – apa sahaja, seperti tidak puas hati dengan abang gemuk yang mengambil tempat parkingnya di parking rumah.
Telefon aku ketika dalam perjalanan untuk bermain badminton mengadu yang dia baru sahaja terIanggar kucing. Boleh dik4takan semua perkara yang berlaku suami akan bercerita kepada aku. Handphone dia pun aku akan check setiap masa dan aku akan sentiasa check jika dia ‘online’ atau tidak, untuk mengelakkan sesuatu yang mencurigakan.
Jika pada waktu malam aku juga tidak akan benarkan dia berada di dalam bilik dan hanya benarkan dia berada di ruang tamu bersama – sama aku dan hanya akan masuk bilik ketika aku sudah mahu tidur. Ini semua aku lakukan sepanjang perkahwinan kami untuk mengelakkan dia melaIukan sesuatu di belakang aku ketika di dalam bilik.
Suami aku juga seorang yang sangat rapat dengan keluargaku memandangkan dia satu – satunya lelaki di dalam rumah kami yang menjadi sumber harapan kami sekeluarga. Kerap kali kami bercuti suami akan membawa sekali ibu dan adik aku untuk bercuti bersama.
Setelah sarat mengandung dan hampir 2 tahun usia anak kami, suami aku tidak pernah menyentuh aku dan tidak akan meminta kerana aku tidak mahu untuk bersama. Suami aku yang sangat memahami tidak pernah persoalkan perkara ini kerana katanya jika dengan itu boleh mebuat kami suami isteri berg4duh dia tidak akan bertanya lagi perkara – perkara sedimikian.
Akhirnya pada tahun lepas, rumah yang kami beli bersama telah pun siap. Kami tidak lagi tinggal bersama – sama ibu dan adik aku. Seperti biasa suami aku masih lagi memanjakan aku, tidak sesekali dia mem4ksa aku untuk memasak untuknya.
Jika hari bekerja kami akan makan di rumah ibu aku sebelum pulang ke rumah kami ataupun kami bungkus sebelum pulang ke rumah. Jika aku work from home, suami akan menghantar anak aku ke rumah ibu aku untuk memudahkan aku bekerja dari rumah.
Namun langit tidak selamanya indah.. Pada suatu hari ditakdirkan suami aku kant0i dengan aku sedang bersayang – sayang dengan seorang perempuan. Bagaimana kant0i biarlah rahsia, rupa – rupanya hubungan mereka sejak awal 2021 lagi dan aku mungkin tidak dapat menghidu memandangkan aku telah mengawal segala tingkah lakunya dan juga routine checking handphonenya setiap hari.
Pengajaran yang aku dapat, tidak semestinya jika tiada apa – apa di whatsapp bermakna suami dan setia. Suami aku akan delete semua chat – chat di whatsapp, clear call log sebelum pulang ke rumah setiap hari dan tidak save nombor skandal nya.
Jika whatsapp suami anda clean, sila check segala application lain seperti IMessage (iphone user), telegram, wechat etc. Jangan mudah berpuas hati jika anda lihat telefon anda tidak ada sesuatu yang mencurigakan. Pengajaran yang aku dapat ialah, jangan sangka suami perfect seperti novel ini takde udang di sebalik mee 🙂
Padahal rupanya dengan semua orang dia bersayang dan romantik dengan perempuan – perempuan lain juga. Sekian kisah aku, harap dapat dijadikan pengajaran untuk semua wanita. – Insan Tertipu (Bukan nama sebenar)
Komen w4rganet :
Linn Comel : Ikuti, TT yang attract sendiri kecurangan suami. Bila dah banyak control, rasa dibalik control tu ‘ aku tak percaya suami aku setia’ Rasa itu doa yang sangat makbul. Jadi apa yang berlaku itu hasil doa TT sendiri.
Aida Dayana : Patut pon laki pasang scandal, tugas ko susukan anak je, keje rumahtangga banyak mak yang tolong selama kahwin, orang lain walaupun sebumbung dengan mak, still masak untuk perut laki tau, lagi satu lepas beranak sampai 2 tahun ko kunci hak batin suami, sedangkan laki normal 3 bulan tak sentuh isteri orang dah syak ada tempat lain dia salurkan “keinginan” inikan pulak bertahun tak bersama, dah la bab jaga anak banyak laki yang support, so apa tugas ko as wife?? Sory, tak payah acah ters4kiti.. per4ngai kita yang buat pasangan berubah hati.
Nurull Halawati : Setakat isi cerita ni, apa fungsi isteri? Menyusukan anak je ke? Masak, jaga anak semua mak dan adik, anak s4kit suami jaga. Dah banyak suami tolong ringankan beban dan kerja rumah, nak bagi “hak” suami pun tak boleh.
Baiklah dia cari isteri yang lebih berfungsi.. cuba tepuk d4da, tanya IMAN, apa salah aku? Kalau kita dah buat yang terbaik sebagai isteri, tapi suami cari lain juga, baru layak bertanya,” apa kurangnya saya sebagai isteri awak.. sampai awak kena cari yang lain”?
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.