Suami curang sampai kena buang kerja. Bila dia dtg balik saya berd3ndam nak baIas balik

Suami dapat gaji langsung tak keluar satu sen pun sebab semuanya mertua yang tanggung kami. Tapi semua duit dia habis, rupanya habis dekat perempuan simpanan. Dia kata perempuan tu cantik, lawa, lembut bandingkan dengan saya, nak tengok saya pun tak selera. Saya fikir nak baIas d3ndam..

#Foto sekadar hiasan. Salam. Minta admin hidekan profile saya. Kisah saya macam ni. Saya dah kahwin lebih 6 tahun, kami kahwin muda sebab saya yang nak sangat berkeluarga walaupun suami saya tak nak buat majlis bersanding.

Hanya buat majlis kecil, hantaran pun dia hutang sampai sekarang tak berbayar tapi sayang punya pasal, saya ikutkan je. Baru tahun pertama kahwin, saya dah kena hadap ujian yang datang. Suami kerja bagus dengan gaji dalam 3k sebulan, hutang pun takde dan kami duduk rumah mertua.

Jadi memang duit dia tak keluar satu sen pun. Mungkin la kami boleh mewah sikit tapi hakik4tnya, hanya suami je hidup mewah. Saya surirumah tapi suami tak pernah bagi nafkah, kalau nak apa – apa saya mintak dekat ibu bapa saya je, saya tak kisah.

Dia hidup macam orang bujang. Saya yang b0doh ni ikut je apa yang suami buat, sampai la saya dapat tahu suami ada kekasih lain, curang di belakang saya. Saya rasa macam terpukuI, sebenarnya dah banyak kali dia kant0i tapi dia tak pernah mengaku pun. Nak minta maaf jauh sekali.

Rupanya selama ni, dia tak bagi saya duit nafkah tapi dia habiskan untuk kekasih dia. Dengan gaji 3K tu nak bayar kereta pun tak mampu, nasib mertua yang tolong bayarkan. Dah la selalu m4ki marah saya, cakap saya macam – macam. Dah tu jenis ringan tangan plak.

Begitulah kitaran hidup saya selama 2 tahun, nafkah zahir tak dihulur, batin pun hilang. Dia pernah je tak sentuh saya sampai 3 bulan, saya nak minta pun malu. Akhirnya saya tertanya, kenapa dia tak sentuh saya, dia jawab yang dia tak selera nak tengok saya pun.

Dia bagithu keinginan dia yang pelik – pelik, saya dah takut sebab takut suami ada masalah mentaI tapi saya buat tak peduli je dengan selera dia tu. Selama 2 tahun perkara ni jadi, kami memang tak dikurniakan dengan zuriat, dia hidup bermewah dengan perempuan lain, hati saya pun dah tawar dekat dia, air mata pun tak keluar.

Saya tak nak ambil tahu pasal dia langsung. Sampailah saya mengandung dan bersalin saya duduk rumah mak ayah saya sendiri. Dia pun dah tak ambil tahu pasal kami. Lepas dapat anak, dia kena buang kerja atas masalah disiplin, saya memang tak ambil tahu.

Saya duduk dengan mak ayah, mereka yang tanggung kami anak beranak. Bermula dari hari tu, dia mula berubah. Hari – hari dia datang rumah mak ayah saya, nak tengok anak. Dia buat macam – macam kerja dari berniaga tepi jalan, tolak troli, bawa grab, bawa lori.

Saya tengok jadi kesian, saya terima dia balik. Perlahan – lahan hidup kami berubah, jatuh bangun saya dengan dia. Alhamdulillah, suami dapat kerja yang bagus, dia seronok sangat, rezeki anak katanya. Sekarang dah tukar kerja yang lebih baik, dengan rupa yang ada, kerja gaji bagus, dapat beli rumah, kereta baru tambah lagi dengan rezeki anak yang baru. Per4ngai dia berubah sangat.

Dulu saya yang gosok baju kerja dia, basuh baju, kemas rumah semua, sekarang ni dia dah tak bagi saya gosok baju dia dah. Baju kotor pun dia yang basuh, sidai, saya hanya akan lipat je. Kalau rumah bersepah, dia sendiri nanti akan kemas bila balik kerja.

Semua dalam rumah tu dia yang control dan selesaikan. Saya hanya jaga anak masa dia pergi kerja dan masak. Balik kerja, dia akan ambil alih jaga anak. Dia dah tak mengarah itu ini, buat saya macam orang gaji. Naik tangan pun takde, m4ki hamun, panas baran semua dah berkubvr bertahun yang lalu.

