Suami ego, bagi dia semua wanita yang salah. Dia merendahkan wanita, wanita tak pandai bawa kereta, kuat emosi, cuai..

Selagi tak hidup sebumbung, tak tidur sebantal. Memang kita tak akan tahu per4ngai sebenar pasangan kita. Orang nampak suami baik macam malaik4t, cakap pun lemah lembut je. Dia tengking aku..

#Foto sekadar hiasan. Salam semua pembaca. Saat aku tengah menaip ni, aku tengah berg4duh dengan suami aku. Aku rasa, sejak aku kahwin dengan suami aku dalam 6 tahun ni. Aku start kena depr3ssion. Biar aku cerita kenapa.

Sebelum tu, aku nak ucapkan terima kasih pada admin awal – awal seandainya kisah aku ni disiarkan. Semoga aku dapat semangat dari komen – komen pembaca untuk meneruskan liku – liku hidup. Sedikit latar belakang, aku dengan suami ni dah kahwin lebih kurang 6 tahun.

Dia ni memang nampak islamik, budak sekolah agama, kerja profesional dan nampak baik luarannya. Mak ayah aku pun berkenan kat dia sebab latar belakang family dia lebih kurang family aku. Family aku juga berlatar belakang islamik professional.

Aku juga dari sekolah agama. Jadi, kami seakan sekufu dari segi latar belakang keluarga dan tahap pendidikan. Tapi benarlah orang kata. Selagi tak hidup sebumbung, tak tidur sebantal. Memang kita tak akan tahu per4ngai sebenar pasangan kita.

Aku takde masalah dengan family dia. Cuma aku ada masalah dengan suami aku. Yang orang nampak dia baik macam malaik4t, kerjaya hebat dan bercakap pun lemah lembut je. Tapi aku je tau per4ngai sebenar dia kat rumah dan bila dengan aku.

Sebelum kahwin dengan dia, aku ni kira budak pandai dan high achiever. Alhamdulillah aku juga bekerja dalam bidang professional. Tapi lepas berkahwin dan dikurniakan anak, suami suruh aku behenti kerja untuk jaga anak full time. Disebabkan nak kejar taat pada suami, aku turutkan.

Tak pernah dalam hidup aku, aku berangan nak jadi housewife. Mak ayah aku dedua kerja dan ada maid. Jadi, aku ingatkan jalan hidup aku pun akan macam tu bila dah besar dan berkahwin. Rupanya aku salah. Jadi, bermula lah episod aku menjadi surirumah tanpa rela.

Setelah beberapa tempoh waktu berkahwin, barulah aku nampak true colour dia. Suami aku selalu menggunakan kuasa veto dia. Aku tak boleh tinggikan suara langsung, tak boleh menjawab. Nanti dia tengking aku dengan suara halilintar dia.

Baginya, tiada siapa boleh tinggikan suara atau marah dia. Apatah lagi seorang perempuan. Egonya tinggi melangit. Disebabkan itu, setiap kali perg4duhan. Aku terp4ksa mendiamkan diri untuk elak perg4duhan menjadi lebih teruk dan sebab aku fikir berd0sa. Jadi, aku selalu mengalah.

Dia juga suka merendahkan wanita. Contohnya sekiranya ada kereta yang bawa perlahan di jalan raya, dia akan marah – marah dan melabelkan pemandu tersebut mesti perempuan walaupun belum mengetahui apa jantina pemandunya.

Baginya, perempuan per4ngai begitu begini. Yang buruk – buruk sahaja. Sedangkan aku berjumpa banyak juga pemandu lelaki yang memandu cuai atau perlahan. Pada aku, ini bukan isu jantina tetapi sikap individu. Tapi bagi suami aku, perempuan je salah.

Dia seolah – olah anti dengan perempuan. Apa – apa silap akan dikaitkan dengan perempuan. Perempuan tak reti memandu, perempuan emosi, perempuan itu, perempuan ini. Dia juga suka meng4muk jika sedang marah. Terutama ketika memandu. Dah beberapa kali insiden ini berlaku.

Jika dia naik angin ketika sedang memandu, dia akan bawak kereta laju – laju dan berbah4ya dengan sengaja. Sehingga kecut perut aku yang berada di seat penumpang. Hampir semua benda dia nak Ianggar termasuklah kereta, motor atau manusia sedang berjalan.

