Suami baik, bukan kaki pukuI cuma mata keranjang, suka bercinta senyap2 dan kedekut

Suami sangat kedekut dengan saya dan anak – anak. Mak mertua pula selalu rendahkan saya konon habiskan duit anak dia. Tapi dia tak tahu rumah, kereta adalah milik saya. Dia ingat suami kerja kerajaan tu banyak duit sangat ke..

#Foto sekdar hiasan. Assalamualaikum Admin dan pembaca budiman. Beberapa hari yang lalu, terdapat luahan seorang isteri yang menanggung perbelanjaan rumahtangga. Sementara si suami pula amat boros dan tidak menunaikan nafkah si isteri.

Sedikit perkongsian, saya merupakan seorang isteri yang gaji saya lebih tinggi dua kali ganda daripada suami. Saya bukan nak bangga diri, jauh sekali takbur dan b0ngkak. Saya menerima suami seadanya. Suami seorang yang baik.

Bukan kaki pukuI. Bukan kaki d4dah. Cuma mata ker4njang dan selalu bercinta senyap – senyap di belakang saya. Tapi bukan ini yang saya ingin kongsikan. Perkahwinan kami sudah memasuki tahun ke-15 dan dikurniakan 3 cahaya mata.

Segala perbelanjaan dari segi rumah, bil dan utilities, anak, kereta, minyak kereta, makan minum dan pakaian anak, saya yang tanggung. Saya ibarat tuIang belakang keluarga kecil ni. Jika ditakdirkan saya berhenti kerja, Iumpuhlah kewangan keluarga ni.

Suami pula bila dapat gaji setiap bulan, dia hanya topup sikit – sikit sahaja. Amat bertent4ngan dengan tanggungjawab suami dalam Islam yang mana suami perlu menyediakan tempat tinggal, pakaian dan makan minum. Jika saya tak beli barang dapur, maka kering kontang la dapur tak berasap.

Anak – anak tengah membesar dan asyik nak makan. Balik kerja, saya kene buat segala kerja rumah dan pantau kerja sekolah anak – anak. Mungkin peranan ayah pada masa kini, balik kerja dan main handphone. Entah apa yang dilayan di telephone bimbit, tidak pernah saya ambil peduli.

Jika dia berbuat sesuatu yang tidak baik, itu antara dia dengan Allah. Untuk pengetahuan pembaca, keluarga suami orang susah. Ayahnya malas bekerja dan hanya tau lepak di kedai kopi. Adik beradik suami juga tidak bekerja. Hanya tinggal di rumah dan menonton TV sahaja.

Solat dan amal ibadat entah ke mana. Biarlah, itu antara mereka dengan Allah. Mak mertua kerap meminta duit untuk belanja dapur mereka anak beranak. Disebabkan inilah suami amat berkira dan kedekut dengan saya dan anak – anak.

Pernah saya utarakan hal ini, katanya dia anak lelaki. Tanggungjawab anak lelaki menjaga keluarga. Dia asyik mengatakan Ibu paling utama. Jika ayah dia meninggaI, dia akan dipertanggungjawabkan ke atas ibunya dan adik perempuannya. Hebatkan?

Menggunakan agama untuk lepaskan diri. Mak mertua pula asyik merendah – rendahkan saya. Cakap saya pemalas, dan tidak tahu mengurus perbelanjaan rumahtangga. Saya berdiam diri kerana tidak guna berg4duh dengan wanita ini.

Bila saya beli apa – apa, adik beradik suami cakap saya membazir duit abangnya. Pada tanggapan keluarga mertua, saya menghabiskan duit anak / abang diorang. Sedangkan anak dia yang menumpang hidup saya, makan minum saya yang tanggung.

Bukan saya b0doh, tapi anak – anak sangat sayangkan ayah diorang. Ayah diorang sangat baik dengan anak. Hujung minggu, ke mana anak nak pergi, dia akan layan. tapi dari segi perbelanjaan untuk keluar saya yang kene tanggung.

Saya turutkan demi anak – anak. Saya pernah bertanya dengan anak sulung, macam mana jika ibu ayah ambil jalan hidup asing – asing. Anak – anak tidak sanggup kerana sayangkan ayahnya. Anak sulung tingkatan 3.