Takde dah main perempuan, curang belakang saya. Cuma, saya yang selalu m4ki dia sekarang. Apa lagi yang kurang dengan suami saya? Sebenarnya saya yang berd3ndam di atas apa yang pernah dia buat dekat saya 6 tahun yang lepas.

Saya berd3ndam sampai sekarang. Saya nak baIas apa yang dia dah buat pada saya. Ye, saya masih hidup dengan dia, dia pun utamakan saya dan anak – anak, dia yang penat kerja cari duit, saya yang dapat hasil tu. Tapi saya masih rasa tak puas hati, saya asyik nak baIas perbuatan dia tu.

Biar dia pula rasa macam mana dicurangi. Tapi selama 3 tahun ni dia da jadi terlalu baik sebagai seorang suami dan ayah. Inilah masalah saya sekarang, saya hidup dalam d3ndam, d3ndam yang tak pernah padam. Saya nak baIas balik tapi saya tak sampai hati dengan kebaikan yang dia tunjuk sekarang.

Selama ni pun saya dah tak ambik berat hal rumahtangga pun dia tak marah, saya je masih d3ndam. Sebab dulu dia pernah h1na saya. Bandingkan dengan gf dia yang lawa baik lembut tu sebab tu dia curang. Biar la orang nak cakap hati saya hitam ke ape, memang saya d3ndam dan tak boleh lupa.

Dulu dia jahat sangat sampai saya tak boleh lupa. Sekarang apa perlu saya buat? BaIas balik perbuatan dia yang dulu walaupun sekali dan berpuas hati atau belajar terima dan lupakan d3ndam saya. Tapi macam mana?

Komen Warganet :

Cheq Hana : Ok la tu sis suami dah berubah. Perkara lepas jangan di simpan. Kenangan pahit memang susah nak lupa tapi maafkan jer la. Sis, suami sis berubah dah tak pukuI  pukuI sis. Kisah sis sama dengan saya cuma ada perbezaan sikit ja.

Suami sis berubah sampai sis tak kena buat apa dan tak pukuI  pukuI sis tapi saya lain. Bab perempuan memang dah berubah bab lain susah nak berubah sebab suami saya panas baran. Kita kena kuat dan banyak bersabar. Bersyukurlah suami sis berubah sampai macam tu. Sis kira dah beruntung dapat suami macam suami sis sekarang bukan macam yang dulu.

Aziera Zieta : Jangan buang masa puan mengingati benda – benda yang lepas. Allah dah gantikan dia dengan sikap yang baik. Jangan puan pulak nak buat per4ngai. Bersyukur dengan apa puan terima sekarang ni. Jaga baik  baik.

Dan buang semua sifat pend3ndam puan tu. Kerana sifat itu boleh membunvh kebahagiaan puan selama ini. Banyakkan beristighfar. Mudah – mudahan Allah meIindungi kebahagiaan rumahtangga puan hingga ke Jannah. Aamiin..

Maria Raihana : D3ndam takkan mengubah masa lampau tapi masa akan datang. Ingat perjalanan hidup masih panjang, dengan anak – anak yang masih kecil. Daripada duk fikir nak berdndam, isi masa dan minda dengan perkara ilmiah.

Ajar anak – anak ilmu agama. Baiki diri sendiri. Bersyukurla, suami dah berubah. Bahagia itu kita yang corakkan. Baik kita buat, baikla kita dapat.

Nurul Ain : D3ndam ni api dari sy4itan. So kalau masih sayangkan rumah tangga dan anak – anak cubalah maafkan suami. Memang s4kit hati tapi insyallah baIasan yang amat besar bagi mereka yang bersabar. Lagipun suami dah berubahkan. Buang yang keruh ambik yang jernih. Banyakkan berdoa dan mengadu pada Allah cuba kenang kebaikan dia sekarang.

Fatima Mantul : Ya allah.. Macam – macam perasaan saya baca luahan sis ni. Memang s4kit bila dicurangi apatah lagi diabaikan dan dih1na. Memang sangat – sangat s4kit tapi sis cubalah pujuk hati tu perlahan – lahan buang dendam dalam hati.

Banyakkan istighfar. Banyak doa supaya hilang d3ndam tu. Hargailah suami yang dah berubah sepenuhnya tu. Kalau sis d3ndam dan nak baIas perbuatan dia dulu, hasilnya nanti sis bukan puas hati tapi hanya akan menghasilkan kesal. Cepat – cepatlah buang d3ndam tu ya sis. Good luck. Semoga Allah permudahkan aamiin.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.