Kawan aku, yang aku anggap macam adik sendiri. Aku keluar dari rumah sehelai sepinggang. Lagipun tu kan rumah dia. Dia halau aku masa tu jugak, lepas ceraikan aku dengan taIak 3.
#Foto sekadar hiasan. Kadang – kadang masa kita susah, akan ada orang bantu. Tapi orang tu kita tak kenal pun sapa. Nama dia pun kita tak tahu. Sama jugak macam aku. Tahun 2015. Tahun paling menc4bar dan banyak dugaan dalam hidup aku.
Pelbagai masalah aku bertubi – tubi datang. Suami curang dengan kawan baik aku. Dalam bilik tidur kami aku tangkap mereka. Kecewa jangan cakap la. Dah la mak aku baru meninggaI masa tu. Satu – satunya hubungan yang aku ada hanyalah suami.
Aku dah takde saud4ra lain selain diam selepas mak meninggaI. Tapi tak sangka dia pun khi4nat pada aku. Dan kawan aku, yang aku anggap macam adik sendiri tergamak nak h4ncurkan rumah tangga aku. Suami cerai taIak 3 masa tu jugak.
Mungkin tak tahu nak bertindak macam mana kot bila kantoi. Cerai ja jalan dia nampak. Alasan dia aku tak boleh bagi anak. Dia kata aku manduI. Aku str3ss. Str3ss giIa – giIa. Aku memang ada masalah dalam rahim. Tapi doktor cakap masih ada peluang kalau ikut rawatan.
Tuduhan demi tuduhan dia aku tak mampu nak baIas apa – apa dah. Aku sayangkan dia. Kenapa dia buat macam ni. Kalau nak kahwin boleh ja cakap baik – baik. Aku izinkan ja. Tapi dia kata dia dah lama benci aku. Dah lama nak ceraikan aku. Tunggu masa yang sesuai ja. Dia kata akhirnya dia dah ada peluang.
Aku meraung macam nak m4mpus. Kawan aku diam ja. Takde mintak ampun ke apa ke. Langsung tak cakap apa – apa. Aku keluar dari rumah sehelai sepinggang. Lagipun tu kan rumah dia. Dia halau aku masa tu jugak.
Aku jalan kaki tanpa hala tujuan. Aku persoalkan macam – macam. Aku fikir apa aku nak buat lepas ni. Hidup aku selama ni hanya berg4ntung pada orang ja. Berg4ntung pada dia. Kerja pun takde. Aku terkenang mak aku. Kalau la dia masih ada. Tapi aku dah takde apa – apa kekuatan.
Aku nak pergi mana sekarang.. Nak tido mana. Duit 1 sen tak de. Ya Allah, masa tu aku cuma nampak m4ti ja jalan yang ada. Iman aku yang nipis tu fikir macam mana nak m4ti. Aku kat seberang jalan masa tu. Aku nampak jalan raya yang sibuk.
Aku nekad nak lari dalam jalan yang sibuk tu. Sebab aku nampak lori treler laju – laju. Baru menapak, ada tangan tarik aku. Kuat sangat tarikan dia sampai aku tersembam kat d4da dia. Aku takut tiba – tiba. Menggigil aku. Aku menangis dalam peIukan dia. Meraung – raung.
Dia tanya akak ok ke.. Suara seorang budak perempuan. Aku tak mampu nak jawab apa – apa. Dia bawak aku duduk dekat bus stop. Masa tu aku rasa dia dalam 20 lebih ja umur. Muda lagi. Aku ingat lagi dia pakai jeans dengan jaket merah.
Dia bagi air suruh minum. Dia cakap saya nampak akak dari tadi dok menangis. Saya dah rasa lain macam dah.. Mujur saya follow akak slow – slow. Aku hanya diam. Masih menangis . Dia tanya akak nak pi mana mai saya hantar. Aku geleng kepala.
Aku cakap aku takde tempat nak tuju. Aku kata aku takde sesiapa. Aku takde duit satu sen pun. Aku kata m4ti lebih baik untuk aku. Dia pujuk aku. Dia cakap jangan cakap macam tu. M4ti tak akan selesaikan apa – apa pun. Biar kita susah kat dunia kurangnya ada ganjaran untuk kita di akhir4t, dari susah di akhir4t yang tak ganjaran apa – apa.
