Suami anak Dato’, keluarga saya pen0reh getah golongan B40. Suami jarang balik kpg saya takut anak terpengaruh

Suami saya walaupun anak Dato’ sanggup terima saya dari golongan B40. Masa nak bawa suami balik kampung, saya malu dengan rumah yang buruk. Bila dah kahwin barulah saya faham, memang betul kata professor tu, ‘dia tak boleh duduk dengan B40’. Anak sem4kin membesar saya dah jarang balik kampung takut mew4risi sikap keluarga saya..

#Foto sekadar hiasan. Hai, assalamualaikum semua. Kenalkan saya Suraya umur 39 tahun berasal dari pantai timur dan sudah berkahwin ada 4 orang anak. Saya berkahwin pada usia 23 tahun dan bekerja sebagai golongan profesional dalam golongan M40.

Saya berasal dari golongan B40 dan suamiku keluarga T20. Begini cerita nya.. Bukan nak berbangga cuma saya macam sedikit bersetuju dengan Profesor yang meninggikan suara kepada pelajar dan menyebut tentang “tak boleh duduk dengan B40”.

Saya sedikit setuju kerana saya dilahirkan dalam keluarga miskin adik beradik 7 orang. Ayah dan ibu pen0reh getah. Saya merupakan anak bongsu dari tujuh beradik. Kakak sulung saya tidak bekerja dan hanya berharap pada pendapatan suaminya yang berniaga dan juga pem4buk k3tum.

Nombor 2 hingga 6 semua lelaki tapi semua tidak bekerja walau dah tua. Dahulu mereka pernah bekerja tapi disebabkan oleh masalah sosiaI yang dicipta sendiri iaitu hisap d4dah, hisap g4nja, berjvdi, pem4buk k3tum dan kaki perempuan.

Abang saya nombor 2, 5 dan 6 pernah berkahwin itu pun kerana telah mengandungkan perempuan murahan. Manakala abang nombor 3 dan 4 masih bujang tetapi penagih d4dah. Keluarga suami saya dari golongan profesional dan anak Datuk.

Alhamdulillah suami menerima saya apa adanya. Mungkin kerana gaya saya di Universiti meyakinkan dan setelah bekerjaya sangat profesional. Tetapi apabila bakal suami saya pada masa itu hendak berjumpa dengan keluarga saya di pantai timur saya sedikit malu.

Saya tidak kisah kalau dia tidak mahu berkahwin dengan saya. Saya cuma malu kalau dia memandang ibu dan ayah saya adalah ibu bapa yang gagal. Alhamdulillah pertama kali berjumpa di rumah keluarga saya yang usang dan hanya ada 2 bilik.

Basuh baju dan pinggan pun di bilik air tetapi suami saya menerima baik dan kami berkahwin. Pada masa itu saya baru berkerja sekarang rumah ibu bapa dah dibesarkan. Walaubagaimanapun itu lah yang seperti profesor UITM bising “dia tak boleh duduk dengan B40”. Memang betul sama sekali.

Adik beradik saya tidak mahu berubah. Tidak mahu berusaha tetapi mahu semua bantuan dan rezeki datang melayang di depan pintu. Sementelah saya belajar di universiti dengan membuat pendapatan sampingan buat assignment orang sehingga saya bekerja dan ada 3 orang anak.

Saya tiada orang gaji dan bangun pagi untuk ke kerja pada jam 4.30 pagi. Bila pulang ke kampung bersama suami, mereka tidur sepanjang hari dan tidak pergi kerja. Hanya mahu makan di kedai dan memilih. Tak sedar diri sedangkan tiada pendapatan dan menagih semua benda h4ram.

Bila ibu saya buat lauk telur hari – hari mereka marah kerana lauk tidak sedap. Sekarang anak sulung saya dah berusia 13 tahun. Suami saya mula menjarakkan masa balik ke rumah ibu bapa saya kerana contoh yang ada tidak baik seperti tidak berpuasa, tidak solat, bermain jvdi daun terup bersama rakan – rakan yang tidak berkerja, hisap g4nja di tempat terbuka dan dilihat oleh anak – anak saya.

