Suami hadiahkan aku rumah. Masa tu terjumpa kawan suami. Aku tiba-tiba rasa jatuh cinta pandang pertama. Aku cari FB

Lepas balik tu, aku sengaja tanya macam – macam dekat suami pasal kawan dia. Ya, dia masih single. Korang pernah tak rasa cinta pandang pertama? Bila aku angkat kepala ada je dia tiba – tiba tengah tengok aku. Gatal kan..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Aku perempuan, masih muda, hehe. Married and have two kids. Im working mom and in good career. Itu serba sedikit mukadimah tentang aku. Hampir sebulan dah aku duk risah gelisah.

Sesak d4da ni taktau nak cakap macam mana. Pada Allah jua tempat aku meluahkan segala rasa tempat aku memohon perlindungan dari segala keburukan. Cuma harini, im decided to confess everything here seeking for other’s advice.

Usia perkahwinan kami dah 10 tahun. Suami aku ni aku kenal waktu belajar lagi dan kami bercinta lepastu kahwin. Suami aku handsome (bukan aku puji tapi orang puji) baik, sweet dan kadang – kadang lawak. Rajin pun rajin, komited dalam kerjaya dan disebabkan itu hidup kami serba serbi cukup, nafkah zahir aku tiptop, cakap je nak apa, melancong mana semua dapat.

Protective husband. Anak – anak memang dia cukup sayang. Perfect kan. Alhamdulillah aku okay dan anak – anak happy. Aku hanya okay.. kenapa bukan bahagia. Aku tak bahagia ke? Cerita nya macam ni. Aku bekerjaya profesional dan suami aku masa tu kerja biasa – biasa.

Rezeki aku lepas grad terus dapat kerja, rupa pun okay la kot. Bila kita junior, freshy, ofkos la senior pun nak dekat kan. Ada la sorang dua yang serious approach aku nak jadikan calon isteri tapi aku tolak. Tolak sebab dalam hati aku hanya ada suami.

Masa tu cinta m4ti. Tak pandang belakang dah, rela tinggal semua demi dia. Tak lama lepastu, kami kahwin. Aku rasa pada ketika itu aku lah manusia paling bahagia. Aku tekad untuk jadi the best wife, di samping dia sentiasa, turun naik dia aku tak pernah jauh.

Aku support dia macam – macam sampai lah dia berjaya. Dia kaya. Kami dapat anak semua tu buat hidup kami lengkap sangat lengkap. Masatu aku terfikir, betul ke hidup aku sesempurna ini. Macam smooth sangat. Umur tak sampai 30 aku achieve all the t4rgets. Segala puji pujian hanya bagi Allah.

Sebelum kahwin dulu aku pasang niat, kalau aku kahwin aku nak berubah, which is jadi sebaik wanita untuk suami dan anak – anak, hubungan dengan Allah pun aku jaga. Tenang betul saat tu. Namun panas tak sampai ke petang, hujan di tengah hari.

Entah betul ke tak peribahasa aku ni. Bedal je lah. Allah hadirkan ujian buat aku. Aku diuji dengan kecurangan suami. Kantoi pertama kali sewaktu aku pregnantkan our first child. Dan berlarutan sampai 5 tahun tak sudah.

Takde senyuman dah aku nak ukirkan. Aku penat dah meng4muk, aku penat nak nasihatkan dia, tired to pretend like im okay but the truth im dy1ng inside. Aku je pert4hankan tapi dia tak serik. Sampai lah tahap dia kantoi teruk, gambar, video dan segala chatting diorang ada dalam tangan aku.

Perempuan tu bukan perempuan yang baik untuk aku bermadu. Dia sendiri minta suami ceraikan aku. Masatu aku angkat tangan dah, aku surrender. Aku rela lepaskan suami kalau tu yang dia nak. Aku failkan cerai. Tapi suami menangis merayu jangan tinggalkan dia, minta aku fikirkan anak – anak. Masatu anak kedua kami baru pandai meniarap.

Aku nekad dan kami bercerai tapi tak lama. Aku kesian tengok muka anak, sebab anak – anak rapat dengan daddy diorang. Plus aku kerja shift, kesian anak – anak aku kurang perhatian. Suami pun nampak better. Selepas beberapa bulan, masih dalam edah kami rujuk.

Masatu jiwa aku memang kosong. Aku rasa jijik, rasa tak mampu dah nak teruskan. Kenapa aku yang kena k0rban semua untuk anak – anak, untuk rumahtangga. Suami aku dia relax je, cakap jom start balik, bercinta balik. Sesak d4da weh.

Lunyai perasaan aku dibuat selama 5 tahun tu. Aku depr3ss, berat badan aku turun. Anak – anak aku m4ki, aku tak tenang macam dulu, koyaknya jiwa tu aku express dengan menjerit lepastu tolak anak sampai jatuh. Memang masatu aku di titik yang paling rendah.

Menyesal weh buat anak. Aku bersyukur, Allah masih bagi aku w4ras, aku sujud dan sedar Allah yang letak aku dalam situasi ni dan Allah tahu aku mampu. Lepas dari kejadian tolak anak tu, slowly aku okay. Aku menyesal buang masa layan kecewa melampau.

So starting from that, aku upgrade diri. Dapat gaji, aku pergi me time, cantikkan diri aku dan sambung belajar. Aku stop support suami especially in money matters. Kat sini juga aku belajar, pertama sekali sayang Allah dan rasul, kedua sayang diri sendiri baru lah orang lain.

