Suami kata dia akan tlg simpankn duit gaji saya, tp skrg duit simpanan ASB dia byk, tp simpanan saya kosong!

Dari awal lagi saya minta suami berikan duit bulanan pada emak saya di kampung. Selama 6 tahun saya tak pernah curiga. Sehinggalah adik hubungi saya untuk minta duit nak daftar asrama, saya dah suruh suami masukkan duit tapi selang dua minggu adik hubungi lagi dan minta duit…

#Foto sekadar hiasan. Saya tak hairan mengapa ramai teman – teman pejabat saya belum berkahwin. Pelbagai alasan mereka berikan, ada mengatakan belum ada jod0h, ada kata tak ada calon sesuai dan tidak kurang mengakui mereka takut berkahwin bimbang dapat suami kaki kontrol.

Kata mereka kalau suami kaki kontrol, akibatnya bukan sahaja mereka hadapi masalah dalam menjalankan tugas di pejabat, malah lebih besar lagi mereka bimbang hubungan dengan mertua tidak seindah yang diimpikan.

Lebih teruk lagi mereka juga takut hubungan dengan keluarga masing – masing jadi renggang. Kalau pun ada lelaki yang bujang tetapi tak sesuai untuk dijadikan suami. Banyak yang bermasalah seperti terlibat dengan dad4h, atau tidak mempunyai pekerjaan tetap.

Ketika berkahwin umur saya baru berusia 25 tahun, baru bekerja tiga tahun setelah mendapat diploma. Kami satu kolej tetapi berlainan jurusan dan bekerja pun di tempat berlainan.

Pada awalnya hubungan suami saya Sham (teman ketika itu) dengan keluarga saya memang baik, dia sering datang menjengok keluarga saya di kampung, katanya singgah sebelum ke rumah saud4ranya yang kebetulan satu mukim dengan kampung saya.

Oleh kerana dah kenal tak jadi masalah untuk kami berkahwin kemudiannya. Keluarga Sham juga tak membantah. Waktu itu saya rasa sayalah orang yang paling bahagia sebab perjalanan cinta dan perkahwinan kami berjalan dengan baik langsung tidak ada masalah, dan saya harap perkahwinan kami kekal hingga ke akhir hayat.

Lepas kahwin dan duduk di KL adalah dua tiga kali saya balik ke kampung dalam setahun. Lepas tu bila hamil Sham tak beri saya balik takut keguguran, sudah bersalin emak saya datang sekejap lepas tu saya jaga diri sendiri.

Setahun umur anak saya hamil lagi, biasalah bila hamil tak boleh balik kampung. Begitulah hingga anak saya tiga orang. Boleh dibilang dengan jari saya boleh balik ke kampung.

Oh ya, sebelum itu, bila saya hamil anak pertama Sham minta saya serahkan semua gaji saya kepadanya untuk dia uruskan keluarga kami, disimpan untuk beli rumah. Sham tak suka membazir, jangan beli perabot rumah tunggu hingga beli rumah dulu.

Takut perabut tak sesuai. Jadi rumah kami kosong lapang.. Kerana tiada duit di tangan, Sham uruskan semua urusan termasuk membeli pakaian saya dan duit makan ketika saya di pejabat.

Awalnya memang saya rasa bertuah tak perlu bersusah payah, tapi sebelum itu saya dah beritahu dia supaya kirimkan emak saya RM100 sebulan sebagai sagu hatinya, lagi pun saya nak bantu ringankan beban emak menguruskan adik – anak yang masih bersekolah.

Saya yakin Sham laksanakan apa yang saya amanahkan. Dan selama lebih enam tahun saya tidak pernah bertanya. Kerana terlalu percaya dan sayangkan suami. MaIangnya kepercayaan yang saya berikan h4ncur bila kisah sebenar terb0ngkar apabila adik telefon minta bantuan duit kerana dia nak masuk sekolah asrama, dan saya janji akan hantarkan.

Bila balik saya minta Sham hantarkan RM300 untuk adik sebab dia nak masuk sekolah asrama. Sham cuma kata ‘ya!’. Selang dua minggu adik telefon minta lagi, di situlah baru terbuka cerita bahawa Sham tak hantar duit dan cuma setahun selepas kami kahwin saja Sham ada hantar pada emak lepas tu langsung tak ada.

Kata emak dia tak kisah asalkan saya bahagia. Dan emak tak mahu susahkan saya sebab dah ada anak dan keluarga. Kerana kehairanan dengar cerita adik saya tanya Sham. Terk3jutnya saya bila Sham t3ngking saya mengapa sibuk tanya pasal duit, katanya gaji saya tak sebanyak mana, mana cukup nak tanggung rumah dan anak – anak.

Kalau dah kahwin tanggung jawab saya kepada suami, mesti ikut cakap suami, mesti bantu suami bukan pada emak lagi. Lebih teruk kata Sham syurga isteri bawah tapak kaki suami, bukan ibu.

