Masuk tahun ke-5, ujian aku bertambah berat. Suami kantoi bermain jvdi online dan layan video tak senonoh. Bila dia pujuk, aku cair. Tambah lagi satu masalah, suami ambil pil. 2 kali aku pergi pejabat agama tapi suami aku penyayang..
#Foto sekadar hiasan. Hi semua. Aku Rafflesia. Aku dalam fasa di mana harus memilih sama ada tetap bertahan atau pergi? Aku sudah berkahwin selama 9 tahun dan dikurniakan tiga orang cahaya mata. Semua masih kecil bermula 2, 4 dan 6 tahun.
Kami berdua ada kerjaya masing – masing. Aku bekerja dalam bidang pengurusan dan dia dalam bidang kemahiran. Kami berkahwin pada usia yang agak muda. Gabungan gaji kami berdua dalam 7k sebulan. Walaupun begitu, kehidupan kami tidaklah mewah mana.
Rumah 1700 (bersama), kereta 800 (dia), pengasuh 1200, bil api air 250, mak ayah dia 250, sekolah 500, minyak 400, tol 200, susu pampers 500, barang dapur 250×4 minggu, bil telefon 100. Setiap bulan baki dalam akaun masing – masing akan tinggal RM50 selepas tolak semua komitmen bulanan.
Semua ini kami kongsi bersama. Hidup kami berg4ntung kepada credit card dan SpayLater. Dapat gaji bayar credit card dan SpayLater. Alhamdulillah setakat ini tidak pernah culas membayar hutang. Rekod CTOS kami masih cantik.
Cuma lepas bayar, next day kami akan guna balik apabila masuk cycle baru untuk elak interest. Sekurang – kurangnya itulah sumber kami untuk meneruskan hidup. Berjalan dan bercuti? Lama dah tidak pergi. Hanya stay di rumah apabila hujung minggu.
Lama kelamaan kami burn out. Kerja penat – penat tapi baki semua habis untuk rumah dan anak – anak sepanjang perkahwinan. Tidak dinafikan berg4duh soal duit itu perkara biasa. Lama kelamaan aku redha dan ikhlas untuk sama – sama membantu dia dari segi kewangan.
Tetapi sayangnya, dia sem4kin tertekan. Dia merungut bahawa duitnya ibarat touch and go. Aku cuba untuk tenangkan dia tapi dia masih mempertikaikan komitmen bulanan. Aku penat. Seolah – olah aku tidak membantu dia.
Jujur aku katakan bahawa aku sangat penat. Dan aku faham dia pun sama. Kami pergi kerja sekali. Awal pagi pergi, balik pukuI 9.00 malam sampai di rumah. Aku balik rumah sambung urus rumah sampai pukuI11.00 malam.
PukuI 5.00 pagi aku akan masak bekal kami semua dan itulah rutin setiap hari. Weekend duduk rumah untuk uruskan apa yang patut untuk minggu depan. Letihnya jadi seorang ibu, isteri dan bekerja. Masuk tahun ke 5, ujian aku bertambah berat.
Dia sudah mula kantoi bermain jvdi online dan layan video Iucah. Mungkin sebelum ini aku tidak perasan. Apabila kantoi, memang kami berg4duh besar dan hampir bercerai. Aku tidak boleh terima semua itu. Tetapi dia pujuk dan aku pun cair.
Tetap meneruskan hidup seperti biasa dan sejak itu ada saja benda yang kantoi dengan aku sampailah hari ini. Kali ini ditambah pula dengan piI kuda. Aku sudah tidak mampu untuk marah. Letih dan kecewa. Janji nak tinggalkan tapi buat lagi.
Aku rasa sudah 3 kali aku ugvt minta cerai dan sudah 2 kali pergi pejabat agama untuk fast track cerai. Tapi gagal dan ada saja syarat yang tak lepas. Ditambah pula aku b0doh, takut dan tidak yakin akan kehidupan selepas bercerai.
Anak – anak aku masih kecil. Kami sama – sama tanggung komitmen membesarkan anak. Aku risau kalau dia lepas semua tanggungjawab pada aku seorang. Aku tidak yakin dia mendidik semua anak – anak aku. Kelebihan dia:
1) Ayah yang penyayang dan semua anak – anakku manja dengan dia. 2) Boleh diharap untuk uruskan anak – anak seperti mandi, makan, buat susu dan basuh ber4k anak. Bantu buat kerja rumah tapi perlu disuruh. Kalau inisiatif sendiri memang tak la.
3) Penyabar dan bukan panas baran. Bukan kaki pukuI. 4) Berbudi bahasa dan sangat – sangat menghorm4ti orang tua. 5) Anak yang baik sebab dia bukan jenis meIawan dan tidak pernah tinggi suara pada ibu bapanya. 6) Karakter seorang yang penyabar.
Kekurangan dia : 1) Soal agama memang lemah. Solat belum sempurna. Masih belum boleh untuk imamkan aku sehingga kini. Bacaan anak – anak lagi baik daripada dia. Aku dah cuba ajar tetapi dia susah nak berubah. Solat bila rasa nak solat. Aku sangat frust kat sini.
Aku betulkan solat dia, aku ajar dia mengaji iqra. Bab agama aku terp4ksa jadi ‘ustazah’ sebab aku nak kami sama – sama ke syurga. 2) Main Jvdi online. 3) Tengok p0rno. Aku terasa macam dih1na secara halus. 4) Ambil PiI kuda untuk kekuatan b4tin katanya. Weekend, Kadang – kadang malam tak tidur. Siang rajin b4ntai buat kerja rumah.
Kekurangan aku: 1) Panas baran. Tidak sabar dengan anak dan akan nak tangan dekat anak apabila anak aku buat hal. Anak aku 2 lelaki, satu perempuan. Anak ketiga aku autism. Aku dalam fasa untuk belajar mengawal baran. Aku banyak belajar semasa terapi autism daripada pihak hospitaI.