Okay cerita sebenar nya start kat sini. Atas tu mukadimah je, hehe. Year after suami aku nak belikan rumah konon hadiah la untuk aku. Suami ajak aku pergi view rumah and submit documents. Sedang kami discuss dengan developer, datang lah kawan suami tegur kami.

Aku angkat kepala sekejap senyum dan angguk tanda hormat then sambung tengok unit – unit rumah balik. Sepintas lalu je tapi sumpah hati aku macam kena karen. Aku takleh fokus dah lepastu. Suami pulak rancak borak siap ajak aku join sama.

Kebetulan kawan dia pun beli rumah kat situ. Bincang la lot mana yang better lebih kurang camtu lah. Tapi aku ni dah berpeluh dah. Dan satu benda aku perasan, kawan suami curi – curi tengok aku. Muka dia pun macam pucat nervous.

Korang pernah tak rasa cinta pandang pertama? Haa macamtu la. Irama denyutan nadi yang sama sampai rasa macam masa terhenti seketika. Okay habis dah, lepastu kami balik dan aku pun apa lagi, soal macam – macam dan dan berminat nak tau semua pasal kawan dia. Yang menarik minat aku, dia single.

Cerita ni panjang tapi aku dah nak masuk kerja so aku pendekkan je lah. Ada rezeki dan kalau ada sambutan aku sambung okay. Okay lepas dari kejadian tu, aku back to normal. Teruskan hidup aku dengan jiwa yang kosong.

Lepas kejadian kantoi tu, suami aku dah suka bawa aku jumpa kawan – kawan dia, ada masa free aku follow je lah dengan anak – anak semua aku angkut. Selepas beberapa kali juga aku terserempak dengan kawan dia haritu.

Aku bagi nama Oppa la senang. Oppa ni tiap kali kami terserempak dia akan renung aku macam something tau. Tapi bila kami bertentang mata, aku dapat rasa sesuatu. Bukan sekali kami bertentangan mata ye para pembaca sekalian.

Tiap aku angkat kepala ada je dia tiba – tiba tengah tengok aku. Kalau dia takde aku pula yang sengaja cari dia nak tengok dia. Gatal kan. Tapi entah kenapa aku rasa jiwa aku terisi balik. Hati dan fikiran aku terasa seperti dalam khayalan. Semudah tu aku jatuh cinta.

Dalam masa sama, aku minta doa selalu jauhkan aku dari buat perkara mungkar. Selagi status aku ni isteri orang, aku mohon Allah pelihara hati aku, jangan biarkan aku cinta orang lain melainkan Dia, suami, anak – anak dan keluarga.

Sungguh aku takut terjerumus dalam kancah maksi4t namun tiap kali jumpa oppa, hati aku bergetar, ada rasa yang kami pendam. Yang tak terluah. Dia senyum tenang je, mata dia tu macam nak say something. Aku terbuai dan aku rasa tenang. Entahla aku tau ni salah.

Kadang – kadang aku tengok fb dia, dapat tengok profile picture pun aku rasa lega dah. Kami tak pernah contact, rasa yang aku rasai ni aku je kot yang perasan. Mungkin aku bertepuk sebelIah tangan, tapi aku bersyukur at least dapat halang aku untuk bertindak di luar kew4rasan. I have everything except love.

Korang bayangkan macam mana keringnya telaga kasih aku ni. Jauh dari sudut hati, aku berdoa agar Allah berikan yang terbaik, aku doakan oppa dapat jodoh yang baik, dan jadi suami yang baik kelak. Dan aku, andai ini yang terbaik buat aku di sisi Allah, maka aku redha.

Jadi sebelum aku tamatkan cerita aku ni, readers sekalian, bantu aku. Apa patut aku buat untuk hapuskan rasa ni. Dah setahun aku pendam rasa but im doing well dont worry. Aku professional. Aku tetap dengan tugas aku berkhidmat pada rakyat dan keluarga tanpa sorang pun tahu apa yang aku lalui. If you guys ada tips or doa – doa untuk diamalkan please feel free to share ya. Sekian, from me Orkid. – Orkid (Bukan nama sebenar)

Sarah Aina : Fikir anak. Anak ..and anak. Anak adalah priority. Anak kecil akan membesar, proses membesarnya dia akan tengok dan belajar macam – macam dari hal rumahtangga mak ayah. Kadang – kadang anak ni dia nampak ok. Tapi dalamnya kita tak tahu. Punah ranah.

Anak tu nak dibesarkan untuk menjadi orang sampailah boleh dia berbakti pada kita masa tua. Baiki hubungan suami isteri. Ujian memang banyak tapi tataplah muka anak. Dah fikirlah apa yang kita nak pada anak. Jadi ibu pada anak kita perlu banyak k0rban asalkan anak membesar dengan baik. Ini terpakai bagi kes pasangan yang baik dan masih boleh diselamatkan.

Nora Osman : Mungkin Allah nak bagi u pulak rasa bagaimana suami rasa dahulu.. sehingga berlakunya kecurangan. Sebab tu dia menangis mer0yan nak get back, sebab dia terpedaya dan hanyut dengan ‘rasa’ tu.. So, u banyak – banyak berdoa dan muhasabah diri supaya u tidak buat apa yang husband u pernah buat dulu.. k. Tiket ke syurga tu memang tak mudah.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.