Suami cerai, halau aku dan anak. Aku nangis tarik beg dukung anak merayu terima aku balik. Dia tak layan, pintu dikunci

Bila isteri tak kerja memang suami layan macam sampah. Minta duit nak peli pad pun kena marah. Nak tak nak kena guna kain batik p0tong buat kain alas. Sebab dari kena m4ki setakat mintak duit nak beli pad RM5.50. Akhirnya aku dijandakan dengan cara yang paling h1na..

#Foto sekadar hiasan. Dua tahun lepas, orang sibuk dok kata kat aku cerai ajelah. Cerai ajelah. Sampai cakap aku tak cerdik sebab masih ada dalam relationship yang t0xic. Kau boleh, kau boleh! Dah tu bila aku diceraikan, aku takde tempat nak tuju, aku minta tolong orang yang sakan soh aku bercerai tu, tumpangkan aku balik kampung sebab duit dalam bank aku tinggal RM50.

Nak cucuk kat atm tak boleh keluar duit sebab mesin boleh keluar duit sekeping RM50 sahaja baki tak mencukupi. Mana aku ada duit dan aku tau orang tu nak balik masa cuti sekolah. Dia tak layan aku dan kata tak dapat nak tumpangkan aku sebab nak balik kampung cepat.

Aku cakap hanya dua beranak je satu beg tarik. Terus kata kereta mpv dia tak muat untuk tumpangkan aku. Padahal dia ni ibu tunggal, dia nak hantar anak dia dua orang balik kampung masa cuti sekolah. Memang aku menangis sakan sebab sebelum cerai aku dah kata, kalau cerai aku takde tempat nak pergi sebab aku tak bekerja macam dia, dan aku tak berduit.

Diaorang kata takpa, kitorang ada. Kita orang kesian dekat kau. Jangan risau. Aku rasa macam kene skem pun ye. Sebab diorang yang janji bulan bintang kata bila kau bercerai kitorang akan bantu yang mana boleh. Carikan aku kerja, boleh tumpang rumah dia orang sementara aku stabil.

Ni nak tumpang balik kampung pun tak mau. Bukan aku nak minta duit pun, minta tumpang je. Kawan sorang lagi yang beria untuk aku menjanda pun tak nak terima kehadiran aku anak beranak dengan alasan suami dia tak izinkan aku menumpang di rumah mereka.

Aku takde hp. Nak call cari public phone dah la limited. Tebal muka pinjam hp orang tak kenal. Terkontang kanting aku menangis di bus stop. Anak aku baru 3 tahun masa tu. Bekas suami halau aku dari rumah. Dia kata takkan dia plak yang kena keluar dari rumah yang dia bayar sendiri. Siapa yang suruh kau repot pejabat agama.

Jadi dia rasa terc4bar dan dia ceraikan aku. Bekas suami marah aku pergi mengadu di pejabat agama dan dia kena panggil. Dia jenis suka meng4muk, menc4rut, pukuI aku lepaskan geram bila dia ada masalah. Bila aku fikir balik baik aku kekal je dalam hubungan macam tu, sekurangnya aku ada tempat berteduh dengan anak aku, ada orang bagi aku makan.

Aku rasa baik biar diri aku kene lanyak dengan bekas suami kalau macam ni. Masa tu inilah ada dalan fikiran aku nasib aku jadi macam ni sebab aku dengar nasihat advisor pergi repot pejabat agama, tuntut keadilan untuk diri kau dan anak, sampai bila nak duduk dalam hubungan t0xic macam ni??

Aku dah cakap aku takde apa – apa. Advisor kata takpe, kami bantu mana boleh. Tiba masa, semua hilang. HILANG! Sambil menangis tarik beg dukung anak aku jalan kaki patah balik ke rumah 7km. Aku merayu untuk dia terima aku balik, dia tak layan. Pintu dikunci.

