Aku dibiarkan duduk dalam bilik sempit dan gelap. Dua orang abang suami pen4gih. Aku nak pergi tandas pun takut, Mereka suka hati masuk bilik kami. Ambil semua makanan aku bawa pergi port..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Aku perIukan sedikit pandangan dari pembaca semua. Sedikit pengenalan, perkahwinan aku baru berusia 1 tahun lebih. Baru dikurniakan permata hati bulan November 2020. Aku bekerja dan suami juga bekerja. Namun kami tidak tinggal bersama, senang cerita aku dan suami pjj.
Sebelum ada yang tanya kenapa aku tak berhenti kerja dan tinggal dengan suami. Atas faktor kewangan dan suami sendiri tidak galakkan untuk aku berhenti walaupun ada kala aku ingin sekali berhenti dan merasa menjadi isteri.
Ya, sehingga saat ni aku tak sepenuhnya memahami watak seorang isteri. Aku hanya berjumpa suami sebulan sekali atau dua kali sahaja. Suami masih tinggal bersama ibu ayah dia. Ada beberapa perkara yang menjadi pertikaian kepada aku.
Yang pertama, keluarga si suami. Jujur aku kurang mengenali watak – watak dalam keluarga suami sebelum kahwin. Ada juga suami bercerita tapi sekadar berborak kosong. Bila kahwin, aku mula bergaul dengan keluarga mertua, aku dapat rasa aku tak dapat ‘blend’ dengan situasi mereka.
Bermula dari sikap ayah mertua aku yang sangat kuat bagi penilaian negatif pada orang. Begitu juga anak – anaknya. Bila berkumpul aku diselubungi negative vibes yang bagi tekanan pada emosi aku. Sikit – sikit aku mula nampak suami pun sama, suka bagi aura negatif pada setiap perkara.
Golongan macam ni merasakan mereka saja yang betul, orang lain buat apa mereka lebih suka mencerca dan menghukvm. Kedua, dari segi nafkah. Pada awal kahwin Alhamdulillah semua elok. Nafkah tertunai selayaknya. Tapi m4kin bertambah bulan m4kin hilang tanggungjawab terhadap nafkah.
Suami lebih utamakan keperluan keluarga dari aku si isteri. Bila tiba gaji, suami sikit pun tak tanya apa keperluan aku. Tapi dia akan sibuk berceloteh pasal keperluan keluarganya. Ya mungkin sebab aku sendiri bergaji. Tapi bukan ke nafkah itu wajib.
Aku bukan meminta – minta jumlah. Selama yang aku dapat diawal perkahwinan aku tak pernah merungut walaupun sekadar RM20. Aku tahu itu nafkah yang dia mampu untuk aku dan aku terima dengan rasa bahagia. Tapi sekarang tak lagi. Dia lebih utama kan keluarga.
Aku dibiarkan, sikit pun tak bertanya. Kenapa aku ‘lorat’ sangat dengan duit belanja dari suami? Sebab aku isteri dan nafkah hak aku. Dalam 5 hak nafkah ini saja yang aku boleh harapkan. Nafkah batin sudah lama terg4ntung.
Alasan dia letih kerja, alasan aku mengandung, takut nak bersama. Sampai dah masuk tahun baru masih sepi. Aku pun dah lelah nak persoalkan. Biar saja la aku kubvrkan keinginan aku. Nafkah makan, sepanjang perkahwinan aku sendiri bertangungjawab atas makan aku.
Nafkah makan cuma terlaksana bila aku balik rumah mertua. Nafkah tempat tinggal apatah lagi. Aku faham kewangan suami dan aku tak meminta sebuah rumah memandangkan kami pjj. Tapi aku cuma minta sebuah bilik yang selesa.
Bilik suami di rumah mertua sangat sempit dan memang untuk orang bujang. Sampaikan tempat nak solat pun tak ada. Waktu untuk aku berdua dengan dia cuma dalam bilik tu, tapi bilik pun tak selesa sempit gelap tak ada pengud4raan, aku lemas dalam bilik tu.
Yang lagi best, suami aku cakap bilik dia cukup selesa. Suami aku bukannya tak ada duit, duit dia banyak sebab hanya guna kan untuk diri dia dan family. Jadi simpanan dia banyak. Dia selalu bangga dengan simpanan dia yang cecah puluh ribu tu.
Sebab tu aku tuntut bilik selesa dalam rumah tu. Itu saja kawasan yang aku bebas dan ada waktu untuk rehat. Bila dia balik ke rumah mak ayah aku, dia merungut bilik aku panas, suruh pasang aircond bagai. Sudahlah cerita pasal bilik.
