Masuk tahun keenam suami mula berubah, m4kin panas baran dan cepat angkat tangan. Bila aku cek akaun bank rupanya tengah ket4gih main jvdi online. Ada juga satu hari aku jumpa dad4h dalam beg dia, tapi dia cakap kawan dia punya. Aku percaya. Sampai lah satu hari dia kant0i pula dia transfer duit dekat perempuan lain. Waktu itulah aku dib4ntai selama 6 jam…
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Nama aku Safiya berusia 29 tahun merupakan ibu kepada tiga cahaya mata. Aku menulis di sini kerana ingin bertanyakan pendapat pembaca semua. Aku kini hanya tinggal 29 hari (semasa menulis ini) sebelum hari perbicaraan.
Sebelum aku mulakan kisah dengan lebih lanjut. Mari aku ceritakan latar belakang aku. Aku semasa bersekolah merupakan pelajar cemerlang, top debater peringkat daerah, public speaker yang mewakili daerah ke peringkat negeri, wakil daerah bola jaring.
Namakan apa – apa aktiviti ko-kurikuIum dan akademik. Mesti aku yang jadi wakil sekolah. Namun begitu, ketika aku berumur 17 tahun sesuatu terjadi hingga merubah segalanya.
Aku berkenalan dengan seorang lelaki yang menjadi suami aku ketika berumur 16 tahun. Kami hanya bercakap, message dalam phone sahaja. Tidak pernah berjumpa sehinggalah cuti sekolah pada bulan Disember. Kami berjumpa.
Pada mulanya aku hanya ingat dia mahu berjumpa macam orang lain. Keluar makan, tengok wayang tapi sebaliknya yang terjadi.
Dia telah membawa aku melakukan perkara terkutuk itu walaupun aku tak nak. Dia mem4ksa aku. Dan ketika itu aku sedar yang aku nie hanya untuk dimain – mainkan dan aku berjanji takkan jumpa dia lagi.
Setelah sebulan, akhirnya aku perasan yang aku tak peri0d, kerap s4kit kepala, makan munt4h. Aku tahu aku mengandung tapi aku sembunyikan dari pengetahuan semua orang. Aku pergi sekolah macam biasa, buat macam biasa. Ketika itu aku tidak lagi berhubungan dengan suami.
Sehinggalah ketika aku mengandung 20 minggu, mak aku perasan perut aku dan ketika itu aku terp4ksa berterus terang dengan mak aku apa yang jadi. Keluarga aku mengambil keputvsan untuk nikahkan aku. Aku hanya mengikut walaupun aku tak nak bernikah dengan dia.
Sebab setelah check suami aku ketika itu memang ade berhubungan dengan perempuan lain. Aku akur dengan keputvsan keluarga sebab aku tahu memang aku yang salah. Kalau aku tak ambil keputvsan untuk jumpa lelaki tu mungkin aku takkan mengandung.
Setelah bernikah, aku tetap meneruskan pelajaran aku. Aku mengambil SPM ketika mempunyai seorang anak. Aku memperoleh 6A tapi hanya meIanjutkan pengajian di kolej swasta kerana tidak dapat tawaran ke IPTA. Mungkin sebab status aku yang dah berkahwin.
Banyak perkara yang bercanggah selepas aku kahwin. Sebagai contoh asal usul suami, dia cakap dia dari negeri P. Setelah tengok surat beranak dia. Mak bapak dia orang negara jiran dan dia tidak pernah bersekolah sepanjang hidup dia. Dia dibesarkan oleh jiran – jiran dan bekerja sejak umur 8 tahun.
Aku ada bertanya tentang keluarga suami namun suami aku nampak tidak berminat dengan pertanyaan aku. Suami aku merupakan salesman used car yang bergaji RM400, walaupun sikit tapi Alhamdulillah cukup untuk kami sekeluarga.
Walaupun pada mulanya susah, namun suami aku seorang yang bijak mengambil peluang. Dia banyak buat kerja tambahan untuk menampung keluarga.
Pada awal perkahwinan, memang kami kerap berg4duh. Mungkin sebab aku cemburu. Dia juga tetap berhubungan dengan kekasih dia. Pernah jugak aku terbaca mesej dia. Dia cakap walau macam mana pun dia tetap sayangkan perempuan tu.
Perkara tu buat aku rasa sedih, rendah diri. Aku rasa dia hanya terp4ksa mengahwini aku. Dia pernah cakap kat aku, anak tu bukan anak dia.