Aku hanya mampu mengucap dan berdoa dalam hati sebab dia memang tak makan nasihat waktu tu. Cakap la apa pun, dia tak akan dengar. Sampai aku rasa nak buka pintu dan terjun sahaja dari kereta kerana sikap tak sayang nyawa dia tu.

Aku pernah cuba beritahu sikap memandu membah4yakan nyawa kami itu kepada adik beradiknya dengan dengan harapan, mungkin boleh menasihati dia. Tapi maIangnya. Adik beradik suami ‘back up’ perbuatan suami dengan alasan ‘dia mengantuk kot waktu tu’.

Satu alasan yang tak logik pada aku sebab waktu dia tengah marah, mana mungkin dia mengantuk. Mungkin keluarga suami aku sendiri tak tahu sikap suami aku sendiri bagaimana ketika meng4muk. Diakan sentiasa nampak baik depan semua orang.

Hanya aku yang tahu dan menanggung sendirian rasa ini. Sudah beberapa kali insiden ini berlaku dan setiap kali itu, aku akan rasa takut dan kecut perut dengan sikap pemarah dia. Disebabkan aku selalu memendam rasa, perasaan itu rupanya makan diri aku kembali.

Hati aku terIuka. Belum pun sembuh parut Iukanya, dit0reh kembali berkali – kali. Normal seorang wanita akan merajuk jika terasa hati. Tapi suami aku akan tengking aku balik jika aku merajuk. Endingnya, aku terp4ksa pujuk hati aku sendiri.

Beberapa tahun selepas berkahwin, ibu dan ayah aku dijemput Illahi. Tahun yang berbeza. Aku bagai hilang diri aku sendiri bersama pemergian kedua ibu bapa aku. Sedih yang tak terungkap. Aku kini anak yatim piatu. Hanya ada suami dan anak di sisiku.

Tapi aku tidak dilayan selayaknya. Aku rasa keseorangan. Hanya anak sebagai penguat diriku. Sejak menjadi surirumah, aku juga m4kin kehilangan rakan – rakan. Yela, dulu ada macam – macam topik untuk sembang. Rakan – rakan akan hubungi aku untuk tanyakan maklumat atau info kerana aku sentiasa up-to-date dengan prosidur – prosidur semasa berkaitan pekerjaan aku.

Kini, mereka m4kin jarang menghubungi aku. Status FB, IG atau wassap aku juga tiada yang like atau komen. Mungkin bagi mereka, tiada isu untuk bersembang dengan seorang surirumah seperti aku. Aku m4kin terpinggir dari manusia dewasa lain.

Hidup aku menjadi m4kin sunyi. Hanya bertemankan dinding rumah dan kerja – kerja rumah yang tak pernah habis. Aku sayang anak aku. Memang aku rasa bertuah dapat menjaganya, melihat setiap perkembangannya. Tapi sebagai manusia dewasa, aku perIukan insan sekeliling yang dewasa juga untuk berbual dan meluah rasa.

Handphone aku m4kin sunyi. Dulu, ketika ibu bapa aku masih ada. Berbunyi la juga handphone aku dengan panggiIan atau wassap dari mereka. Kini, tidak lagi.. hanya suami aku sahaja yang aku harapkan menghubungi aku saban hari.

Yang pasti, dia pun jarang mengubungiku ketika waktu kerja. Sunyi.. aku sangat sunyi. Hanya bunyi alarm yang berfungsi di handphone aku. Kini, anak aku dah tadika. Waktu dia ke tadika, aku keseorangan di rumah. Aku jadi takut kerana sendirian di rumah kerana terlalu sunyi.

Aku selalu termenung dan berbaring ketika sorang – sorang. Berfikir macam – macam terutamanya masalah. Sehinggalah waktu untuk ambil anak aku dari tadika. Barula hidup aku sedikit bermakna. Bukan itu sahaja, suami aku juga jarang menunaikan nafkah batin. Sehinggakan aku rasa tersiksa.

Bila ditanya, dia akan tukar topik. Tidak menjawab persoalan. Mengelak. Itu juga sebab kenapa anak aku hanya seorang sehingga kini. Aku tak tahu kenapa aku bertahan. Mungkin sebab aku tiada siapa – siapa lagi di dunia ini kecuali keluarga kecil ini. Aku tak tahu ke mana hendak pergi.

Tiada ibu bapa lagi untuk aku berpaut dan berbakti. Adik beradika aku masing – masing mempunyai kehidupan dan keluarga mereka sendiri. Aku juga terlalu sayang pada anak aku. Semoga anak aku membesar menjadi anak yang soleh dan baik.

