Suami kata dia duda, lagi seminggu nak kahwin baru tahu dia ada 2org anak. Lagi terk3jut lepas kahwin

Keluarga aku marah sangat sebab dia tak bagitahu yang sebenarnya dia duda anak dua. Lagi seminggu nak kahwin baru bocor rahsia tapi aku redha. Namun lagi terk3jut bila lepas kahwin, ada seorang perempuan call aku, tanya satu soalan pelik. “Kenapa kahwin dengan suami dia??”

#Foto sekadar hiasan. Assalammualaikum buat semua pembaca page ni. Pertama sekali, terima kasih sebab siarkan confession aku ni. Sebenarnya, ni bukan saja satu confession tapi aku juga nak minta pendapat korang. Buah fikiran para lelaki lebih natural dalam hal ni rasanya. Kalau perempuan korang mungkin akan sedikit em0si. Huhu kalau boleh komen sebarang nasihat untuk aku ye?

Begini ceritanya. Aku baru berkahwin, berumur 25 tahun. Aku kenal suami sebulan sahaja sebelum ambil keputvsan untuk berkahwin. Aku yakin sangat selepas aku kenal dia sebab semua urusan menjadi mudah, waktu terima dia pun aku rasa tenang je.

Bila dia melamar aku pon aku autom4tic jadi lapang d4da terima dia. Sesuatu yang pelik bagi diri aku sebab aku susah nak suka lelaki. Walaupun aku kategori ramai peminat. Ada je yang mintak couple, yang tak pernah serik mesej dan pm dalam facebook tapi aku tak pernah layan.

Dengan dia ni, bila dia lamar aku selepas sebulan kenal aku terus setuju. Bawak jumpa parents, family, semua setuju dan berkenan. Dia tua 5 tahun dari aku, jadi umur dia dalam 30 tahun macam tu. Tapi.. Dia duda. Aku OK, tak ada masalah. Keluarga dia OK. Terima aku seadanya. Alhamdulillah.

Persiapan kahwin pun dibuat. Seminggu sebelum kahwin kat sini la mulanya dugaan aku. Rupanya dia ada anak 2 orang dengan bekas isteri. Allahu, satu dugaan bagi aku waktu tu. Sebab aku tahu dan sedar kalau dia anak maknanya tak must4hil nanti dia akan kahwin balik dengan janda dia.

Sentiasa akan ada “jambatan” yang menghubungkan antara mereka berdua. Seminggu lagi majlis, apa aku patut buat. Aku bagitau family dan mereka agak marah sebab dia tak bagitahu awal – awal. Family aku call tanya family dia.

Dorang cakap dorang ingat bakal suami aku ni dah bagitahu. Aku m4kin str3ss dengan persiapan kahwin dan masalah ni. Malam tu aku solat hajat, solat taubat, tenangkan hati atas tikar sejadah. Esoknya Alhamdulillah aku lebih tenang dan aku bagitau family aku yang aku redha.

Sekurang – kurangnya nanti kalau dia nak rujuk dengan suami aku balik kira aku ni isteri pertama la kan? Pemikiran aku pada waktu tu. Kemudian kami pun diteruskan. Selepas kahwin suami memang duduk jauh dari aku sebab dia kerja kat selatan.

Aku pulak tinggal dekat KL dengan keluarga aku. Dia akan balik setiap hujung minggu. Tapi m4kin lama m4kin sikit masa dia habiskan dengan aku. Balik setiap 2 minggu, kemudian jadi 3 minggu sekali. Kadang – kadang sebulan sekali baru nampak muka.

Ada juga masanya dia block aku dari call dia. Allahuakbar waktu tu beribu benda buruk aku fikirkan. Akhirnya tembelang pecah bila satu hari ada perempuan call dan tanya aku kenapa aku kahwin dengan suami dia. Dunia rasa nak ki4mat.

Yes, benar. Dia belum cerai dan aku sebenarnya isteri kedua. Aku tetap tenang dan tunggu dia balik untuk minta penjelasan. Aku nak dengar apa alasan dia. Aku tak nak ser4ng b0doh je, sebab aku terlalu sayangkan rumah tangga ni.

Aku rasa tindakan aku ni tak b0doh, sebab apa yang suami aku buat tak meIanggar hukvm agama. Ye, dia buat benda halal. Kami kahwin. Bezanya dia silap sebab dia dah mainkan perasaan dua wanita. Aku ingat mesti isteri dia terk3jut giIa.

Aku pulak rasa macam diri aku ni per4mpas. Sedih sangat masa tu. Dia datang selepas 2 minggu dan jelaskan dekat aku yang masa dia kahwin dengan aku tu dia memang tengah dalam proses untuk cerai dengan wife dia.

