Suami aku tawaran gaji besar dan tiba2 mertua disahkan ada k4nser. Terdetik dekat hati ‘padan muka’. Kifarah!

Suami dapat tawaran kerja lain dengan gaji yang besar. Berbunga – bunga suara mertua sedangkan sebelum ni dia pulaukan kami. Terus ajak kami balik kampung tapi dia sempat selitkan ‘nasihat untuk suami aku, “dapat tawaran kerja macam tu nanti boleh dapat jodoh baru yang lain.”

#Foto sekadar hiasan. Hai, assalamualaikum semua. Selama bertahun berlalu aku banyak menyaksikan beberapa perkara yang aku sendiri tak pasti sama ada itu kifarah, d3ndam terbaIas ataupun sebahagian doa – doa yang termakbul.

Yang pasti setiap kali menyaksikan perkara tu berlaku hati aku pastinya terdetik secebis rasa puas hati. Mungkin kedengaran jahat tetapi itulah perasaan yang simpan bertahun lamanya.

Kisah pertama. Selama di alam persekolahan menengah aku tidak pernah bercinta ataupun mempunyai kawan lelaki yang rapat. Namun ketika berada di tingkatan 3 seorang senior merisik tentang aku. FizikaIdan rupa beliau ketika itu memang kena dengan taste aku walaupun aku masa tu tidaklah cantik mana.

Ditambah lagi dengan bantuan adiknya sebagai posmen surat cinta jadi kami pun berhubungan rapat. Hal ini berlarutan dalam 3 – 4 bulan sebelum beliau berpindah ke sekolah lain. Tetapi jarak tidak memisahkan kami tetap berhubungan lagaknya seperti kekasih dan aku mula dibuai perasaan.

Hampir setahun berhubungan jarak jauh, sehari sebelum peperiksaan percubaan SPM, beliau membuat sebuah pengakuan. Bahawa beliau telah pun mempunyai teman wanita baru di sekolah barunya. Dalam sms tersebut siap dinyatakan lagi bahawa mereka telah pun melakukan “lip kiss” untuk nak tunjukkan betapa mereka terlalu mencintai satu sama lain.

Aku waktu dapat sms tu ofcoz hati aku remuk, cinta monyet aku telah musn4h tapi hidup perlu diteruskan! Esok nak trial SPM ni oi! Yang paling pedih lepas je peperiksaan percubaan SPM kertas Matem4tik boleh pulak beliau mengirimkan lagu “Dan” SO7 seperti menambahkan serbuk cili ke atas Iuka aku.

Fast forward usai SPM – Diploma – Degree baru aku terjumpa semula facebook beliau. Beliau berkahwin dengan buah hati sekolah menengahnya. Menelusuri kehidupannya menerusi facebook, dapat aku lihat beliau berkahwin diusia muda, fizikal dan rupa isterinya tidaklah begitu bergaya dan attractive.

Sang isteri tidak berkerja, mereka tinggal bersama ibu bapa dan si beliau ni berkerja sebagai operator kilang berhampiran. Hampir 10 tahun perkahwinan masih belum dikurniakan zuriat. Aku rasa hidup diorang ni menyedihkan berbanding dengan kehidupan aku.

Entahlah dalam hati aku pernah je terdetik “lah setakat ni je ke pilihan kau yang beria lip kiss lip kiss tu?” Also, mungkin nurani aku ni jahat sebab aku pernah jugak rasa kehidupan beliau tak lengkap hari ni disebabkan doa – doa aku yang termakbul ketika aku terIuka dan dis4kiti hati.

Kisah kedua. Selama dalam lebih 5 tahun perkahwinan aku adalah menantu yang tidak bersuara. Membantah senyap, setuju pun senyap aku lebih kepada mendengar. Jadi selama perkahwinan ni hidup kami tidak mewah dan tidak pulak melarat.

Pernah ketika dalam pantang aku diherdik oleh mak mertua kerana refused ikut mereka bercuti. Dalam herdikan tu keluar segala m4kian dan h1naan bahkan suami aku, anak lelaki mereka juga diherdik tidak berduit, menumpang berpantang tidak bayar sesen dan b0doh sombong kerana insist nak pasang carseat.

Walhal hal berpantang ni keluarga mertua yang pelawa dan everytime suami aku nak bayar barang basah untuk makanan berpantang seringkali mak mertua menolak dan mengatakan itu semua hadiah sempena kelahiran cucu pertama.

Hal ini sangat meIukakan hati aku dan takkan aku lupakan. Beberapa peristiwa lagi yang berlaku dan kebanyakan kami terIuka akibat mulut mak mertua. Seringkali dih1na – h1na tidak berduit kerana tidak bertukar kereta baru, duit bulanan yang suami beri tidak sebanyak anak orang lain maka suami sering dicop kedekut dan berkira.

Aku juga terpalit sama digelar isteri yang tidak mendatangkan untung yang mana selama berkerja tak pernah nak buatkan loan untuk tolong suami tukar kereta baru atau beli rumah double storey. Tapi kami sabar bak kata suami kita tak m4ti dek kata – kata orang.