Tambahan pula anak – anak mereka ketinggalan dalam sekolah, ada yang tak habis sekolah kerana sikap ibu bapa mereka yang langsung tidak peduli tentang pendidikan. Saya pernah membawa 2 orang anak saud4ra menetap dan bersekolah dengan saya tetapi per4ngai mereka sangat memaIukan hisap vape di kawasan sekolah, mencuri – curi bawa motorsikal dan mencuri duit suami saya.

Kemudian saya berbincang untuk pulangkan mereka di bawah jagaan ibu dan ayah mereka kerana dikhuatiri meningkat remaja per4ngai mereka akan lebih liar dan saya akan dipersalahkan memberi kemewahan. Duit KWSP icitra i lestari isinar mereka dihabiskan dengan berjvdi dan menagih benda terIarang.

Saya pernah memberi bantuan kereta dan motor kepada mereka untuk pergi bekerja. MaIangnya semua harta benda rosak dalam masa 5 bulan dan tiada kerja yang melekat. Sekarang saya hanya mampu berdoa supaya anak – anak saya tidak mew4risi per4ngai teruk mereka.

Saya harap ini bukan peny4kit keturunan cuma persekitaran yang tidak sihat. Boleh dik4takan asal kampung saya ialah lubuk sarang penagih d4dah dan masalah sosiaI. Peny4kit ini seakan diw4risi turun temurun. Tapi saya berpegang bukan Allah yang beri rezeki mereka begitu tetapi mereka yang tidak mahu mengubah diri dan bangsa mereka .

Buat pengetahuan pembaca suami saya sem4kin jarang pulang ke kampung halaman saya kerana risau minda anak saya melihat perkara salah di sisi undang – undang tetapi perlu normal bila berada di kampung mereka.

Kadang – kadang saya jadi depr3si bila mahu membantu mereka tetapi tak pernah berubah. Apabila bulan puasa atau hari raya aidilfitri tiba semua orang bersiap menyambut raya tetapi mereka hanya tidur di pagi raya tiada sambutan perayaaan.

Saya sangat malu dengan suami dan keluarganya dan akhirnya dari sikap mereka macam tu ik4tan persaud4raan jadi sem4kin jauh antara anak saya dan sepupu mereka. Semoga suatu hari nanti minda dan sikap mereka akan terbuka dan kembali kepada suruhan Allah. Diharapkan juga kemiskinan mereka tidak diw4riskan. – Suraya (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Ct Fatimah Mj : Aku juga dilahirkan dalam keluarga B40, 10 orang adik beradik. Arw4h mek (al fatihah) dan ayah kerja men0reh getah, buat padi , buat kerja kampung juga. Tapi kami alhamdulillah 10 orang jadi manusia , berjaya habiskan belajar dengan elok.

Dan aku paling respect cara ayah didik kami , dialah manusia paling garang, kami takut sebab dia tegas. Bab berkawan memang dia kongkong, sebab ni laaa. Kawasan persekitaran yang dicemari n4jis d4dah . Kawalan ketat parents, memang akan mendisiplinkan anak – anak. So , bukan bermakna parents TT gagal , tapi mungkin kurang tegas dan terlalu memberi kelonggaran kepada anak – anak.

Akira Nagasaki : Ini bukan masalah B40, ini masalah didikan ibubapa dan persekitaran sebenarnya, takleh nak generalise kan B40 semua macam tu. Ada je anak T20 yang macam tu amik d4dah semua, cuma sebab dia kaya so terlepas, anak Vincent tan contohnya, begitu lah adat dunia. Yang miskin ni, kalau jahat memang akan dipandang h1na, tapi tidak pada yang kaya.

Muhammad Afzhal Abdul Wahab : Mohon confessor selamatkan anak – anak saud4ra dari persekitaran t0ksik. Cuba ambil seorang dua yang boleh dibentuk, agar mereka tidak mew4risi contoh dan tauladan buruk.

Bentuk mereka menjadi manusia lebih baik. Insyaallah bila dah besar nanti mereka boleh membantu keluarga pula. Depr3ssi puan juga lebih baik sebab sekurangnya dapat membantu selamatkan seorang dua ahli keluarga yang disayangi.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?