Suami ceraikan aku, keluarga mertua datang h1na aku. Bila aku dapat duit cabutan bertuah 50k, mertua datang buat baik, suami giIa talak

Rezeki lepas cerai, aku dapat cabutan bertuah 50k. Bekas suami datang, keluarga mertua pun buat baik. Dulu mereka h1na aku busuk, pengotor. Paling terk3jut, kekasih bekas suami datang, suruh aku kahwin balik dan nak jadi madu aku..

#Foto sekadar hiasan. Aku kenalkan nama aku Yaya (bukan nama sebenar). Aku nak cerita pasal kehidupan aku mengadap bekas suami dan keluarga mertua t0xic. Cerita panjang tapi aku ringkaskan. Aku kenal suami aku tahun 2017 di muka buku.

Mulanya aku tak layan tapi entah la aku boleh baIas chat dia dekat muka buku. Lama kelamaan dia bawak aku jumpa keluarga dia, mula – mula memang aku dilayan baik, serba serbi baik, pijak semut pon tak m4ti la. Mula – mula berkenalan aku dah tahu dia ni kaki curang, ramai perempuan yang support dia dari segi duit tapi dia selalu menyakinkan aku satu hari dia akan berubah, aku percaya masih bagi peluang, mana tak sayangkan.

Dari dia keja basic 1600 sampai dia kerja basic 3500 (kerja as driver je). Genap 4 tahun berkawan ibu dia suruh kami bertunang, yela ke sana sini mesti ada je aku dalam gambar keluarga dia. Nak dijadikan cerita time tu kita semua kena PKP, so terp4ksa tunda tunang.

Bulan 10, 2020 aku terus akad nikah kecik – kecik saja. Tak dinafikan aku happy sangat – sangat dalam ramai – ramai wanita yang dia kenal aku yang dia sahkan. Tapi ku sangkakan panas sampai ke petang rupanya hujan di tengahari.

Tahun 2021 ada seorang perempuan dm aku dekat ig, bagi tau aku “sis suami awak ada perempuan lain” aku sebenarnya dah boleh agak sebab naluri seorang isteri sangat kuat, tapi tak apa aku nak tengok sejauh mana. Hari demi hari dia mula berubah, jarang sentuh aku, balik kerja lambat, selalu cuti s4kit, ye laaa nak dating punya pasal dengan awek dia.

Aku hanya jalankan kehidupan aku macam biasa, seperti orang lain kerja duduk rumah, tak banyak kawan. Walaupon aku tahu dia dengan perempuan tersebut, aku diam je.. kalau aku tanya kang aku kena m4ki kena tengking, nak mengaku memang susah la.

Pernah aku bertanya dia siap jawab buat apa nak susah – susah dengan wanita lain sedangkan aku dah susah senang dengan dia. Kalau berg4duh dia akan diam last dia tidur, aku terpinga – pinga nakkan jawapan, last – last aku pon tidur.

Aku ringkaskan cerita la yee kalau aku cerita memang panjang, masuk tahun 2022 dia banyak giIa berubah, aku pulak tukar kerja sana sini. Sampai la satu hari dia whatsapp aku dia kata dia dah tak ada hati dengan aku dah, perasaan dia kosong, aku mengigil mennangis, aku tanya apa salah aku, dia kata tak ada salah apa – apa.

Pernah dia ugvt nak lafaz cerai dalam whatsapp, aku kata nanti kita pergi mahkamah settle betul – betul. Bulan 8, 2022 aku masuk kerja baru alhamdulillah aku dapat kerja yang dekat dengan rumah. Tengah – tengah aku siapkan report aku dapat whatsapp dia lafaz, aku ceraikan kau dengan talak 1.

Aku kata kenapa satu kenapa tak 3 terus. Aku bagi kau masa 3 hari untuk kau selesaikan semua dekat mahkamah kalau tak aku viral semua gambar – gambar kau. Yaaa dia settle semua dalam 1 hari. Satu hari keluarga dia datang jumpa kami dan nak tahu apa punya sebab kami jadi macam ni, dan dia memang salahkan aku 100%, ayat bapak mentua aku satu saja, lelaki boleh kahwin 4.

