Suami kecewa saya tak boleh bagi zuriat 2 tiub tersumbat. Dia bagi hint suruh saya angkat kaki keluar rumah

Setiap bulan suami bagi naflah 100 je, dia suruh saya buat IVF guna duit sendiri. Memandangkan badan (tube) saya lah punca yang  menyebabkan belum dapat memberikan zuriat. Sekarang suami bagi hint suruh saya keluar dari rumah..

#Foto sekadar hiasan. Assalamulaikum semua. Terima kasih sebab sudi mendengar luahan panjang saya ini. Saya seorang wanita berumur 27 tahun. Perkahwinan saya baru mencecah 5 tahun. Semenjak berumah tangga, kami belum dikurniakan zuriat. Tak pernah ada keguguran pun.

Namun saya diuji seawal setahun usia perkahwinan sehingga kini tahun ke-4, saya telah dan sering saja menerima kekasaran fizikaI dan em0si serta h1naan suami terutama sekali ketika dia marah sebab dia seorang yang baran.

Baru baru ini juga pada bulan disember yang lepas, saya menjalani pembedahan lap and dye test iaitu minor surg3ry untuk memastikan sama ada fallopian tube saya tersumbat atau tidak memandangkan ujian sp3rma suami tidak ada masalah.

Saya telah pun menerima keputusan lap and dye saya kemarin dan doktor menyatakan bahawa saluran fallopian tube saya tersumbat (both sides) dan hanya akan mendapatkan zuriat melalui rawatan ivf. Seperti yang diketahui, kos rawatan ivf bukanlah murah dan bukan senang.

Tak semestinya sekali buat je terus dapat anak. Namun, apa yang terjadi kemarin sejak saya pulang dari hospitaI adalah kejadian yang membuatkan saya tertekan yang amat sangat. Saya mengharapkan suami tenang dan menerima hakik4t serta redha akan ketentuanNya.

Tetapi tidak, malah suami mem4ki hamun saya sehingga melafazkan perkataan manduI. Saya merasa amat kecewa, sedih dan malu apabila perkataan manduI itu terkeluar dari mulut suami saya sendiri. Sedangkan pada ketika itu saya masih lagi dalam keadaan terk3jut memandangkan badan (tube) saya lah punca yang  menyebabkan belum dapat memberikan zuriat. Sedangkan suami ok – ok saja.

Suami menengking saya dan menyuruh saya membuat pinjaman atas nama saya sepenuhnya untuk menanggung kos ivf. Dalam keadaan em0si saya yang tidak stabil, saya memberitahu bahawa saya tidak sanggup. Sedangkan nafkah bulanan saya diberi mungkin kira – kira dalam RM100 sebulan.

Dengan keadaan saya begitu saya terus terfikir bahawa adakah nanti anak – anak akan ditanggung oleh suami saya? Sedangkan pinjaman atas nama saya, jumlah nafkah yang sangat limited namun saya tidak pernah meminta lebih kerana saya sendiri bekerja dan selalu saja menanggung makan minum sendiri dan perut suami. Gaji saya dan suami tidak jauh beza.

Suami turut merasa em0si dan terus melabel saya tidak menghargai nafkah yang telah disediakannya. Sedangkan point saya adalah, dengan jumlah nafkah itu adakah nanti anak – anak akan ditanggung sedangkan dengan saya sudah suami saya berkira? Kos ivf saya tanggung semua.

Sejak dari kelmarin hingga kini suami saya masih “berkias” ingin memancing saya untuk mengangkat kaki keluar dari rumah. Dengan alasan saya tidak mahu meneruskan ivf serta saya tidak menghargai nafkah yang telah diberikan.

Suami terus menganggap saya manduI dan menyatakan ivf itu belum tentu berjaya. Saya buntu. Menerima berita tersebut dari kelmarin belum lagi otak tenang sehingga kini. Saya cuba untuk tidur tetapi suami sering kali saja mengganggu dengan menutup elektrik dan menyatakan elektrik itu adalah sebagian dari nafkah.

Ketika saya menggunakan air, suami akan bercakap mengenai bil air dan bermacam – macam lagi. Setiap masa saja, suami akan memancing saya untuk angkat kaki dari rumah dan “berkias” menyuruh saya pulang ke rumah ibu saya.

Dia akan berkata “ kalau rasanya tak sanggup dengan nafkah yang ada, sila angkat kaki. Pintu terbuka luas”. Wallahu, kepala saya amat s4kit. Otak saya penat berfikir. Saya rasa amat str3ss dan tertekan. Banyak nak saya luahkan tapi saya tak mampu nak ceritakan secara tersusun. Harap apa yang saya cuba luahkan ini, sampai kepada pembaca. Sekian, terima kasih.

Komen Warganet :

Zu MN : Lebih baik takde anak dari ada, takde anak bukan alasannya untuk dia bersikap demikian, ada orang tu bertahun – tahun kahwin takde anak tapi hidup mereka bahagia, mungkin itu alasannya untuk dia berkahwin lagi, dah ada yang lain kott?

Kalau suami yang baik, dia tak akan melepaskan perkataan M4NDUL, sepatutnya suruh awak bersabar dan berdoa. Bagi saya baik awak takde anak bersamanya. Nanti,bila awak dah ada anak sendiri semua atas tanggungjawab awak, sedangkan makan minum dia pun awak yang support walaupun suami awak tu bekerja.

Dengan bulanan yang dia bagi sekadar RM100, memang tidak mencukupi sebab semua barang keperluan mahal. Lebih baik awak hidup sendiri lebih selesa, dari hidup dengan suami. Jadi awak tak tertekan dengan macam – macam masalah. Buat s4kit kepala je.

Noor Dyana : Setiap perkahwinan inginkan zuriat dan bukan semua pasangan itu beruntung untuk ada zuriat dengan cara normal. Nak ada zuriat dalam rumahtangga ni kena usahasama dua dua pihak dan bukan puan sorang je.

Puan yang perlu tanggung kos ivf disebabkan both tube blocked? Adil ke untuk puan sedangkan yang berkehendak tu Allah bukan puan yang rancang. Dia sebagai suami sepatutnya sama – sama ikhtiar untuk kos rawatan dan bukannya salahkan puan 100% siap panggil manduI lagi.

Yakin ke dia even keputvsan dia normal dia akan dapat zuriat? Sila lah muhasabah diri sikit dia tu, kalau dia betul sayangkan puan anak tu takkan jadi masalah utama la tak kira berapa tahun pun kahwin. Nanti kalau berjaya ivf, puan pregnant then apa kesannya pada baby, ada puan fikir?

Keperluan baby, kebajikan s4kit dia semua ada puan fikir? Sedangkan nafkah puan sendiri dia catunya, fikir lah masak masak ya puan. Kita hidup ni memang perlu orang lain untuk kita sayang, teman kita tapi kita kena utamakan hidup kita em0si kita dulu.

Kita nak hidup dengan pasangan sampai kita m4ti, dengan penuh keikhlasan, kasih sayang bukannya h1naan dan sebagainya. Saya doakan semoga segala urusan puan dipermudahkan, inshaaAllah aminnn.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.