Semasa suami nak ambil barang di bonet keretanya, perempuan giIa tersebut telah duduk di tempat duduk penumpang di kereta suami. Dia terus menggoda suami sampai suami kalah. Bermulalah episod suami aku kemurungan..
#Foto sekadar hiasan. Aku Maw4r dan perkahwinan aku dan suami telah lebih dari 10 tahun. Kehidupan perkahwinan kami sangat bahagia. Dikurniakan seorang anak perempuan yang comel dan cerdas. Kami juga boleh dik4takan golongan yang mampu, tidaklah kaya tapi tidak susah. Makan pakai semua cukup. Aku dan suami masing – masing ada kerjaya.
Suami sangat baik juga kepada kedua orang tua aku. Setiap kali kali bercuti ke mana sahaja suami pasti akan mengajak ayah dan ibu aku. Suami juga memberi wang belanja buat kedua orang tua aku. Dengan kedua orang tuanya pun suami begitu.
Aku sangat bahagia. Suatu hari, suami meminta aku balik tengah hari (waktu rehat) ke rumah. Kami memang jarang balik rumah waktu rehat, masing – masing makan tengah hari di luar. Aku pelik mulanya, kenapa suami suruh balik rumah. Aku cemas dan segera balik.
Aku fikir suami aku s4kit. Sampai di rumah suami menangis dan meminta maaf. Dia menangis seperti anak kecil. Tidak pernah aku melihat suami aku menangis seperti itu. Aku tanyakan kenapa, dia cakap jika dia beritahu aku, aku akan marahkan dan takkan maafkan dia. Aku tidak sedap hati dan terus mendesak.
Suami beritahu dia curang dengan rakan sekerja tapi berlainan jabatan. Hati aku luluh, aku juga menangis semahunya. Suami beritahu perempuan tu nak jumpa aku. Aku ok, aku akan berjumpa dengannya terus pada petang itu.
Dengan keadaan emosi yang masih stabil, aku memang ingin berjumpa. Sebelum kejadian, suami memang selalu cakap ada benda nak beritahu aku. Tapi selalu tak jadi. Suami 2 minggu sebelum itu, memang seperti kemurungan. Memang sebagai seorang isteri yang taat dan baik, aku sedar perubahan itu.
Bila aku tanya, dia beritahu ada hal kerja yang buat dia sedih. Dia memang seorang suami yang baik. memahami aku, mendengar luahan dan tidak pernah pun mengongkong. Aku juga jenis selalu bercuti bersama kawan – kawan, tetap suami izinkan.
Aku sebagai seorang isteri juga begitu, tidak pernah menyekat hobi suami. Suami aku suka bersukan. Bermain futsal. Ada 2 ke 3 hari seminggu dia akan keluar malam bermain futsal atau badminton bersama kawan – kawan.
Aku tak kisah, sebab aku faham masing – masing sudah memberi kepercayaan. Petang itu juga suami bawa aku jumpa perempuan itu. Perempuan itu juga adalah isteri orang. Perempuan itu cakap, suami aku yang menginginkannya.
Mereka pernah buat perbuatan terlarang untuk suka – suka. Mengucap panjang aku, tetapi aku kuat, aku tidak akan menangis di depan perempuan ceIaka itu. Aku memang mem4ki hamun perempuan itu. Semua perkataan tak elok aku lemparkan. Tapi perempuan itu sedikit pun tidak terkesan. Suami hanya diam.
Dia juga mungkin terk3jut dengan perkataan yang aku berikan kepada perempuan itu. Aku jarang begitu. Aku memang wanita yang lemah lembut. Tetapi depan perempuan itu, aku bagaikan orang lain. Aku m4ki hamun semua perkataan yang tidak baik keluar dari mulut aku.
Selepas puas aku mem4ki hamun, aku suruh perempuan itu keluar dari kereta suami. Aku dan suami buat pertemuan di tempat parking untuk jumpa perempuan itu. Aku yang suruh perempuan itu masuk kereta suami. Aku tak nak orang nampak kami.
Perempuan itu tanpa segan silu masih ingin berhubung dengan aku dengan meminta nombor hp aku. Sungguh tidak tahu malu. Suami juga marah dengan perempuan itu dan menyuruhnya keluar. Barulah perempuan itu keluar tanpa rasa bersalah.
Petang itu juga, aku beritahu suami aku tak nak balik rumah. Aku menangis sepuasnya dalam kereta suami. Aku menangis seperti orang hilang akal. Aku menjerit seperti orang hist3ria. Suami yang memandu di sebeIah aku juga menangis semahunya.
Dia meminta maaf berkali – kali. Aku dan suami terus mohon cuti untuk petang itu. Kami di dalam kereta tanpa arah tujuan. Dengan aku yang seperti orang giIa menangis semahunya. Malam itu, aku dan suami berbincang. Suami dengan kesal meminta maaf pada aku.
Dia beritahu aku memang kesilapan itu darinya. Dia tak ada hati pun pada perempuan itu. Perempuan itu seperti memer4ngkapnya. Suami ceritakan pada malam kejadian, suami bermain futsal seperti biasa. Perempuan itu minta tolong untuk tengokkan kereta dia.
