Suami saya jenis berkira, hanya bagi RM2K sebulan, saya harap dia faham kenapa saya lari dari rumah

Suami Iarang saya bagi duit banyak dekat mak ayah di kampung. Saya hanya bagi mereka RM2K sahaja, sebab mereka susah dekat kampung. Itu belum cerita, saya terp4ksa duduk dengan ibu mertua yang pengotor, beIa ayam, itik sampai berbau rumah. Lepas dia balik dari beIa haiwan – haiwan tu semua. Dia main pegang je anak saya….

#Foto sekadar hiasan. Asalamualaikum admin, tolong hidekankan id ni sebab ni akaun fb suami. Saya harap lepas dia baca mesej saya kepada admin, dia akan faham kenapa saya lari dari rumah. Saya dan suami kahwin atas dasar cinta, suami seorang angota unit beruniform dan saya pula seorang nurse.

Yelah, nurse je kan. Apa lah standard berbanding isteri abang – abang dan adik dia yang memegang jawatan sebagai doktor pakar, pegawai bomba, dan seorang pengetua di sebuah sekolah menengah. Saya ni kerja biasa – biasa je. Suami selalu bandingkan saya dengan orang lain atau isteri sed4ra dia.

Bila saya kerja lebih masa, dia cakap baik duduk rumah je daripada kerja, gaji pun kecik. Allahu.. Suami saya ni jenis berkira, walaupun dia berduit, hasil gaji dan bisnes, dia hanya bagi saya RM2k je sebulan. RM2k tu lah untuk saya belanja barang – barang dan bayar segala bil

. Rumah dan kereta saya dia yang bayar pakai duit lain. Kau bayangkan min hanya RM2k je dia bagi untuk belanja dapur dan barang keperluan saya dan anak? Bila hujung – hujung bulan terp4ksalah saya pakai duit gaji sendiri untuk beli barang keperluan.

Suami juga Iarang saya beri ibu bapa saya duit banyak. Saya bagi mak dan ayah RM2k saja sebulan sebab mak ayah susah kat kampung. Lagipun mak ayah yang lahirkan saya. Tapi suami suruh kurangkan dari RM2k kepada RM1k.

Itu belum lagi bab ibu mertua yang pengotor, dahlah duduk rumah saya, kemudian tu dia suka pelihara haiwan macam ayam, ikan, itik, semua dia beIa sedangkan haiwan tu berbau. Lepas dia balik dari bela haiwan – haiwan tu semua.

Dia main pegang je anak saya. Anak saya ada pengasuh, tapi mak mertua nak jaga juga anak saya. Lepas tu suka ambil arnab bagi anak saya main sedangkan arnab kotor k3ncing b3rak bersepah. Bila angin kuat, rumah saya bau naj1s haiwan.

Saya dah jelas kan pada suami tentang ini. Tapi suami marah siap kata saya tak hormat ibu dia. Saya hairan betul kenapa anak – anak lain tak mahu jaga ibunya. Pernah sekali pengasuh anak saya cuti, jadi saya minta tolong mak mertua jaga anak.

Tak salahkan saya minta tolong dia. Sebab mak mertua dok rumah ni makan free. Masa tu suami saya pun kebetulan sedang cuti dan saya pula kerja. Jadi saya suruh suami tengok – tengokkkan anak. Kau tau min, masa saya balik, ibu mertua tidur di bilik.

Suami saya keluar beli rok0k katanya. Kau bayangkan min anak saya yang berumur 2 tahun dibiar sorang – sorang main dan makan t4hi sendiri. Allahuakbar punggvng anak saya dah penuh ruam sebab berjam – jam tak dibasuh.

Saya call suami, katanya anak dengan mak. Bila saya masuk bilik, mak tengah tidur. Apa lagi. Memang saya mengam0k. Saya m4ki hamun ibu mertua sebab tak bertanggungjawab. Jaga cucu pun tak reti. Suami saya lagi tak guna.

