Suami doktor byk skandal dgn nurse. Aku bangkit dlm diam, segala insuran hibah aku tukar nama kepada ibubapa aku

Dia curang dengan seorang staff nurse department sekali dengannya. Kali ini perempuan yang lain pula. Murahnya dirimu wahai perempuan. Must4hil orang tidak tahu dia dah berkahwin dan ada dua orang anak. Kerana kawan – kawan sekerja kami semuanya tahu siapa dia dan siapa aku. Aku dan dia adalah doktor.

#Foto sekadar hiasan. Hi. Pertama sekali, maaf kalau jalan cerita aku macam berterabur, aku tidak pandai mengarang. Perkenalkan diri, aku berusia hampir 30 tahun, bekerja sebagai seorang doktor perubatan, berkahwin dan dikurniakan 2 orang anak.

Aku cuma rasa ingin meluahkan perasaan yang sudah bertahun aku pendam tanpa menceritakan kepada sesiapapun. Ini kisah hidup aku. Aku sudah berkahwin hampir 6 tahun dan mengenali suami selama 11 tahun. Diawal percintaan dan perkahwinan, semua baik – baik sahaja, kerana cinta itu terlalu bahagia.

Kadang – kadang berg4duh kerana masih belum matang dan berkahwin dalam usia yang muda, tapi kemudian berbaik semula. Suami bekerja dalam bidang yang sama. Juga seorang doktor, memiliki rupa paras yang baik, disenangi orang ramai, sangat mesra.

Apa sahaja yang aku minta, pasti akan dituruti. Tidak berkira dari segi kewangan, tidak pernah culas dalam memberi nafkah. Tapi kurangnya hanyalah satu… kaki perempuan. Aku diuji dengan kehadiran orang ketiga sejak bercinta lagi.

‘Red flag’ sudah ada, kerap kali terjumpa message dengan perempuan lain, sekadar ingin berkenalan dan cuba bermesra. Pernah sekali aku meIetup dan terus men4mpar dia, dan si dia merayu – rayu untuk aku maafkan.

Penipuan demi penipuan, pujukan rayu yang membuat aku tewas dan akhirnya memaafkan. Segalanya indah selepas kami berkahwin. Namun diuji lagi setelah aku melahirkan anak pertama. Baru sahaja anak aku berusia 2 bulan, aku terjumpa gambar senarai harga hotel.

Suami aku survey hotel sedangkan aku di rumah menjaga anak. Si dia cuba melanggan ‘tukang urut’. Bila terkant0i, terus sahaja berbohong dan memberi seribu alasan yang tak masuk akal. Hampir sahaja aku mer0yan masa itu tapi masih juga tewas dengan penipuan dia.

Kemuncaknya, bila perkahwinan sudah mencecah 5 tahun, aku diuji dengan kehadiran orang ketiga. Allah maha besar, hati aku benar – benar h4ncur, h4ncur seh4ncurnya. Bukan setakat curang, sudah sampai ke tahap check in hotel bersama.

Perempuan itu juga adalah staff di hospitaI yang sama, suami aku membohonginya mengatakan sudah bercerai. Terus sahaja aku hubungi perempuan itu. Dia menangis semahunya, kerana sudah ditipu malah menyerahkan badannya untuk suami.

Tapi menafikan sekerasnya sampai ketahap berz1na, tapi hampir saja berz1na. Aku tidak mahu percaya, kerana apa beza berz1na ataupun tidak, kedua – duanya sangat mengh4ncurkan hati aku. Hampir giIa aku dibuatnya.

Menangis semahunya, sampai tahap aku meIukakan diri aku sendiri. Aku sudah tidak mampu berfikir dengan w4ras, aku kira iman aku masa itu senipis kulit bawang. Aku terlalu kecewa. Apa salah aku sampai diperlakukan sebegitu rupa? Apa kurangnya aku?

Aku dikenali sebagai doktor cantik di kalangan staff, tidak seperti perempuan beranak dua. Bukan mahu membangga diri, tapi untuk membuktikan mana kurangnya aku sampai tahap suami mahu mencari yang lain? Layanan terhadap suami tidak pernah kurang walaupun aku sangat busy dengan kerja.

