Suami cubit aku di hospitaI sebab aku tak boleh beranak normal, bukan cubit semut tau, cubit sekuat hati dia

Sebelum kahwin memang dia baik sangat sebab tu aku setuju bila dia ajak kahwin. 3 bulan lepas kahwin aku dah kena tumbvk bertubi – tubi kat muka, masa tu belum lagi buat majlis beIah laki. Dia c3kik aku sebab cek HP dia..

#Foto sekadar hiasan. Hi semua. Aku Bunga, berumur akhir 30-an. Aku merupakan seorang surirumah tangga sepenuh masa, tiada pendapatan dan tiada perniagaan online. Hanya menanti kwsp.

Aku sudah berkahwin hampir 5 tahun, sepanjang 5 tahun, Alhamdulillah semua cukup, makan dan pakai. Suami rajin bekerja 24/7. Oh lupa, aku ada anak lelaki seorang. Berbalik pada tajuk, suami suka menc4rut, dia suka menc4rut kat aku, kalau dia marah mesti siaI b4bi anj1ng ceIaka perempuan tak kenang budi,

Kadang – kadang hal kecil pun boleh menyebabkan dia menc4rut. Yang peliknya dengan aku saja, orang lain tak. serius. Kalau dia berkumpul dengan adik adik abang dan kakak. kalau dorang gurau kasar mqcqm mana sekali pun, paling jahat b4bi saja yang aku dengar, sambil gelak.

Tapi kalau aku, sikit saja aku merajuk, Contoh: “dah lah, tak ade selera la, abang habiskan lah makanan ni” Berdesup, “eh b4bi siaI la kau ni”. Sedih, sedih sangat.Dia sebelum aku kahwin dengan dia, kami cuma kawan biasa, karakter dia sangat – sangat la baik, pijak semut tak m4ti.

Sampai aku pun setuju bila dia ajak kahwin walaupun kami cuma kawan saja sebelum tu. Aku nak kahwin dengan dia sebab aku rasa dia dengan mak ayah dia sangat la baik tapi lepas saja aku kahwin semua lain.

Sangat lain. Awal aku kahwin, 3 bulan pertama, aku dah kena tumbvk bertaIu – taIu di muka, tu belum majlis beIah lelaki lagi tau. Sebab jarak majlis lelaki dengan perempuan kita buat 3 bulan kemudian.

Lepas tu dia pernah c3kik aku sebab aku tengok hp dia, memang tak ada perempuan lain tapi dia rasa aku tak percaya dia sebab aku check hp dia, dan dia sangat – sangat marah dan pukuI dan c3kik aku.

Masa aku pregnant dia pernah cubit aku di hospitaI sebab aku tak boleh beranak normal, bukan cubit semut tau, cubit sekuat hati dia, cubit sorok sebab depan kami ada orang, sampai aku menjerit s4kit baru dia lepas.

Masa tu dia tak follow aku masuk bilik pakar O&G, aku masuk sorang – sorang, dia duduk luar, doktor jelaskan dia tak nak dengar. Masa aku masuk bilik doktor, doktor dah cuba pusing kedudukan baby, tapi s4kit, sebab kedudukan uri depan kepala baby, kalau p4ksa boleh jadi bIeeding.

Itu yang doktor terangkan, jadi aku follow saja dengan saranan doktor untuk pilih tarikh bersalin minggu ke-38. Dia, suami aku kata aku mengada – ngada tak nak bersalin normal.

Sekarang episod pukuI dah hampir tiada sebab aku dah ugvt kalau sekali lagi dia pukuI, aku akan report polis dan emailkan semua bukti aku kena pukuI kat ofis tempat kerja dia supaya dia malu sebab kawan – kawan ofis dia 3 – 4 orang kawan – kawan sekolah kami.

Bila tiada episod pukuI, episod c4rutan masih ada. Terkadang aku sedih betul la, macam tak berguna bila dipanggil, “perempuan siaI, baik kau m4ti cepat, eh b4bi, bla bla bla.”

Bukan aku kata aku ni betul sangat, cuma dia akan marah benda yang tak logik, macam aku bergurau main m4ti lampu, Ye lah kan kerja 24/7 kadang saja – saja nak bergurau, m4ti hidup balik dalam sesaat macam tu lampu tu m4ti, dia punya m4kian meIampau – Iampau ye.

Selepas tu aku dah malas nak bergurau. Tapi dengan orang lain pijak semut pun tak m4ti. Siap gelak – gelak lagi, gurau la kasar macam mana pun. Dengan orang pengecut, dengan isteri sendiri terlepas semua set4n – set4n dalam diri.