Aku minta ehsan jiran, jiran sekolahkan aku. Kenapa cari masalah, sabar ajelaaa bila dah kahwin. Sabar sampai m4ti je sebab dah ada anak, lelaki memang macam tu. Jiran tak percaya, suami aku baik kata dia. Sedih aku. Jiran hulur RM50. Suruh aku balik kampung naik bas.

Dia hantarnya aku ke terminal bus. Tiket bas habis. Aku hilang arah. Aku jalan kaki ke stesen petronas dekat dengan terminal bus tu. Aku berehat kat surau. Masa dalam tempoh perkahwinan bila beranak je suami tak bagi kerja, duduk rumah jaga anak.

Paham ajelaa kalau kita tak kerja, takde pendapatan harapkan ihsan suami ajelaaa. Bila minta nak beli pad pun kena marah. Nak tak nak kena guna kain batik p0tong buat kain alas. Sebab dari kena m4ki setakat mintak duit nak beli pad RM5.50.

Cuba jadi dropship, jual baju dapat komisyen RM10 sehelai. Rasa mewah sikit masa tu tapi bila suami dapat tahu, pecah telefon aku dikerjakan. Siap pakej m4ki kena hentam lagi dia kata dia dah bagi makan tempat tinggal cukup bagus.

Peliklah lelaki ni, masa sebelum kahwin cukup baik beria – ria pik4t kita. Dah sah jadi isteri sesuka hati je layan anak orang, sampai dalam tempoh 5 tahun perkahwinan tu aku bertukar personaliti jadi pendiam, tak banyak cakap.

Hubungan dengan keluarga putvs terus, tak dibenarkan ahli keluarga datang rumah pun, raya memang balik hari je itu pun dapat 2 kali raya jer. Itu jelaa kenangan yang ada untuk aku kenangkan. Orang yang tak de kat tempat aku bolehlah tohmah apa yang diorang suka.

Kenapa kau tak buat macam ni, kenapa kau tak buat macam tu. Cerita kita lain.. tu je nak cakap. Balik kepada cerita tadi, ada w4rga emas yang singgah solat kat surau. Makciknya tanya aku, kenapa anak ni nampak dalam masalah???

Makcik yang baik hati approach aku, aku nangis cerita masalah aku. Dia bantu aku, berikan aku tempat berteduh, makan. Anak aku dia tolong asuh, sementara aku keluar bekerja. Alhamdulillah dalam susah aku Allah hadirkan insan yang baik hati bantu aku sebab masa tu aku dah berputvs harap dengan nama manusia.

Aku call keluarga minta bantuan, mak aku sendiri tohmah aku kata anak tak sedar diri. Sebab hubungan kami terputvs masa tempoh perkahwinan. Aku dikongkong teruk oleh suami yang sepatutnya melindungi aku. Sama dengan ahli keluarga yang lain.

Dah la nak call susah nak cari public phone. Muka tembok minta pinjam hp orang. Orang pun teragak – agak nak bantu. Bekas suami aku ni jenis cemburu buta, kalau dia keluar bekerja dia kunci grill rumah, kunci dia bawa. Takut aku lari dari rumah.

Sebab aku pernah minta tolong jiran, dia spin cerita kata aku ada depr3ssion mer0yan anak kecik. Kalau terbakar rumah memang rentung aku anak beranak. Aku pun pernah je nak lari dari rumah tapi dia dapat kutip aku.

Teruk aku kena. Social media semua dia delete account. Lepas dah teruk aku kena, dia minta maaf, benda ni makan tahun lama – lama aku takut betul dengan dia. Orang kalau tengok perwatakan dia memang tak sangka dia psik0 macam tu sebab aku pun tak sangka dia macam tu.

Kenduri kend4ra memang dia tak bawa pergi. Saud4ra mara dia pun aku tak kenal. Dia sendiri je pergi, sebab dia cakap takde keperluan aku ikut sama. Hidup aku hanya di rumah aje. Setahun sekali dia bawa balik kampung dia beraya.

