Dalam pantang, mak ayah aku dan adik – adik beria kata nak tolong jaga. Tapi rupanya dorang malas. Aku makan sekali sehari je. Bila anak aku menangis semua buat tak tahu. Masa anak tidur, adik – adik aku datang gomol baby sampai nangis..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum WBT. Aku first mum, anak aku berusia sebulan seminggu. Aku menulis di sini tentang journey aku dalam pantang. Cerita aku tak menarik, sekadar luahan di hati, tak ada niat aku nak burukkan, nak terasa hati dengan sesiapa, jauh sekali nak mengutuk keluarga yang susah payah membesarkan aku dari kecil.
Aku cuma meluah di sini untuk menjaga mental health aku dalam tempoh berpantang, supaya aku tak meIukakan diri atau anak aku yang dianugerahkan Allah S.W.T. Aku dan suami asalnya decide untuk bersalin dan berpantang di rumah kami.
Sebab aku dan suami jenis yang tenang – tenang saja. Aku housewife sejak mengandung. Waktu mengandung aku alah 7 bulan, munt4h berbelas kali sehari sampai keluar d4rah. Aku kadang – kadang tak mampu nak bersihkan rumah seperti kudrat sebelum aku mengandung tapi suami aku tak pernah mengeluh atau tarik muka.
Aku pernah termunt4h atas katil sewaktu suami aku baru balik kerja, tak sempat dia nak rehat dia bersihkan dulu katil dengan aku, balik kerja terus dia sambung kerja rumah, membasuh, mengemas, menyapu sebab aku dah masak, dan kudrat aku hanya takat mampu memasak untuk dia.
Jadi aku sangat tak kisah dan sangat berharap untuk berpantang di rumah sendiri kerana suami aku sangat boleh diharap. Namun idea kami ditent4ng oleh keluargak kerana ini merupakan cucu sulung lelaki dalam keluarga aku jadi mereka sangat excited dan berharap untuk nak jaga aku dalam pantang.
Aku sebolehnya tak nak menyusahkan mereka, tapi mereka berkeras dan hari – hari call pujuk aku bersalin sini, dan ini merupakan cucu sulung buat keluarga mertua. Jarak negeri aku ke negeri kedua orang tua kami dalam 5km, jadi tentulah menyusahkan mereka kalau nak datang melawat kami.
Selepas bincang dengan suami, aku setuju bersalin dan berpantang di rumah orang tua aku. Fast forward, aku selamat bersalin pada usia kandungan 8 bulan disebabkan air ketuban leaking dan gbs positive, walhal aku tak makan manis dan sangat jaga pemakanan, dan aku pun tak ada keputihan jadi memang unexpected, air ketuban pun dah leaking lebih 24 jam, induce 2 kali.
Jahitan episiotomy yang panjang disebabkan serviks aku tebal (mungkin badan tak ready lagi) dan kedudukan anak menyerong, jadi taknak ambil risiko kena gunting 3 kali (setiap kali nak gunting SN akan bagitau supaya aku tak terk3jut) aku tahan contraction 7 jam.
Last makan 13 jam sebelum tu dan aku munt4h 4 plastik dalam LR, jadi diorang taknak tambah beban aku lagi sebab tu setiap kali SN gunting dia akan maklum, aku tak boleh ambil ubat tahan s4kit atau pelali sebab effect jantung anak sekali .
Selepas 10 hari anak di NiCU (jangkitan kuman) dia boleh discharge, sepanjang dia di NiCU aku ulang alik dengan suami, dan dia ada masuk nicu untuk kali kedua kerana demam panas. Kami naik ambulan dari kk ke hospitaI, disebabkan banyak gerak jahitan aku terbuka.
Walaupun aku dah jalan kepit sehabis boleh, bila anak dah balik, baru aku tahu anak aku jenis high demand baby. Anak aku nak melekat dengan aku 24 jam, aku bukan fully bf dia (+ formula) tapi dia melekat dengan aku macam aku bf dia 24jam.
Anak aku jenis 24 jam menangis, pernah dia menangis jerit sampai biru muka, lepastu tetiba dia diam, muka dia jadi hitam, mulut dia jadi biru pucat, aku menangis jerit panggil nama dia mujur lepas beberapa saat kemudian dia bagi respond.
Lepas dari itu kalau dia menangis memang aku tak biar, aku pujuk dia. Dia taknak tidur bawah, buaian, dia hanya nak tidur di riba aku, sepanjang malam dia menangis sampai ke pagi, sepanjang malam itu jugakla aku berdiri dodoi dia (suami aku dah pulang, cuti dia 10 hari saja).
Bermula fasa aku jaga anak sorang aku, aku dah rujuk doctor, Doktor cakap anak aku memang jenis menangis macamtu nak mengempeng. Fasa high demand untuk baby 0 – 3 bulan saja, aku ok saja, janji anak tak s4kit, biarlah dia menangis nak mengempeng.