Sebab dia dah kahwin 6 tahun dan rumahtangga dorang memang sentiasa dalam masalah. Tak pernah bahagia. Elok pun sehari dua je lepas tu g4duh besar balik. Dia kata sejak dia kahwin dengan aku, barulah dia faham erti kebahagiaan rumah tangga.

Aku tanya dia, apa akan jadi pada masa akan datang. Macam mana dia nak bahagikan masa. Macam mana kehidupan kami nanti. Sampai bila aku di sini dia di sana. Aku nak punya keluarga, hidup dalam sebuah rumah, tunggu dia balik kerja dan nak ada keluarga sendiri, zuriat. Macam orang lain.

Dia suruh aku sabar. Ye, buat masa ni aku masih sabar. Tapi bila jadi macam ni, dugaan tu sentiasa ada. Isteri pertama sampai hari ni tak boleh terima aku. Dia nak cerai dengan husband aku, husband aku kata dia boleh nak ceraikan wife tu tapi dia nak anak dia dua – dua.

Aku kata tak boleh, anak – anak perIukan ibu. Husband aku kata isteri pertama dia bukan ibu yang baik, ada je ajar anak bukan – bukan. Husband aku tinggal anak – anak sekejap, bila jumpa balik anak – anak dah m4kin benci dan tak suka dia.

Ibu dorang pun bukan orang yang berpegang pada agama. Husband aku kata dia dah puas ajar dah puas nasihat. Solat pun jarang – jarang. Tak patuh pada dia. Berkasar. Husband kata dia dah lama bersabar dan dia bertahan demi anak – anak.

Aku, aku faham apa yang suami aku lalui. Tapi aku juga faham, dalam putvs asa dan tak suka suami aku pada ‘hubungan mereka’, aku tahu yang dia masih sayangkan isteri pertama dia. Dia masih bertahan sebab berharap perempuan tu sedar.

Kadang – kadang aku rasa macam dia kahwin dengan aku sebab dia saja nak cari tempat bila dia kecewa dengan isteri dia. Macam aku ni backup plan dia. Dia kahwin dengan aku sebab nak jeleskan first wife. Tapi bila aku cakap macam tu kat dia, dia tak mengaku.

Dia kata dia demi Allah sayang kat aku. Dia sayang aku dan isteri pertama dia sama rata. Tapi kenapa, bila dia di sana semua hubungan dengan aku diputvskan. Block all communication. Aku bila rindu terp4ksa email dia.

Gambar – gambar aku pun tak ada dalam gallery phone dia. Cuma ada gambar anak – anak dia dan satu dua gambar isteri dia. Aku curi tengok phone dia waktu dia tidur. Gambar aku ada tapi dalam folder yang di lock. Private.

Bila aku tanya, jawapan dia sebab pernah isteri dia nampak gambar kahwin aku dengan husband dan dia nak bunvh diri telan r4cun. Dia takut benda macam tu berulang lagi. Aku sabar dan redha dengan ujian hidup aku ni.

Tapi aku tak pasti aku ikhlas redha atau tak. Sebab aku manusia biasa. Aku menyesal kahwin dengan dia, tapi dah terlambat untuk menyesal sabab sekarang dia lah syurga aku di dunia. Aku cuma nak redha Allah di akhir4t nanti.

Redha suami semoga aku dapat masuk syurga. Tapi kadang – kadang attitude dia buat aku sedih dan rasa macam nak cerai. Tambah – tambah bila aku kena mengalah dalam semua hal. Bukan salah aku jadi macam ni, kalau aku tahu aku pun tak nak ambil suami orang.

Beberapa kali dah aku minta cerai tapi dia tak nak. Kalau aku tinggal dia musn4h hidup dia, hilang kebahagiaan dia katanya. Mesti korang tertanya kenape family dia tak bagitau aku pasal ni kan? Sebab family dia memang suka aku jadi menantu dorang.

Isteri pertama husband aku memang tak sebulu dan masuk dengan family husband. Dulu okay. Tapi lama – lama wife dia m4kin tak suka. Malah, dia larang husband aku dari selalu contact dengan family dia. Aku marah dengan family dia sebab kenapa perlu menipu.

Aku sayang dorang macam family aku sendiri, aku rasa dikhi4nati tapi apa aku boleh buat. Aku? Sampai sekarang dorang tak tahu pasal ni. Yang dorang tahu, husband aku duda anak dua. Kami memang pasangan bahagia di mata family aku.