Suami aku yang mengenali perempuan sebab pernah bermesej perihal kerja sebelum ini, itu pun sanggup menolong dan kereta perempuan itu yang diletakkan di sebeIah kereta suami. Kemudian semasa suami ingin mengambil barang di bonet keretanya, perempuan giIa tersebut telah duduk di tempat duduk penumpang di kereta suami.
Suami terk3jut dan perempuan itu telah menangis. Melihat perempuan itu menangis, suami jadi risau dan masuk duduk juga dalam kereta sebeIah perempuan itu. Terus perempuan giIa itu menggodanya. Suami betul – betul minta maaf dengan aku, dia beritahu dia manusia biasa masa itu. Jadi, terjadilah benda yang tidak sepatutnya terjadi.
Selepas kejadian itu suami berasa sangat menyesal dan bersalah. Perempuan itu psik0 giIa, kata suami aku. Selepas kejadian malam itu, perempuan itu mengugvt suami aku jika tidak melayan mesej dan video call dia mengugvt akan beritahu aku.
Dia mengugvt akan ke pejabat untuk terus berjumpa suami aku. Dia mengugvt akan ke tempat kerja aku juga. Suami menjadi kemurungan selepas peristiwa itu. Perkara itu hanya berlaku sekali sahaja. Dan suami sangat takut akan ugvtan itu terp4ksa melayan dia mesej dan video call.
Ugvtan terakhir dia nak jumpa suami kat hotel, kalau suami tak setuju dia akan ke rumah kami dan bertemu dengan ku. Suami yang sudah tidak tahan lagi dengan ugvtan tersebut pada hari itu terus memberitahu aku. Dia sudah tidak takut lagi dengan ugvtan perempuan itu.
Untuk ke hotel dengan perempuan itu memang dia tak akan buat. Cukup sekali itu yang membuat dia sangat – sangat menyesal dan berd0sa pada aku dan anak kami. Perempuan itu memang akan membuat aku dan suami berpisah.
Dia akan buat suami aku menyesal kerana tidak dapat melayan kehendaknya. Perempuan itu memang psik0 giIa. Suami perempuan itu memang tak tahu pun perempuan tersebut begitu. Dia pernah memberitahu aku dia tak kisah jika suaminya tahu.
Dia memang perempuan giIa. Ugvtan demi ugvtan membuat suami aku kemurungan. Sebelum ini, suami tiada kekuatan untuk memberitahu aku. Patut la setiap kali kami bersms, dia akan beritahu ada perkara dia akan beritahu aku. Entah berapa kali suami bersms begitu.
Entah apa salah dan d0sa kami terjebak dengannya. Suami menceritakan pada aku dengan penuh kekesalan. Aku kebetulan datang bulan, jadi aku tidak dapat solat. Di rumah aku hanya baring dan menangis. Aku tidak dapat tidur dan makan. Padahal aku paling suka makan.
Suami sangat sedih dan bersalah melihat aku begitu. Dia memujuk aku berkali – kali untuk makan. Hilang terus selera makan aku. Hal anak semua suami yang uruskan. Dia beritahu anak kami jangan ganggu ibu, ibu masih s4kit. Dalam solatnya, aku dengar suami menangis tersedu – sedu.
Aku dan suami masing – masing mengambil cuti rehat untuk beberapa hari. Suami meminta maaf pada aku berkali – kali. Aku hanya diam membisu. Dua hari selepas peristiwa itu, suami mengemas barangnya. Dia beritahu aku, dia akan pergi dari rumah kami. Dia beritahu aku, dia faham jika aku jijik dengannya.
Kesilapan yang dia buat, memang tak kan aku maafkan. Dia terima sebagai hukvman. Dia pun malu untuk terus memohon maaf kepada aku. Dia rasa dia tak layak pun mendapat kemaafan dari aku. Apa yang perlu aku buat.
Tolong beritahu aku, hati aku memang s4kit, tapi aku masih sayangkan suami aku. Aku takut kehilangannya. Tapi peristiwa tersebut selalu datang ke fikiran ku. Aku sukar melupakannya. Apa yang harus aku buat. Tolong. – Maw4r (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Nurul Huda Daud : Nak cakap satu je kat puan. Dengar boleh.. percaya 100% jangan. Takde yang jadi kalau kedua beIah tangan tak bertepuk. Kalau lah saya kat tempat puan.. saya h4mbat suami saya dulu.. baru saya h4mbat perempuan tu.
Jangan kerana baiknya suami kita dalam bab lain, bab curang pun dia baik tak buat. Bukan menghasut.. Cuma nak pesan… dengar boleh percaya jangan. Kalau dah pernah buat curang.. kena extra careful lepas ni. Moga dipermudahkan urusan puan dan keluarga.
Shayna : Rasanya suami tu memang betul – betul menyesal. Benda pun jadi sekali je. Ade je peluang untuk jadi banyak kali tapi suami insof dengan cepat. Alhamdulillah.. Memang s4kitlah sebab benda baru tau. Awak perIukan masa untuk bertenang dan berfikir dengan w4ras. Bagitaulah suami u need more time before m4king any decision. He will understand insyaAllah. Moga Allah permudahkan urusan kamu berdua. All the best.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.