Selepas peristiwa itu, suami hari – hari memujuk aku. Berjanji dan bersump4h untuk berubah kerana dia takut kehilangan aku dan anak – anak. Setiap hari aku dih4ntui bayangan kecurangan suami aku, setiap hari aku menangis.

Hati aku tidak pernah tenang. Di dalam sujudku, aku berdoa semoga Allah tunjukkan aku jalan, tunjukkan aku kebenaran. Tapi doaku untuk rumahtanggaku, sudah tidak mampu aku ucapkan lagi. Sudah terputvs doa aku buatnya.

Kami bercerai secara tidak langsung tapi rujuk semula dalam masa yang terdekat. Hati aku tidak lagi buatnya tapi aku kasihankan anak – anak yang masih kecil. Aku kasihankan kedua ibubapa aku dan ibunya, apa d0sa mereka untuk menanggung malu jika kami bercerai.

Hubungan kami sudah tidak seperti dahulu lagi. Terasa ada jurang di antara kami. Aku sudah tidak mempercayai suami aku. Kerana apa sahaja yang keluar dari mulutnya, kebanyakannya bohong belaka. Penipuan sudah terbiasa untuknya.

Suami aku tidak solat, sangat jarang aku melihat dia solat. Solat 5 waktu pun harus disuruh, apatah lagi solat Jumaat. Dahulu aku sangat menjaga solatnya, k3jutkan dia, ingatkan dia untuk solat. Kerana aku tahu kalau tiang agama tiada, semuanya akan h4ncur.

Tapi selepas peristiwa itu, aku sudah tak kisah lagi. Bukan tanggungjawab aku untuk menyuruhnya, seharusnya dia yang membimbing aku bukan aku. Anak – anak juga dia abaikan. Sekadar memberi nafkah, belikan makan minum.

Tapi perhatian jarang sekali. Aku kasihankan anak – anak, sudahlah masa kami kebanyakannya di hospitaI, bila balik kerja juga tidak dapat perhatian. Tidak sampai setahun sejak kami bercerai dan rujuk kembali, aku diuji lagi untuk sekian kalinya.

Tahun ini aku beraya di kampung aku bersama anak – anak. Dia berkali – kali memberi alasan tidak dapat cuti, dan aku faham. Tapi balik dari kampung, mungkin Allah mahu tunjuk pada aku kebenaran yang sebenar, terkant0i screensh0t booking cinema untuk dua orang.

Kali ni aku meng4muk sepenuh hati, aku m4ki dia sepuasnya. Dia mengaku ada plan mahu tengok wayang dengan perempuan itu tapi tak jadi. Aku terus saja call perempuan tu untuk bertanya dan dia juga tidak mengaku.

Perempuan itu siap tunjuk bukti yang masa itu dia juga pulang beraya di kampung. Hubungan sem4kin dingin. Suami banyak mengelakkan diri dari aku, phone dia juga dia sorokkan. Tiba – tiba sahaja mahu start pergi gym setelah bertahun tak pergi.

Alasannya dia tengah depr3ss. Berkali aku berdepan dengan dia untuk bercakap tentang hala tuju hubungan ini tapi dia mengelak. Kadang – kadang meninggikan suaranya pada aku. Dia berubah menjadi seorang yang aku tak kenal.

From a husband to a complete stranger. Dia tidak mahu tidur dengan aku, seakan rimas dengan kehadiran aku. Sudah tidak bertanya ke mana aku pergi, sudah makan minumkah aku, s4kitkah aku. Dengan kuasa Allah, pagi itu membuktikan segalanya.

Aku terjumpa message dari seseorang, dia save dengan nama SN Salina (bukan nama sebenar). Message itu terpampar ‘morning B’. Aku tidak dapat membuka message itu kerana dia sudah tukar password. Hati aku h4ncur untuk sekian kalinya.