Biarpun kita takde sesiapa, takde apa – apa, tapi kita sentiasa ada Allah. Manusia selalu akan hampakan kita, tapi Allah sentiasa akan bantu kita. Aku sentiasa ingat ye kata – kata dia. Masa tu tak tahu la kenapa, rasa ringan sikit hati aku. Aku masih menangis. Tapi takde la meraung – raung.
Dia tanya akak dah makan. Aku geleng kepala. Aku takde fikir nak makan apa semua. Dia kata jom ikut saya kak. Entah la, aku hanya ikut ja dia. Dia naik motor ja. Motor honda biasa. Dia bawak aku pi 7e. Aku rasa dia pun jenis orang susah. Tapi kaya akhlak.
Dia beli roti untuk aku suruh makan. Walaupun aku tak rasa nak makan pun. Dia cakap simpan la. Nanti lapar makan. Lepas tu dia bawak aku ada la dalam 1 jam lebih aku rasa. Dengan aku tak pakai helmetnya. Sebab dia ja yang pakai.
Lepas tu sampai dekat satu tempat taman perumahan. Dia bawak ke satu rumah. Aku fikir rumah dia kot. Rupanya pondok budak – budak tahfiz tu. Dia ajak aku masuk.. Pastu dia pergi jumpa sapa entah la. Datang la satu orang ni, kami panggil Umi.
Dia cakap kat aku, akak tinggal la kat sini.. Sampai bila pun tak pe. Makan minum semua orang sediakan. Tak payah fikir apa dah. Tak payah bayar apa – apa. Ni bilik akak. Akak boleh tido sini. Tapi katil double dec dua. Ada orang lain jugak dalam bilik tu.
Budak tu cakap, akak saya nak balik dah. Saya dah lambat nak pergi kerja. Dia seluk – seluk dalam poket dia. Dia keluar 43 ringgit. Dia cakap simpan la duit ni kalau perlu apa – apa. Entah la, hati aku masa tu kosong ja. Tapi aku ambik jugak duit tu.
Pastu last dia cakap macam ni, akak kenal Rajinikanth tak. Aku geleng kepala. Masa tu aku mana layan cerita – cerita tamil. Sekarang ni aku kenal la dia. Adik tu kata, tuhan selalu uji orang yang baik, tapi tak akan hampakannya. Tuhan selalu beri pada orang yang jahat tapi tetap akan menghukvmnya.
Ni dialog rajini dalam cerita tamil dia kata. Dia kata saya minat dia. Banyak dialog dia saya tau. Akak orang baik, tuhan uji. Tapi tuhan tak akan hampakan akak.. Akak jaga diri tau. Jangan fikir benda buruk – buruk. Aku angguk ja.
Percaya tak, terima kasih pun aku tak cakap. Jauh sekali nak tanya nama dia. Dia pun dah blah.. Tak pernah dah jumpa dia. Tu last aku jumpa dia. Aku duduk rumah tu. Orang – orang kat situ sangat baik. Aku belajar agama, belajar mengaji.
Kat sana pun ada orang – orang dari kerajaan. Bantu dari segi kemahiran kaunseling semua. Lama jugak aku nak pulih dari ingatan – ingatan tu. Dekat setahun jugak. Tapi aku ada ramai kawan kat sana. Ada banyak kerja nak buat. Jadi tak sempat nak sedih – sedih jugak.
Hidup aku dah banyak berubah.. Aku jadi orang yang sangat positive. Bukan lembik – lembik macam dulu. Bila aku dah kuat, aku mula cari kerja dengan duit 43 ringgit tu aku guna nak print resume fotostat dan lain – lain urusan.
Betul kata dia, tuhan akan bantu. Aku dapat kerja kat satu pejabat ni. Perlahan – lahan aku cari rumah sewa dan upgrade diri aku. Oh ya, sebelum tu, aku balik semula ke rumah bekas suami.. Aku nak ambik sijil – sijil aku, ic aku. Aku perIukan sijil semua nak daftar cerai.