Walaupun aku ibu yang tak sempurna dan banyak kekurangan. Aku cuba jadi yang terbaik. Dan disebabkan faktor – faktor yang aku ceritakan. Aku mula rasa depr3ssed. Aku membuat bacaan di internet. Aku cuba ujian DASS di website. Dan aku dapati score depr3ssion aku agak severe.

Betul lah kajian menyatakan, surirumah lebih ramai yang kena depr3ssion. Dan aku sedar aku start develop depr3ssion ini sejak berkahwin. Dan orang terdekat dengan aku iaitu suami aku punca semua tekanan ini. Di samping aku kehilangan wali keramat iaitu ibu dan ayah aku. Aku juga hilang keceriaan dalam hidup aku.

Dulu, aku selalu tertanya. Apakah rasanya berkahwin? Pasti indah – indah seperti cerita dalam novel. Boleh bersentuhan dengan lelaki bergelar suami. Pasti akan ada rasa umpama renjatan elektrik mengalir saat kulit saling bersentuhan. Naifnya aku.

Sebab kehidupan realiti itu bukanlah seindah novel. Penuh onak duri mnguji setiap inci hati dan perasaan. Suami aku memang baik terhadap keluarganya. Baik terhadap ibu bapa dan rakan – rakan. Tapi bukan dengan aku. Tiada belaian dan kemesraan untuk aku.

Nafkah zahir dari segi wang sekadarnya. Itu aku bersyukur kerana aku tidak bekerja. Tapi tiada nafkah batin yang melengkapkan. Aku juga tak pasti apa pandangan dan anggapan dia terhadap aku. Aku cemburu melihat kemesraan pasangan suami isteri yang lain.

Suami yang melayan isterinya dengan kasih sayang dan cinta. Penuh kelembutan dan sanggup berkongsi apa sahaja, menghargai isteri di tahap sepatutnya. Tiada rahsia dan jujur. Tapi, itu semua bukan kisah aku. Suami aku boleh memeIuk ibu dan ayahnya.

Tapi dia tidak memeIuk aku saat berada di sisi. Dia sanggup berk0rban untuk keluarganya. Tapi bukan untuk keluarga kecil kami yang sepatutnya menjadi keutamaan dia. Maaf aku terp4ksa luahkan di medium ini rasa dan perasaan aku.

Doakan aku dapat keluar dari masalah ini dan akan sinar pelangi yang indah akhirnya. Aku buntu apa yang harus aku buat.. Andainya ibuku masih ada, pasti aku ada tempat boleh meluahkan segala rasa, meminta nasihat dan doa darinya. Namun, Allah lebih menyayangi mereka berdua.. – Lin (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Puteri Santubong: Saya merasa sangat kasihan dan simpati. Saya bukan yang mengalami, tetapi saya dapat merasakan keperitan yang awak tanggung. Bukan calang – calang beratnya. Seperti yang orang lain komen, cari kebahagiaan untuk diri sendiri dahulu. Rawat diri dulu.

Sistem sokongan terkuat awak adalah kedua ibu bapa. Yang kini sudah tiada. Sekarang masanya untuk awak bangkit kuat untuk diri sendiri dan anak. Jelas sekali suami awak sedang melakukan gaslighting dan pend3raan emosi terhadap awak.

Sikap seseorang yang membuatkan kita sentiasa merasa buruk tentang diri sendiri, seolah – olah kita tidak boleh menjadi diri sendiri. Apa yang dia lakukan sudah memud4ratkan awak. Seperti memandu laju tanpa berfikir, membah4yakan nyawa diri sendiri dan orang lain.

Jangan tunggu sampai ada yang terkorban nyawa baru nak bertindak. Ya, tidak semudah yang orang lain kata. Hanya yang mengalami memahami dilema ini, sama ada nak pergi atau sebaliknya. Tanpa awak sedar, awak sebenarnya sudah cukup kuat.

Awak hanya perIukan sedikit keberanian untuk mengambil langkah pertama. Lakukan secara sah. Dapatkan nasihat daripada pejabat agama. Mereka akan membimbing awak hingga ke akhir. Semoga Allah mempermudahkan urusan awak untuk mencari kedamaian dan kebahagiaan. Selamatkan anak awak daripada zaman kanak – kanak yang penuh pend3raan juga. Tidak pernah terlambat. Doa kami sentiasa bersama awak.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.