Suami join larian dengan bekas awek. Aku melaram, mekap cantik-cantik. Aku bawak anak-anak tunggu dekat garisan penamat

Aku dapat tahu bekas kekasih suami join pertandingan larian dengan suami. Aku melaram, pakai baju cantik – cantik siap bawa anak – anak. Aku nak bagi amaran dekat perempuan tu. Aku dah daftar kelas senaman…

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum w4rga FB. Sebelum meneruskan luahan hati yang dah lama terpendam sejak 15 tahun, bagi aku kenalkan diri aku. Aku seorang mak yang bekerjaya berusia lebih kurang 30-an, mempunyai 2 orang cahaya mata dan mempunyai suami. Yelaa kalau tak mana datang anaknya kan??

Masa awal – awal perkenalan dengan suami, kami satu universiti. Lain – lain kursus. Masa awal tu semua indah belaka sehinggalah munculnya ex girlfriend si suami yang juga satu universiti. Sebelum ni aku tak tahu kewujudan ex girlfriend suami sehinggalah ada sorang h4mba Allah ni kenalkan aku dengan ex gf suami.

Tapi apakan daya, masa tu otak short macam mana tak tahu, tiba – tiba menghilangkan diri serta merta dari diketahui. Disebabkan hal itu, aku tahu semua kisah silam suami. Hmm telan – telan dan telan sebab fikir manusia boleh berubahkan akhirnya kami kahwin dan dikurniakan anak – anak yang pintar, cerdik dan luar biasa.

Dipendekkan cerita, tahun 2025 ni 10 tahun perkahwinan kami. Suami aku ada hobi. Hobi dia join acara marathon dan club running. Mulanya aku tak kisah sangat la. Aku mengalah walaupun aku terkejar – kejar uruskan anak – anak lepas waktu kerja.

Yelaa hobi suami aku ni dah macam komitmen untuk dia kena tunaikan untuk beberapa malam bagi sesi training. Jadi, aku pun.. hmm takpela janji dia happy dan aku in shaa Allah happy. Pernah juga aku cuba untuk join hobi dia tu tapi tu la masuk acara 5km tu pun rasa tak cukup nyawa tak jejak tanah..

Secara jujurnya, aku okay ja. Tapi jeng jeng jeng. Setelah beberapa tahun aku hidup bahagia, muncul kembali si perempuan itu, ex girlfriend suami aku. Yang mana dia juga mempunyai hobi yang sama. Join club running semua.

Alih – alih bila club – club tu JV, bertemulah mereka berdua. Mula – mula aku tak tahu tapi disebabkan satu video yang dikongsi oleh seseorang, naluri seorang isteri terasa macam something wrong somewhere. Maka tekanlah aku video tersebut dan nampaklah bahawasanya mereka menjalani latihan sama – sama.

Aku? Masa tu uruskan anak – anak, rumahtangga rasa macam diperb0dohkan, dipermainkan. Sejak dari tu, aku macam hilang sikit kepercayaan aku terhadap suami aku tapi masih aku benarkan dia continue hobi dia semua sebab aku takut bila aku halang atau sekat, dia akan memakan diri aku balik sebab sebelum ni aku banyak member0ntak.

Member0ntak nak suami aku sama – sama uruskan rumahtangga. Tapi alih – alih nanti aku yang s4kit hati. Dan disebabkan itu aku guna konsep ‘lantaklah kau nak buat apa, janji ingat anak – anak dan aku, isterinya’. Hahhhh gittewwwww.

Haihhhh sokong punya sokong hobi suami aku, masuk tahun baru 2025 hah sekali lagi club running dorang JV untuk buat new year run. Rasa macam nak pergi join ja bawa anak – anak. Hahaha paranoid aku tu sampai tahap tulis ni pun sambil mengigil.

Aku penghidap anxiety juga so kepala aku dah fikir bukan – bukan dah. Isteri mana tak cemburu tambah lagi dorang ada kisah silam. Tapi aku tak tahu nak buat apa. Aku macam lost. Aku just nk luah pada pembaca di luar sana sebab kawan baik dunia akhir4t aku dah meninggaI dunia 2 tahun lepas so aku tak dak tempat untuk luah.

Kalau ada dia, dia akan teman aku sampai aku okay. Semoga kau tenang di sana, sahabat. Dan aku juga nak korang doakan aku semoga aku dapat kerja yang baru dekat dengan keluarga kandung aku. Kalau PJJ pun tak pa, janji anak – anak dengan aku sebab aku dah sampai tahap pasrah dan redha kalau jodoh aku dan suami tak panjang. Doakan aku ye guyss.. Itu saja luahan aku.. – Kembang Semangkuk (Bukan nama sebenar)

Sambungan.. Hai Mrs. Kembang Semangkuk is back uuoollss.. Thank you guyss sebab bagi kata – kata semangat dan some solution for me dan tak lupa juga yang hentam aku. Aduhhhh kata – katamu bagai menusuk sembilu. Huhu..

Pada yang belum baca dan tak tahu apa yang berlaku boleh la baca part I dulu.. Pada yang kata aku tak confront suami aku tu, hmmm aku rasa dah banyak kali dah aku one to one dengan dia. Apa yang aku dapat? Silent treatment yang kaw – kaw punya. Aku? Lagi la terkontang kanting uruskan semua sorang – sorang.

