Suami balik terus duduk bersila kat ruang tamu berzikir. Tiba2 dia cakap kami dah cerai

Satu hari suami balik ke rumah dalam keadaan meng3jutkan. Dia pakai jubah putih lengkap berserban besar. Dia balik dekat jam 12 malam, terus duduk bersila atas lantai di ruang tamu dan mula berzikir. Saya sentuh bahu dia, dia marah, katanya saya tak boleh sentuh tubuhnya lagi, kerana kami bukan lagi suami isteri..

#Foto sekadar hiasan. Tidak keterlaluan kalau saya katakan zaman sekarang ramai masyarakat minat mendalami ilmu agama. Tak kira wanita mahupun lelaki, semua mengejar kepada kebaikan, yang jelas ramai golongan warga emas.

Tetapi dalam pada itu terdapat juga satu lagi gulungan muda berusia 40-an juga melibatkan diri dalam ilmu yang sama, tetapi agak menyimpang sedikit. Saya katakana menyimpang sebab mereka bukan mendalami agama, sebaliknya belajar ilmu kebatinan, bukan tujuan bertanding siapa lebih kuat ilmu kebalnya tetapi ingin menguasai diri orang lain melalui ajaran tertentu.

Saya tidak kata semua orang yang mendalami agama menyimpang. Tetapi apa yang dilakukan oleh suami saya rasanya berlebihan hingga menghairankan juga menakutkan saya sendiri. Dia tidak rajin solat, tidak rajin ke masjid, sebaliknya berusrah sesama kumpulan mereka yang mempunyai minat yang sama.

Konon belajar mendalami agama untuk mendinding diri, menyelamatkan diri daripada perbuatan jahat dan dengki orang lain terhadapnya. Pada awalnya saya tak nampak perubahan suami saya bernama Huzaini ini tapi dari bulan kebulan sem4kin jelas.

Dari mula solat tetapi pada waktu – waktu tertentu, tidak rajin ke masjid, bila anak – anak bertanya mengapa ayah tak ke masjid katanya, dia sibuk, tak ada masa dan masjid itu hanya untuk orang pencen, untuk orang tua yang tak ada apa yang mereka nak buat lagi.

Lebih menghairankan di samping sibuk bekerja, ke sana sini, sibuk ke luar negara dia masih ada masa untuk pergi belajar dengan kumpulannya. Katanya dia mesti belajar, ada orang di tempat kerjanya yang dengki dengan kejayaannya, jadi dia mesti belajar mendalami agama.

Ketika itu saya fikirkan tentulah agama Islam kita. Sebab Huzaini tidak suka katanya dibantah. Saya diam. Kalau pun saya tak setuju, tutup mulut dengar. Jangan bantah. Lagi satu dia tak suka kalau saya banyak soal, banyak bertanya, katanya soalan itu akan ganggu fikirannya dan akan merosakkan ilmu yang sedang dipelajarinya.

Ketika itu saya masih tidak faham apa yang dimaksudkannya, saya fikir tentulah dia hendak mendalami hadis atau ayat Quraan sesama kumpulannya. Jadi saya diam! Tetapi yang saya rasa pelik dia sering mendakwa ada orang dengkikan dia, hantar ilmu hitam padanya.

Bila saya tanya maksudnya dia tidak mahu terangkan, selain mendakwa ada orang cuba buat jahat hendak h4ncurkan hidupnya. Pelik dan memang menakutkan saya. Pelik sebab mengapa seorang terpelajar lulusan luar negara ini boleh percaya pada benda – benda karut tu.

Saya katakan jika kita rajin mengaji, rajin amalkan baca ayat khursi mungkin ia boleh jadi pendinding pada diri kita. Tetapi saya tak fikir ada teman pejabatnya yang dengkikan kemajuan pekerjaan. Sebab dari pengamatan saya kawan – kawan pejabatnya semua baik – baik, walaupun ada yang suka buat lawak, tetapi mereka nampak baik.

Saya tak terfikir mereka hendak mengani4ya kerana kita semua orang Islam. Satu hari nak jadikan cerita Huzaini balik ke rumah dalam keadaan meng3jutkan. Dia pakai jubah putih, seluar putih, lengkap berserban besar.

