Suami excited bawa saya jumpa ‘bakal’ madu sebab saya tenang, sampai je saya terus bagi kata dua

Saya hantar anak – anak balik kampung sebelum bersemuka dengan suami. Mula – mula dia nafikan tapi lepas saya tunjuk bukti dia mengaku. Oleh sebab dia sayangkan dua – dua, dia cadang suruh kami bermadu. Dengan tenang saya cakap nak jumpa dulu dan suami nampak gembira…

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum para pembaca setia. Terima kasih admin sekiranya sudi post confession saya. Saya minta maaf sekiranya penulisan saya bercampur – campur bahasa. Sedikit perkenalan, saya El, bekerjaya professional, anak 4 orang dan berkahwin lebih 15 tahun.

Suami juga bekerjaya professional, total gaji kami berdua alhamdulillah lebih dari cukup dan mampu hidup selesa. Kehidupan saya sentiasa busy. Saya takde pembantu rumah, semua saya mampu lakukan sendiri efficiently.

Walaupun berkerja, saya mampu sediakan sarapan dan makan malam boleh dik4takan setiap hari. Kadang – kadang tu mampu siapkan bekal sekali untuk anak – anak dah suami. Rutin saya hujung minggu ke pasar, beli barang untuk 2 minggu, prep everything, kemaskan masuk dalam freezer dan tinggal nak masak.

Sambil – sambil tu saya cuci baju, kemas rumah. Tugasan iron baju alhamdulillah anak – anak dan suami boleh tolong settle kan. Rutin hantar anak – anak ke sekolah juga saya yang settle. Mana nak selesaikan tuisyen, mana nak selesaikan yuran, semua atas saya.

Husband selalu puji saya depan ibu bapa kami, bagitahu yang macam mana dia nak hidup kalau saya takde dan dia kagum sangat dengan cara saya buat semua benda sendiri. Sweet kan ayat tu. Tapi itu la, mungkin saya selalu ‘senangkan’ dia, dia ambil mudah dan ambil kesempatan.

Semuanya bermula masa pandemik bila anak – anak di rumah dan berPDPR dan saya dengan online class. Cuma husband yang masih perlu pergi berkerja. Saya melakukan rutin harian seperti biasa, cuma kadang – kadang tu, tak sempat sebab anak – anak sentiasa ada di rumah jadi proses memasak, mengemas dan menyimpan akan double.

Ada anak – anak menolong, tapi biasa la remaja ni. Dengan nak uruskan online class lagi. Jadi seharian saya akan sentiasa penat dan sedikit moody. Tapi saya masih menjaga bentuk badan, muka dan sentiasa berpakaian kemas dan wangi semasa di rumah.

Kalau dalam watak Desperate Housewives tu, mungkin saya macam Bree. Tapi takde la sampai spotless in everything, rambut on point dan sebagainya. Okay, berbalik kepada kisah saya, sang isteri ni kadang – kadang deria ke-6 tu sangat t4jam. Tak tau macam mana boleh ada, tapi saya dapat rasa husband saya m4kin menjauh bila dia:

1. Balik lambat. 2. Kerap outstation terutamanya hari weekend 3. Handphone macam kena gam kat tangan. Sebagai isteri, kalau suami anda berper4ngai macam tu, dah warning sign ni. Kena alert dan jangan husnuzon selalu. Well, pada mulanya saya pun cuba nak nafikan. Mungkin sebab dia busy, mungkin dia letih, mungkin dia perIukan masa, perIukan sedikit ruang.

Tapi bila makan pun dalam bilik office dan handphone letak password, memang sesuatu sangat. Bila saya minta handphone dia konon – konon nak add cart dalam shoppee, tetiba tak bagi. “Takpe, u guna dulu your account, nanti i bank in.” Gituuu.. Tak bebel pun saya nak shopping.

Malam akan letak phone bawah badan (saja share kat sini supaya para pembaca boleh kesan bila husband start curang). Okay, dipendekkan cerita, saya berdepan dengan husband lepas 5 bulan kumpul bukti (resit, bank transaction, riki – riki).

Sebelum tu, saya hantar anak – anak ke rumah Ma. Malam tu saya bercakap dengan suami, mula – mulanya dia nafikan tuduhan saya. M4ti – m4ti pert4hankan diri, cakap saya cemburu buta. Tapi bila tunjuk bukti, dia terdiam.

Saya tunjuk gambar dia keluar dengan perempuan tu berkepit – kepit tak halal. Muda uolz. Dan untuk pengetahuan pembaca, saya kenal perempuan tu. Saya kecewa dan s4kit sangat – sangat. Saya nangis macam orang giIa malam tu.

Saya tanya apa yang dia nak, dia cakap dia sayangkan perempuan tu dan saya, jadi dia bagi cadangan untuk bermadu. Saya cakap kat husband saya nak jumpa perempuan tu sekarang jugak. Mungkin masa tu husband saya ingat saya ni tenang, compose dan akan terima cadangan dia.

Dia macam excited pulak, dia bawa saya jumpa perempuan tak guna tu. Geram bila ingat – ingat tu. Yang si perempuan tu siap panggil saya akak dan bahasakan diri dia adik. Oh my! So saya terus bagi kata dua kat husband masa tu jugak.