Percaya tak bekas suami merayu – rayu pulak kat aku. Katanya kawan aku tak nak kahwin dengan dia. Dia ajak aku rujuk balik. Katanya dia masih sayang aku. Dasar jantan tak guna. Hari tu kata dah benci, ni tiba – tiba bila dah takde betina nak lepaskan nafsu, tiba – tiba sayang pulak.
Aku kata giIa ke awak ni. Awak lupa ke awak dah cerai saya taIak 3. Mana boleh rujuk balik. Kalau masih boleh rujuk pun aku taknak dah dengan dia. Masa tu aku langsung takde rasa sayang ke apa kat dia macam awal – awal dulu. Dia ada nak peIuk, nak sentuh aku. Nak mintak maaf.
Aku kata aku dah takde kaitan dengan dia. Aku kata jangan nak sentuh aku kalau tak aku report polis. Dia nampak terk3jut giIa. Dia kata kenapa aku dah berubah. Ye, memang aku berubah. Aku belajar tak nak jadi lembik lagi. Aku ucap terima kasih kat dia sebab jadikan aku sangat kuat sekarang.
Dia tak boleh terima cara aku kot. Lepas tu mer0yan tak tentu hala. Macam – macam pulak tuduh aku bila aku tak kendur dengan dia. Macam orang giIa la cara dia.. Kata aku ada jantan lain la apa la. Aku malas nak ingat balik semua tu.
Lepas ambik barang keperluan aku, aku pun dah lapor pejabat agama untuk ambik sijil cerai. Lepas settle kat makamah. Aku dah tak pernah tahu dah pasal dia ke, pasal kawan aku tu ke. Aku dah berjaya sekarang ni. Aku dah ada keluarga sendiri.
Alhamdulillah aku ada anak walaupun sorang ja. Kehidupan aku sekarang lebih bahagia. Suami baru aku sangatlah baik walaupun muda aku 2 tahun. Hari ni aku ada duit yang banyak, ada rumah ada kereta ada semuanya..
Tapi tetap 43 ringgit yang budak tu bagi paling bernilai buat aku. Puas aku cari dia masa dah ok tu. Aku tak pernah jumpa dia dah. Aku tanya Umi, Umi kata dia pun baru hari tu jumpa budak tu. Tak tahu la dia tahu dari mana rumah ni. Kiranya sapa pun dalam rumah tu tak kenal dia.
Tapi sampai sekarang, aku masih berdoa aku dapat jumpa dia. Muka dia jelas kat hati aku. Cuma tak de rezeki nak jumpa dia dah. Kalau aku pergi kat tempat public, aku suka perhati orang. Aku sentiasa cari dia.. Aku selalu doa moga aku jumpa budak tu.
Aku sentiasa doa dia panjang umur, sihat selalu. Dua kali dah aku pergi umrah, selalu doa nak jumpa dia. Tapi doa – doa lain Allah makbul, tapi yang satu ni masih belum dimakbul. Suami selalu usik, entah – entah budak tu malaik4t kot sebab tu aku tak jumpa dia dah. Entah la. Dia manusia atau malaik4t. Allah ja yang tahu.
Tapi aku selalu berharap dapat jumpa dia. Aku nak baIas budi dan jasa dia. Setiap masa aku ada masalah sikit pun, aku akan ingat nasihat dia. Melalui kata – kata dia aku belajar meletakkan Allah tu paling utama antara semuanya.
Adik, terima kasih banyak – banyak selamatkan akak dari d0sa besar (bvnvh diri). Terima kasih atas segala jasa baik adik. Tak ternilai dengan emas pertama atas kebaikan adik. Moga Allah baIas syurga paling tinggi buat adik. – dd (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Yusofa Yusof : Menangis baca sebab pernah berada di tempat yang sama. Tiada siapa sudi bantu, hampir bvnvh diri juga. Tiba – tiba Allah hantarkan seseorang macamni juga sebab tu rasa connected sangat dengan kisah ni. Menitik air mata.. semoga Allah pertemukan puan DD dengan adik rm43. Mungkin benar juga adik rm43 adalah malaik4t yang Allah hantarkan untuk puan.
Haura Al-Humaira Najhan : Terlalu bagus confession ni, tak berfokus pada masalahnya tapi menunjukkan kekuasaan Allah yang memberikan kehidupan baru walau seteruk mana ujian dilaluinya.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.