Aku kenal perempuan itu, seorang pekerja di cafe tempat kerja suami. Suami memang selalu minum dan makan di cafe itu. Maklumlah kami berdua sibuk bekerja. Aku hanya memasak untuk dinner sahaja.
#Foto sekadar hiasan. Aku Chinta. Aku dan suami telah berkahwin lebih kurang 15 tahun. Umur kami suami isteri adalah sebaya. Aku juga seperti wanita lain, yang mana akan ada prinsip boleh sahaja memaafkan suami asal jarang curang.
Beberapa minggu lepas Allah uji aku. Aku dan suami sebenarnya biasa sahaja, bahagia cara kami. Aku wanita berkerjaya, suami juga begitu. Aku ada anak lelaki comel yang berusia 7 tahun. Kehidupan kami seperti keluarga lain, bahagia. Tidak kaya tidak juga susah. Semuanya serba sederhana.
Minggu lepas aku pinjam hp suami sebab nak check hp dia kan. Suami seperti biasa beri hp tanpa rasa was – was. Sebab sebelum ini pun dia tahu aku akan minta hp sekali sekala untuk aku baca apa – apa mesej dalam hpnya.
Sebab aku pernah tengok kat tikt0k cara untuk tengok whatapps yang disembunyikan, aku try la kat hp suami. Bergetar tangan aku bila nampak ada gambar perempuan. Ye, gambar selfie seorang perempuan. Aku try cari chat mereka tapi aku tak jumpa.
Sebab aku jumpa gambar sahaja dari fail itu. Itu pun satu gambar itu sahaja. Aku terus tanya suami, suami marah dan tak mengaku. Aku meraung dan menangis sekuat hati seperti orang giIa. Mujur malam minggu, kejadian berlaku pun tengah tengah malam.
Selalu kami berdua akan tidur lewat, kadang – kadang suami main game, aku main hp. Kadang – kadang menonton neflix bersama – sama. Perkara yang paling aku takuti telah terjadi. Ye, melihat aku menangis teruk, suami mengaku dan meminta maaf.
Dia mengaku ada berbaIas whatapps dengan perempuan itu. Tapi sekadar suka – suka, dia beritahu sangat sayangkan aku. Dia tak akan mencintai perempuan lain selain aku. Aku kenal perempuan itu, seorang pekerja di cafe tempat kerja suami.
Suami memang selalu minum dan makan di cafe itu. Maklumlah kami berdua sibuk bekerja. Aku hanya memasak untuk dinner sahaja. Aku sangat sedih dan kecewa. Aku meluahkan semua yang terbuku di hati kepada suami.
Aku marah suami. Aku katakan dia murahan. Dia tak sedar diri, aku dah bantu dia cari rezeki dia senang – senang mesej perempuan lain. Aku mengeluarkan semua perkataan yang semestinya tidak enak didengar oleh suami.
Hati aku teramat s4kit dan pedih. Suami hanya duduk diam dan meminta maaf. Malam itu juga aku mengemas barang – barang. Sambil mengemas aku menangis. Suami menahan aku dan bertanya aku nak ke mana. Air mata aku laju mengalir.. Aku tidak tahu ke mana aku akan pergi.
Untuk memberitahu keluarga dan kawan – kawan adalah sangat must4hil. Semua orang di sekeliling kami memberitahu kami pasangan serasi dan bahagia. Ya, sebelum ini, kami berdua selalu bersama – sama ke mana sahaja kecuali waktu bekerja sebab kami bekerja di lain – lain tempat.
Memang tak akan aku beritahu juga sebab aku malu. Malu suami yang ada skandal dengan perempuan lain. Sungguh hati aku sangat s4kit. Suami berjanji tidak akan mengulangi lagi dan memohon maaf merayu kepada aku.
Aku terus menangis dan terus menerus memarahi dan meluahkan rasa di hati. Aku ungkit semua kesusahan yang kami lalui selama ini. Aku ungkit kesetiaan aku yang tak pernah berbeIah bahagi kepadanya. Esoknya, aku kena kerja seperti biasa dan suami juga begitu.
Mata aku bengk4k sebab menangis semalaman dan tidak tidur. Aku merancang aku akan pergi ke kIinik waktu office break dan ingin mohon mc dan tak akan balik rumah. Aku nak check in hotel biar suami tahu aku betul – betul marah dan kecewa. Beg pakaian semua aku dah siapkan semalam.