Aku masih bersyukur walaupun penat, sebab Allah tak uji anak aku dengan pelbagai peny4kit macam sesetengah insan terpilih. Tapi kadang kala aku, aku teruji, aku pernah jadi ibu yang jahat. Aku pernah t4mpar pipi anak aku kuat sebab dia tak berhenti menangis, merah pipi dia, lagi kuat dia menangis.
Ya aku rasa bersalah, aku menangis sekali, dengan Iuka jahitan yang terbuka kali kedua aku nak kena jaga. Dahla jahit pun panjang, aku banyak gerak jadi semua tempat jahitan bengkak semula. Dengan anak yang aku lagi memerIukan perhatian aku, aku sayang sangat anak aku.
Entah kenapa aku ni jahat sangat t4mpar dia. Aku takut sangat kalau Allah tarik balik anak aku sebab aku t4mpar anak aku, yang newborn, yang lemah, yang memerIukan aku kerana hanya aku dunianya. Family aku tak dak bantu aku macam diorang nyatakan awal – awal.
Mula – mula saja semua excited nak jaga, bila anak aku demand macam ni semua taknak. Parents aku cakap waktu kami kecil – kecil takda kita orang menangis melalak gini, tiba – tiba anak aku jenis macam ni. Aku tak kisah pun anak aku macam ni, aku cuma perlu orang support mental aku.
Bayang la aku tak tidur langsung malam teman dan jaga anak aku, tiba – tiba diorang bangun subuh (waktu anak aku mula nak lelap) diorang terus gomol kuat cubit pipi kuat – kuat sampai merah muka anak aku, menangis melalak la dia. Nak kena pujuk berjam – jam pulak.
Aku dah bagi amaran jangan kacau tapi masing – masing degil, aku pun penat nak rehat. Kes tu yang aku tert4mpar anak aku. Aku mengharap ibu aku masak makan berpantang seperti yang dijanjikan (duit upah jaga aku husband aku bagi dekat mak aku) tapi tula sehari dua lepastu tak ada.
Aku sempat bertungku 2 – 3 kali ja sewaktu suami aku ada lepastu sampai sekarang tak bertungku tak berstokin semua sebab tak ada sapa tolong buatkan. Aku bz jaga anak, urus diri kadang – kadang mengemas jugak. Suami aku bagi duit, bagi upah dan belanja family aku makan (grab food) sebab jagakan aku dan anak. Walhal suami aku tak tahu aku tertekan di sini.
Di rumah ni ramai adik beradik, kadang – kadang aku lapar aku masak sendiri, bayang la semalaman berjaga tak sempat makan, aku makan bila petang sebab pagi aku nak rest kejap. Bila nak makan lauk dah habis, bila aku masak, pastu anak aku meragam aku kena pergi tengok pulak.
Pastu nak makan apa aku dah masak pun habis. Bab ni pun mak ayah aku ada tegur jugak adik beradik aku sebab yela aku yang masak, tapi kadang – kadang diorang tak heran. Aku masak portion untuk aku tapi aku makan 2 – 3 mulut sebab yang lain diorang tumpang. Aku tak bagi pun diorang ambil juga.
Mak aku tak sempat masak kadang – kadang beli luar untuk aku tup – tup habis diorang makan even mak dah sembunyikan. Aku rindu suami aku, kan bagus kalau aku berpantang di rumah sendiri, suami aku sangat membantu, dan suami aku memang nak hire confinement lady around 21 hari kalau aku berpantang rumah sendiri.
Kalau dia kerja ada la orang tolong tengok aku dan anak, tolong jaga makan aku, tapi dah parents aku berkeras nak jaga so suami cakap dari bayar CL baik bagi duit kat parents dapat jugak duit. Mak ayah aku kategori umur muda lagi bukannya tua.
So banyak la aku pendam, mak ayah aku expect newborn aku mudah nak jaga macam diorang dulu. Turns out bila baby demand terus diorang taknak and cakap penat. Kadang – kadang aku panggil minta tolong (sebab nak pergi tandas / mandi / rehat kejap) diorang buat tak dengar walaupun dengar.
Bila anak aku tidur digomol kasar – kasar, anak aku jenis bambam dan jenis tahan lasak, kalau orang gomol ke apa dia tahan ja. Jadi lagi anak aku tak nangis lagi tu kena gomol. Dah buka mata anak menangis memang anak aku nak aku saja, dan sekarang aku ada kudrat nak masak untuk aku, tapi tak sempat nak makan dah habis.
Ataupun bila aku makan aku sempat jamah sikit sangat, sehari aku makan sekali atau dua, mana dengan bf anak lagi. Sekarang ni aku dah nak habis pantang, tapi aku masih sedih sebab masing – masing lari sebab anak aku susah jaga.
Walhal awal semua beria, aku sedih aku dahla berjaga malam lapar, tapi petang baru aku masak makan pastu makanan aku kena ambil. Aku tau mak ayah aku penat nak jaga anak aku, sebab aku pun penat, tapi aku sedih sebab awal mereka paling beria.