Kemuncaknya raya tahun lepas kami tidak beraya bersama seperti yang dirancang hanya kerana mak mertua malu dan segan dengan keadaan kami yang masih menggunakan kereta berusia 10 tahun. Time tu 2 – 3 orang sepupu suami telah bertukar kereta H baru.

Sebak juga rasa kena palau dengan mertua time raya. Terjumpa dekat rumah saud4ra tidak bertegur, salam tidak disambut, cucu datang pun tak dilayan. Betul – betul terasa macam orang miskin h1na dina walhal sebab tak tukar kereta je pun?

Lagi hebat, mak mertua boleh berkunjung ulang alik ke rumah sepupu suami yang selang 2 – 3 blok dari rumah kami tetapi sikit pon tak singgah rumah kami. Masa ni aku betul – betul terIuka hari – hari berdoa dengan Allah supaya aku ni jadi lebih bersabar.

Hampir 3 bulan kena palau tiba – tiba suami dapat tawaran kerja lain dengan gaji yang lebih baik. Dalam pada membuat keputusan aku pesan dengan suami apa – apa pun kena beritahu dengan mak mertua, sebab aku percaya restu dan doa dia penting dan mulia.

Lantaklah dia palau kitorang pun yang penting kita call je dia dulu. Alhamdullilah setelah berpuluh kali call tidak dilayan, hari tu macam mana entah mak mertua tak reject call so husband pun bagitau tentang tawaran yang diterima.

Suara mak mertua terus berbunga – bunga malah diajak kami pulang ke kampung tetapi dalam perbualan tu mak mertua sempat selitkan baguslah suami aku dapat tawaran kerja macam tu nanti boleh dapat jodoh baru yang lain.

Usai perbualan, suami cakap jangan ambil hati dan dia minta maaf on behalf his mother. Dipendekkan cerita suami terima tawaran tu dan kami berhijrah ke tempat baru, sebulan lepas tu aku pulak mengandung kira macam betul – betul Allah Maha Baik bagi rezeki bertimpa.

2 bulan kami dekat sini, tiba – tiba ayah mertua disahkan ada peny4kit k4nser dan kehidupan mereka mula kacau bilau. Mak mertua aku macam hilang arah sebab selama hidup dia, dia tak pernah drive jauh – jauh, in charge on groceries mahupun memasak.

Semuaya jadi serabut dan kami pulak jauh di sini. Secara jujurnya, bukannya rasa kesian yang ada dalam hati aku beberapa kali terdetik “padan muka” sebab tindakan dia sebelum – sebelum ni. Disebabkan tindakan dan mulut dia tu la buat aku jadi heartless dan aku memang tak amik port pun.

Cukuplah sekadar mendengar suami bercerita dan meluahkan perasaan. Bila balik kampung aku pon dah takde rasa nak bawak buah tangan atau beli apa – apa macam selalu. Kalau memasak pun cukuplah sekadar aku anak beranak makan, nak lebih – lebih silalah masak sendiri or pepandailah beli.

Orang kalau dengar ni memang akan cakap aku jahat, aku pun rasa bersalah tapi aku tak dapat nak nafikan perasaan sebenar aku. Adakah ini terjadi kerana ada di antara doa – doa aku yang termakbul? Dan aku tetap percaya selama kita hidup ni tolonglah jaga mulut dan kata – kata tak kiralah dengan sesiapa waima budak kecik pun.

Kau miskin atau kau kaya, mulut tu cakap elok – elok, perilaku tu jangan meny4kitkan hati orang lain. Aku harap aku takkan enjoy tengok pend3ritaan orang lain. Aku pun takut ade perasaan macam ni, boleh jadi aku riak dan take over tugas Allah. Semoga aku sentiasa beristighfar dan jadikan sebagai pedoman. – Lila (Bukan nama sebenar)

Komen warganet :

Saleha Khairun : First time akak baca confessions terus terang camni selalu orang cakap dalam hati je. Apepun dik semoga adik dapat memaafkan dan berdamai dengan takdir. Semua orang ade bad thoughts macam ni, jangan rasa terpencil tapi selalulah memohon kepada Allah agar dihilangkan perkara yang meny4kiti hati adik.

Siti Sifir : TT ni cakap macam dia maksum. Takde d0sa kat orang lain. Bak kata Hamka, “Demikianlah perempuan, ia hanya ingat kek3jaman orang kepada dirinya walau pun kecil dan ia lupa kek3jamannya sendiri pada orang lain padahal begitu besarnya”.

Mimi Lana : Kita sebenarnya bila nampak orang diuji, jangan terus jump to conclusion yang tu baIasan dari tuhan. Sebab benda tu kita sendiri taktau tu apa sebenarnya. Yang tahu hanyalah tuhan. Kalau ujian dia tiada anak tu mendekatkan dia dengan tuhan, maka darjat dia mungkin tinggi di sisi tuhan. Ntah – ntah ujian tu buat dia masuk syurga dulu dari kita.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.