Suami ckp duit habis sbb bantu keluarga, sekali jumpa surat ASB, dia ada simpanan 100k

Berdesing telinga saya bila adik ipar cakap suami dah lama tak balik kampung. Sebab selama ni suami cakap setiap bulan dia balik nak bagi emaknya duit. Dalam senyap saya jalankan siasatan. Setiap kertas dari dalam lacinya saya baca. Satu hari anak saya bagi surat milik ayahnya, surat ASB..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum kepada admin dan semua pembaca. Pertama sekali terima kasih admin sebab siarkan luahan ini. Biasanya kita dengar dan diberitahu golongan muda hari ini ramai yang tidak tahan keperitan dan tekanan berumah tangga.

Maka mereka ambil tingkatan mengakhiri perkahwinan mereka pada peringkat awal, malah ada yang belum sampai 10 tahun. Itu golongan muda, tetapi kita jangan lupa, ramai pasangan yang telah berkahwin lebih 20 tahun juga mengakhiri zaman berumah tangga kerana tidak tertahan dengan tekanan dan hilang sabar.

Mengapa ini berlaku? Tentulah banyak sebabnya hanya mereka yang bermasalah sahaja yang boleh beri jawapan dengan jelas mengikut masalah masing – masing. Contoh diri saya sendiri, sudah lebih 26 tahun berkahwin, usia pun dah dekat 50 tahun tetapi bercerai kerana suami saya ingin kahwin lagi.

Kalau saya katakan saya minta cerai kerana suami hendak kahwin lain, tentu pembaca lelaki kata saya isteri zaIim dan men3ntang sunnah nabi. Sebenarnya saya tak kisah apa juga pembaca nak kata, sebab masalahnya cuma saya sahaja yang tahu dan merasakan betapa pahitnya hidup bersama suami yang tidak pernah jujur dan ada muslihat tersendiri.

Saya kata demikian kerana ini pengalaman saya kahwin dengan suami yang berkira dan kedekut duit ringgit. Bukan gajinya kecil, malah pendapatan kami sama, tetapi dia meletakkan sepenuh tanggungjawab keluarga kepada saya, alasannya, dia perlu bantu emaknya.

Dia tambah lagi saya dapat pahala besar tolong suami yang susah. Betul tanggungjawab anak lelaki pada emak ayahnya, tetapi janganlah lupakan terus anak – anak sendiri, sebab mereka tanggungjawabnya.

Sejak mula kahwin lagi suami saya Noah (bukan nama sebenar) minta saya bersabar sebab dia nak bantu adik beradiknya bersekolah sebab emak ayahnya orang susah. Dengan perasaan serba salah, saya terp4ksa terima kerana permintaan suami perlu bantu ibu dan adik beradiknya yang ingin melanjutkan pelajaran.

Tetapi apabila dua orang anaknya yang lain sudah bekerja, takkan nak tanggung lagi. Mengapa tak berkongsi dengan adiknya? Adik lelakinya juga bertanggungjawab kepada emaknya. Kalau dulu, setiap bulan bagi emak RM500 sebulan, sepatutnya bila adik dah bekerja, kurangkanlah pada RM300 .

Tetapi tidak, malah adakalanya lebih lagi, bila emaknya minta bantuan besarkan dapur, betulkan atap bocor, buat bilik mandi dan sebagainya. Saya pernah tanya Noah mengapa tak minta bantuan adiknya, sebagai abang jika ada masalah bawak beruding dan berpakat, tapi tidak, semua dia kena tanggung.

Kerana masalah yang banyak, bila anak – anak sem4kin membesar. Maka saya kurangkan belanja rumah, sebab saya pun perlu bantu emak saya. Bila saya buat begitu Noah bising katanya saya lebihkan keluarga saya sedangkan saya ada suami dan anak – anak yang perlu perhatian.

Kalau soalan itu ditujukan kepada anda tentu s4kit hati jugak kan? Saya katakan sepatutnya tugas jaga keluarga menjadi tugasnya yang utama. Pandai – pandailah berjimat dan menguruskan dua rumah untuk emak dan untuk anak – anak.

