Suami kata mertua nak pinjam kereta saya 2 hari, untuk balik kampung. Saya dah tak sedap hati masa tu tapi memandangkan saya tak nak nanti dilabel macam – macam, saya pun bagi je lah. Dari 2 hari pergi seminggu, dari seminggu pergi berbulan – bulan. Akhirnya kantoi lepas saya jumpa..
#Foto sekadar hiasan. Salam admin. tolong siarkan luahan saya ni. Terima kasih. Saya dan suami dah bercinta 6 tahun. Masuk tahun ke-7 kami nikah. Nikah pun simple je sebab masa tu duit sepatutnya buat hantaran dan persiapan mentua dah pakai untuk majlis perkahwinan anak prempuan mereka.
Hantaran tak nak kalah mintak RM35k tapi nak letak kat saya RM7k je. Mula – mula tu dia (suami) cakap saya tak payah nak kmpul duit kahwin. Dah bila lagu tu terjadi, saya pun ikut kumpul duit sekali sebab masa tu mak dah marah sebab dah 2 kali lewatkan tarikh nikah.
Masa tu mak dah w4rning tak jadi juga kahwin lepas ni mak nak kahwinkan saya dengan anak kawan dia sebab tak tahan tengok per4ngai teman lelaki (suami) masa tu. Semenjak kahwin saya perasan suami sering dahuIukan keluarga dia.
Apa je mak bapak dia minta, dia akan usahakan untuk beri. Kadang – kadang malam buta pun mak bapak dia akan call untuk minta duit. Mak bapak dia pula ada pendapatan sendiri tapi jenis boros. Asyik nak beli barang untuk menunjuk sampai banyak hutang.
Rumah dan bil lain ditanggung sepenuhnya oleh adik beradik suami. Mentua pula jenis yang try hard nak impress orang. Bila nak buat sambutan atau majlis tak nak kalah. Semua nak minta sponsor. Barang nak yang berjenama je.
Bila suami tak dapat penuhi kehendak mereka, diorang akan post kat social media seolah – olah memerli tentang ‘Tanggungjawab anak lelaki’, ‘Anak yang derh4ka tak dapat berkat’, ‘Anak lelaki kena ada tanggungjawab biarpun sudah kahwin’.
Sepanjang perkahwinan, saya lah yang membantu suami dalam perbelanjaan rumah kerana saya faham dia kena beri duit kat orang tuanya. Mana lagi nak bayar sewa rumah dan sebagainya. Saya kahwin pun bukan sebab nak orang support kewangan saya.
Saya tak nak dilabel sebagai mata duitan sebab saya pun berkerja, walaupun pendapatan tak lah banyak mana tapi gaji suami 2 kali ganda tinggi daripada saya. Barang dapur, rumah, baju, mandian, ubat ubatan, semuanya saya beli dengan duit saya sendiri.
Soal nafkah tak payah cerita lah, memang liat nak bagi. Bila tagih dengan cara baik dia akan mng4muk dan tuduh saya cuba nak kongkong hidup dia lah, tak faham keadaan dia lah. Itu yang buat saya tak nak dah tanya. Pernah tu ada lah juga dia pinjam duit saya semata – mata nak beri duit kat mak bapak dia.
Ye lah. Tak bagi karang kena perli kat social media. Bila saya cuba bagi nasihat untuk bagi mana yang mampu saya pula kena tuduh busuk hati kat orang tuanya. Sedangkan niat saya cuma tak nak dia buat benda di luar kemampuan dia.
Mana taknya bila takde duit, dia akan str3ss dan saya pun kena tempias str3ss. Segala bentak caci m4ki saya dapat tapi yang peliknya suami hari – hari control kewangan saya. Semua dia nak check. Berapa gaji, berapa saya guna, apa yang saya beli semua dia nak pertikai.
Bila saya cuba buat benda yang sama kat dia, tahu dia marah pulak. Dia tuduh saya macam – macam. Pernah skali saya s4kit berbulan – bulan, masa tu saya dah habis berapa ratus ringgit dekat kIinik swasta tapi tak sembuh juga.
Bila saya cakap kat suami yang saya rasa s4kit saya mungkin perlu guna rawatan traditional (kaedah Islam), dia boleh pula tengking saya “Dah tau begitu buat apa susah – susah pergi kIinik swasta?! Bazir duit dan bazir masa!” Terus hempas pintu bilik.
