Suami bawa balik lauk basah, aku masak tak sampai 24 jam dah basi. Aku terus rasa tak sedap hati

Aku rasa tak sedap hati dan suruh kawan aku pergi ronda rumah janda tu dan ternyata ada kereta suami aku. Waktu ni mereka dah kahwin. Aku tahu tapi diam je kumpul segala bukti. Aku tunjuk yang aku ‘bahagia’ dengan suami sampai madu aku tu panas..

#Foto sekadar hiasan. Salam min.. Tolong hide ye profile saya. Aku nak luah dekat sini, jangan kecam aku plak. Biarlah nampak b0doh, buat – buat b0doh tapi jangan nampak b0doh sangat. Kalau nak bagi pendapat untuk tujuan seterusnya silakan, saya open je.

Tapi untuk berbaik dengan ‘dia’ ni, pintu hati aku belum terbuka lagi. InsyaAllah aku cuba. Macam ni, aku kahwin dah masuk 19 tahun dah. Memang bahagia, suami plak seorang yang baik, dia baik dengan mak abah, adik beradik yang lain.

Boleh katakan semua saud4ra mara suka la. Tapi sejak 2 tahun kebelakangan ni ja semua ahli keluarga aku dan ahli keluarga dia benci dia. Ya, termasuk aku. Aku benci semua aku sendiri. Laki aku mula ada skandaI pada bulan feb 2019 dengan sorang perempuan janda anak 3.

Mereka niĀ  satu tempat kerja. Perempuan tu pun 6 tahun tua dari laki aku ni dan umur aku ni plak diawal nak masuk 40 siri dah. Pertama kali aku tengok janda ni dalam fb, hati aku jadi tak sedap, biasalah nama pun isteri kan mestilah ada naluri seorang isteri.

Perasaan tak sedap hati, tak sedap mata memandang bila aku tengok fb perempuan tu yang membuatkan aku timbul rasa menyampah. Bila tengok gambar – gambar dan koleksi video gelek tikt0k dia, memang nampaklah perempuan ni seorang yang jenis mengada – ngada dan kekurangan kasih sayang betul.

Laki aku ni plak jenis yang suka bercerita hal – hal pejabat termasuk la cerita si perempuan ni. Masuk la bulan Mei, naluri aku m4kin rasa tak sedap hati, aku cuba jadi spy. Aku guna phone suami aku, aku up status pic family aku makan dekat mcd.

Jadi dekat situ ramai yang wassap laki aku reply status ucap, “Happy till jannah”. Dalam 2 – 3 orang jugakla yang cakap benda yang sama. Yang mana reply status laki aku tu, semua aku delete tak nak bagi dia perasan sekali dengan status tu pun aku delete.

Alang – alang tu aku ambiklah simpan nombor yang duk reply status laki aku tu, aku simpan dekat phone aku, untuk aku selidik. Rupanya betul naluri aku mengatakan, yang suami aku ada affair dengan janda ni. Hati siapa tak s4kit, masa tu aku meng4muk macam orang giIa.

Aku tanya punya tanya kat dia, sampailah dia ni mengaku yang si janda ni pernah masuk bilik dia masa mereka pergi outstation sekali. Tujuan masuk bilik tu untuk urut kaki katanya. Luluh rasa hati aku ni bila dengar apa yang keluar dari mulut laki aku yang dia bukan sekadar nak urut kaki malahan cuba untuk g0da suami aku lebih dari itu.

Suami aku ni menangis menyesal bagai nak rak la time tu, siap buat solat taubat bagai. S4kitnya hati aku time tu tuhan je tau macam mana. Siap cerita lah plan dorang nak kahwin dengan syarat si janda tu tak nak berkongsi laki dengan aku.

Dah la ambik laki orang lepas tu nak tamak pulak kan. Sebelum keadaan jadi m4kin keruh kami laki bini ni ikhtiar la pi cari perubatan Islam, suami aku ni siap munt4h keluar rambut bagai la masa berubat tu. Sebelum berubat tu laki aku singgah ke rumah family janda ni masa dalam perjalanan balik dari outstation.

Diorang siap beli buah tangan lauk basah macam ikan, udang, sotong untuk bawa balik KL. Dah suami aku bawak balik, jadi aku masak la macam biasa. Tak sedap hati punya pasal sambil – sambil memasak tu aku bukaklah ayat – ayat ruqyah.

Bayangkanlah lauk – lauk yang dia bawak balik dari sana ni aku masak tak sampai 24/7 dah basi. M4kin bertambah la rasa tak sedap hati tu. Suami aku ni siap berjanji dengan kami sekeluarga tak nak buat benda yang sama atas tikar sejadah sambil peIuk civm kami semua.

Masa tu anak sulung aku ni tingkatan 4, tengah exam paper kimia. Anak aku down tengok bapak dia macam ni. Kononnya nak lari daripada keadaan, suami aku bawak lah kami semua pindah jauh dari kawasan rumah tu tak nak bagi kami ni tr4uma bila duk kawasan tu..

