Suami bagi abg ipar pen4gih dan biras menumpang. Bila suami aku balik, biras keluar bilik cakap manja-manja dengan suami aku

Baju anak – anak, mainan, belanja makan semua aku beli guna duit simpanan aku. Kalau minta dekat suami nanti dia buat muka. Tapi bila biras aku minta dia belikan baju untuk anak buahnya, dengan kadar segera dia beli. Aku terasa sangat..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum pembaca semua. Aku merupakan seorang surirumah sepenuh masa, berumur 24 tahun. Anak 3 orang. Kalau mak aku tak str0k, mungkin sekarang aku sedang berada dalam tahun ketiga universiti, mak pula akan bantu jaga anak – anak aku sebab mak tak suka hantar pengasuh.

Selama 4 tahun perkahwinan aku dengan suami, tahun lepas merupakan yang paling teruk setakat ni. Abang ipar dan biras aku duduk serumah dengan kami menyebabkan aku tak selesa. Aku juga terp4ksa tanggung keperluan biras sebab abang ipar pen4gih. Apa je dia boleh buat?

Suami pula buat b0doh bila aku minta halau manusia – manusia tak guna ni. Menyebabkan aku berd3ndam dengan suami. Aku sedar pada waktu itu aku ini bukanlah sesiapa kecuali pendatang di dalam keluarga suami aku.

Baju anak – anak, mainan dan belanja makan anak – anak, aku guna duit simpanan sendiri. Bila minta dekat suami suruh beli, dia akan buat muka. Tapi bila biras aku minta dia belikan baju untuk anak buahnya, dengan kadar segera dia beli. Aku ambil hati sangat – sangat. Aku benci suami aku.

Bila suami balik rumah, biras aku yang seharian duk dalam bilik pun keluar nak bercerita manja dengan suami aku. Sedangkan aku bagai tunggul berdiri di samping suami yang duduk. Tahun lalu jugalah suami aku naik tangan dekat aku disebabkan aku tertidur dan lock pintu bilik.

Suami aku pulang lambat tengok perIawanan bola. Aku kunci sebab abang ipar suka buka pintu tak ketuk dulu sebab nak tengok anak – anak aku. Entah la. Suami janji tak akan buat lagi. Tapi awal bulan ni bila dia balik jam 3 pagi, aku minta dia tidur di luar untuk elakkan kami berg4duh.

Dia tak nak dan aku mula keluar dan dia ugvt nak ced3rakan aku, dia bersumpah atas nama Allah dia akan buat benda tu dekat aku. Aku tergamam. Sanggup dia cakap macam tu. Baju raya anak dan kasut raya serta accessories anak – anak aku beli sendiri.

Teringin nak tengok anak – anak bergaya hari raya pertama walaupun kami tidaklah beraya ke mana pun. Tak berani bagi tahu suami kang buat muka lagi. Tak suka orang yang tak ikhlas dengan keluarga kecil sendiri. Untuk pengetahuan, biras aku dah balik ke kampung halaman dia. Tapi abang ipar pen4gih masih ada lagi. Bilik dia, baju dia semua aku yang settle kan.

Aku ada juga tanya suami bila abang ipar nak keluar, katanya jangan tanya lagi. Yela aku ni siapa, kan? Makanan free, duit dapat jatuh dari langit. Mana mahunya nak berambus. Kalau function takpe, ni menyumbang pencemaran asap r0kok dalam rumah je.

Buat masa ni, di dalam hati aku cuma benci kepada suami. Tapi aku tak tahu nak buat apa. Bila diluah suami macam pandai manipulate dan salahkan aku balik. Jadi aku tengah kumpul bukti dan merangka hujah aku agar aku tidak dimanipulasi, tidak dib0dohkan.

Entah apa ada dalam otak bapa aku jodohkan aku dengan lelaki b4ngang macam ni. Sepanjang hidup, dia rajin je bisnes tapi tak maju – maju. Yela sebab dia membela banyak biawak hidup. Aku ajak dia buka akaun saving anak dia cakap duit takde.

Tapi diam – diam bagi pinjam kat kawan – kawan sampai beribu – ribu. Takpe la, insha Allah mesti ada rezeki aku. Korang doakan aku berjaya ya. Dan lagi satu, kalau korang ada dalam situasi aku korang buat apa? Aku dah malas jadi the one yang slowtalk untuk selamatkan rumah tangga. For now i’ll just watch and see apa tindakan suami aku. Suka hati dialah nak buat apa. Malas nak fikir. – Sari (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Cik Puan AZie : Aku kan.. Kalau bab anak, memang tak boleh nak kompromi.. Laki tak beli baju bini takpe lagi tapi kalau baju anak tak nak beli, tapi baju budak lain boleh beli. Tiba – tiba je aku boleh jadi s3tan. Budak tu ada mak bapak, anak aku ada aku dan dia sebagai bapak.

Uiii, tak tahan.. Sis nampak macam orang yang boleh berfikian jauh, rasanya sis boleh surv1ve tanpa suami.. Pen4gih lagi, isap r0kok lagi.. H4ngin betul aku, fikir betul – betul sis, rangka strategi macamana nak buat.

Nur Wahidayah : Kalau saya jadi tt mungkin da lama angkat kaki beIah, dahla tanggungjawab culas ugvt macam – macam lagi, boleh pulak abang ipar duduk serumah. Laki tt ni tak pikir bah4ya ke biar abang dia duduk serumah dengan isteri sendiri waktu dia bekerja. Dahla pen4gih d4dah macam – macam boleh jadi. Lagipun awak muda lagi. Semoga tt jumpa jalan penyelesaian.

Zhu Hkay : Angkat kaki. Jantan ni kalau kita tunggu dia ingat kita hadap dia jangan selalu rasa rendah diri. Perlahan – lahan simpan duit bina hidup baru bersama anak – anak setiap ugvtan dia buat laporan polis. Gunakan usia muda tenaga muda cari rezeki ada rezeki sambung belajar.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.