Suami kahwin dekat siam, aku terp4ksa redha. Aku baIas d3ndam dekat madu. Setiap kali suami balik beIah sana, madu aku menangis

Hari keempat suami nak pergi rumah perempuan tu, aku buat – buat salam, lepas tu pegang dia buat “cop merah” besar dekat leher. Suami bagitahu isteri muda dia nangis teruk lepas nampak lovebite dekat leher lelaki aku. Puas hati aku!

#Foto sekadar hiasan. Salam hai. Sejak kebelakngan ni banyak pula ye, kisah lelaki kena sondolkan dan termasuklah lelaki aku. Yang lelaki kahwin senyap – senyap terutamanya dekat Siam tu, korang jangan sedih – sedih lama sangat, kumpul strategi dan kenakan balik penyondol tu. Itu yang aku buat, barulah adil. Aku s4kit, kau s4kit.

Selama ini dia bagi kita s4kit hati kan, jadi sekarang giliran kita pula bagi dia s4kit hati lagi – lagi kalau kita ada banyak kelebihan. Jadi lelaki aku ini kahwin dengan perempuan tu dekat Siam, lepas nikah terus dia balik on the spot ke rumah dan bagitahu aku. Aku tak tahu la diorang sempat bermalam pertama ke tak.

Lepas dia mengaku tu, memang aku meng4muk habis – habisan, entah s3tan apa rasuk aku sampai aku naik tangan dekat suami aku, dia pun redha, terp4ksa tahan je. Lantaklah kau dah buat hal kan, sekarang kau hadap. Aku memang masa tu rasa jijik sangat dengan dia, tak bagi dia sentuh aku dengan anak – anak langsung. Nampak dia pasrah redha je. Padan muka.

Jadi suami aku stay sampai tiga hari dekat rumah tak keluar – keluar, macam – macam dia buat nak pujuk aku, aku buat keras je malas layan. Hari keempat dia nak pergi rumah perempuan tu, aku buat – buat salam dia lepas tu pegang dia buat “cop merah” besar dekat leher dia.

Mula – mula dia ingat aku nak buat hubungan dengan dia jadi dia macam rela je, bila dah perasan ada cop merah terus dia terdiam. Nampak macam dia nak marah tapi tak terkeluar dari mulut dia. Hahaha. Jadi lepas dia pergi rumah perempuan tu, tu pun dapat sehari je sebab anak aku ada majlis konvokesyen jadi dia kena balik semula rumah aku. Padan muka perempuan tu, siapa suruh kahwin dengan lelaki orang.

Lepas dia balik tu, dia tanya aku kenapa buat lovebite hari tu, dia cerita perempuan tu nangis teruk lepas nampak lovebite dekat leher lelaki aku. Kahkah kemenangan pertama untuk aku. Puas hati aku, padan muka siapa suruh kau sondol lelaki orang? Lepas tu sendiri ters4kiti, cemburu.

Aku tanya balik, kenapa pula dia nangis? Ni kan hak aku, suami aku. Suka hati aku lah nak buat apa pun. Sebelum ni aku boleh je buat, apasal pula lepas dah kahwin lain aku tak boleh buat semata – mata nak jaga hati dia?

Kalau dia tak puas hati, buatlah lovebite juga. Jadi lelaki aku pun terdiam begitu je memang tak boleh buat apa. Oh ya masa dekat rumah perempuan tu, dia nak tolong basuhkan baju lelaki aku, lelaki aku tak bagi, dia kata dia sanggup basuh dekat dobi daripada tengok aku basuh balik baju – baju tu nanti siap dengan pembasmi kuman.

Terdiam perempuan tu tengok betapa jijiknya aku dengan dia. Kahkah.. Lepas tu suami aku stay dua malam dekat rumah aku, lepas tu dia nak balik sana. Aku suruh dia balik rumah lepas dua hari sebab anniversary kami dan aku minta dia stay tiga malam dengan aku (6hb, 7hb, 8hb) lepas tu baru boleh balik sana.

Sebenarnya anniversary kami 6hb, 7hb tu je tapi aku suruh 8hb dengan aku juga sebab 8hb tu perempuan tu punya birthday. Jadi padan muka dia tak dapat sambut dengan lelaki aku kahkah. Pandai aku kan? Kemenangan kedua untuk aku.

Jadi ada beberapa episod lagi nanti aku ceritakan. Setakat ni memang setiap kali sebelum lelaki aku pergi rumah perempuan tu, aku akan buat cop merata – rata biar perempuan tu s4kit hati. Aku tahu sebab lelaki aku selalu cuba nak tolak, dia kata janganlah kesian dia nanti sedih.

Ah peduli pula aku, kau dah s4kitkan hati aku dulu kan. Sekarang kau pula hadap. Jadi sekian. Yang mana – mana dah sondol lelaki orang lepas tu s4kit hati, padan muka kau, siapa suruh kahwin dengan lelaki orang? – 1st Wife (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Donna Karan : Time ni patutnya ko f1ght elaun, harta siap – siap sementara dia tengah fasa honeymoon dan telur dalam genggaman ko. Dok tunjuk love bite apa barang sok dia buat lagi ko buat lagi daaaa nampak cam peny4kit kulit laki ko tompok sana sini.

Ko cite ko best camna pon laki ko tetap nampak pompuan lain best sebab tu dia mendua meniga meempatkan ko. Terima je hakik4t tu, da jadi bini da halal ko ‘lepas’ la tanggungjawab jaga laki ko kat orang lain plak. Ko jaga diri bak kata omputeh of you love him set him free.

Sarah Nasir : Yang komen suruh mintak duit, setel hibah harta semua tu, kena faham yang paling utama, sis ni bertahan dalam perkahwinan dia bukan sebab material. Tengok gaya sis ni, dia boleh je mintak cerai, setel semua nafkah kawtim. No problem.

Tapi dia lebih pada nak lepaskan marah dulu sebab dia kena blind-sided dengan husband dia. Tu je. Siapa tak marah bila orang kita percaya betr4yed kita dengan cara paling kita tak sangka. Tapi tula. Suami ni pinjaman je. Tak Allah amik, pempuan lain amik.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.