Bukan aku tak nak bercerai, dia ugvt akan ambil anak aku dari aku kalau bercerai, lagipun dia tahu keluarga aku macam mana, berantakan, anak yatim lagi tak berduit. Dia rasa dia ada kuasa, duit dan mampu, aku pula surirumah saja yang poket kosong keluarga porak peranda. Kalau nak kecam boleh tapi sikit – sikit saja la ye, sebab dah la aku ni asyik kena m4ki dengan suami.

Aku menulis untuk keluarkan rasa yang aku pend4m sendiri. Nak share dengan siapa pun aku tak tahu kadang aku menangis saja sebab itu saja yang aku boleh buat, cuma hari ni aku nak luah versi tulisan. Sekian… – BUNGA MEKAR DI TASIK MADU (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Izzul Aiman : PanggiIan buruk kepada isteri, adalah salah satu pend3raan mentaI. Jangan dibiasakan diri untuk dim4ki dan dik3ji dengan panggiIan buruk. Kita semua ada maru4h diri. Allah swt juga meIarang h4mbaNya yang mengucapkan ucapan yang buruk kepada orang lain.

Flora Bermas : Bertahan demi anak adalah ayat yang tidak relevant sekarang ini, jika kita sentiasa menjadi m4ngsa d3ra mentaI dan juga fizikaI. Sudah masanya puan hargai, kasihani, horm4ti diri sendiri, kerena puan milik mutlak Allah swt, bukannya milik suami puan.

Cari dan kumpul semua kekuatan untuk move on dan mulakan hidup baru dengan persikitaran yang lebih positive. Semoga Allah permudahkan segala urusan Puan.

An Nida : Dia rasa awak lemah sebab tadah je apa yg dia buat. Dia rasa awak tak akan ke mana sebab dia tau awak tak kerja dan tak ade sesiapa. Pusing – pusing pun dia yakin awak tetap jadi h4mba d3ra fizikaI dan mentaI dari dia.

Dia tak hormat dan jaga perasaan awak langsung sebagai isteri dan manusia. Wake up girl! Awak perlu buat sesuatu. Anak baru sorang kan, please hurry up! SeIamatkan diri awak dan juga untuk anak awak.

Irama Ibrahim : Cari kerja dulu. Jangan tambah anak lagi. Makan pil perancang tu. Kemudian, sila buat aduan di pejabat agama untuk kaunseIing. Kalau dia pergi, Alhamdulillah tapi selalunya lelaki ni eg0 dia??

Jadi anggap sahaja dia takkan pergi kaunseIing. Jangan takut dengan ugvtan dia lagi. Awak siapkan semua bukti report pulis report doktor tu. Cari sed4ra atau kawan yang boleh dipercayai.

Kalau dia boleh buat giIa, awak buat – buat giIa berkali ganda dari dia! Bagitau kawan opis tu suruh pantau. Jangan dok baik sangat sampai dia pij4k – pij4k kepala awak! Lepas tu, kalau nak tuntut fasakh ke, silakan.

Cuma fasakh ni ambil masa le sikit. Boleh makan bertahun. Bukti kena ada. Mungkin pasang lawyer jugak – biro guaman ada. Jangan risau! Sekarang ni, sila kuatkan mentaI dan fizikaI awak dulu. Jangan biarkan awak dibuIi. Awak sebagai isteri ada hak – hak awak. Sila study ya.

Radhwa Wawa : Kesiannya kat awak dik, kalau jumpa akak nak peIuk awak kuat – kuat. Ada jenis spesis yang zaIim memang macam tu. Dia bila rasa ada kuasa, duit, dan paling kurang title suami pun dah rasa hebat sangat.

Rasa kuat boleh pij4k – pij4k orang, boleh buIi orang sesuka hati. Dalam family akak pun macam tu, Mentang adik tak ada kerjaya apa – apa, jadi suka hati je nak pij4k – pij4k orang. Ok, sekarang ni cuba adik bertenang, fikir dengan waras, fikir apa akan jadi 5 – 10 tahun akan datang.

Adik sanggup ke hidup macam tu, berbaloi ke adik hidup selalu sedih, takut, tak berduit macam tu? Nak ke anak adik membesar dengar dan tengok maknya kena buIi dengan ayahnya sendiri macam tu.

Anak akan hilang hormat kat awak dik. Esok – esok anak awak pulak yang m4ki awak macam tu. Dah lah dik, hidup kena berani hijrah untuk dapatkan bahagia awak sendiri dik. Tak berd0sa pun bercerai daripada hidup dengan t0xic suami macam tu.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih!

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?