Sebenarnya saya berani bersuara selepas 10 tahun berkahwin, setelah 2 adik perempuan dan lelakinya bekerja. Dulu semasa awal berkahwin, saya banyak ikut kehendak Noah, kerana fikirkan Noah perlu bertangungjawab kepada adik beradik dan emak ayahnya.

Tetapi sampai bila saya mesti bersabar. Sebab adik – adiknya sudah bekerja. Saya tanya kenapa Noah seorang bertanggungjawab. Alasan Noah, gaji mereka kecil. Dulu gaji Noah juga kecil, tapi dia tetap bantu keluarganya.

Saya pula terp4ksa tanggung anak – anak. Dipendekkan cerita sampai masa adik perempuan Noah nak kahwin, kelam kelibutlah Noah. Dia merungut tak ada duit nak pinjam duit saya. Mana saya ada duit sebanyak rm5k.

Kata Noah emaknya perIukan duit segera. Noah suruh saya pinjam pada emak ayah saya. Tapi saya tolak, dia sendiri faham keluarga saya bukan banyak duit. Kesabaran saya ketika itu memang sudah tidak dapat dibendung.

Lebih 15 tahun saya bersabar, saya rasa sampai waktunya saya mesti tegas. Nak jadikan cerita satu hari adik Noah telefon. Adiknya minta saya sampaikan pesanan suruh Noah balik kampung, sebab emak nak berunding pasal kenduri.

Mulanya saya s4kit hati juga, tetapi setelah bertanya, adiknya beritahu Noah sudah lama tak balik, nak telefon pun tak dapat. Waktu itu berdesing telinga saya. Sebab Noah kata setiap bulan balik ke kampung, konon nak tengok emak dan beri duit.

Tapi mengapa adik Noah kata dia dah lama tak balik? Apa sudah jadi? ke mana dia pergi? Pelik! Kata adiknya Noah dah lama tak balik, telefon pun tidak. Mereka bukan nak minta duit, tapi berunding pasal Noah akan nikahkan adiknya, sebab ayahnya sudah meninggaI dunia.

Memang saya akui saya balik kampung Noah setahun 2 kali, pertama kerana jauh, kedua kerana anak – anak sibuk dengan tusyen dan peperiksaan. Bila Noah balik saya beritahu adiknya telefon dan emaknya suruh balik kampung.

Terk3jut Noah. Tapi dia pandai sorokkan kekagetannya. Kemudian saya tanya dah berapa lama tak balik kampung. Katanya “baliklah!” Dia tak jawab soalan saya. Saya tanya lagi, “Setahu saya setiap bulan awak balik kampung, Sabtu pagi pergi Ahad malam tiba rumah. Tapi adik awak beritahu sudah 7 bulan tak balik kampung, awak pergi mana?”

Tanpa menjawab soalan, Noah masuk bilik tukar pakaian terus mandi. Mendidih d4rah saya kerana Noah tak jawab soalan. Hangat hati punya pasal saya ambil telefon Noah buka dan baca. Terk3jut saya, barulah saya tahu rupanya Noah ada teman wanita.

Selama ini saya tidak pernah buka telefonnya, sebab saya percayakan dia. Benarkah Noah ada kekasih! Saya tunggu Noah habis mandi untuk dapatkan jawapan. Pastilah saya kena marah. Namun saya terus tanya siapa wanita dalam telefonnya.

Noah terk3jut sebab saya buka telefonnya. Sebab selama ini saya tak pernah tengok apa lagi gunakan telefonnya. Hilang isu tak balik kampung, malam itu kami bertek4k pasal wanita, Noah nafikan dia ada kekasih. Saya tak puas hati.

Noah marah sebab baca wassapnya. Saya pulak nak tahu betulkah dia ada kekasih? Peristiwa malam itu buat saya tak boleh tidor. Tak sangka Noah mengani4ya saya. Sejak hari itu hubungan kami jadi tidak mesra lagi.

Kalau dulu saya bersabar uruskan belanja rumah, tetapi sekarang setiap perbelanjaan rumah saya minta pada Noah. Ini membuatkan dia hangat hati. Dia cukup kedekut. Alasannya beri duit pada emaknya terbukti bohong.