Selalu aku akan bersalam dan civm tangan suami, tapi pagi itu aku terus keluar rumah ke tempat kerja. Soal anak, maid akan datang rumah dan hantar anak ke sekolah. Aku mesej suami jangan cari aku, beri aku masa. Lepas habis waktu kerja, aku minta dia jaga anak kami.
Aku tak nak balik rumah. Suami merayu dan meminta maaf. Jangan tinggalkan anak kami, jangan tinggalkan dia. Entah apa yang merasuk aku, aku tetap juga dengan keputusan ku. Hp aku off. Aku serabut. Aku dapat surat s4kit dari doktor selepas aku ke kIinik.
Aku terus check in hotel dan menangis sepuasnya. Dalam solat aku menangis lagi, aku mengadu kepada tuhan, kenapa perkara yang paling aku takuti berlaku. Setelah keadaan sedikit reda, aku kembali w4ras. Aku rindu anak aku, aku on data internet hp. Banyak miscall dan mesej dari suami. Dia beritahu anak kami asyik bertanya tentang aku.
Suami terus menghubungi aku, dan aku menangis melihat anak aku bertanya mama di mana. Kenapa belum balik, waktu kerja kan dah habis. Aku menangis lagi. Kerana kesiankan anak, aku terus balik semula ke rumah.
Semenjak kejadian itu, suami menjadi pendiam. Dia tidak lagi memujuk aku. Dia hanya main game dan tidur. Dia juga telah menukar nombor hp yang baru. Dia juga memberitahu aku dia tidak lagi makan dan minum di cafe itu. Dia tidak ingin lagi meny4kiti aku.
Dia sedih melihat aku menangis. Dia sedih telah membuat aku kecewa. Aku seperti perempuan yang lain, rasa terpujuk. Aku memaafkan dia dengan syarat jangan ulangi lagi kesalahan itu. Semenjak kejadian itu juga, hubungan kami h4mbar.
Aku berusaha mendapatkan semula perhatian suami, namun suami selalu kelihatan sedih dan menjadi pendiam. Tiada lagi gelak ketawa.. Semua h4mbar belaka. Aku nak tanya pembaca, lelaki ini memang begitu kah. Adakah dia betul – betul berubah. Adakah kerana kata – kata aku yang kasar kepadanya.
Tolong aku, aku masih sayangkan suami. Aku pun tidak sanggup kehilangannya. Sepatutnya aku yang jadi begitu, kenapa suami pula yang murung dan berubah laku. Adakah suami benar – benar menyesal. Sekarang suami tidak lagi melakukan hobinya seperti bermain futsal.
Dia hanya duduk rumah bermain game dan tidur. Sepatah tanya sepatah jawab. Whatapps dari aku juga jarang dibuka. Bila aku tanya, dia jawab jarang on whatapps takut aku curiga. Aku sedih dengan keadaan ini. Aku juga ingin berjumpa perempuan itu, untuk mendapatkan kepastian tentang hubungan mereka sebelum ini.
Tapi memikirkan sikap suami begitu, aku takut hubungan ini akan berakhir. Suami memberitahu aku, dia akan buat apa sahaja asal aku bahagia. Tapi aku tidak bahagia begini, aku tersiksa. Boleh ke aku jumpa perempuan itu untuk memenuhi keinginan ketidakpuasan hati aku ini..
Aku teringin sangat nak marah penyondol itu, disebabkan dia hubungan kami begitu (termasuk salah suami aku sendiri). Tolong, adakah suami aku taw4r hati kepada aku. – Chinta (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Siti Sariff : Tak kiralah lelaki atau perempuan, dah buat salah, eehhhh sekarang dia play v1ctim pula. You janganlah pula rasa bersalah, sepatutnya dialah kena ambil tindakan untuk pujuk you.
Shayna : Suami berubah sebab putus cinta dengan skandal. Yang awak nak rasa bersalah kenapa pulak? Lemah sangat awak ni. Masa baru tau bukan main meng4mok sampai taknak balik rumah. Suami psik0 sikit je dah menggelupur rasa bersalah lah, taknak kehilangan suami lah. Hekk elehhh..
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.