Tapi kan, saya pergi kIinik pun sorang diri, bayar pun guna duit sendiri. Sumpah hati saya s4kit masa tu. Dah lah tengah menahan s4kit, kena tengking lagi. Nasib nasib… Bila benda ni dah jadi makanan harian, saya rasa tertekan sangat.
Mana dengan sikap tak adil dia, panas baran dia, sikap kongkong, mentua yang pentingkan diri dan suka derh4kakan anak kalau tak dapat penuhi kemahuan mereka. Seringkali kalau suami tak puas hati dengan saya dia akan ungkit apa apa yang pernah dia berikan.
Sedangkan saya tak pernah pun ungkit apa yang saya beri atau buat. Setiap kali g4duh, saya yang akan minta maaf biarpun punca tu sebenarnya daripada dia yang suka salah faham. Kadang – kadang bawa bincang elok – elok pun dia cakap saya cari g4duh.
Padahal saya tak pernah tengking, m4ki atau herdik dia. Bila nak brcakap dengan dia saya kena berhati – hati dan fikir sebab tak nak dia salah faham. Sampailah satu tahap saya betul – betul tawar hati bila dia kata tinggal je dengan orang tua saya dan jangan balik kat rumah kami.
Itu pun gara – gara saya cakap kat dia saya dah berapa bulan tak diberi nafkah lepas dia pertikai kenapa saya takde duit. Dia lupa ke saya bayar beli barang dapur, barang keperluan, bil telefon sendiri, bagi duit kat orang tua sendiri. Takkan pula benda tu ada orang lain bayarkan?
Bila bawa kes kat mahkamah sebab takut jatuhnya taIak, dia boleh pulak cakap dia tak maksudkan bila dia halau saya. Hujung – hujung tak jatuh taIak atas alasan dia tak maksudkan apa dia cakap. Senang eh halau – halau lepas tu tarik balik.
Mahkamah pun perintah saya balik kat suami. Hakim siap pesan kat saya kena bertolak ansur dengan suami. Habis tu selama ni saya tak ckup tolak ansur ke? Saya dah cukup bertolak ansur dengan tak minta beli macam – macam dari suami. Baju pun saya beli sendiri. Tu pun saya berjimat.
Suami ada belikan emas tapi tu bukan saya yang nak. Nak shopping pun saya berfikir sebab suami mesti bising kalau saya beli barang yang di matanya ‘merepek’. Semenjak dari kes mahkamah tu, suami ada jugalah berrubah.
Sikap panas baran dah kurang, pertuturan dia lebih lembut, tapi bab nafkah tu masih begitu jugalah. Memang tak pernah bagi. Tapi memang saya tak nak pertikaikan kat dia sebab malas kena ungkit. Dipendekkan cerita, untuk beberapa bulan, suami ada beli kereta, dia sebagai penama dan saya sebagai penjamin.
Mula – mula tu suami cakaplah nak bayar sebab kereta tu dia ambik khas untuk saya. Saya pun okay je lah tapi hati masih ragu – ragu sebab takut nanti dia tak dapat bayar macam mana pulak. Lagi – lagi dengan per4ngai mentua camtu.
Tak lama tu betul sangkaan saya, dia memang tak dapat bayar. dia cakap saya kena bayar bulanan kereta tu sebab saya yang pakai. Okay. Kira adillah sebab saya pakai, saya beyar. Saya takde issue langsung pasal tu. Sampailah satu hari tu, suami ada cakap kat saya dia nak cuba main forex.
Saya ada bagi nasihat benda tu lebih baik elak. Ramai dah yang kecundang sebab benda tu. Tak nak dengar cakap, dia tetap main benda tu. M4kin lama m4kin ket4gih. Sepanjang masa hadap laptop dan handphone, kadang – kadang tu sampai duit makan pun takde.
Sampai dia pernah suruh saya pakai duit company tempat saya bekerja untuk buat modal dia. Tapi saya tak bagi. Satu hari tu, suami cakap family dia nak pinjam kereta saya untuk 2 – 3 hari camtu sebab nak balik kampung tak muat 2 kereta.
Saya dah tak sedap hati masa tu tapi memandangkan saya tak nak nanti dilabel macam – macam, saya pun bagi je lah. Dari 2 hari pergi seminggu, dari seminggu pergi berbulan – bulan. Rupanya dia cagar kereta tu kat kenalan ipar dia.