Mungkin anak orang lain sampai dia terp4ksa kahwin dengan aku. Tapi aku yakin dan pasti sebab tiada lelaki lain yang pernah sentuh aku kecuali dia.
Akhirnya, bila anak keluar dan muka sama macam dia baru dia mengaku. Kami kerap berg4duh ada sekali dia pukuI guna kasut sampai Iebam di tangan namun setakat itu je yang dia buat. Selebihnya banyak perkataan yang meny4kitkan apabila berg4duh.
Sehingga tahun keenam perkahwinan, suami mula berubah. Banyak duduk di dalam bilik. Sebabkan aku boleh access account dia, banyak transaksi pindahan wang yang mencurigakan.
Akhirnya aku dapat tahu dia aktif berjvdi online. Setiap kali aku tanya setiap kali itulah aku dipukuI sehingga Iebam, tak boleh bangun. Selepas jvdi, aku jumpa dad4h pula. Dalam beg dia tapi dia cakap kawan dia punya.
B*d*h2 aku percaya. Sejak jumpa dad4h, dia tak menjalankan tanggungjawab dia. Duit tak pernah bagi. Kerap minta duit kat aku. Aku tetap bertahan.
Ketika aku mengandung anak yang ketiga, perut aku pernah dip1jak ketika sarat. Alhamdulillah takde apa yang teruk terjadi. Cuma ketika itu aku hanya mampu berdoa kalau aku teran1aya, aku harap Allah tunjukkan jalan untuk aku.
Setelah bersalin, aku buat keputvsan untuk berpant4ng di rumah mak aku. Setelah 2 minggu berpant4ng, aku ambil keputvsan pulang ke rumah. Sampai je di rumah, keadaan rumah berselerak.
Apabila aku tengok atas katil, aku tahu suami aku ada bawa perempuan lain dan perkara itu betul. Jiran – jiran nampak suami aku bawak perempuan lain. Itupun jiran bagitahu selepas suami aku ditangkap polis.
Ada satu hari ketika anak aku main telefon suami, aku tergerak hati untuk buka whatsapp suami. Aku nampak banyak screensh0t transfer duit kat acc nama perempuan dan suami aku panggil perempuan tu baby.
Aku tanya suami aku perihal itu, akhirnya aku dipukuI teruk. Bibir pecah, kedua – dua mata aku Iebam. Tangan dan kaki juga Iebam.
Aku dipukuI selama 6 jam. Suami aku bawa aku ke satu tempat dan dia cakap dia akan pastikan aku m4ti hari tu juga. Anak – anak ada di rumah pada masa tu termasuk baby berusia 40 hari.
Setelah aku teruk dipukuI, akhirnya suami hantar aku pulang ke rumah dan dia terus keluar rumah. Aku buat keputvsan untuk laporkan kepada polis. Polis suruh aku pergi hospitaI untuk check up.
Setelah beberapa hari suami aku ditangkap. Aku buat keputvsan untuk berpindah dan mulakan hidup baru.
Alhamdulillah kehidupan di tempat baru okay, cuma aku sembunyikan status aku daripada pengetahuan kawan – kawan sekerja. Suami aku ditahan reman di sebuah penjara kerana tidak mampu membayar wang ik4t jamin.
Aku ada melawat suami di penjara. Nampak keadaan dia m4kin okay. Sebelum suami masuk penjara, aku ada failkan cerai. Suami ada bagitahu yang dia tak nak bagi kerjasama.
Dia akan buat hidup aku tersiksa. Disebabkan aku berpindah ke tempat lain, aku pun jadi malas nak teruskan kes penceraian. Atas faktor kos perjalanan dan cuti. Aku baru berkerja dan aku tak nak orang terbeban aku cuti.
Semasa melawat suami aku, dia cakap dia akan ceraikan aku kalau aku tarik balik kes. Semasa sebutan kes cerai yang pertama, bila hakim cakap setuju atau tak dia nak ceraikan aku. Dia cakap dia sayangkan aku lagi. Aku bersetuju untuk tarik kes. Aku dah tarik balik laporan polis yang aku dah buat.
Jujur aku cakap time tu pun aku masih sayangkan dia, nak dia ada bersama besarkan anak – anak. Lagi – lagi bila tengok baby aku nie. Kesian. Langsung tak pernah rasa kasih sayang seorang bapa.