Kami pun bukaklah buku baru lepas pindah dari situ, semuanya suasana baru, aura positif la kononnya. Aku bersyukur sangatlah rumah aku ni dekat dengan rumah adik beradik aku. Ada la tempat aku nak meluah. Kalau korang nak tau hampir setahun aku mengadap benda ni tanpa pengetahuan adik beradik, mak ayah aku serta keluarga suami.

Yang tau kisah aku ni dr A – Z cuma sorang ja adik yang tau, dia jadi tempat aku meluahkan semua. Sampai la nak dekat setahun aku ingat kebahagiaan aku pulih seperti sedia kala tapi tidak. Masuk tahun 2020, PKP 1 pun start, tingkah laku suami berubah jadi orang lain.

Dia mudah nak marah – marah kami anak beranak, kami plak kerap berg4duh. Dia nampak serba serbi tak kena je dengan aku, m4kin bertambah la rasa tak sedap hati. Jadi aku minta tolong kawan aku yang dekat rumah lama, ronda – ronda kawasan rumah janda tu untuk cari bukti.

Ya, akhirnya kereta suami aku ada dekat kawasan rumah janda tu. Masa ni, sebenarnya diorang dah kahwin tapi aku diam buat – buat tak tahu lagi. Aku kumpul bukti. Hati aku s4kit, s4kit sangat. Demi anak – anak aku kena kuat.

Masa ni rumahtangga aku kacau bilau, hal kecik je tapi suami nak perbesarkan. Maklumlah dah ada family baru. Sikit – sikit dia suruh aku luah kata apa yang aku nak, apa yang aku tak puas hati. Aku diam dan terus bersabar, sampai satu tahap aku sabar tak boleh kawal, aku panggil semua adik beradik aku termasuk mak abah aku datang rumah diam – diam tanpa pengetahuan laki aku.

Aku terus terang tentang apa yang berlaku. Memang satu family aku marah dengan apa yang dia dah buat. Suami aku bukanlah jenis yang berduit sangat, hutang pun ada banyak yang tak settle. Dalam masa hati aku s4kit, kecewa, aku dah mula cari kekuatan dengan rakan sekerja, adik beradik serta anak -a nak aku, aku jadi kuat walaupun kadang – kadang ada masa aku rasa down.

Syukur aku ada diorang, yang sayang aku anak beranak. AKU BANGUN! Aku mula buat segala persediaan dengan ambil pendapat orang – orang sekeliling aku. Aku failkan report ke atas suami aku atas tujuan rujukkan mahkamah tanpa pengetahuan dia.

Tapi dalam masa yang sama aku masih lagi sayangkan perkahwinan aku. Selagi ada kudrat aku cuba selamat kan masjid yang dibina. Aku jadikn cerita korea “The World Of Married ” sebagai inspirasi aku untuk terus bangun.

Aku jadi spy, kumpul bukti kukuh sebagai persediaan. Korang bayangkan dekat hampir setahun diorang kahwin, dia diam ingat aku tak tahu. Tapi dia silap, aku kalau bab ni laju ja aku buat kerja. Sampai la satu hari, aku cuba bagi hint yang aku penat hidup denganĀ  penipuan, aku nak tahu dari mulut dia sendiri.

Walaupun hati aku s4kit, aku cuba korek diorang kahwin dekat mana, siapa yang bawak diorang kahwin. Suami aku berterus terang, dia cerita semua yang diorang kahwin dekat sempadan. Yang bawak diorang ke sana adalah adik beradik perempuan ni 5 orang semuanya.

Kalau nak kahwin pun, kena la cari dari nasab yang baik, bukan yang macam ni. Aku yakin Allah ada, aku pasti satu hari nanti Allah baIas apa dia buat dekat aku dan anak – anak. Aku bertahan dengan laki aku sebab aku nak bagi “madu”ni panas, tak senang duduk melihat kebahagiaan kami sama seperti dulu.

Segala jenis gangguan yang di hantar untuk kami sekeluarga berg4duh, hampir gagal. Aku sabar. Aku cuba mencari ikhtiar untuk pendinding aku dan anak – anak. Sekarang pun dari hari ke hari, suami aku m4kin mula rimas dengan “madu”aku yang m4kin tunjuk belang.

Segala perasaan marahnya terhadap perempuan tu dia lepaskan kat aku dengan memberi gelaran kepada “madu” ku itu B4BI. Kebelakangan ini laki aku m4kin kerap menipu madu aku untuk meluangkan masanya dengan kami.

Sem4kin bahagia keluarga kami, sem4kin tak senang duduk yang sana dan mereka sering berg4duh sejak akhir – akhir ni. Sampai situ je la aku nk luah. Aku harap warga – warga FB ni doakan kemenangan berpihak kepada family aku. Buat pemgetahuan korang perempuan ni anak ustazah tau. Sorry la cerita aku ni berterabur sikit harap warga fb faham.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?