Bila fikir balik, kenapa b0doh sangat aku?? Kenapa aku biar je diri aku dis4kiti??? Sebabkan lama aku hadap d0mestic vi0Ience ni, aku tr4uma teruk. Aku memang refer psiki4tri dan ada ubat depr3ssion. Aku baru je ada kad 0ku, kurang upaya mentaI. Severe Anx1ety Dis0rder.

Alhamdulillah aku dah ada kerja tetap, dengan gaji diploma yang aku ada. Setahun lepas aku dah mampu menyewa bilik sendiri tanpa susahkan makcik yang bantu aku yang aku dah anggap macam ahli keluarga sendiri.

Walaupun tak mudah untuk aku bangkit semula tanpa sokongan ahli keluarga sendiri, alhamdulillah ada keluarga angkat anak beranak makcik tu pun sangat baik hati bantu aku. Allah jer mampu baIas jasa baik mereka sekeluarga.

Walaupun Allah beri aku ujian yang besar, aku berada pada tahap yang paling bawah dan h1na aku rasakan dan aku bangkit semula dengan kurniaanNya. Apa yang aku belajar susah macam mana keadaan diri kita jangan putvs asa untuk berdoa.

Dalam setiap kepayahan, kesusahan pasti ada manisnya. Masa aku did3ra fizikaI dan mentaI tiap – tiap hari aku doa tak kira masa. Aku tak menyesal dengan apa yang terjadi. Aku redha. Aku tak berharap pun masa diputar kembali sebab benda tu must4hil.

Walaupun lepas habis belajar kahwin dengan usia yang muda, kurang ilmu pengetahuan pengalaman pahit betul mendewasakan. Dijandakan masa umur bawa 30 tahun dengan cara yang paling h1na lagi. Masa ditimpa musibah aku kenal siapa kawan, siapa Iawan.

Memang adat kehidupan manusia yang tiada apa – apa akan dih1na, dipandang sepi. Maka dengan bismillah aku ubah diri aku jadi lebih baik. Aku tak lupa pada keluarga, mak ayah aku. Aku kirimkan duit belanja. Kat keluarga angkat pun aku bagi sumbangan.

Dari aku bekerja sebagai pembantu kedai gaji RM800 sebulan sampai sekarang gaji dah RM2500 sebulan. Sedihnya orang luar lagi hargai kita, anak – anak makcik yang bantu aku ni rajin carikan kerja kosong sampaikan rezeki aku dapat kerja tetap.

Diorang minta aku tuntut hak anak kat bekas suami tapi aku tak nak. Sebab aku kenal dia macam mana, elok hidup aman damai kang porak peranda. Aku hanya minta hak jagaan anak je kat high court mahkamah syariah. Nak mudahkan urusan sekolah anak.

Insha allah dapat lesen nak beli moto sebijik. Senang nak pergi kerja, takde lagi nak naik public transport. Terima kasih Allah, terima kasih jasa orang baik. Maaf ayat berterabur. Terlalu perit untuk dikenangkan kembali. Minta tolong yang nama superstar cinema ke, kawan – kawan seangkatan dengannya takyah komen. Kang aku murung empat belas hari. Terima kasih. – Kartini (Bukan nama sebenar)

Komen w4rganet :

Maya Mohd : Kartini, menangis saya baca cerita ni. Perit hidupmu dik. Semoga hidupmu sentiasa ceria, aman bahagia. Ya Allah, janganlah beri isteri kepada jantan – jantan sy4itan yang bertopengkan manusia! Mereka tak layak menjadi laki kepada sesiapa pun!

Rosjusuziana Jumaat Ali : Paling tidak dah boleh kenal mana Iawan mana kawan. Dah berjaya keluar dari persekitaran dan orang – orang yang t0xic. Kawan – kawan tu sama macam komen – komen dekat socmed ni je sebenarnya.

Baca boleh, nak ikut nasihat pun boleh tapi jangan mengharap akan benar – benar membantu. Jangan letak harapan pada makhluk kerana makhluk mudah buat kita kecewa. Berg4ntunglah pada Allah, sebab hati manusia ni pun Allah yang pegang.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.