Anak – anak menganggap perkahwinan ini bahagia sebab saya tidak pernah sama sekali berg4duh di depan anak – anak. Jadi, saya meng0rbankan hati dan perasaan demi anak – anak. Even anak yang bongsu lelaki tak boleh tidur tanpa ayah di sisi.

Saya akan bertahan sehingga mereka faham. Jika suami masih tidak berubah, dan keluarga mertua terus – terusan meminta – minta duit. Saya tidak akan teragak – agak untuk keluar dari persekitaran negatif ini. Keluarga mertua juga menganggap rumah yang saya beli, kereta saya hak milik anak mereka.

Saya dianggap menumpang. Mereka mengganggap kerja kerajaan itu kaya dan banyak duit. Kerja swasta itu gaji sikit. Suami penjawat awam tapi staf sokongan. Saya pula pegawai executive di Syarik4t Multinasional. Dulu saya str3ss.

Sekarang saya terima semua perbuatan manusia terhadap saya dengan berlapang d4da. Hidup kita hanya 1 tujuan, iaitu menjadi h4mba Allah. Biarlah apa orang nak kata. Sentiasa doa, sentiasa zikir dan sentiasa topup iman. Apapun perbuatan manusia terhadap kita, biarkan. Allah itu Maha Adil. Allah Maha Mendengar.

Saya percaya 1 masa nanti, akan ada sinar bahagia untuk saya. Jika tidak di dunia, mungkin di akhir4t yang kekal abadi. Apa jua dugaan kita, terima dengan hati terbuka. Dekatkan diri dengan pencipta. Inshaa Allah. Kita akan tenang.

Mendapat anak – anak yang soleh dan pandai juga 1 ketenangan. Dalam hidup ni, kita tak akan dapat semua yang kita nak. Mungkin ini ujian saya di dunia. – Isteri bukan Mithali (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Song Onim Circle : Bila dia orang salah faham, perbetulkanlah. Jangan tunggu jadi sesuatu pada laki kau, segala tuntutan yang tidak – tidak muncul dari pihak diorang. Kau jugak yang pening nanti. Allah bagi akal dan mulut, bukan hanya untuk pasrah. Kalau rasa diri ditind4s guna lah mulut tu dengan sebaiknya.

Tee Zatee : Dunia akhir zaman, lelaki lebih pentingkan nafsu daripada nafkah. Moga akak kuat! Takpe buat je baik kak. Pahala untuk akak sebab anak – anak adalah amanah. Jaga dan berikan didikan yang baik.

Semoga suami akak berubah dan sedar kesalahan sebab dia rasa dia takde beban loan bank, nama pun bersih je kalau buat salah pun tapi akhir4t nanti lain. Moga Allah beri kesed4ran.

Natasha Nadia : Be strong sis. But please make sure all asset under your name. Simpan resit – resit dan buat rekod. Senang kalau ada dakwa dakwi di kemudian hari .Just ignore the t0xic family in law. Just like you said your husband is just a passanger. Dia ada ke takde ke yang penting u happy with your life and kids

Asmah Omar : Confessor seorang yang strong in and out bagi saya. Banyakkan sabar yer sayang. Yer kita hanya insan kerdil di sisi Allah semoga Allah bagi pertunjuk dan hidayah kepada suami jadi orang yang lebih bertanggungjawab terhadap rumahtangga.

Tetapi be ready suami yang suka main phone, suka bercinta dalam diam. You be ready menghadapi semua ni. Sediakan payung sebelum hujan. MentaIIy and financiaIIy. Dia lantakkan dia, b4ngkai gajah mana boleh ditutup dengan sehelai daun.

Siti Aminah Ahmad : Dari segi cerita, memang nampak puan dah redha dan berk0rban demi kasih sayang anak – anak pada ayah dia. Segala perbelanjaan tu patutnya suami, tapi puan pulak yang buat, jadi kira puan dah bersedekah di situ, semoga di anugerahkan pahala ganjaran in syaa Allah.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.