Saya dah benci dah dengan keluarga ni. Saya nak bercerai. Jangan dia ingat saya kerja sebagai nurse saya tak mampu nak hidup sendiri. Sekarang ibu mertua pura – pura risau pasal anak. Saya tak peduli. Dia tinggallah dekat rumah tu.

Nak sangat kan tinggal rumah kami. Saya keluar dan nak mohon fasakh. Suami merayu – rayu tapi hati dah tawar. Kebetulan saya dah kenal seseorang yang betul – betul tahu menghargai. Lepas cerai saya akan kahwin dengan lelaki ini. Doakan saya.

Komen Warganet :

Marnih Sangaki : Saya paling banyak pun dapat nafkah sebanyak RM450 jek. Tapi tak salahkan suami sebab taw dia tak mampu. Gaji dia RM1k jek. Kau dapat RM2K, belum termasuk dengan gaji ko sendiri, beruntung la ko tu sis dapat pegang duit beribu. Aku ratus jek. Saya elak bermasalah dengan ibu mertua ni, sama juga dengan ahli keluarga suami yang lain. Kalau boleh aku tak nak bermasalah. Itu jek..

BalqishAbo Anjer : Entah la, susah la bila suami tak nak dengar masalah istri. Memang suami bagi RM2k tapi nak bayar rumah, bil, barang dapur semua. Akak ni bukan berkira dengan ibu mertua dia, mungkin dah s4kit hati tak boleh bIah dengan bau – bau haiwan.

Kalau saya pon tak tahan dengan anak dibiarkan. Dapat suami pon anak lepaskan je dekat mak. Senang je cakap anak mak jaga. Kalau saya pon balik kerja penat – penat tengok rumah bersepah, anak lagi tak terurus, suami pulak lepas tangan, baik la cerai, tak payah hidup dengan suami. Hidup berdua dengan anak pon dah bahagia tak payah pikir lagi masalah orang.

Elizebeth Ltk : Tak Bersyukur ah kau ni., nantilah kau rasa berlaki baru yang baru tu belum tentu nak bagi duit RM2k kat kau. Itu belum bayar pengasuh kereta rumah tempat kau berteduh lagi siap kau boleh bagi dekat mak bapa kau RM2k lagi tu.

Suami kau suruh kurangkan perbelanjaan untuk bagi dekat mak bapak kau tu untuk ringankan beban kau je tu sebab kau ni sebenarnya yang jenis berkira. Aduhhh, sayang betul otak letak kat kepala lutut. Banyak lagi orang yang tak berkemampuan dik oiii.

Buatnya bakal suami kau tak seperti yg kau harapkan nanti, jangan kata RM2k, entah – entah kau yang sara dia pulak nanti. Bersihkan dulu hati kau yang berbau busuk tu takut kau menyesal nanti.

Zanariah Zamli : Sebenarnya hati awak tu yang kot0r. Berkira sangat dengan ibu mertua.. Dah orang tua memang gitu la gayanye.. Belum bab sorok – sorok benda dalam bilik dia. Saya beIa mak, tau sangat. Sekali kemas setimbun khazanah yang tak disangka – sangka.

Tapi awak kena terima hakik4t tu, bukan lama sangat pun dia dengan kita. Itu pun kalau bukan ajaI kita yang dulu. Awak kena pandai bertolak ansur, InshaAllah berkat hidup awak sekeluaga.

EZ Azura EM Aris : Kalau dah mampu upah pengasuh, bagi mak ayah RM2k sebulan dan suami yang bayar segala benda. Dapat RM2k pun masih tak cukup? Awak makan ke duit tu? Upah la tukang cuci rumah sekali, itu pun susah ke? Buat la rumah ayam itik, nanti mak mentua bagi makan, dia boleh masuk dalam, tak payah lepas dekat luar, anak pun terjaga..

Bab anak tu, kalau pengasuh cuti cari la pengganti sehari, bayar la utk sehari. Jadilah seorang yang tahu bersyukur.. Dekat luar ni ramai lagi yang hidup susah. Rumah tunggu masa nak rob0h dengan suami hanya mampu bagi nafkah RM20 sebulan, RM500 sebulan..

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.