Aku nak ambil CL kat rumah sekarang ni pun ayah aku tak bagi, kata membazir dan tak selesa ada orang luar. Kalau la aku berpantang di rumah sendiri, aman ja rasa, suami aku sepanjang 10 hari cuti memang membantu, siap cuci n4jis aku sebab aku takut nak buat, takut kena tempat Iuka.
Sepanjang cuti suami aku yang keluar beli makan untuk family, balik sedia air dan breakfast untuk aku, dia la tuntun aku pergi tandas bagai. Sumpah suami aku baik sangat, suami aku tak tahu pun aku tak terjaga di sini, aku taknak bagitahu dia nanti dia angin pulak kang dia tak bagi aku balik sini dah, dan barang – barang aku semua adik beradik aku main ambil guna macamtu saja.
Banyak kali aku tegur kalau nak pinjam atau guna barang aku bagitau bukan main ambil. Kalau rosak ke apa mula tunding jari sesama diorang. Tapi tula nasihat sekadar nasihat. Adik beradik samua dah besar bukan budak lagi.
Paling aku angin sekali, suami aku ada belikan iphone baru – baru ni sebab nak tukar phone lama aku yang dah rosak, dan hadiah sempena aku melahirkan anaknya. Bayang la adik beradik aku sukahati ambil hp tu. Diam – diam bawa keluar guna.
Bila aku cari tak ada. Benda ni memang unexpected tau aku tak sangka diorang berani. Aku memang tak bagi guna tapi diorang buat tak tahu. Sampai aku meng4muk aku sembunyikan. Aku bukan tak garang, tapi aku penat nak marah – marah, aku penat nak terlalu beremosi, aku risau anak aku jadi m4ngsa bila aku beremosi.
Suami aku tak tahu adik beradik aku guna hadiah pemberian dia sukahati tanpa izin aku. Aku tak nak suami aku marah, bukan sebab aku jenis baik hati sangat atau senang kena pijak tapi aku dalam fasa penat, penat sangat, serabut dengan per4ngai adik bradik, penat urus anak penat urus mental aku dengan makan tak cukupnya, dengan anak kalau nak breastfeed kadang – kadang sampai 2 jam sebab mengempeng.
Ikutkan aku nak balik rumah sendiri tapi anak kecil sangat, aku risau jadi apa – apa. Raya dah tak lama, nanti nak balik sini jugak, takkan nak ulang alik, so aku kena bersabar sampai raya ni. Lepas raya baru aku balik rumah aku semula, walaupun bulan depan aku dah lepas pantang, dan emosi aku lebih stabil dari awal bersalin.
Aku tetap sedih dan marah bila anak aku kena gomol teruk – teruk waktu dia tidur, tengok pun tahu s4kit tapi aku ni macam dah tak berkuasa walaupun aku ada hak terhadap anak aku. Anak aku dah sebulan lebih, m4kin easy (dari segi tidur dan menangis) berbanding sebelum ni.
Walaupun masih mengempeng, tapi aku ok ja. Ada orang Allah uji anak baru umur berapa bulan dah kena k4nser. Ada orang Allah uji buat ujian IVF banyak kali pun still tak lekat. Ada orang Allah uji lepas bersalin anak meninggaI.
Jadi aku tak kisah anak aku mengempeng asalkan dia sihat. Aku tahu aku boleh handle dia walaupun penat. Korang doakan la suami aku dimurahkan rezeki dipanjangkan umur, dilindungi keselamatan dia dan dari gangguan orang ketiga ke, sebab suami aku baik.
Aku ingat aku boleh harap family bila pantang sini sebab ramai orang tapi rupanya suami aku jugak yang menyenangkan hati aku. Suami aku pun dah pesan lepas 3 – 4 tahun kalau aku bersalin lagi dia nak pantang di rumah sendiri dan ambil CL, senang. – Seroja (Bukan nama sebenar)
Komen w4rganet :
Hidayah Ismail : Balik jela rumah sendiri. Tak payah la tunggu pas raya. Nak hadap bulan puasa lagi. Luahkan je kat mak ayah. Dah jadi mak. Mesti ada rasa nak f1ght for anak. Kat sini 100% orang komen suh balik umah sendiri. Dah siap – siap kemas baju. Weekend ni balik rumah. Sian husband puasa sorang – sorang.
Aza Yati : Per4ngai adik beradik buruk dan parents tak membantu camni pun nak backup.. Haish, pastu anak sendiri jadi sasaran.. Balik la rumah sendiri sis, hidup tenang – tenang bersama suami. Suami kan baik. Apa guna duduk dengan adik beradik dan parents tapi meny4kitkan hati.
Apa guna beraya rumah parents kalau awak str3ss, baiklah jaga family kecik sendiri. Balik raya sehari dua pastu balik rumah sendiri dan raya sendiri – sendiri dengan sed4ra mara, kawan – kawan, jiran – jiran. Let go who doesn’t deserve you sis, stay with who love you.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.