Aku senyum, mak mertua aku siap kata, “ibu tengok Yaya asyik main fon saja, masak pon main fon, rumah tak ada perubahan, asyik pakai baju yang sama je” dia tak tau ke anak dia tak pernah bagi aku duit nafkah. Pakaian dalam aku pon aku beli sendiri.

Aku hanya diam sajaaa. Aku sayang perkahwinan aku. Bulan 10, tempat aku kerja buat dinner besar – besaran, aku pergi sebab dah habis eddah, Allah maha kaya aku menang lucky draw bernilai RM50 ribu. Alhamdulillah orang pertama yang tahu mak aku sebab dia ada time susah senang aku.

Selepas pihak sebeIah sana tahu aku dapat semua tuu mula la berbaik – baik dengan aku. Aku cakap satu saja ehh kenapa nak berbaik, aku kan pengotor, tak pandai urus diri, busuk, bukan keluarga makcik kutip saya kee. Lepas aku kata macam tu mula la pelbagai cerita keluar pasal aku, aku tak kenang budi la, aku tak hargai keluarga diorang la, macam – macam.

Yang lebih meny4kitkan aku sampai saat ini aku difitnah, aku kena cerai sebab aku tak mau mengandung, sumpah demi nama Allah aku tak akan maafkan keluarga diorang. Bekas laki aku apa lagi atur segala str4tegi la nak pik4t aku semua, bagi bunga, bagi makanan, call ajak keluar macam dulu, nak pulihkan hubungan kami. Aku tolak sekeras – kerasnya.

Satu hari gf dia datang jumpa aku, bagitau semua kebenaran dia pernah gugur anak ex aku. Aku gelak je dia merayu siap sujud kaki aku suruh nikah balik then dia nak jadi madu aku. Kau dah sondol rumah tangga orang lepas tu kau dengan tak malunya dapat jumpa aku, mana urat malu kau.

(pasal perempuan ni apa je yang dia tak pernah mengata pasal aku, habis 1 tempat kerja dia tahu aku cerai, siap cakap aku manduI). Akhirnya terbongkar semua itu plan mereka berdua nak jatuhkan aku. Senang cerita diorang berdua tak nak tengok aku bahagia happy.

Nak – nak aku baru dapat lucky draw lagi la dia nak semua duit tu. Ex aku bukan 1 perempuan saja, ada saja perempuan whatsapp aku, dm aku mintak hutang yang berpuluh – puluh ribu, janji nak kahwin, dah bagi duit terus hilang.

Akhirnya aku nekad tukar no, pindah kerja. Alhamdulillah aku happy sekarang dengan kehidupan aku walaupon aku tahu diorang berdua masih nak st4lk kehidupan aku, aku dengan siapa, keluar pergi mana. Media sosiaI aku dah stop, aku dah delete semua. Satu pesanan aku, kalau kita dah tahu pasangan kita curang dari awal perkenalan, fikir baik – baik. – Yaya (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Sherry Na : Alhamdulillah good for you. Now jalani jelah hidup dengan tenang dan bahagia. Manusia ni tak kisah la situasi hidup dia macam mana pun. Single, married, ada family, takde kawan, miskin – semua boleh rasa bahagia kalau Allah jadi peneman kita dalam setiap langkah semasa di dunia. Congrats & all the best

Siti Abdullah : Nasihat yang last setuju. Kalau dari awal lagi nampak red flag tu semua cancel semua perancangan nak tunang apatah lagi kahwin. Janji – janji tu semua janji kosong. Angkat kaki awal – awal. Walaupun awak terlajak kahwin jugak still awak beruntung sebab mudah terlepas dari jantan macam tu. Dapat pulak rezeki melalui lucky draw. Syukurlah Allah masih selamatkan dan permudahkan urusan awak. Btw good luck!

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.