Suami kuat main game jadi baran tak dapat main. Anak minta ayah baru. “Nak ayah baru, nak ayah yang tak main game.”

Kalau keluar makan dengan family pada hari yang dia main game tu, memang rushing la. Bawa kereta tu memang Ianggar semua bumper, lepastu makan cepat – cepat, duk mengeluh setiap 5 minit sebab takut lambat main game. Anak umur 5 tahun pun str3ss tengok ayah dia kuat main game..

#Foto sekadar hiasan. Hai. Nama aku Ariana (bukan nama sebenar). Dah berkahwin hampir 10 tahun. Kami dua – dua umur 30 tahun, dah bekerja, gaji stabil. Ada 2 orang anak. Suami aku seorang gamer tegar sejak kecil.

Sebelum berkahwin memang dah sedia maklum dia seorang gamer dan aku ingat lepas kahwin dia akan kurangkan main game. Permulaan awal perkahwinan, memang tak kerap sangat main game. Main game memang sekadar isi masa yang free.

Sejak beberapa tahun lalu dia dah mula kerap main game, start tahun ni pulak dia main game SETIAP malam. Now dia dah mula terjebak dengan game raid warcraft kalau tak silap aku la, dia ada fixed time and day, contoh dalam seminggu tu,

Dia akan main game online tu 3 kali seminggu dengan kawan – kawan game dia, dari 9pm sampai 12 or 1am, takde sape boleh kacau kalau dia main game raid tu. Yang meny4kitkan hati, kite pulak yang kene ikut jadual game dia.

Kalau tiba – tiba ada hal last minute macam kena balik kampung ke balik rumah mak ke, dia akan mer0yan la sebab tu masa untuk dia main game raid yang dah memang fix every week. And kalau keluar makan dengan family pada hari yang dia main game tu, memang rushing la,

Kalau drive tu memang Ianggar semua bumper, lepastu makan cepat – cepat, duk mengeluh setiap 5 minit sebab takut lambat main game. Baru – baru ni pun keluar dinner dengan family mertua, mak dia yang ajak makan luar, husband pulak duk mengeluh “haihhh” sepanjang dalam kereta sebab waktu tu patut dia main game.

Masa makan pulak muka ketat je, tak bercakap sangat, kot ye pun jagalah hati mak dia, jangan lah tunjuk sangat muka bad mood tu, mak sendiri kot, pandai – pandailah fikir. Bukan m4ti pun kalau tak main game tu. And lagi satu, aku baru melahirkan anak kedua awal tahun ni, dia ambik cuti paternity for 1 week.

Pagi dia akan keluar settle kan hal anak, malam pulak main game. Setiap malam ok. Takde 1 pun “offday” game dia. Ingat ada la tolong take over jaga baby waktu malam, tapi sibuk dengan game. Yang tidurkan baby aku jugak, kalau baby meragam kembung ke apa, aku mintak tolong dia dodoikan, ada la tolong pegang sekejap – sekejap tapi baby still melalak so aku jugak la kene dodoi.

Kadang – kadang sampai kul 2-3am aku dodoi baby sorang – sorang, lepas dia main game kul 1am terus dia tidur dengan rasa tak bersalahnya. Dah banyak kali dah g4duh sebab game, dan aku dah pernah luah pun kat dia panjang lebar pasal aku tak suka dia main game especially raid,

Kalau game yang boleh dia pause or keluar sekejap sekejap tu takpe lah boleh la tolong tolong kita ni. Katanya itu je hobi yang dia ada tapi kalau dah tiap malam main game, kadang – kadang sampai 1am, itu hobi ke? Kalau hal hal rumah dah settle takpe jugak.

Lepas makan bukan nak tolong kemas meja ke basuh botol anak ke kemas ruang tamu ke apa, terus ready nak main game. Game raid start kul 9, kul 8 dah standby depan laptop. Rumah macam tsunami dia buat tak tau je.

Kite penat masak, layan karenah anak anak, dia pulak game je yang dia fikir? Memang dah penat dah bebel kat dia benda sama je tapi in the end tetap sama. Takde perubahan langsung. Biasanya kalau g4duh ke apa, memang sampai 2-3 hari la tak bercakap.

Sebab kalau sehari tu g4duh, esoknya tu dia main game online lagi sepanjang malam, dia tidur lambat. Aku pulak dah tidur so tak sempat nak berbincang atau berbaik, esoknya lagi pun cycle yang sama balik rumah main game lagi sampai 12-1am.