Terus aku k3jutkan dia dan bertanya apa semua ini. Dia bangun dan meng4muk, seakan apa yang terjadi ini semua salah aku. Salah aku kerana check phone dia, kerana curiga, kerana pertikai apa yang dia buat. Ya, kali ini membuktikan segalanya.

Dia curang dengan seorang staff nurse department sekali dengannya. Kali ini perempuan yang lain pula. Murahnya dirimu wahai perempuan. Sangat must4hil orang tidak tahu dia sudah berkahwin dan ada dua orang anak.

Kerana kawan – kawan sekerja kami semuanya tahu siapa dia dan siapa aku. Aku tahu kali ini aku sudah tidak mampu untuk bertahan lagi. Aku cari perempuan itu sampai dapat dan m4ki dia kerana meruntvhkan rumahtangga aku.

Kau sudah tahu itu suami orang tapi mana harga dirimu wahai perempuan? Hampir saja aku hilang pertimbangan dan mahu adukan sahaja perlakuan mereka kepada pihak atasan tapi aku masih bertahan kerana pikirkan keluarga, dan masa depan anak – anak aku.

Kini sudah tiga bulan aku tidak bercakap dengannya. Ada sesekali tapi hanya untuk bertanya khabar anak – anak. Aku sudah block nombor dia, aku tidak mahu tahu apa – apa tentangnya. Aku tahu tentang masalah disiplin dia di tempat kerja, selalu MC dan EL, tapi biarlah dia dengan hidup yang dia pilih.

Dia pilih untuk berf0ya – f0ya dengan perempuan dan tinggalkan keluarga. Sudah tiada maaf baginya untuk kali ini. I didn’t lose anything but he did. Dia hilang aku, hilang anak – anak, hubungan dia dengan ibunya juga renggang sejak aku balik membawa anak – anak.

PergiIah. Hati aku sudah tertutup untukmu. Aku mohon Allah tunjukkan kau jalan, semoga mata kau terbuka luas untuk melihat segala kesalahanmu selama ini. Aku doakan jika kau ada anak perempuan nanti, segala khilaf kau tidak terpalit padanya.

Doakan aku kuat. Doakan aku dan anak – anak bahagia, dipermudahkan segala urusan di dunia ini. Aku tidak tahu sampai bila aku harus menanggung rasa s4kit dikhi4nati oleh orang yang paling aku sayang, tapi aku percaya Allah ada dengan aku. Dan perancangan Allah lagi besar mengatasi segalanya. Aku redha.

Sambungan.. Thanks kepada semua untuk yang memberi nasihat and sokongan, memang sikit sebanyak menaikkan semangat aku. Tak kurang juga yang mengecam sebab geram aku masih bertahan. Ya aku faham sangat kenapa korang marah , haha.

Ending cerita aku macam terg4ntung. Waktu aku tulis luahan aku yang pertama tu, memakan masa seminggu juga untuk admin siarkan, waktu itu aku dah pun angkat kaki dari hubungan yang t0xic ini. Aku dah tak tinggal sebumbung dengan suami selama 3 bulan, dan aku juga dah failkan penceraian juga.

Hanya menunggu masa untuk lafaz cerai di mahkamah tak lama sahaja lagi. Bukan masih pert4hankan rumahtangga yang macam korang fikirkan tu ya, hehe. Kenapa lama sangat untuk aku keluar dari perkahwinan ni? Banyak sebab ya tuan puan.

Bukan senang nak mengakhiri sebuah perhubungan lagi – lagi perkahwinan yang dah mempunyai anak. Hanya yang melalui sahaja faham perasaaan tu. Lelaki itu, cukup aku gelarkan dengan Z sahaja. Dia seorang suami yang tersangatlah romantik, tak berkira langsung, pandai bermain kata, plus ada rupa, cukup ‘romeo’ lah kalau nak describe.

Dan dia juga memang pandai ‘psik0’ aku sampai aku percayakan dia dan meragui diri aku sendiri. Kenapa tak angkat kaki dari pertama kali tahu dia cuba melanggan ‘tukang urut’? Aku jawab ya. Masa tu aku tak cukup bukti, cuma ada gambar survey harga hotel. Itu sahaja.

