Suami kaki kikis, saat saya s4kit bersalin dia p4ksa bagi duit makan dan minyak. Lepas bersalin, saya dapat kekuatan nak Iawan suami

Saya dapat duit insurans, suami suruh belikan dia handphone. Dia minta lagi duit minyak dan duit makan. Gaji suami 6k tapi kedekut, kikis duit saya yang gaji 2k. Sekarang suami mula kenal ramai perempuan. M4ngsa seterusnya untuk dia kikis..

#Foto sekadar hiasan. Ingin berkongsi dan meminta pendapat tentang kisah rumah tangga saya ini. Sudah berkahwin hampir masuk dua tahun, anak seorang baru berusia enam bulan. Sekarang di ambang keretakan kerana suami sudah cuak apabila saya dapat tahu taktiknya yang suka mengikis dan bersifat mata duitan.

Sebelum ini saya tidak tahu modus operandi suami. Mula – mula berkahwin, dia sudah meminta saya membuat pinjaman sebanyak RM15,000 untuk tampung hidup sementara dia mendapat kerja dengan gaji penuh. Selepas mendapat gaji dalam RM4,000, dia mula kedekut dan selalu berkata duit tidak cukup untuk menanggung ibunya (yang juga suka mengikis dan berhutang). Jadi, saya percaya sahaja.

Ketika saya mengandung, dia meminta saya buat pinjaman lagi sebanyak RM30,000 untuk bercuti, membeli sofa baru, dan duit untuk masuk ASB dia (tetapi sebenarnya mungkin untuk berjoli). Dia berjanji akan membayar balik kepada saya sebanyak RM500 setiap bulan.

Dia menyuruh saya membuat pinjaman kerana saya bekerja kerajaan, jadi mudah untuk membuat pinjaman. Jadi, saya dengan buta – buta pergi memohon pinjaman sekali lagi. Tuhan lebih mengetahui. Permohonan pinjaman saya telah ditolak (dalam hati saya lega sangat, kalau tidak banyak gaji kena p0tong) kerana saya ada hutang tertunggak dengan kad kredit RHB.

Jadi, suami agak kecewa, tetapi dia tetap memulas saya dengan mengambil duit gaji secara halus. Dia berkata gajinya sudah habis sebab bagi kepada ibunya, bayar bil segala macam. Namun, pada masa itu saya mula rasa curiga.

Terbongkarlah bahawa duitnya habis sebab berjoli dan paling dahsyat dia ada hubungan dengan perempuan lain semasa saya sedang mengandung. Apabila kantoi, saya meminta cerai, tetapi dia berjanji akan berubah. Dia berubah dengan tidak ada hubungan dengan perempuan lain tetapi masih memulas duit saya.

Paling menyedihkan, pada saat – saat saya hendak melahirkan bayi, waktu itu juga dia meminta saya cari duit untuk dia isi minyak dan untuk makan dia serta ibunya. Padahal, saya berada dalam keadaan genting hendak bersalin.

Saya sangat sedih ketika itu, str3ss giIa sampai tidak dapat bersalin normal dan akhirnya kena pembedahan caesarean. Sampai sekarang, saya lihat dia masih tidak berubah. Masih nak pulas duit saya, sedangkan gajinya sudah naik menjadi RM6,000 sekarang, tetapi tetap kedekut dan boros tidak tentu pasal.

Gaji saya bersih pula hanya dalam RM2,000 lebih. Kenapa ya suami saya macam itu? Selepas bersalin, saya ada kekuatan untuk meIawan. Saya senaraikan semua per4ngai dia yang kaki kikis, mata duitan itu, seperti menyuruh saya buat pinjaman, janji dengan kata manis.

Dulu, saya pernah ambil perabot secara ansuran dan dia janji nak bayar, sampai sekarang tidak bayar, saya juga yang kena bayar. Satu lagi yang saya perasan, kalau saya tidak beri dia pinjam duit, mulalah buat per4ngai, tidak balik rumah, muka masam.

Kalau saya bagi duit, barulah layan saya dan anak baik – baik (itu pun berlakon, sebab nampak sangat dia gembira sebab dapat duit). Sekarang dia takut, sebab saya sudah kenal taktik dia. Dan sekarang dia kononnya taw4r hati hendak berpisah dengan saya.

Banyak lagi nak cerita. Sepanjang berkahwin, saya rasa dia lebih suka lepas tanggungjawab. Nak astro, nak bilik beraircond. Apabila bil sampai, tidak pernah nak bayar. Saya yang kena bayar semua. Kemuncaknya beberapa hari lepas. Setelah sekian lama pendam rasa.

Minggu lepas saya dapat cek daripada Etiqa sebanyak RM1,250. Jadi saya belikan dia Handphone mahal sebab dia mer0yan nak pakai, yang dulu sudah rosak. Saya beli untuk gembirakan dan hargai dia sebagai suami. Saya suruh dia fikir macam mana buruk pun saya ini, saya tetap tidak berkira dengan suami. Ingatkan cukuplah kan.

Selepas itu dia boleh pula minta lagi RM200 untuk minyak dan makan. Hurmm, terkedu saya, takkan duit sudah habis. Apa dia buat? Apabila saya cakap, lebihan itu saya nak pakai untuk diri sendiri, dia mer0yan – r0yan cakap tak ada duit (tak logik kan).

Saya pun cakap saya pun sudah kering tinggal ini sahaja nak surv1ve. Jadi dia suruh saya jual gelang emas saya. Perghhh saya punya marah masa itu sampai suruh bergadai sana sini. Kali ini saya tidak boleh tahan. Sebab duit, terus hilang hormat saya pada lelaki bernama suami.

Gajinya hanya untuk bayar dua kereta iaitu RM1,000 sebulan dan hutang dengan ah long (pinjaman berlesen) RM650. Rumah yang kami duduki tidak keluar satu sen sebab ayah saya yang sediakan. Saya akui keluarga saya jenis senang tetapi bukanlah kaya raya.

Tapi ibu bapa saya sudah ajar untuk berdikari. Saya sudah beritahu suami kita patut bersyukur sebab rumah tidak perlu bayar, jadi janganlah berkira sangat. Kadang – kadang barang dapur pun jarang nak beli. Saya pernah mengadu kepada ibu suami (ibu mertua) tetapi ibu mertua pun per4ngai macam suami saya iaitu suka mengikis dan suka berhutang sana sini.

Hidup nak bergaya sahaja. Jadi saya fikir tidak payah lah mengadu, tidak ada kesan kepada mereka sebab per4ngai sama. Apabila ibu mertua nak pakai duit, dia minta pada suami saya, dan suami akan memulas saya, begitu juga menyuruh buat pinjaman banyak kali.

Apabila saya bising sudah tidak mahu buat pinjaman bagai, nanti gaji p0tong banyak, suami saya buat – buat taw4r hati dengan saya. Sekarang saya perasan suami saya sudah mula kenal ramai perempuan. M4ngsa seterusnya untuk dia kikis agaknya.

Apa yang saya dapat simpulkan, hidup dia dan keluarga adalah duit semata – mata. Duit dulu baru kasih sayang. Duit dia pun kedekut nak sara keluarga, macam satu beban. Apa yang saya perlu buat?

Komen W4rganet :

Bayu Mentari : Sebelum kau papa kedana, kena kejar ngan Ahl0ng, baik lah buat sesuatu. Tak berbaloi langsung nak simpan laki macam tu. Dia pun langsung tak prihatin dan bertanggungjawab… dan kaki pompuan… Nak cakap suruh bercerai, nampak macam kasar sangat tapi mungkin lebih baik daripada hidup dengan orang macam tu.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.