Suami ke hulu hilir bawak anak jual nasi bungkus tapi yang laku hanya 4 bungkus, untung RM10

Suami aku berhenti kerja dan ikut aku duduk KL. Hari pertama dia sampai KL terus kami cari rumah sewa dengan kereta lama. Dalam perjalanan tu jugak kereta rosak. Aku menangis tengok anak usia 2 bulan kepanasan. Oleh sebab suami tak bekerja tapi dia pandai masak, dia mula berniaga nasi bungkus tapi untung RM10..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Semoga kita semua dalam rahmat Allah. Sebelum ni aku asyik duk baca orang kongsi pasal isteri tu rezeki. Kali ni aku nak share pasal suami tu rezeki. Kami kahwin masa umur masing – masing 25 tahun.

Masa tu aku tak kerja lagi. Jadi aku ikut la suami duk merantau negeri orang. Masa ni Suami aku kerja freelancer dengan Abang dia. Setahun lepas kahwin, aku dapat tawaran kerja KL. Maka terp4ksalah kami PJJ. Tuhan je yang tahu peritnya PJJ tambah – tambah lagi ketika itu aku tengah sarat mengandung.

Memang tiap – tiap malam rutin aku adalah nangis dalam bilik sewa sambil telefon suami.. Tak payah la tanya kenapa nak kena nangis tiap – tiap malam weh. Em0si orang mengandung ni jangan main – main ye. Hari – hari juga lah bila pergi kerja mata aku b3ngkak kalah panda.

Dah la sarat ngandung perut memboyot. Mata aku pon turut memboyot. Buruk benar la muka aku time ni. Lepas aku lahirkan putera sulong, suami aku buat keputvsan berhenti kerja dan ikut aku duduk kat KL dengan aku dan anak.

Aku ingat lagi, dalam kereta masa dalam perjalanan ke KL tu kami berdua borak – borak. Aku bagitahu suami supaya betulkan niat stay sama – sama sebab nak bina keluarga kerana Allah. Masa ni kami tak punyai apa – apa pon.

Saud4ra jauh di negeri lain. Tawakkal je kat Allah. Hari pertama sampai kat Kl, kami cari rumah sewa, dalam sehari 3 buah rumah kami pergi tengok. Allah nak duga, hari yang sama juga kereta kami rosak. Econ tak function.

Maklum la kereta pun pakai kereta second hand yang dah berusia 8 tahun ehsan adik beradik suami aku. Bayangkan kami berpeluh dalam jem dalam bandaraya KL. Atas pangku aku ada anak aku, Az yang baru umur dua bulan.

Menitis juga lah air mata ibu bila tengok anak kepanasan dalam kereta. Dari pagi sampai malam kami pergi view. Maghrib baru jumpa rumah yang sesuai. Bermulalah episod di kota raya. Kami buat keputvsan nak jaga sendiri anak sebab memang langsung tak kenal orang sekeliling, tambah – tambah asyik dengar banyak kes pengasuh d3ra budak kat KL ni.

Memandangkan suami tak ada apa – apa kerja, dengan sukarela suami aku jadi Mr Mama. Makan minum, tukar pampers, mandikan Az, suami aku uruskan sendiri dari A-Z. Sungguh. aku tak sangka suami aku mampu buat semua tu.

Masa ni memang berg4ntung dekat gaji aku sorang je. Aku ok je, cuma waktu ni kami cukup – cukup makan je. Tak ada saving. Untuk dapatkan saving, suami aku buat keputvsan nak kerja, tapi pada masa yang sama tak nak hantar anak dekat pengasuh.

Nak dijadikan cerita, suami aku ni pandai masak makanan tradisional. Jadi dia bagi idea untuk masak pastu bungkus dan hantar nasi bungkus tu ke restoren. Awal pagi dia hantar aku pergi kerja, lepas tu terus hantar nasi ke restoren.