Dia cuma pandang anak – anak je, pandang aku tak pun. Dulu aku kurang cerdik, bila dia buat gitu aku tetap mengendeng juga sebab malas nak bermasam muka lama – lama. Tapi since 3 tahun lepas, aku tak tahu mana aku dapat kekuatan kalau dia bagi silent treatment aku buat 2x ganda silent treatment aku dekat dia.

Kadang – kadang kesian tengok, yelaa kena iron baju kerja sendiri, masak sendiri sebab aku protes tak nak buat semua tu lantaklah, kau nak ego sangat dengan aku kan.. hambekk kau, aku buat bagi kau susah. Hahahaha jahat kan? Tapi dalam hati Ya Allah apa yang aku dah buat?

Aku pun ada ego juga ingat dia sorang je ke yang tahu marah, yang ada ego. Aku pun ada lah. Huhu.. Dulu aku selalu membebel kat dia, aku selalu arah dia itu ini tapi dia tak boleh terima. Dia cakap aku bising. Jadi sejak dari tu, aku malas nak cakap apa dah.

And thats why terjadinya kisah ini. Biar punya biar, hah aku yang dapat surprise. Aku bukan apa, kadang – kadang aku rasa macam jodoh dorang ni kuat sangat sejak dulu lagi. Yelaa suami aku beli basikal, dia pun beli, suami aku beli spec, dia pun beli spec w4rna pun sama, bila suami aku itu, mesti ex gf pun ini bla bla bla.

Aku jenis yang tak suka kongkong suami yelaa takut dia rimas dengan kita tapi entahlah. Kot mana pun dorang pergi, sorang akan bertemu juga. Pelik dunia ni. Weehhh siapa kata aku dan anak – anak tak support dia? Boleh dik4takan setiap event yang dia join, aku bawa anak – anak aku tunggu dekat finisher line.

Walau mata rabak sebab kena bangun awal uruskan anak – anak untuk tengok ayah dorang. Pluss aku tahu ex gf dia join event tu so aku pun siap lawa – lawa, cantik – cantik sebab aku nak bagi sign kat ex gf dia tu, “Hello sis. Ni wife dia okay. Dont play² ahhh..”

Hahahhaa giIa aku ni bila fikir balik. Yela aku ni bukan tak ada rupa tapi tu laa tak ada masa dan tak menyempat nak siap. Hahaha.. Dan sekarang, aku pula cuba untuk join kelas – kelas senaman, brisk walk dan lari atas treadmill.

Biar aku pasang balik badan aku macam anak d4ra, walaupun aku ni mak d4ra. Hahaha.. doakan aku guysss. Aku bukan apa, aku hanyak nak dia nampak aku, nmpk semua peng0rbanan aku sejak kitaorang kenal. Aku tak pernah minta intan berlian emas permata ke aku just nak dia tahu aku pun manusia, yang tahu erti penat letih burn out.

Aku ni dah tak tahu nak bagitahu dia macam mana lagi sebab benda tak akan selesai sebab suami aku orangnya yang bukan jenis open. Kau nak communicate dengan dia sehari pun susah. So what to do? Anak – anak jela yang aku ada.

Jadi bagi aku kepada lelaki – lelaki bujang sana, if you want to get married, please please please i’m begging, jadikanlah isteri korang tu insan yang paling utama dalam hidup korang. Happy wife, happy house. Kalau isteri korang merajuk, pujuklah.

Pujuk dengan effort sebab aku? Aku tak pernah merasai semua tu. Lillahitaala. Aku tak pernah rasa perasaan tu. Girls, nasihat aku, janganlah kahwin awal. Enjoylah puas – puas dulu. Apa yang korang nak buat, buatlah sebab once dah kahwin, terik4t, susah beb.

Unless you are lucky to have a husband that very very sayang you, cintakan you seikhlas hati. Hah dah jadi cerita lain dah cerita aku ni. Sekadar luahan aku yang terpendam. Moga moga Allah berikan aku sinar dan kebahagiaan yang baru untuk tahun baru ini. – Kembang Semangkuk (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Najihah Shahizzat : Kita sama sis, dapat suami yang communication memang ke laut. Seluruh keluarga besar tahu dia pendiam, pujuk memujuk memang tak pandai. Sekali dengan perempuan lain, perghhhh! Pujuknya boleh bergetar seluruh jantung. Itu baru baca whatsapp tak dengar lagi secara live. Usaha sis selagi masih ada “rasa”, apabila dah tak ada “rasa” itu, faham – faham je lah.

Shahdu Mohd Sah : Betul. To single ladies …Don’t marry potential. Kahwin dengan yang memang sedia adanya tergiIakan kau. Kalau lelaki tu masih tak move on dari ex, korang cari lain. Tak payahlah nak bersungguh bagi lelaki tu jatuh cinta kat kau. Lelaki tu hvnter. Kalau dia berkenan, dia buat macam – macam. Kalau dia tak nak, pompuan cantik macam naelofar pun dia kayu.. hehehhehe.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.