Kerana terlalu terk3jut saya tak boleh bercakap langsung, semalaman saya termenung dan menangis memikirkan macam mana Sham boleh berbohong pada saya, rupanya dia tidak pernah menghantar duit kepada emak saya.

Sedangkan setahu saya setiap bulan dia hantar duit untuk emak dan adik – adiknya di kampung. Saya selalu balik kampungnya kerana kampungnya cuma sejam perjalanan, sedangkan kampung saya dua jam.

Perjalan jauh tak baik untuk kesihatan wanita hamil, katanya. Puas saya pujuk Sham hantarkan kepada adik sebab pendaftaran sekolah dah bermula. Sham naik angin katanya jangan harap satu sen pun dia tak akan kirimkan.

Saya menangis lagi. Saya kesiankan adik dan emak. Kerana tak ada jalan lain saya pinjam dari kawan, dan berjanji akan membayar balik. Tapi tak tahu cara nak bayar balik.

Dalam pada itu saya cuba berunding dengan Sham, saya tak mahu dia berbohong lagi saya mahu dia hantarkan duit setiap bulan untuk emak saya. Yang lain dia boleh simpan untuk beli rumah.

Tetapi Sham tetap enggan kerana bukan tanggungjawab saya untuk tanggung emak setelah berkahwin. Sebaliknya saya mesti bantu suami. Tak habis di situ Sham tuduh emak dan adik – adik hasut saya melIawannya lantas dia ambil balik telefon bimbit yang diberikan kepada saya.

Saya jelaskan bukan emak yang minta duit tapi adik minta tolong. Sham tak percaya. Sejak itu hubungan kami tegang. Saya sedih kerana Sham berbohong, tambah sedih hujung minggu pun Sham dah mula tak lekat di rumah.

Ada – ada saja alasannya keluar rumah. Keadaan ini membuka mata saya melihat apa sebenarnya dah terjadi. Saya tertanya – tanya mana janji Sham ambil duit gaji saya untuk dikumpulkan buat tukar kereta baru dan nak beli rumah.

Sampai sekarang masih beli kereta terpakai walaupun dah kawin lebih 8 tahun dan anak dah tiga. Bila hati dah berani bertanya, saya mula berani menyiasat, rupanya dalam diam – diam Sham ada kekasih yang ditanggungnya selama ini.

MenggigiI tubuh saya bila tahu cerita sebenar dari teman pejabat. Rupanya kawan – kawan dah lama tau, tapi tak berani nak buka mulut takut saya tak percaya. Nasihat mereka jangan tanya Sham biarkan dia selesaikan masalahnya kalau dia sayangkan keluarganya.

Sebaliknya mereka nasihatkan saya buat kad baru bank dan katakan kad dah hilang. Bila duit berkurangan mungkin Sham akan insaf. Tapi sayangnya Sham tak insaf sebaliknya meng4muk bila tahu saya pegang kad bank sendiri.

Dia suruh saya bayar duit sewa rumah, bil air api, makan minum dan sebagainya. Saya cuma bayar bil air api dan makan minum sahaja, biar dia selesaikan hutang sewa rumah. Kalau tuan rumah halau saya nekad pindah ke rumah yang lebih murah.

Lagi pun kami tak ada banyak perabut. Malah saya tak terkilan kalau semua perkakas itu saya tinggalkan sebab tak bernilai. Kalau tuan rumah halau keluar saya akan bawa keluar beg pakaian kami anak beranak sahaja.

Ketika itulah baru saya tahu selama ini Sham ambil duit gaji saya untuk simpanan sendiri, bukan untuk keselesaan kami anak beranak. Janjinya dia simpan duit nak beli rumah, bila ada rumah nanti barulah beli perabut, tapi tahun berganti tahun, belum ada satu rumah pun yang berkenan dan sesuai di hatinya.

Sejak saya pegang duit gaji sendiri, hubungan kami suami isteri bertambah tegang. Sham terp4ksa bayar sewa rumah, saya terp4ksa pergi dan balik kerja menumpang kawan. Sebab Sham tak mahu hantar dan ambil saya di pejabat lagi.

Walaupun banyak keluar duit termasuk bayar duit penjaga anak, tetapi saya masih boleh kirim wang untuk emak dan simpan sedikit duit. Saya nasihatkan Sham supaya fikir tentang masa depan keluarga, tetapi kalau dia ingin berkahwin lain dia terp4ksalah ceraikan saya, sebab saya tak sanggup lagi ditipu.

Perasaan sayang dan kepercayaan saya kepadanya selama ini hilang semata – mata kerana dia berbohong. Bukan setahun dua tapi sepanjang 8 tahun kami berkahwin. Saya tahu dia ada banyak duit simpanan dalam ASB tetapi simpanan saya kosong.