Tu pun kantoi lepas saya jumpa surat perjanjian dia tertinggal dekat rumah. Bukan tu je yang saya jumpa, sekali dengan resit pinjaman wang berlesen. Satu per satu terbongkar. Rupanya suami pinjam wang sana sini kat syarik4t pinjaman wang berlesen. Dia letak nama saya sebagai rujukan.
Bila dia tak bayar tu lah yang buat saya tau sebenarnya dia banyak hutang sebab saya yang dicari bila dia tak bayar. Amount tak payah cakap lah, memang buat tak senang duduk. Saya tak tunggu lama, saya keluar dan tinggal kat tempat lain.
Bila saya tanya dia kenapa buat loan smua tu dia kata sebab forex. Hah. Kan saya dah cakap. Dah tu boleh pula dia jaja kat family dia yang loan tu semua demi saya. Sedangkan duit satu sen dari hasil forex, hasil loan, hasil jual kereta pun saya tak dapat!
Tu belum lagi emas – emas saya dia gadai, duit asb saya dia keluarkan. Pun belum diganti. Bab emas dan duit tu saya tak nak besarkan sebab duit tu pun ada duit dia. Hujung – hujung bila saya keluar tinggalkan dia, saya boleh pulak dituduh pergunakan dia, saya mata duitan.
Siapa yang guna siapa sekarang ni? Kalau betul saya mata duitan dah lama saya tinggalkan dia. Tak payah tunggu 6 tahun. 6 jam bkenalan pun saya dah reject terus. Apa yang saya dapat dari perkahwinan ni? Saya kahwin pun saya tanggung diri sendiri dan suami.
Rasa macam saya takde suami. Saya rasa saya dipergunakan demi kepentingan dan nafsu suami je. Ya mungkin ada yang akan cakap ‘Itu lah engkau b0doh, 6 tahun bercinta takkan tak nampak.’ Ye saya memang b0doh. Saya juga yang ajak suami berkahwin sebab 6 tahun ke hulur hilir tapi takde pun usaha nak jadikan saya isteri dia masa tu.
Saya masih pilih nak kahwin dengan dia sebab saya rasa takde orang lain yang nakkan saya. Mak mentua dan ipar pulak memang dah awal – awal dah nampak tak berkenan dengan saya. Mereka nak yang kaya – kaya je yang senang dibodek. Saya takde apa – apa.
Suami sebelum kahwin pun memang dah nampak panas baran. Pernah sekali, dia sikit lagi nak Ianggar saya dengan motor gara – gara saya tegur dia supaya banyakkan sopan kalau bcakap dengan nenek dia. Jenis family dia kalau bercakap memang suka tengking dan mem4ki.
Red flag memang nampak dah awal – awal tapi saya yang b0doh sebab fikir saya boleh ubah dia. Saya takde pengalaman bercinta, suamilah orang pertama. Ayah saya buang family masa kami kecik lagi. Keluarga ayah pulak memang tak nak pandang kami sebab miskin.
Saya memang biasa hidup susah tapi tu bukan bermaksud orang lain boleh pergunakan saya sampai macam ni. Saya tak pernah susahkan orang. Saya sampai kena jumpa pakar psik0logi akibat tindakan suami tapi saya kuatkan hati.
Banyak lagi benda saya nak buat dan cuba. Baru – baru ni saya minta cerai sebab saya dah tak tahan. Saya rasa lebih baik hidup sendiri. Ada suami pun macam takde je. Saya tak nak terus – terus buat d0sa hidup macam ni. Saya minta suami lepaskan saya dengan cara yang bgus tapi dia tak nak. Apa yang patut saya lakukan?
Ini bukan soal sebab tak nak hidup susah bersama suami ye. Saya dah ‘susah bersama – sama’ dengan dia sebelum kahwin lagi. Yang buat saya betul – betul tak boleh teruskan sebab saya tak nampak rasa tanggungjawab sebagai seorang suami daripada dia.
Kalau kami ada anak dalam situasi sekarang ni, rasanya siapa yang tanggung anak tu 100%? Saya sampai terfikir mungkin ini lah sebab kenapa kami belum dikurniakan anak. Saya rasa lebih baik kami bawa haluan masing – masing jer. Cuma yang buat saya runsing sekarang ni, macam mana saya nak keluarkan diri saya dari hubungan ni. Saya betul – betul tak tahan dah.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.