2) Aku mula hilang respect pada dia sebab segala masalah, aku yang terp4ksa fikir dan selesaikan. Aku yang banyak membuat keputusan sehingga aku tidak nampak di mana dia sebagai ketua keluarga. Sudah banyak kali aku cuba serahkan beban masalah kepada dia tapi dia gagal untuk uruskan dan akhirnya aku terp4ksa menanggung t4hi atas kegagalan dia membuat keputusan.
Di office aku str3ss dan di rumah pun aku str3ss. Aku rahsiakan beban masalah ini dari pengetahuan keluarga aku. Aku tidak mahu keluarga aku membenci dia. Masalah ini hanya keluarga dia saja yang tahu. Aku dan dia sangat – sangat berbeza.
Keluarga aku sangat menekankan soal hidup berlandaskan agama, tegas dan berprinsip. Keluarga dia pula berfikiran terbuka. Masalah yang aku nyatakan itu seolah – olah perkara biasa terjadi dalam kalangan mereka adik beradik.
Mungkin ibu bapanya juga sudah tidak berdaya untuk menasihati anak – anak dewasa yang degil dan tidak mahu berubah. Aku frust di situ. Dulu aku fikir dengan sifat baik dan penyayang semulajadinya boleh mengubah dia ke arah hidup sebagai seorang islam.
Kononnya aku boleh binbing dia. Kelakarkan. Tetapi aku salah. Karakter baik dan penyayang saja tidak cukup. Hubungan aku dengan keluarganya sangat – sangat baik dan tidak pernah aku merasa kurang dengan layanan mereka.
Malah aku dapat merasakan bahawa aku antara menantu dan ipar kesayangan mereka. Mereka tetap berpihak pada aku ketika dia buat masalah. Mereka juga main peranan untuk menasihati dia. Aku bersyukur sangat – sangat bahagian itu.
Sekarang ini dia dah kantoi sekali lagi dan mungkir janji kali ke berapa entah. Aku penat menangis. Apa yang bermain difikiran aku adalah : 1) Patut ke aku bercerai? 3 perkara itu memang aku tak boleh terima walaupun dia baik sekali pun. Bukan kaki pukuI.
2) Kami share komitmen. Aku risau kalau bercerai dia akan lepas semua pada aku. Aku tak mampu tanggung sorang. 3) Bercerai nanti, siapa nak jaga anak aku? Aku tak boleh jaga anak aku dalam keadaan emosi aku yang baran.
Aku risau nyawa aku hilang dekat tangan aku dan dia pula seronok hidup bebas tanpa menghadap kerenah anak – anak. Aku ada sejarah b4ntai anak aku sehingga pengsan sebab aku tak dapat kawal baran aku dan tidak tahan dengan per4ngai anak.
Aku sedar aku ibu yang giIa dan k3jam. Aku sangat sayang anak – anak aku tetapi aku bukan seperti ibu – ibu lain. Mungkin aku pes4kit mental? 4) Adakah dia berpotensi untuk melanggan peIacur sebab tengok video tak senonoh?
Sebab fizikal aku bukan seperti di alam fantasinya. Aku risau peny4kit dan ada potensi ke dia jadi ped0filia sebab aku ada satu anak perempuan. 5) Boleh ke orang yang ket4gih jvdi online berhenti dan berubah? 6) Kesan pengambilan piI kuda boleh merosakkan aku dan anak – anak ke?
7) Boleh ke aku percayakan dia untuk jaga anak – anak lepas bercerai nanti? 8) Ada harapan ke untuk dia berubah? Dan Bagaimana untuk aku bantu dia untuk berubah selain berdoa? Aku dah byk kali talk heart to heart. Today, jawapan dia, dia dah lunaskan tanggungjawab dia dari segi nafkah zahir dan batin, dia dah habiskan gaji dia setiap bulan semata – mata hidup dengan kami.
Jadi aku tak perlu nak ambil tahu dengan apa – apa perkara yang dia buat. Korang rasa? Aku tau yang aku salah pilih suami. Aku cuba perbaiki sehingga kini tapi gagal. Tolong bagi panduan, nasihat dan bukan kecaman sebab aku memang tak kuat.
Pernah terfikir bvnvh diri tetapi iman aku masih ada walaupun tipis. Sebagai muslim, hari – hari aku meluah dan berdoa pada Allah agar tetap kuat dan diberikan petunjuk. Cuma aku perIukan bantuan sesama manusia untuk nasihat dan beri pendapat yang matang. Terima kasih. – Raflesia (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Kird Ree : Jujurlah takut aku baca krt macam ni. Ujian untuk kau gak. Percaya tak kalau aku cakap, solat tulah punca rasa serba tak cukup, rasa drained, plus masalah lain dalam family. Memang kau cuba betulkan macam ajar, ingatkan tapi nampak laki kau tak bersungguh nak perbetul diri.
Dia tambah plak problem jvdi dan pil. Kalau tanya, aku rasa lebih baik cerai. Anak tu plak tanggungjawab bersama. Sekarang ni bincang elok – elok. Dan istikharah lah untuk jawapan terbaik. Kami tak nampak overall pic so tak boleh decide. Korang dua je boleh. Goodluck..
Nonie Nuralia : Puan, b4ntai anak sampai pengsan itu kau sangat sampai hati. Kau bernasip baik anak tidak m4ti. Jangan taksub pada masalah, zikir banyak – banyak untuk tenangkan emosi sendiri. Perbuatan suami berjvdi, menonton video Iucah dan pil adalah punca utama hidup tidak tenang dan berkat. Suami tidak berubah maka puan yang kena berubah.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.