Yang ketiga, dua orang abang suami pen4gih. Yang bebas keluar masuk rumah tu. Bilik suami aku sendiri pernah dia selinap masuk. Pen4gih memang tak berhati perut, apa barang makan yang aku beli habis dia ambil dan bawa pergi port. Atau dia akan habiskan semua makanan.
Aku tak biasa hidup di kalangan pen4gih. Yang aku tahu pen4gih ni sampai waktu terdesak dia tak dapat kawal diri dia, dia akan buat apa saja. Bayangkan aku dibiarkan bersendirian di dalam rumah tu dengan pen4gih ni. Suami aku?
Dia sibuk buat OT walaupun isteri balik. Mertua aku semua akan keluar dari pagi hari sampai la tengah hari. Aku? Berkurung dalam bilik yang sempit gelap dan tak selesa tu sampai ada orang balik. Nak pergi toilet pun aku takot.
Yang ke empat, suami sem4kin pinggirkan aku dari segi emosi juga. Setiap kali aku ajak bincang satu – satu masalah antara kami. Dia akan mengelak. Atau dia akan bagi ayat – ayat sarcastic. Jiwa aku m4kin s4kit. Kenapa suami dah tak macam dulu. Sekarang susah untuk bawa bincang.
Sudahnya aku banyak pendam perasaan dan perasaan tu lama – lama jadi r4cun dalam diri aku. Suami pun m4kin berkasar dari lenggok percakapan. Rutin malam sebelum tidur kami akan call, perbualan antara kami m4kin h4mbar, bila aku tanya dia jawab sepatah dua atau dia buat b0doh.
Kalau ada pun dia jawab berjela sajaIa tetap dengan ayat dari lidah t4jam dia. Sekarang aku jadi jauh hati. Aku pun jadi kurang nak update pasal life aku macam dulu. Apa yang dia tanya saja aku jawab. Dia pun sem4kin suka kutuk fizikal aku, memperendahkan kemampuan aku.
Baru terjadi suami mula memperlekehkan mak ayah aku. Aku rasa aku tak boleh berdiam lagi. Cuma aku tak pasti apa tindakan sesuai yang patut aku buat. Aku tak nak bertindak ikut emosi, sebab aku tahu akan teruk kan lagi keadaan.
Suami aku lebih utamakan darjat dia sebagai suami. Dia w4rning aku jangan buat apa – apa yang jatuh kan air muka dia. Dia tak sudah ingatkan aku syurga aku pada dia. Tapi tangungjawab hakiki pun terabai, apatah lagi soal tekanan emosi yang aku dapat.
Banyak lagi hal yang aku tak berapa suka. Tapi ni 4 perkara yang aku cuba tekankan. Persoalannya, aku ke yang overthinking dan overacting. Apa aku patut buat untuk aku rasakan nikmat seorang isteri tu. Aku tak tahu nak luahkan kat orang rapat dalam hidup aku. Ye itu semua aib suami yang tak patut aku dedahkan.
Aku terp4ksa cerita dekat sini sebab aku perIukan pandangan. Dengan sapa perlu aku rujuk perkara macam ni. Perlu ke aku terus terang apa yang aku tak suka ni bulat – bulat pada suami. Biar dia sedar dan buka mata. Tapi susah juga, sebab dia memang dibesarkan dalam circle judgmental person.
Dia akan tetap rasa dia betul dan aku yang tak betul. Nak minta maaf dengan aku pun ego apatah lagi nak berterima kasih. Andai tiada kata yang baik dapat reader berikan, cukup la dengan doa semoga aku dipermukan jalan untuk semua ini. Jangan la kecam. Orang dalam masalah ni kadang – kadang dia sampai tahap “beng4p” tak boleh berpikir dengan betul, sebab tu dia perIukan pandangan orang lain. Sekian… – AF (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Kloe Kloey : Confessor, pecat saja dia dari jawatan pemegang mohor besar kunci syurga confessor. Pegang kunci tu sendiri. Lagipun, dia belum tentu masuk syurga. Orang perempuan kena pandai sikit bila deal dengan lelaki macam ni. Macam ni lah…sebenarnya, dalam perkahwinan, suami memang berkuasa secara formalnya. Tapi perempuan sebenarnya lebih berkuasa kalau kena gayanya. Harap faham.
Sya Nysya : Tak bayar nafkah tu bukan aib suami ye? Tu tanggungjawab suami dan kalau mengadu suami tak tunaikan tanggungjawab bukan bermakna dedahkan aib suami ye, maksudnya menuntut hak sebagai isteri. Susah orang Melayu ni dan juga sesetengah ustaz Melayu ni, asyik suruh tutup aib hingga laki pukuI bini pun tak boleh mengadu konon nak tutup aib suami. Yang suami dok bahak – bahak ketawa kutuk bini sesama sendiri kat kedai kopi atau kat WA group tak dikira tak jaga aib ke?