Memang saya takut fikirkan masa depan kerana tak berduit, tapi saya rasa tak terlambat untuk saya memulakan hidup sendiri. Ketika pembohongan Sham terb0gkar hampir setahun juga saya naik sas4u tak tahu apa harus saya buat, duit tak ada di tangan, dan saya takut Sham ceraikan atau tinggalkan saya.

Tetapi atas nasihat kawan – kawan yang faham masalah saya, saya sudah boleh berani angkat kepala, boleh berdikari. Hampir setahun saya jadi orang bod0h. Lepas itu baru saya berani buat kad bank sendiri, setelah melakukan solat istikarah.

Saya berserahkan kepada Allah, saya sedar bila suami berbohong bermakna dia tidak sayangkan isteri dan anak – anaknya lagi, kasihnya sudah berubah. Saya tak sangka dia sanggup berbohong mengumpul hartanya sendiri.

Dan dia tidak boleh nafikan hasratnya ingin berkahwin lagi, kerana kekasihnya tiga pupu dengan teman sepejabat saya. Kini hampir dua tahun berlalu mereka masih belum berkahwin, saya serahkan kepada Sham buat keputvsan, kuasa dan taak di tangannya.

Dulu memang saya hampir sas4u tapi kini saya sudah boleh berdikari, saya sudah faham erti hidup yang sebenar kasih sayang tidak boleh p4ksa. Pada saya anak – anak lebih penting dalam hidup saya daripada seorang suami yang tidak bertanggungjawab dan pembohong.

Sukar saya maafkan perbuatannya ambil duit gaji hasil keringat saya untuk diberikan kepada wanita lain dan simpanannya. Sikap Sham seperti inilah membuatkan kasih sayang saya kepadanya sem4kin pudar.

Hati saya sem4kin keras seperti besi waja. Namun boleh dilembutkan kalau Sham mahu berubah. Tetapi Sham sukar berubah. Benarlah kata orang tua – tua hati wanita memang lembut, tetapi boleh bertukar menjadi besi waja jika dia dis4kiti.

Tetapi sayangnya masih ramai wanita sanggup memikul beban masalah bertahun – tahun lamanya malah hingga ke akhir hayat kerana kasih dan sayang yang teramat kepada suami.

Sedihnya jiwa mereka tidak pernah padam daripada rasa kekecewaan juga kekesalan, bagaikan api dalam sekam yang sentiasa marak dengan perasaan marah serta benci yang teramat terhadap suami dan amat sukar dipadamkan.

Komen warganet :

Latipah Nawi : Jangan terlalu percaya pada suami. Kita yang bekerja dia pulak nak kaut duit kita. Kita boleh belanja untuk keluarga seadanya selebih simpan dan bagi sedikit untuk ibu ayah di kampung.

Tanpa ibu ayah membesar dan menyekolahkan kita, kita bukan siapa – siapa. wajib bagi walau pun sikit. Simpan utk diri sendiri bukan akaun bersama suami. Gaji kita akaun kita, gaji dia akaun dia.

Zie Ash : Tt ni tak kursus kahwin ka sampai tak tau nafkah tu bawah tanggunggjawab suami maksudnya segala perbelanjaan rumahtangga atas suami. Gaji isteri hak isteri sendiri terpulang nak bagi pada siapa pun.

Suami tak boleh guna duit isteri sesuka hati. Berd0sa suami makan duit isteri kalau isteri tak redha. Kes macam ni selalu terjadi bila pasangan masing – masing jahiI bab tanggungjawab.

Suraya Ismail : Tak nak salahkan laki dia lah. Kalau tak berpelajaran boleh maafkan kut tak pandai buat urusan duit. Ni ko ada pelajaran kut. Dah berapa hari baca citer bini bagi duit gaji kat laki. Tak bole bIah lah kisah – kisah camni.

Zaman hari ni zaman online. Yang b4ngang sangat sume benda suh laki buat dah kenapa. Kut susah sangat, ko kirim money order pos mesia. Kut ye pun nk tolong laki, tolong sikit je. Biar makan bubur. Jangan bagi muka bole tak.

Ahmad Haikal : Banyak cerita isteri kasi gajinya pada suami. Kenapa macam tu kaum isteri!?? Suami wajib bagi nafkah pada isteri bukannya isteri beri duit belanja pada suami.

Macam mak sedara aku, sebab sayang suami kasi gaji pada suami sampaikan nak pergi kerja pon ada berapa ringgit je dalam dompet. Bila pencen dia diceraikan. So perempuan – perempuan di luar ada sebab Allah suruh lelaki kasi nafkah bukannya perempuan.

Rasidah Latif : Kalau suami bertanggung jawab dia tak tipu isteri. Kalau suami macam tu urus sendiri duit kita. Tak derh4ka namanya tapi duit nafkah dia kena bagi walaupun kita ada duit sendiri. Kalau tak bagi jawablah di akhir4t.

Apa kata anda?