Dia memang nafi sekerasnya, mengatakan tolong survey hotel untuk family member lelaki dia yang nak datang dari kampung. Ya, aku memang susah nak percaya. Tapi nak tuduh dia sekerasnya pun aku tiada bukti. Macam mana aku tahu tu ‘tukang urut’?

Panjang ceritanya, tak usahlah aku terangkan. Tapi aku tahu pun hanya selepas setahun kemudian ya. Dia cakap masa tu dia pun tak tahu kenapa dia terpikir nak buat macam tu, tapi dia cakap tak buat pun. Sekerasnya menafikan siap bersump4h atas nama Allah bagai.

Wallahualam lah, tu urusan dia dengan Allah kalau dia menipu. Aku tak boleh fitnah kalau aku takde bukti, hanya mampu berprasangka sahaja. Z jenis yang takkan mengaku kesalahan dia kalau aku takde bukti yang kukuh untuk tunjuk kat dia.

Dia memang akan twist habis – habisan, sampai jadi nampak salah aku pula. Buat sampai aku jadi paran0id samada aku ke dia yang salah sebenarnya. Sebab tu aku cakap dia memang pandai psik0 aku. Yang pasal scandal dia tu pun, kalau tak sebab kant0i aku siap tengok message Iucah dorang, gambar dan video bagai, sampai bila pun dia takkan mengaku.

Kalau aku nak tunjuk kesalahan dia, memang aku kena tunjuk bukti, baru lah dia tak boleh nak bagi alasan cakap dia tak buat. Sebab itu jugalah aku cari scandals dia. Sebab Z takkan mengaku. Kalau aku tunggu jawapan dia, sampai kesudah aku akan ditipu dan diperb0dohkan.

Sebab itu aku nak dengar dari mulut perempuan – perempuan itu sendiri. Orang yang curang ini, dorang sangat takut kalau mereka juga dicurangi ya. Haha. Sebab Z, selalu mencurigai aku. Ke mana aku pergi dia akan call berkali – kali.

Kalau aku busy attend patient sampai tak sempat nak angkat or reply message dia, dia akan call ward aku. Kadang – kadang sanggup datang hospitaI untuk check aku pergi kerja ke tidak. Kelakar pun ada. Messages aku, call log, google, email, semua dia akan check.

Kau yang curang, kau pulak yang gelabah ya. Tak faham betul. Habis tu kenapa tak terus bercerai sahaja waktu tu? Kenapa rujuk balik? Kalau ikutkan hati dan perasaan, memang aku betul – betul taknak teruskan dah hubungan waktu tu.

Dan penceraian yang lepas membabitkan kedua beIah keluarga. Alhamdulillah aku betul – betul ada family support saat aku ditahap paling terendah dalam hidup aku masa tu. Ibu mertua aku menangis dan merayu meminta aku untuk tidak tinggalkan anaknya.

Dia cakap anak dia akan ‘lost’ tanpa aku dan anak – anak. Ibu mertua memohon aku untuk bagi peluang kedua, untuk pikirkan anak – anak aku kalau membesar tanpa bapa. Ya, kasih seorang ibu, seteruk mana pun anak nya, dia akan tetap menyebeIahi anaknya sendiri.

Keluarga aku juga sama. Walaupun tidaklah seperti memaksa, tapi mereka meminta aku untuk berpikir panjang demi anak – anak. Kerana saat itu nampak suami aku seperti menyesal sungguh. Suami aku juga minta maaf pada kedua ibu bapa aku dan ibunya atas apa yang dia dah lakukan pada aku.

Dan kalau lah betul dia bertaubat, siapalah aku untuk menidakkan semua ini? Aku tinggal jauh dari keluarga aku. Jika aku meneruskan untuk bercerai waktu tu, aku harus keluar rumah dan cari rumah yang lain sebab aku tinggal bersama mertua.

Bukan soal kewangan yang aku khuatirkan, tapi siapa yang akan jaga anak – anak bila aku oncall 36 jam di hospitaI? Mana mungkin aku pilih untuk tinggalkan anak – anak aku di bawah penjagaan keluarga mertua sepenuhnya. Anak – anak sangat rapat dengan aku.