Di majlis kahwin adiknya saya dapat banyak maklumat, selama ini Noah tidak banyak beri sumbangan pada emaknya. Balik kampung pun jarang. Dalam senyap saya jalankan siasatan. Setiap kertas dari dalam lacinya saya baca.

Sementara itu hari berganti bulan, bulan berganti tahun, saya lihat Noah berubah tak macam dulu sibuk dengan kawan dan suka telefon kawan. Dia juga kurang bercakap dengan saya, kecuali yang penting.

Saya fikirkan dia sudah insaf rupanya tidak, dia ada muslihat lain. Nak jadikan cerita satu hari anak saya beri saya surat ayahnya yang sudah dibuka, surat itu terjatuh bawah tempat duduk pemandu. Anak suruh saya baca.

Surat dari ASB. Terk3jut saya bila saya lihat simpanannya lebih RM100K. Oh rupanya selama ini kata tak ada duit sebab beri pada emaknya, rupanya dia buat simpanan sendiri. Ini baru dalam ASB macam mana kalau dia ada simpanan dalam bank lain?

Surat itu saya letak atas katil supaya dia tengok. Apa lagi dia naik berang marah tuduh saya selongkar keretanya. Sekarang tahulah saya, bahawa keretanya itulah tersimpannya rahsia peribadinya.

Patutlah dia gunakan kereta kecil saya disuruh guna kereta lebih besar, supaya saya dan anak – anak tidak naik keretanya untuk balik kampung dan bercuti. Kerana terlalu marah maka terbukalah isi hatinya, dia mengaku dia ingin kahwin lagi.

Sebab tak tahan per4ngai saya dan kawal kebebasan hidupnya. Katanya sama ada saya setuju atau tidak dia akan kahwin lagi. Kerana saya bantah dia akan ceraikan saya. Begitu mudah saya diceraikan.

Selepas melepaskan marahnya seminggu dia tak balik ke rumah. Pada kesempatan itu saya berunding dengan anak – anak, sebab mereka sudah remaja dan faham masalah yang saya hadapi, saya minta pandangan mereka apakah patut saya bermadu, atau bercerai.

Saya terk3jut bila anak – anak sepakat kata lebih baik saya bercerai. Kata mereka selama ini pun ayah tak beri nafkah secukupnya. Jika ayah tak mahu beri nafkah selepas bercerai 3 dari 4 orang anak saya sepakat tinggal dengan ayah mereka, kerana sampailah giliran ayah tanggung makan minum dan persekolahan mereka.

Anak sulung saya masuk IPTA dia tinggal dengan saya. Tapi saya sedih bekerja bertahun – tahun, akan bersara beberapa tahun lagi, tetapi simpanan dalam TH tak sampai RM10K. Sedih memang sedih.

Saya ikut pilihan anak – anak, kini saya dapat title ibu tunggal, anak – anak tinggal dengan ayah mereka. Tapi masalahnya mereka Iemas dengan per4ngai ayah yang kedekut untuk belanja persekolahan dan makan minum.

Saya kesian peng0rbanan anak – anak. Tapi apa boleh buat mereka sanggup berk0rban kerana saya. Kini sudah lebih setahun bercerai, Noah belum nikah lagi, mungkin kerana anak – anak tinggal dengan ayah mereka.

Oleh kerana anak – anak pilih tinggal dengan ayah mereka, saya disuruh keluar rumah yang kami duduk selama ini. Saya tak kisah sewa rumah lebih kecil, tapi saya tidak akan berdiam diri, saya akan tuntut hak ke atas rumah tersebut, kerana itulah satu – satunya harta sepencarian yang kami ada.

Komen Warganet :

Bagus puan, walaupun ketika umur dah lewat tetapi tak takut untuk bercerai dan pegang title janda. Ramai yang lebih sanggup kekal dalam hubungan yang kurang sihat sebab malu pada tanggapan orang ramai.

Dan tahniah juga sebab ada anak – anak yang sangat memahami keadaan puan. Mereka sanggup tinggal dengan bapa mereka untuk bagi pengajaran supaya bapa mereka dapat tunaikan tanggungjawab dan bagi nafkah.

Semoga nanti bila anak – anak dah bekerja mereka dapat baIas jasa puan selama ni. Jangan takut dengan panggiIan janda, yang penting hati dan hidup puan tenang.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?