Cuma masa PKP nie aku tak kerja banyak masa terluang, aku banyak membaca sebab aku pun ada major d3pr3ssion dan anx1ety selepas apa yang jadi nie.
Akhirnya aku dah sedar, aku tak perlukan dia lagi dalam hidup. Anak – anak dah boleh terima apa yang jadi nie. Sehingga ke hari nie, walaupun penjara dah boleh melawat. Aku memang dah tak nak jumpa dia.
Khamis lepas sebutan kes di mahkamah sesyen. Peguam negara minta kes diteruskan dan dibicarakan. Bulan depan aku kena datang sebab diminta angkat sump4h jika tak nak teruskan kes.
Kalau orang tanya apa yang aku nak ketika ini, aku hanya nak diri aku bebas dari seorang lelaki yang bernama suami. Bagi aku kalau dia dibebaskan lagi senang aku nak bercerai ataupun keputvsan yang aku buat ni salah.
Aku mohon pandangan semua tentang apa yang jadi dan aku minta komen pembaca semua tentang apa kaedah penceraian yang boleh aku mohon.
Terima kasih semua. – Penyembuh kesayanganku (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Puan Zuera : Masa mengandung dipukuI, suami bawa perempuan lain ke katil keIamin, dipukuI selama 6 jam masih lawat suami kat penjara. Jangan nanti puan dipukuI sehingga jadi may4t udah la.. Nauzubillah, mintak di jauhkan.. Andai terjadi perkara tu, anak sapa nak jaga? Suami ke?? Must4hil.. Silap silap dijual anak tu. Fikir masa depan anak, kalau dia tak boleh jadi ayah yang terbaik untuk anak puan, masih ada lelaki lain yang boleh ganti tempat dia… Semoga dipermudahkan urusan
Maria Abdul : Untuk kes criminaI dinasihatkan jangan tarik kes, just proceed. Untuk kes cerai, ada alternatif lain selain lafaz cerai oleh suami seperti fasakh, khuluq… suami tidak berkelakuan baik, dipenjarakan, mendatang mudar4t, menced3rakan, dah cukup strong untuk cerai secara fasakh. Dapatkan nasihat guaman dari peguam syariah atau biro bantuan guaman. Stand up for your right…
Eyza Abu : Relakan diri disiksa depan anak – anak tu bukan cerdik. Anak nampak bapak pukuI mak, esok anak dah besar kahwin pun buat kat isteri yang sama, silap – silap anak pun pukuI mak sendiri nanti. Jangan bod0hkan diri dipijak – pijak. Islam tak zaIim, dalam bab munakahat isteri boleh bubarkan perkahwinan dengan sebab – sebab yang jelas. Kalau suami tak datang mahkmah lagi mudah nak urus, jumpa la peguam suzana bayaran murah..
Kalau sendiri sayang dan cari d3rita terserah. Tak payah mengadu dengan org. Ramai je ibu tunggal lagi success besarkan anak. Islam tak ajar kita zaIimi diri. ALLAH tak zaIim tapi diri anda sendiri yang SANGAT zaIim. Kursus kahwin 2 hari tu tak cukup lengkap untuk belajar bab munakahat, terlalu banyak tajuk – tajuk yang wajib dipelajari yang tidak diajar waktu kursus.
Nadia Syauqi : Tak faham sungguh dengan cara sis ni, kata cerdik, tapi boleh masuk perangkap biawak. Dah buat report polis bila terkena pujuk dah tarik balik. Dah selalu dipukuI, masih sanggup lawat laki tu dalam penjara. Itu bukan pukuI biasa sis, itu bant4i namanya. Apa – apa pun keputvsan terpulang sis, jika rasa sis masih ingin bahagia dalam hidup bertegaslah dengan jantan tersebut, bila masih sanggup tadah untuk dibant4i. Ya, itupun pilihan sis, org lain hanya mampu bagi nasihat, selebihnya fikirlah jalan hidup macam mana sis inginkan..
Sohaini Mj : Dari segi penceritaan sanggup pulak puan tunggu sampai dapat 3 orang anak, Allahu. Zaman sekarang ni dah ramai ibu tunggal yang dah berjaya kaya raya, yang penting dapat hidup BEBAS tanpa siksaan. Bukannya nak menghasut tapi dari pengalaman penceritaan puan, lebih baik berpisah jer dan bina hidup baru.