Saya tak nak bermadu. Jangan p4ksa saya, kalau tak keadaan akan jadi lebih teruk. Suami memang kenala saya dan saya rasa suami saya faham. Sama ada pilih saya harini dan saya akan lupakan benda ni macam tak ada apa – apa yang berlaku dan saya tak akan ceritkan perkara ni kepada sesiapa atau dia boleh pilih untuk bersama dengan perempuan tu tapi dia kena bagi rumah, kereta dan anak – anak pada saya.

Perempuan tu dah drama – drama menangis cakap saya pentingkan diri, tak pandai jaga suami dan macam – macam lagi. Saya cakap dekat dia, saya peduli apa?! Memang saya m4ki dia depan – depan tu. Saya cakap kat dia, saya tak rugi apa – apa pun, kalau betul dia sayangkan awak, dia akan pilih awak. Kenapa, takut ke? Saja prov0ke dia.

Dalam g4duh – g4duh tu, ntah cemana husband saya lafaz taIak ke atas saya. Speechless. Terkedu. Saya tanya suami sekali lagi, betul ke apa yang saya dengar? Dia iyakan. Yes, I br0ke into pieces. Mulanya, anak – anak member0ntak dan sedih.

Mereka salahkan kami sebab pentingkan diri tapi sem4kin lama mereka m4kin boleh terima dan paham. Husband salahkan saya sebab eg0 tak nak berpoIigami. Our counselling session pun sama, salah saya sebab saya tak nak poIigami.

Saya tanya, saya ada kurang apa ke? Takde. Cuma dia sayang dua – dua tapi dia lepaskan saya sebab saya eg0. Panas betul masa tu. Terus benci. Our parents of course la terkedu. Mak saya pun salahkan saya sebab tak nak terima dan redha dengan konsep ‘berkongsi’ tapi ayah saya pert4hankan keputvsan saya.

Thank u Pa. I know it is hard for Ma to digest. MIL peIuk tak lepas, kami menangis semahunya, ‘Umi tak terima dia menantu Umi’. Thank u Umi for always be on my side. Tapi cepat atau lambat, Umi kena dan akan terima menantu baru Umi tu.

Proses perpisahan agak lambat sebab PKP tapi akhirnya semuanya selesai jugak. Alhamdulillah, saya dapat rumah, kereta dan paling penting, hak jagaan ke atas anak – anak. Jadi sekarang boleh kot saya bahasakan husband saya sebagai ex sekarang.

Ye, ex saya berkahwin dengan perempuan tu. Dan anak – anak pun ada luangkan masa jumpa dengan ayah diorang. Saya banyakkan self love, banyakkan aktiviti bercucuk tanam dan selalu pulang ke kampung menjenguk Ma.

Alhamdulillah Ma dah boleh terima. Ex saya tiba – tiba jadi giIa taIak. Saya memang tak ambil tahu hal – hal ex saya tapi adik dia berkali – kali katakan ex menyesal habis – habisan. Saya masih dengan pendirian saya, cukup la s4kit hati tu berbekas dan tak sembuh – sembuh. Jawapan saya tetap sama dan tak akan berubah. – El (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Nor Fauziah AR : Fuh.. puas baca.. Biarkan giIa.. Berkongsi ni ye betul boleh berkongsi. Ada orang semua boleh kongsi, ada orang tak boleh. Ingat senang ke nak berlapang d4da bagi kongsi – kongsi ni. Tengok tempat la..

Good job puan.. Love yourself first. Boleh maafkan dan berdamai dengan takdir, tapi biar masa yang menentukan.. Ex puan ni memang nak gaslighting puan letakkan semua salah atas puan, tapi puan ni Alhamdulillah kuat dari segala segi, mentaI dan fizikaI.

Nurisah Ahmad : Syabas Puan ! Kadang – kadang orang lelaki ni kita kena ‘ajar ‘ juga. Dia ingat taIak di tangan dia, dia boleh buat ikut suka. Tak pernah nak hargai peng0rbanan isteri. Yang dok fikir nak test market. Bila masih laku mungkin in their mind ” dunia ni ana yang punya “. Bila dah tersedar, baru nak kelupoq ! Padan muka !!

Aslina Majid : Aku suspect ex dia menyesal sebab bini baru tak se-efficient confessor kot? Hahahaa… Ye lah, h4ng dah terbiasa sampai lebih 15 tahun urusan rumah dipermudahkan, just hulur duit je, lain – lain semua bini manag

Tetiba dah kawen baru, nak kena setup baru pulak. Kena pulak time bercinta je la konon hat muda ni sangat memahami. Last – last dah masuk dalam hidup? Hahaha… Baru dia tau cemana nak manage semua, dengan expectation ex confessor lagi, anak – anak lagi… Padan muka la…

Alangkan cerai m4ti pun kalo kawen lain kadang – kadang tersasul compare satu sama lain, ni kan pulak cerai hidup camni. Yang mana yang terbaik tu masih lagi bernyawa.

Meiika Mdkalip : Alhamdulillah, dah kurang 1 tanggungjawap menyenangkan suami. Saya doakan wife ex puan subur, dapat anak setahun satu. Biar dia pula rasa perit jerih membesarkan anak sambil menjaga suami.
Buat ex, biar dia terkedu tengok puan cantik dan senang hati sebab anak – anak dah besar tapi dia ada anak kecik – kecik.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.