Tapi banyak hikmahnya dalam masa tak sampai setahun ini aku cuba bertahan. Sejak dari peristiwa curang itu, aku nampak macam hubungan kami tiada masa depan. Walaupun suami melayan aku dengan baik, tapi aku dah pun tawar hati.

Dengan rasa curiga dan hilang 100% kepercayaan aku terhadap dia, aku rasa rumahtangga ini tidak ke mana. Dalam diam – diam, aku ikhtiarkan untuk menukar tempat kerja ke negeri aku. Segala insurans aku, hibah aku, aku tukar nama dari penerima suami aku kepada ibu bapa aku.

Alhamdulillah, doa aku dan ibubapa aku makbul. Tak sampai setahun, aku diluluskan untuk ditukarkan ke hospitaI di negeri aku. Dalam keadaan rumah tangga yang goyah, dengan krisis rumah tangga episod curang yang kedua, Allah betul – betul nak selamatkan aku dari hubungan ini.

Di sebalik dugaan yang aku terima, Dia juga memberi aku jalan keluar. Aku balik ke negeri kelahiran aku membawa anak – anak. Aku tidak perlu risau lagi ke mana aku harus pergi. Aku ada keluarga aku di sini. Aku ada harta di sini, ada tanah sendiri untuk aku bina rumah kemudian hari.

Yang paling penting, aku tidak keseorangan mengharungi waktu getir ini. Sesungguhnya Allah itu Maha Penyayang. Ya, takkan m4ti hidup tanpa cinta manusia. Dalam tak sedar, aku dah pun melepaskan dia dari hati aku juga.

Kalau dulu aku hari – hari menangis, on the way pergi kerja pun menangis, masa tengok patient pun tiba – tiba berair mata ya. Pathetic sungguh aku waktu tu kalau diingatkan balik. Z seakan bermain tarik tali dengan aku sebelum aku betul – betul meneruskan niat untuk bercerai.

Dia selalu melarikan diri dari aku. Ya, aku minta cerai dari dia. Setiap kali aku buka mulut pasal hala tuju hubungan ini, dia akan keluar dari rumah atau letak phone. Dia cakap dia belum ready lagi, bagi dia masa. Aku dah bagi dia berbulan masa lamanya.

Dan cukuplah setakat itu. Aku dah nekad. Aku harap dia bagi kerjasama masa perbicaraan mahkamah nanti. Seteruk mana pun dia, sezaIim mana yang dia dah lakukan kepada aku, aku tidak akan sesekali menafikan 1000 kebaikan dia yang lain.

Mungkin jodoh kami tertulis setakat ini sahaja. Aku dah cuba yang terbaik aku mampu, dan kerana itulah aku berani untuk melepaskan semoga tidak akan ada penyesalan dikemudian hari. This duniya is not a resting place, it’s a testing place.

Percaya qada dan qadar Allah, dan tawakkal lah. Sebalik ujian ada rahmat Allah. Dan aku doa kalian semua diberkati Allah, dicekalkan hati kerana ujian kita semua tidak sama. Assalamualaikum wrt. – Dr Soulless (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Rosdidi Roses : Tawar hati dan ambil tindakan untuk meminta cerai bukan keputuvsan yang mudah, tapi apabila anda telah tekad melakukan itu adalah keputvsan terbaik. Salute to your good decision. Do the best for your own life and kids.

Bila terlepasnya ik4tan yang t0ksik anda akan berasa tenang dan akan temui bahagia, macam terlepas beban yang berat di bahu. Trust me, you can feel it, when you be alone. Upgrade yourself. Becomes more beautiful. Ujian tiap orang tak sama, tapi cara kita tangganinya tak sama. Patience still had limit,when feeling is gone. I hope you will find the best person one fine day. Allah always with us,just pray and doa doa doa.

Nu Ha : Bagus macam ni kami mahu dengar. Confess tu perlu untuk luah serabut. But kena berani take action macam ni la. Pilih untuk bahagiakan diri sendiri.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?