Takde effort pun nak bincang atau berbaik, tapi dia expect esoknye semua macam takde apa – apa berlaku. Kalau dari segi benda lain semua husband ok je, cuma part yang game ni je dah tak tau nak slow talk macamana lagi.

Kalau ungkit pasal ni mesti akan g4duh lagi dan lagi. Kalau masa dia tengah main game tu kite minta tolong apa apa, dia akan cakap “ok nanti abang buat”, tapi bila siap main game dia tak buat pun, dia terus tidur. Akhirnya aku yang buat semua benda esoknya.

Masa pregnant tahun lepas pun sama, g4duh sebab game tu memang tak terkira dah lagi – lagi hormon orang mengandung ni lagi lah kan sensitive je manjang. Malah mak suami (mak mertua aku) pun bising sebab suami kuat sangat main game walaupun dah ada 2 anak.

Kadang – kadang anak jadi m4ngsa bila aku tengah em0si and str3ss dengan suami yang kaki game ni. Kalau dia cuti pulak, lagiIah aku bangun tidur tengok dia takde siang malam main game. Tapi makan minum anak beranak semua terjaga jela, kalau cuti biasanya memang akan beli / makan luar.

Kalau dia tak main game dia akan tidur, borak – borak dengan aku ada la sepatah dua kata. Tapi nak katanya, most of his time spent for his work and game only, untuk family just ala kadar je. Pegi bercuti? Aku pun dah tak ingat bila last time kita pegi bercuti.

Anak aku yang umur 5 tahun tu pun str3ss tengok ayahnya kuat main game, 1 hari tu dia cakap, “nak ayah baru, nak ayah yang tak main game.” Aku pulak yang tersentak dengar ayat tu daripada anak sendiri. Sedih dengar.

What should I do now? Pernah je terfikir untuk berpisah sebab aku pun bekerja dengan gaji yang stabil and family aku pun tinggal berdekatan, or maybe tak duduk sekali ke for the time being biar tempoh bertenang untuk aku?

Or should I tahan and accept my husband the way he is sampai bila – bila? Bila terfikir anak – anak, memang kesian. Kalau bertahan pun kesian, kalau berpisah pun kesian jugak.. Entahlah.. -Isteri hati ters4kiti- – Ariana (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Nur Hela : Sampai anak cakap camtu maksudnya betul – betul abaikan anak la. Sebab anak – anak kecik ni makhluk paling mudah nak pleasing. Bawak gi berkelah makan cekodok tepi pantai pun seronok dah. Beli dam ulaq kat kedai eco tu main ngan depa kat umah pun gelak sakan.. Lelaki yang rasa laki tt tu normal dan “kaki game lagi bagus dari kaki pompuan” seeloknya korang takpayah ada bini dan keturunan lah. M4ti esok kambuih sekali dengan pc tu.

Norizan Mamat : Salam, dah bersedia untuk berpisah kalau worst case kan? First, kita kena buat plan kita.

1. Contoh, kita tanya dia, antara keluarga dan games, mana lebih penting. Tengok apa pilihan dia. Kalau dia tak jawab, maksudnya games adalah pilihan dia (jangan p4ksa dia jawab)

2. Start untuk bertindak, mungkin beri pengajaran untuk suami. Kerja ada outstation dak ? Kalau ada, pegi, minta dua tiga hari. Kalau tak ada, cari, aktiviti keluar kawasan dua tiga hari.

3. Kalau tak ada berkaitan kerja, minta dengan suami nak jalan jalan makan angin dengan kawan. Minta izin. Anak ? Minta dia uruskan sendiri.

4. Doa supaya kita masuk ward sebulan… hehehe… ni sadis nih. Makcik pernah kena, makcik minta, dapat masuk ward 2 bulan. Amik kau… (letih sebab mengandung, anak 3 orang kecik kecil. Masuk wad sebab uri dok bawah, so, hati – hati dengan doa)

5. Last… kalau rasa tak boleh bertahan, beri kata dua pada suami. Kurangkan games, atau berpisah. Lepas tu pepandai la. Kalau susah sangat nak berpisah secara legal, mula buat persiapan sendiri supaya suami tahu kita serius (tidak lagi melayan dia, start cari rumah lain, pack baju itu ini). Apa pun, semoga bahagia walau apa saja keputvsan akhir.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.