Terk3jut ber0k saya apa sudah jadi. Dia balik dekat jam 12 tengah malam, terus duduk bersila atas lantai di ruang tamu dan mula berzikir dengan suara yang kuat, kemudian baca ayat – ayat dengan suara perlahan. Keadaannya ketika itu memang pelik, apa dah jadi?

Nasib anak dah tidur, kalau tidak tentu mereka pun rasa pelik dan mungkin ada yang mengganggu ayahnya. Ketika itu saya tak boleh bertanya, cuma boleh lihat. Apa sudah jadi. Habis zikir kira – kira setengah jam Huzaini naik ke atas, saya ikut saya fikir tentu dia nak tidur tetapi tidak dia terus solat lagi.

Ketika bertukar pakaian saya cuba sentuh bahu Huzaini sebab nak tahu apa yang berlaku sebentar tadi. Tapi dia marah, katanya saya tak boleh sentuh tubuhnya lagi, kerana kami bukan lagi suami isteri. Terk3jut ber0k saya.

Apa dah jadi. Dia turun ke bawah saya ikut, dengan tangisan saya tanya apa sudah jadi mengapa ceraikan saya. Sebab antara kami tidak ada perselisihan yang besar, kalau terkasar sikit – sikit tu memang ada. Saya tanya apa salah saya, apa dah jadi?

Terus sekali lagi Huzaini lafazkan ceraikan, katanya kami bukan suami isteri lagi. Saya menangis. Huzaini tuduh selama ini saya buat ilmu guna – guna kepadanya. Ilmu apa? Katanya daripada apa yang dia lihat dari bacaan kumpulannya, selama ini saya guna ilmu guna – guna mengani4ya dirinya. Ani4ya apa?

Kalau saya ani4ya tentu dia s4kit, sedangkan dia sihat walafiat, kerja siang malam, sering ke luar negara. Kalau tak sihat tentu dia terlantar s4kit atau fikirannya terganggu dan tak boleh bekerja dengan baik, sedangkan dia sihat dan di pejabatnya dia terkenal sebagai pekerja terbaik. Habis ilmu guna – guna apanya?

Semua soalan saya tak dijawab, saya ditinggalkan dalam tangisan, dia keluar malam itu juga. Saya tak tahu ke mana, seminggu dia tak balik. Saya hubungi emak bertanya apa harus saya lakukan. Emak suruh bersabar mungkin bila balik nanti dia berubah.

Sedihnya saya ditinggalkan dengan 3 orang anak yang masih kecil, tidak ada pekerjaan kerana dulu saya disuruh berhenti kerja sebab Huzaini tidak suka orang lain jaga anak, tak mahu anak – anak terani4ya oleh pembantu rumah.

Sekarang bila anak dah bertambah ramai saya ditinggalkan. Lepas 10 hari Huzaini balik dan dia suruh saya ke mahkamah syariah buat pengaduan. Saya nak mengadu apa? Kerana diceraikan? Sedangkan saya tak mahu diceraikan.

Lepas sebulan saya terima surat dari mahkamah meminta saya ke mahkamah untuk proses perceraian. Berat kaki nak melangkah tetapi saya terp4ksa terima. Di sana baru saya tau saya diceraikan sebab saya dituduh bela h4ntu dan mengamalkan ilmu hitam.

Hakim pun jadi bingung dengan tuduhannya tapi kerana cerai di tangan suami, maka tertaIaklah saya. H4ncur rumahtangga saya setelah 12 tahun berkahwin alasannya saya bela h4ntu. Oleh kerana tak puas hati saya jalankan siasatan, saya dapat tahu rupanya dia sudah berkahwin dengan ibu tunggal hampir setahun lalu tanpa pengetahuan saya.

Dengan wanita itulah dia sama – sama belajar jadi ‘perawatan’ ilmu hitam. Kononnya mereka berdua sudah lulus dan layak jadi ‘perawat’ boleh menilik s4kit orang ada s4ka, buatan manusia dan sebagainya. Bukannya belajar mendalami agama Islam sebenarnya.

