Aku faham mak tak larat nak kemas rumah sebab dia ada peny4kit 3 serangkai. Suami dan anak – anak aku nak mandi pun geli, tandas dah macam tandas awam. Mak bela kucing. Kucing tu kencing merata – rata. Dekat singki, dapur dan pernah juga ber4k atas katil. Harum semerbak satu rumah..
#Foto sekadar hiasan. Hai semua. Terima kasih sebab sudi baca luahan hati aku ni. Sebenarnya dah tak tahan sangat dah sebab benda ni dah lama sangat berlarutan. Aku ada tiga orang adik perempuan yang tinggal sekali dengan mak.
Mak aku ni tak berapa sihat sangat, ada peny4kit tiga serangkai, jadi aku fahamlah kalau rumah dekat kampung tu tak terjaga, kotor mak tak larat nak cuci, kemas atau nak bersihkan apa – apa. Tapi aku geram kenapa adik aku yang tiga orang tu boleh tengok je keadaan rumah yang kotor dan menggelikan tanpa buat apa – apa pun.
Disebabkan itulah aku jarang balik kampung. Sebab aku kesian dekat anak – anak dan suami aku. Mereka nak mandi pun geli! Semua tandas berlumut dan berdaki. Setiap toilet dah macam tandas awam, siap dengan sawang.
Itu belum lagi dengan bau haruman najiis dan air k3ncing kucing satu rumah. Lupa nak cakap, mak aku bela kucing. Kadang – kadang kucing tu k3ncing merata – rata. Dekat singki, dekat dapur, dan pernah juga ber4k atas katil.
Korang bayangkanlah nak tidur dengan bau haruman macam tu satu rumah. Pening kepala aku. Mungkin diorang dah bersihkan tapi tak pasti tahap bersihkan macamana sebab bau tu tak hilang pun. Suami aku pula jenis pembersih tahap ocd.
Kesian tengok dia walaupun sebelum ini dia tak pernah cakap atau komplen apa – apa mungkin sebab nak jaga hati aku dan keluarga aku. Tapi boleh bayangkan dia menahan geli – geleman sebab aku sendiri pun tak lalu!
Anak – anak pun macam tu sebab dah terbiasa dengan bersih. Kalau masuk dapur atau pijak lantai semua berjingkit – jingkit kaki. Akhirnya kali ni suami dan anak – anak aku bersuara. Mereka kata kenapa rumah nenek kotor sangat dan setiap masa mereka terp4ksa basuh kaki sebab setiap kali pijak lantai, tapak kaki jadi hitam legam.
Mesti ada yang tertanya – tanya, habis tu kenapa aku tak tolong. Masalahnya sebelum – sebelum ni setiap kali balik kampung, sampai saja rumah mak, tudung pun tak buka lagi aku akan terus vakum, bersihkan satu rumah.
Sambil tu aku membuang habuk dan cuci tandas. Bayangkan pada masa yang sama aku terp4ksa mop lantai satu rumah. Aku akan basuh semula semua pinggan mangkuk dan berus kawasan sinki yang dah berlumut dan hitam penuh dengan daki.
Lepas tu aku akan munt4h dalam toilet sorang – sorang. Tapi aku tetap gigih buat semua tu. Sebab aku kesian mak aku dan aku kesian famili aku yang sukakan kebersihan. Lepas tu aku akan ajak suami aku pergi kedai berdekatan untuk beli peralatan mencuci dan segala jenis kitchen towel, berus, pinggan mangkuk baru untuk ganti yang dah kotor dan hitam tu.
Aku juga beli floor mat baru untuk letak di pelbagai tempat dalam rumah untuk keselesaan semua orang nak pijak kaki terutamanya di bahagian dekat dapur dan singki. Tapi maIangnya bila aku balik ke kampung semula semua tu dah tak ada atau dah jadi kain buruk dan tak ada rupa, sebijik macam belacan.
Tempat pinggan jangan cakaplah, bukan setakat kotor tapi berhabuk penuh dengan bulu kucing dan daki – daki yang aku tak tahu datang dari mana. Allahuakbar… Pening kepala aku macam ni. Sedih pun ya juga dengan mentaIiti dan per4ngai mereka.
Sedangkan adik – adik aku tu bukannya budak kecik lagi, umur masing – masing dah 25 hingga 29 tahun. Semuanya anak d4ra yang dah besar panjang. Kenapa diorang tergamak biarkan rumah kotor sampai macam tu sekali.
Sedangkan dalam islam kita dituntut untuk menjaga kebersihan. Kebersihan itukan imej Islam. Kenapa susah sangat nak rajin kan diri sedangkan untuk buat benda tu bukan lama pun. Kita hanya kena jadikan benda tu rutin barulah kita akan sentiasa ingat yang rumah wajib untuk dibersihkan setiap hari, bukan sekadar tunggu mood datang saja.
Aku betul – betul dah putuus asa dah pasal ni.. memang aku dah tak boleh nak harap dah yang diorang akan berubah dan rumah tu akan bersih. Aku sedih sebab aku balik nak jumpa keluarga, mak aku tapi bila jadi macam ni kita jadi tak selesa. Aku kena fikir suami dan anak – anak aku juga. Itu je confession aku.. Sorry lah kalau terlampau remeh bagi sesetengah orang. – Bukan OCD (Bukan nama sebenar)
Komen warganet :
Hidayah Aieyu : Memang str3ss dengan orang pemalas ni, nak lagi family sendiri dah tua bangka plak tu. Ini sebab dah biasa dibiarkan dari kecik tak buat kerja rumah sampai besar jadi pemalas. Tapi nasib la awak balik sekali sekala, kalau duduk sekali ngadap benda ni hari – hari memang lagi str3ss hidup.
Orang macam ni memang tak boleh buat ape lagi dah sebab dah sebati dalam jiwa sikap malas tu. Bawa je la mak tu duk dengan awak, senang hati sikit dari terp4ksa mengadap orang yang boleh buat s4kit jiwa tu.
Emma Malinda : Bela kucing tak salah pun tapi kena rajin. Sikap adik – adik tu yang tak betul. Kesian ke mak jugak. Aku pun terima anak aku suka sangat kucing siap bela 4 ekor kucing dalam rumah walaupun kami hanya tinggal dalam rumah flat.
Tapi aku sangatlah cerewet dan ajar anak 9 tahun (lelaki tunggal) cuci serba serbi pasal kucing dia sendiri. Aku hanya tolong masa dia pergi sekolah. Aku dah siap – siap cakap dengan dia, “ibu tak lahirkan seorang anak raja. Jadi apa sahaja berkaitan diri sendiri kena buat.”
Tambahan pulak aku ni seorang pes4kit jantung. Memang aku tak biar anak aku tak ada tanggungjawab walaupun dia baru 9 tahun. Alhamdulillah anak patuh arahan aku walaupun kadang – kadang terlepas jugak kemalasan dia tu.
Aku banyak ingatkan pasal kotor ni semua mengundang sy4itan. Islam itu bersih. Bilik tempat solat semua kena bersih. Semoga anak aku ingat dan boleh ikut sampai dia tua. Tak boleh aku bayangkan nanti bakal menantu aku pulak tulis dalam media sosiaI hidup tekanan sebab suami pengotor dan pemalas.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.