Hari pertama, hantar 10 bungkus je. Petang pergi collect. 4 bungkus je terjual. Ya. Untung Rm10 je. Hari kedua hantar 10 juga. 3 je terjual. Allah.. aku terus bagi galakan dekat suami. Rezeki tak akan datang bergolek. Dalam tempoh setahun ke hulu ke hilir suami aku akan bawa Az sama – sama.

Turun naik jualan nasi tu biasa. Sampai la hampir setahun duk ulang rutin yang sama, aku bagi cadangan, supaya suami aku buka gerai tepi jalan dekat tempat yang agak strategik. Suami aku sambut baik cadangan tu. Hari pertama niaga, bukak meja sebiji, pakai kad manila je nak bagi tahu jual apa.

Pusing modal. Seminggu lepas tu up level sikit beli khemah, buat banner besar. Allahuakbar, hari pertama hanya 5 bungkus terjual. Dalam masa 2 tahun, kini sales hampir 40 – 60 bungkus setiap hari. Tiap – tiap minggu masuk order tempahan.

Dalam tempoh 3 tahun duduk KL, 3 tahun berturut aku bersalin. Tiga – tiga anak aku, suami yang jagakan. Dia niaga pagi, aku kerja shift tengahari. So kami sama – sama jaga anak – anak. Walaupun tak berharta, tapi suami aku sangat bertanggungjawab.

Tak pernah dia abaikan em0si dan fizikaI kami anak beranak. Alhamdulillah. Dulu, dari rumah sewa. Kini, kami dah duduk rumah sendiri. Dulu dari kereta tak ada econ dan selalu tersadai tepi jalan. Kini kami dah boleh beli kereta kedua. Aku syukur sangat – sangat atas anugerah terindah ni. Tq My Mr Mama.

Buat para isteri, Andai suami mu sudah sehabis daya sepenuh usaha bekerja untuk mencari nafkah, redhakan mereka. Usah dibanding kita dengan yang berada. Usah meminta di luar batasan yang diusaha. Abaikan mulut puaka dan syukuri apa yang ada.

Buat para suami, Tunaikan kewajipanmu. Rezeki datang pelbagai cara. Bersabarlah. Usah kau khuwatir. Kepada Dia sebaik tawakkal. Rabbana hablana min azwajina wazurriyatina qurrata’un waja’alna lil muttaqina imama..

Inna ma’al usri yusra. Di sebalik kesusahan pasti ada kesenangan.. bersabarlah.. solatlah.. Moga cerita aku ni memberi inspirasi buat pasangan muda yang baru membina keluarga. Usah kalian berputvs asa dengan Rahmat Allah. Carilah hikmah di sebalik yang direncana. – Ciknah Isteri Mr Mama

Komen Pembaca :

Ann Fardan : Cik nah beruntung sebab suami cik nah jenis tak degil dengar kata. Cik nah bertuah sebab suami cik nah tak eg0 nak duduk dapur. So kes macam cik nah ni memang banyak tapi tengok jenis suami. Kalau suami eg0.

Bagi idea banyak alasan. Susah sikit taknak. Duduk dapur rasa macam kuIi. Jaga anak sikit rasa macam h4mba abdi. Memang susah cik nah. Sebenarnya siapa urus rumah dan anak – anak tidak penting tapi bagaimana kualiti komunikasi suami isteri yang menentukan kejayaan sesebuah rumahtangga. Moga cik nah kekal bahagia bersama suami tercinta.

Zella Yusuf : Tahniahh.. untuk awak yang terima suami awak sebagai mr. mama dan untuk suami awak yang menghargai awak. Ni pandangan dari saya yang belum kawen, perempuan ni. Kalau suami jenis bertanggungjawab.. menyenangkan hati.. susah camne pun isteri sanggup hadapi sama – sama. May Allah ease everything for u and family.. Aminnn.

Katifah Safer Ahmed : Alhamduilillah. Semuga cik nah dan suami sehat sejahtera murah rezeki dan bahagia hingga akhir hayat. Sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.