Bermula dari situlah Huzaini mencurigai saya dan kemudiannya tuduh saya telah mengenakan ubat guna – guna, mensyih1r dan menggunakan ilmu hitam kepadanya. Tetapi Huzaini tidak jadi ‘perawat’ orang lain, sebaliknya ‘merawat’ isterinya yang selalu diser4ng peny4kit hilang ingatan konon dia dari tilikannya dia tau saya jumpa b0moh menyih1r isterinya.

Peliknya, isterinya s4kit sebelum saya tahu mereka sudah berkahwin. Walaupun kononya Huzaini boleh ‘merawat’ orang s4kit tetapi dia tidak merawat orang lain, hanya merawat isterinya yang sering s4kit. Sebab itu juga dia ceraikan saya kerana dari apa yang dia tilik dia dapat lihat saya menghantar ilmu hitam kepada isterinya.

Pelik sedangkan ketika itu saya tidak tahu mereka sudah berkahwin. Sebelum ke mahkamah beberapa kali saya bertanya kepada Huzaini, apakah dia telah buat keputvsan muktamad, fikirkanlah nasib anak – anak yang masih kecil ini kerana dulu dia suruh saya berhenti kerja untuk jaga anak – anak.

Katanya anak – anak paling utama dalam hidupnya tapi sekarang dia sanggup tinggalkan anak – anak dan mula bencikan mereka sejak berkahwin. Saya tahu dia tak akan jadi perawat ilmu hitam kerana dia lebih pentingkan pekerjaannya kerana dia sayangkan kerjanya.

Katanya dulu dia tak mahu hidup susah lagi, cukuplah dulu masa kecil dia susah, dah kerja dan berpangkat sekarang dia mesti jaga pekerjaannya yang menjamin masa depannya. Sekarang dia buat yang sama seperti ayahnya lakukan dulu kepada dia.

Saya ingatkan dia tentang pesanannya dulu, apakah dia sanggup lihat anak – anaknya hidup susah dan mend3rita seperti dia dahulu. Ibunya terp4ksa berk0rban untuk membesarkannya dan dia hidup dalam serba kekurangan untuk dapat belajar dan akhirnya keluar negara.

MaIangnya itu semua dia tidak peduli lagi, dia lebih pentingkan isteri barunya yang dia terp4ksa jaga dan rawat sentiasa, sebab sering diganggu ilmu hitam, nak tuduh saya, mana saya ada duit dan masa untuk cari b0moh. Saya tak berduit dan sibuk dengan anak – anak yang masih kecil untuk hantar ke sekolah rendah dan sekolah agama.

Tetapi saya faham bila nafsu telah menguasai diri dan dirinya sendiri lebih percayakan orang daripada keluarga sendiri, inilah jadinya. Saya terp4ksa terima hakik4t diceraikan dengan anak – anak yang masih kecil. Masalahnya untuk mencari kerja bukan mudah, umur sem4kin meningkat dan anak – anak perlu diurus ke sekolah.

Jika tidak saya perlu carikan van untuk mereka dan perlu sediakan duit tambang van, selain seorang pengasuh untuk menjaga anak yang masih kecil. Lebih maIang ayahnya tidak mahu beri nafkah. Saya ingin tanya tuan – tuan hakim semua patutkah suami bersikap seperti ini?

Sepatutnya sebaik sahaja suami ceraikan isteri hakim keluarkan surat perintah pem0tongan gaji kepada majikan bekas suami, untuk makan minum anak – anak selain duit sekolah dan keperluan asas mereka. Hakim sendiri perlu faham untuk tuntut nafkah memakan masa bertahun – tahun.

Jadi apa cara anak – anak ini perlu meneruskan hidup? Harapan saya sebagai ibu tunggal juga ibu – ibu tunggal se-Malaysia, tolonglah buat undang – undang atau peraturan supaya nafkah boleh diberikan sebaik sahaja cerai dilafazkan.

Tak perlu tuntut di mahkamah lagi. Sebab kami ibu tunggal tak ada duit untuk naik turun mahkmah. Sedangkan kami perlu cari rezeki untuk terus hidup. Islam tidak k3jam kepada wanita dan anak – anak. Dan nafkah wajib diberikan oleh bekas suami untuk anak – anaknya. Jadi tolong pertimbangkan.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.