Aku pun tak sanggup nak bagitau parents aku sebab aku tak nak dorang sedih sebab aku. Adik beradik? Ntah la. Aku belum bersedia nak bagitahu berita yang akan buat mereka sedih. Sekarang aku masih bertahan, tak tahu sampai bila.

Aku cuba alihkan diri aku dari masalah ni dengan sibukkan diri bekerja. Pergi jalan – jalan. Bercuti kadang – kadang. Enjoy life. Tapi dalam otak dan hati ni Allah je yang tahu. Aku selalu fikir, apa akan jadi pada masa akan datang?

Adakah anak – anak aku nanti akan membesar dengan cuma kenal ayah yang balik 2 minggu sekali? Bila aku tua nanti, kat mana suami aku? Bila anak aku membesar adalah aku sorang kena besarkan dia? Kalau apa – apa jadi dan aku perIukan suami aku tapi dia tak dapat dihubungi, mana aku nak cari?

Kalau dia sampai bila – bila tak boleh ada dengan aku mampu ke aku sabar dan terus sabar lagi? Sampai bila? Atau lebih baik aku cerai sekarang dan cari pengganti yang single lagi? Aku harap aku yang pertama sebab aku tak ada masalah terima yang kedua.

Tapi kini aku yang kedua dan sekarang aku tahu betapa susahnya jadi yang kedua tanpa penerimaan yang pertama. Buat isteri pertama, kamu selamanya extra special. Buat yang kedua, kamu kena kuat dan sabar sebab jika itu pilihan datangkanlah ia dengan kekuatan.

Tapi jika itu satu takdir dan suratan tanpa kemahuan, hiasi lah ia dengan hati yang sabar dan tenang. Allah sajaIah tempat mengadu kini. Kadang – kadang aku buntu, apa keputvsan yang paling baik untuk masa hadapan. Sebab sekarang semuanya masih samar tanpa hala tujuan. Wassalam.

Komen Warganet :

Aziha Nuril : Allahu. Tak tahu nak bagi pendapat macam mana. Sebab nanti kang berat sebeIah pulak. Hukhuk. Tapi untuk confessor, saya nak confessor fikir satu benda. Dia mulakan hubungan ni dengan penipuan, jadi sis rasa kejujuran tu di mana?

Berapa banyak lagi penipuan yang akan terbongkar? Dan berapa banyak lagi yang perlu sis telan dalam p4ksa? Setiap penerimaan dan kemaafan, terb0ngkar lagi penipuan yang lain. Sis, kalau saya, sesuatu yang bermula dengan penipuan tu bukan sesuatu yang mudah diterima terutama ia melibatkan episod hidup sampai ke hujung nyawa.

Sis solat hajat banyak – banyak, tanya Allah apa perlu sis buat. Apa keputvsan yang paling baik. Dan lebih baik orang tua tahu hal ni. Tapi maybe bukan semua orang. Pilih siapa keluarga sis yang boleh bantu sis bertenang dan bersama fikirkan keputvsan dengan tenang dan rasional. Apa jua keputvsan, semoga dipermudahkan.

Norziana Najib : Berlainan kisah bff saya. Suaminya dah bercerai taIak 3 dengan isteri pertamanya tapi bekas isterinya tetap mengganggu rumahtangganya kini. Hidup bersama seperti biasa cuma tidak serumah. Isteri baru makan hati hari – hari disebabkan suaminya pun masih menjaga kebajikan bekas isterinya.

Masih kejar mengejar seolah – olah tiada istilah ‘cerai’antara mereka. Tetap ADA bila diperIukan dan bila bekas isterinya tidak dilayan bagai seorang isteri. Dia akan menyer4ng isteri baru bekas suaminya. Tekanan demi tekanan.

Hari – hari mendapat mesej berbaur pr0vok agar mereka bercerai. Gangguan demi gangguan yang tiada henti. Masih wajarkah lagi si suami kata usah dilayan sedangkn siapa yang sebenarnya masih melayan bekas isterinya?

Kalau tidak dilayan, dia tidak akan berani mengganggukan. Deangan keadaan bff saya yang hamil.. Allahu.. Ujian demi ujian. Sehinggakn perkataan cerai itu sudah sebati meniti di bibir akibat tak tahan menanggung siksa.

Sisuami rupa – rupanya yang masih menyayanginya seperti dulu. Keluar masuk rumah bekas isterinya atas alasan anak. Anak bukan jambatan untuk bertemu dengan bekas isteri. PerIukah setia lagi untuk suami yang sebegitu atau terus melangkah pergi? Kadang – kadang title ‘J’itu sebenarnya lebih baik dari menjaring mata hati. Menangis dalam sepi. Tuhan sahaja yang tau.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.